Friday, November 25, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 15




“Diba tak nak kawin daddy..” pinta Farah Adibah.


“Farah Adibah! Kamu mahu atau tidak..kamu kena juga kawin dengan Sufyan..” ujur En Khalid tegas.


“Tapi abang Sufyan sukakan orang lain..dia tak suka Diba daddy..” beritahu Farah Adibah.


“Jangan nak merepek..kamu saja buat alasan..kamu kena kawin juga dengan Sufyan..” tegas En Khalid memberi arah. Farah Adibah tidak tahu nak buat macam mana lagi untuk hentikan majlis ini. En Khalid terus saja keluar untuk menyambut kedatangan rombongan pihak lelaki.



*****



Terpampang wajah gelisah di muka Pn Salina dan suaminya. Rombongan pihak Wadi Sufyan semua sudah sampai di rumah pengantin perempuan tetapi kelibat Wadi Sufyan masih lagi tidak kelihatan. Berkali-kali masing-masing cuba menghubungi Wadi Sufyan, tetapi hanya peti suara yang menyahut. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Hampir setengah jam mereka menunggunya.


Wadi Sufyan menaiki kereta bersama-sama Shahrizal sepupunya. Dua-dua masing belum kelihatan di situ. Pn Salina risau jika terjadi apa-apa pada anaknya itu.


“Dah dapat call abang kamu ke Sofea?” tanya Pn Salina.


“Tak dapatlah mak..dia tak angkat pun..” jawab Wani Sofea. Sebentar tadi baru saja dia telefon Farah Adibah dan ceritakan tentang abangnya dan Irdina Safiyah. Tak sangka pula rupanya abangnya sudah ada rancangan lain.


“Ya Allah..mana pula perginya budak bertuah ni..” ucap Pn Salina risau. Irdina Safiyah tak sedap hati. Seketika kemudian terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia melihat siapa pemanggilnya dan terkedu melihat nama yang tertera di screen telefon bimbitnya. Nama Wadi Sufyan!! Di biarkannya sehingga telefon itu berhenti.


Seketika dia memandang ke arah Irsyad Zafran yang tidak jauh berdiri darinya. Irsyad Zafran hanya memandang pelik melihat reaksi Irdina Safiyah. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.


“Apa yang di menungkan tu Fiyah..jawab saja lah..” tegur Husna Farisah membuatkan Irdina Safiyah terkejut. Nak tak nak terpaksa dia menjawab panggilan itu.


“Fiyah..susah sangat ke nak angkat telefon ni haa!!” terus saja Wadi Sufyan memarahinya. Irdina Safiyah berjalan menjauhi kak iparnya itu. Takut jika perbualannya di dengari oleh sesiapa, boleh haru jadinya nanti.


“Sorry..semua ada tadi..Fiyah tak dapat nak jawab call..abang ada dekat mana ni..abang ok tak ni..kenapa tak sampai lagi ni..mak long risau dah tu..” tanya Irdina Safiyah.


“Stop it Fiyah! Cukup la..cukup..jangan berlagak yang Fiyah tak kisah dengan semua ni..cukup lah..abang dah penat nak berlakon..” marah Wadi Sufyan.


“Abang dekat mana ni..please jangan macam ni..semua tengah risau tu..abang datang sini ey..Fiyah tunggu abang..” pujuk Irdina Safiyah.


“Never! Abang tak akan datang..sorry..abang tak akan kahwin kalau orang tu bukan Fiyah! Muktamad..ini keputusan abang..abang akan explain dengan mak abang nanti..” ujur Wadi Sufyan membuatkan Irdina Safiyah keliru dan gelisah.


“Abang..please..semuanya dah siap..abang tak kesian ke dengan kak Diba..family dia bang..mak dan abah abang..malu diorang nanti bang..abang tolong la jangan macam ni..” rayu Irdina Safiyah.


“Abang tahu..tapi abang tetap dengan keputusan abang..abang sayang Fiyah..abang tak sanggup hidup dengan orang lain..Fiyah tak sayang abang ke?” Irdina Safiyah mati kutu, tidak tahu mahu memujuk Wadi Sufyan macam mana lagi.


“Abang..”


“No! Fiyah sayang abang tak?Kalau sayang abang..kahwin dengan abang..kalau tak..mungkin ni kali terakhir kita akan berbual macam ni..lepas ni Fiyah tak akan dapat berbual atau tengok abang lagi..mungkin Fiyah hanya berpeluang ziarah kubur abang je..” ugut Wadi Sufyan. Tersentap Irdina Safiyah mendengarnya.


