Friday, November 4, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 13 (ii)




Melihat suasana di rumahnya Farah Adibah merasa gembira. Gembira melihat wajah ceria ibu bapanya. Tetapi entah kenapa dia merasa berat hati. Tidak di nafikan lagi dia sudah jatuh suka pada Wadi Sufyan. Tetapi melihat pada layanan Wadi Sufyan padanya dia tahu Wadi Sufyan belum dapat menerimanya lagi.


Dia cemburu melihat Wadi Sufyan melayan Irdina Safiyah. Adakah keputusannya untuk menjadi isteri kepada Wadi Sufyan adalah betul? Bolehkah dia bahagia bersama Wadi Sufyan? Dia semakin keliru memikirkan itu.


Tinggal lagi beberapa jam saja majlis angkat nikah itu akan berlangsung. Ya, dia akan meneruskan majlis ini. Dia pasti dia boleh buat Wadi Sufyan jatuh cinta padanya. Dia akan berusaha untuk memenangi hati Wadi Sufyan.



*****



Sedari tadi Irdina Safiyah hanya senyap sambil termenung memandang pemandangan di sepanjang jalan, manakala Irsyad Zafran tekun mengemudi keretanya. Sesekali dia memandang ke arah Irdina Safiyah yang termenung jauh.


“Kau ok ke?” tanya Irsyad Zafran. Namun tiada reaksi dari Irdina Safiyah.


“Kau ok ke tak ni?” tanya Irsyad Zafran sekali lagi membuatkan Irdina Safiyah terkejut.


“Haa! awak tanya apa?” tanya Irdina Safiyah. Irsyad Zafran mengelengkan kepalanya.


“Aku tanya kau ok ke tak?” ulang Irsyad Zafran.


“Ok je..” jawab Irdina Safiyah.


“Betul ni?” tanya Irsyad Zafran bersungguh-sungguh. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mengambil berat tentang Irdina Safiyah.


“Betul la..kalau tak ok..tak adanya saya dekat sini dengan awak..entah-entah kat hospital sekarang..” jawab Irdina Safiyah. Bengang kerana Irsyad Zafran banyak sangat bertanya, lagi-lagi kepalanya tengah pening ni.


“Aku tak suka kau cakap macam tu..” marah Irsyad Zafran. Berkerut kening Irdina Safiyah sambil merenung Irsyad Zafran pelik.


“Kenapa pula awak tak suka?” tanya Irdina Safiyah. Irsyad Zafran mendengus keras.


“Kalau aku cakap tak suka tu..tak suka lah..jangan banyak tanya boleh tak..” marah Irsyad Zafran. Padahal dia tak tahu nak jawab apa bila Irdina Safiyah tanya begitu padanya.


“Dia tanya banyak-banyak boleh..bila kita tanya banyak-banyak tak boleh pula..” rungut Irdina Safiyah perlahan. Irsyad Zafran dengar akan rungutan itu.


“Menjawab..menjawab..” marah Irsyad Zafran. Terkejut Irdina Safiyah. Sangkanya Irsyad Zafran tak dengar. Spontan saja Irdina Safiyah mengigit hujung lidahnya sambil mengerling sekilas pada Irsyad Zafran di sebelahnya.


“Sorry..” ucap Irdina Safiyah sambil tersenyum manis memandang Irsyad Zafran. Terpana seketika Irsyad Zafran. Tak berkelip matanya memandang Irdina Safiyah di sebelah.


“Awak..kereta..” jerit Irdina Safiyah mengejutkan Irsyad Zafran. Segera dia memutarkan stereng kereta dan menekan brek berhenti di bahu jalan bagi mengelakkan dari berlanggar dengan kereta di hadapan. Irsyad Zafran mengurut dadanya lega.


“Sorry..sorry..” ucap Irsyad Zafran pada Irdina Safiyah. Irdina Safiyah sudah merenungnya tajam. Dengan pantas tangan comel itu hingap di lengan Irsyad Zafran. Di cubitnya lengan Irsyad Zafran kerana geram.


