Saturday, September 3, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 17

eYa nak uCaPkan sElamAt hAri rAye aIdilfiTri pAda raKan2..mAsih seMpat lAgi aN..hEheHe..

mAaf zAhiR & bAtiN...jOm lAyan bacE nOvel.aNd thAnk pAda yAng sUdi bAca kitE punYe citE.. nGeEe~~~ ;)




Hampir seminggu lebih Pn Siti tidak menegur Isya. Walaupun hatinya rasa bersalah kerana memperlakukan Isya seperti itu tetapi bila memikirkan perbuatan keluarga kandung Isya membuatkan hatinya sakit dan benci melihat Isya. Kerana keluarga itulah dia terpisah dengan anaknya selama 24 tahun.


Sejak dari hari Pn Zubaidah datang ke rumahnya sehingga ke hari ini Pn Siti bersikap dingin dengan Isya. Isya pula sudah pelbagai cara di buatnya untuk mengambil hati ibunya itu. Puas di tanya tetapi masih juga sama. Bila bertanya pada bapanya, En Kamal hanya menyuruhnya bersabar saja. Tidak tenteram hatinya melihat kelakuan ibunya seperti itu.


“Hoi!” sergah Jue dari belakang. Isya yang ketika itu sedang termenung di pantri.


“Kau ni..nasib baik aku tak ada sakit jantung tau..” marah Isya sambil mengusap dadanya kerana terperanjat. Jue ketawa geli hati melihat reaksi Isya terperanjat sebentar tadi. Melihat Jue yang gelak sakan Isya menjeling tajam.


“Adoi..” Jue mengadu sakit tiba-tiba sambil menutup kedua belah matanya. Berkerut kening Isya melihatnya.


“Eh! Kau kenapa? Mata kau masuk habuk ke?meh aku tengokkan..” tanya Isya sambil menarik kedua belah tangan Jue yang menutup matanya itu.


“Bukan masuk habuk la.. mata aku sakit la.. kau la ni..” rungut Jue.


“Eh! Apasal pula aku yang kena..” tanya Isya pelik.


“Yela..kau punya jelingan.. tajam siot.. tembus ke biji mata aku.. tu yang sakit sikit mata aku ni..” tutur Jue selamba.


“Auch!! Sakit lah..” rungut Jue sambil mengosok laju lengannya.


“Padan muka..kau nak loyar buruk dengan aku ey..aku tahu lah dulu cita-cita kau nak jadi lawyer.. tapi dah tak menjadi tu jangan nak jadi loyar buruk lak dengan aku..kan dah kena sedas..” ujur Isya geram. Panjang muncung Jue mendengarnya. Sakit siot Isya kalo cubit!


“Ala gurau pun tak boleh..” rungut Jue.


“Kau memang..sukakan terkejutkan aku..” ujur Isya.


“Ala rilek ar beb..wa gurau je lu touching pula..selalu ok je..kau kenapa? Macam ada problem je aku tengok..cuba story-story dengan aku dengan sikit..” tanya Jue.


“Entahlah..aku pening dengan ibu aku tu..dingin semacam je dengan aku..tapi bila dengan Iya, Adli and abah aku ok pula dia..” beritahu Isya.


“Pula..entah-entah kau ada kecilkan hati dia tak? orang tua-tua ni sensitif sikit Isya..cuba kau slow talk dengan dia..” cadang Jue.


“Dah macam-macam cara aku buat..macam tu juga..pening kepala aku di buatnya..bila aku tanya adik-adik aku..diorang pun tak tahu kenapa..bila tanya abah aku..dia suruh aku sabar je..entahlah Jue..entah-entah ibu aku dah tak sayang aku tak..” luah Isya. Papp!! Jue mengetuk kepala Isya perlahan.


“Adoi..apa kau ni..”


“Ada ke pula cakap macam tu.. mana ada ibu tak sayang anak Isya oii.. tu mesti ada apa-apa..kau cuba la tanya baik-baik..” nasihat Jue.


“Yela..nanti aku try lagi..kau ni tangan laju je ey..” ucap Isya.


“Tau tak apa..” jawab Jue sambil mengangkat-ngangkat keningnya memandang Isya. Isya pula menjungkitkan bibirnya. Beberapa saat kemudian pecah tawa mereka berdua.


“Ehemm!!” tiba-tiba muncul pula Hilman ketika mereka sedang galak ketawa. Terdiam masing-masing sebaik melihat Hilman berlalu mengambil mug dan membancuh airnya sendiri.


“Kacau betul..baru nak happy..happy..” bisik Isya ke telinga Jue. Jue ingin ketawa mendengar rungutan Isya itu.


“Aku dengar tu..” tegur Hilman tiba-tiba tanpa memandang ke arah mereka berdua membuatkan Isya duduk tegak kembali. Jue menahan tawanya melihat gelagat Isya.


“What ever..” jawab Isya perlahan. Walaupun perlahan tetapi Hilman masih mendengarnya. Hilman menjeling ke belakang memandang Isya sekejap, lalu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.


*****

No comments:

Post a Comment