“No! Fiyah sayang abang..Fiyah sayang abang sangat-sangat..ok..Fiyah nak kahwin dengan abang..”


“Irdina Safiyah!!!” Terkedu Irdina Safiyah sebaik mendengar namanya di jerit seseorang terus saja dia matikan panggilan itu. Dia kenal dengan suara itu. ‘Ya Allah!’ Dia memejamkan matanya rapat sebelum menoleh ke belakang. Perlahan-lahan dia pusing ke arah suara itu. Sebaik saja dia bertentang mata terpampang wajah yang amat dikenalinya. Terpamer riak kecewa dan marah yang teramat sangat di wajah itu. Baru saja dia ingin membuka mulut untuk berbicara terus saja.


PANGGG!!!



*****



“Hello..hello!! Fiyah!!” jerit Wadi Sufyan geram kerana Irdina Safiyah tiba-tiba saja mematikan panggilannya. Tapi sebentar tadi dia seakan terdengar seseorang memanggil nama Irdina Safiyah. Dia merasa tak sedap hati.


“Kenapa Sufyan?” tanya Rizal sebaik mendengar Wadi Sufyan menjerit.


“Fiyah..tiba-tiba matikan call aku..” jawab Wadi Sufyan. Rizal hanya mengelengkan kepalanya. Tak pasal-pasal dia terlibat sama. Patut lah sebelum ni tengok muka sepupunya itu seperti ayam berak kapur.


“Apa-apa pun..aku rasa kau tak patut buat macam ni..” ujur Rizal membuatkan Wadi Sufyan merenungnya tajam.


“Dah tu kau nak aku kahwin dengan si Diba tu dan biarkan Fiyah kahwin dengan orang lain..jangan harap!!” jawab Wadi Sufyan keras.


“Bukan tu maksud aku..sekurang-kurangnya kau kenalah bagi tahu mereka dulu ke..bukan larikan diri maam ni..ni kau buat keputusan macam ni..kalau aku..mungkin la aku faham..tapi..mak abah kau..family Diba..family Fiyah macam mana pula? Aku takut kalau-kalau diorang semua salahkan Fiyah..diorang tak mungkin salahkan kau..sebab kau sendiri yang cakap kau setuju nak kahwin kan..lain la kalau diorang paksa kau..itu mungkin diorang akan faham..” terang Rizal.


“Aku tetap dengan keputusan aku..aku tak akan pergi ke majlis tu..” ujur Wadi Sufyan. Walau apa pun yang di katakana oleh Rizal dia tetap dengan keputusannya. Rizal hanya menggelengkan kepalanya.


“Suka hati kau lah Sufyan oii…” jawab Rizal sudah malas mahu bercakap lagi.






p/s: haa..tu diaaa..korang sorry ye coz lme xwat n3 tuk BAJC ni..hihihih ilang idea..now dia duk mai balik dh..hiih pape pun layan... ^_^!!

4 comments:

  1. nak lg...apa yg t'jd?...siapa yg tampar Fiyah?...mak Wadi Sufyan ke?...cpt2 smbg...

    ReplyDelete
  2. wau impressive wadi sufyan. stay with ur love n word. but agk pengecut la. kenapa tak p ja majlis tu n mengaku ttg percintaan dia dgn Fiyah depan semua org kan lg jelas. Ni mmg trg2x rmai akan tuduh sbb Fiyah majlis tak bjalan sbb off course diba yg tampar Fiyah n bt kecoh kat ct sbb dia mmg cemburu dgn hubungan fiyah n wadi n tambah lg bila dah tau ttg hubungan mereka terus dia nk call off wedding tp sebaliknya wadi yg lari dulu. mesti dia marah sbb maruah keluarga dia tercalar. silap2x bila dia cabar fiyah kahwin dgn zafran tuk bukti ttg hubungan dia n wadi xde apa2x mesti fiyah akan setuju sbb takut tputusnya hubungan kekeluargaan. aya... lg susah. pening ooo... kenapa la sukar benar nk terus terang ttg hubungan sebenar. kan lg elok. family pun akan faham.

    ReplyDelete
  3. ala...xnak fiyah dgn zaf...sian fiyah dgn sufyan..sdih2

    ReplyDelete
  4. rasenya, fiyah lagi sesuai dgn Irsyad Zafran....Biar Wadi dgn Dibah....

    ReplyDelete