“Auch!..sakit..sakit..ok..ok..aku minta maaf..” mengeliat Irsyad Zafran akibat dicubit oleh Irdina Safiyah.


“Aduh..duh..sakitlah..” ujur Irsyad Zafran lalu menarik tangan Irdina Safiyah dari lengannya.


“Lain kali bawa kereta tu pandang depan..ni tak..leka..dah la bawa anak orang..” marah Irdina Safiyah lalu menarik tangannya yang di genggam erat oleh Irsyad Zafran. Rasa semacam saja bila Irsyad Zafran dengan selamba menarik dan menggenggam tangannya.


“Sorry..janji tak buat lagi..siapa suruh kau senyum macam tu dekat aku..” ujur Irsyad Zafran. Berkerut kening Irdina Safiyah.


“Kenapa pula..” tanya Irdina Safiyah pelik.


“Sebab kau comel sangat..” beritahu Irsyad Zafran tanpa berselindung. Terbeliak mata Irdina Safiyah mendengarnya.


“Merepek je..dah la..cepat drive tu..nanti kita lambat pula..” ujur Irdina Safiyah membuang jauh debar di dada.


“Aku tahu..kau pendam semuanya dalam hatikan..kau berlagak happy depan semua orang..kau sayang Sufyan kan..kenapa korang mesti rahsiakan hubungan korang..kenapa tak terus terang je..”


“Tak abis lagi..Awak diam boleh tak..jangan ungkit pasal ni lagi boleh? Saya rimas lah..” potong Irdina Safiyah dengan amarahnya. Merah mukanya kerana marah.


“See..kau masih sayangkan dia kan..why not kau try slow talk dengan family kau dan family Sufyan..sekurang-kurangnya korang mencuba dari berserah macam ni..masih sempat lagi..” Irsyad Zafran cuba menasihatkan Irdina Safiyah. Irdina Safiyah mengeluh mendengar kata-kata Irsyad Zafran.


“Awak tak faham..awak tak rasa apa yang saya rasa..kalau awak kat tempat saya..awak akan buat macam yang saya buat sekarang..ya.saya masih sayangkan abang..ya..memang saya berlagak happy depan orang..sanggup tak awak bila seorang mak saudara yang terlalu rapat dengan awak yang sentiasa dengan awak dari kecil hingga besar..dia dah macam mak awak sendiri..tak kira susah atau senang..merayu dekat awak supaya pujuk anaknya nikah dengan orang lain..sanggup tak awak bila dia merayu berkali-kali dan berharap sangat nak tengok anak dia nikah dengan pilihan dia..itu merupakan hajat dia..dan dia percayakan awak 100 peratus..di berharap sangat yang awak dapat bantu dia..apa yang awak akan buat?awak akan tolak permintaan dia?awak sanggup tengok dia sakit dan sedih?sanggup?” tanya Irdina Safiyah bertubi-tubi dengan esakan perlahan.


Dia tidak dapat menahan lagi perasaannya kala ini. Dia ingin melepaskan semuanya. Semua yang di pendam selama ini. Irsyad Zafran hanya terdiam seribu bahasa sabaik mendengar luahan dari Irdina Safiyah. Dia sendiri tidak dapat jawab pertanyaan itu. Jika itu yang berlaku padanya. Pantas saja tangannya mencapai jemari halus milik Irdina Safiyah, di genggamnya erat dengan lembut disapunya air mata di pipi Irdina Safiyah.


Terkejut Irdina Safiyah dengan perbuatan Irsyad Zafran itu. Dengan pantas juga dia menarik tangannya tetapi Irsyad Zafran makin menggenggamnya erat.


“Aku akan sentiasa di sisi kau bila kau sedih, gembira ataupun susah.. ujur Irsyad Zafran perlahan sambil merenung tepat ke dalam mata Irdina Safiyah. Terkedu Irdina Safiyah dengan kata-kata dari Irsyad Zafran.



*****




4 comments: