Monday, April 25, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 7 (ii)



“Terima kasih lagi sekali sayang..” ucap Pn Salina sekali lagi. Irdina Safiyah tidak menjawab tetapi hanya senyum dan menganggukkan kepalanya. Setiap kali dia tersenyum hatinya bagaikan ditusuk benda tajam. Sakit!


Irdina Safiyah mendapatkan maknya. Pn Sarimah memeluk erat anaknya sambil tersenyum. Irdina Safiyah membalasnya erat. Tuhan saja yang tahu apa yang dia rasa kala ini. Pelukan itu seakan memberi kekuatan kepadanya. ‘Maafkan Fiyah mak..kerana tipu mak..maafkan Fiyah..’ ucap Irdina Safiyah hanya dalam hati.


“Wah! Lepas ni makan nasi minyak la kita ek..akak pun dah lama tak makan nasi minyak..nak tunggu Fiyah lambat la dia..” ucap Kak Far sambil tersenyum.


“Betul tu..mak ngah pun tak sabar nak makan nasi minyaknya..bila nak langsung?” sampuk Pn Sarimah pula.


“Tu kena bincang dengan pihak perempuan dulu..yang buat lamanya sebab nak tunggu jawapan anak bertuah ni haa..macam-macam alasan..” jawab Pn Salina pula. Wadi Sufyan tidak mengambil pusing tentang perbualan itu. Dalam fikirannya kini hanya Fiyah..Fiyah dan Fiyah.


Rancak mereka berbual. Sesekali Irdina Safiyah tersenyum paksa apabila usikan mengena padanya. Wadi Sufyan hanya memerhati Irdina Safiyah sedari tadi. Tepat jam 11.30 malam Wadi Sufyan sekeluarga meminta diri.



*****



Di pejabat A & A Holding..


Wadi Sufyan sedang merenung gambar buah hatinya. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dan ditolak dari luar. Terjenggol muka Irsyad Zafran dengan senyumannya.


“Hello bro..kerja lah..bukan tengok gambar..” tegur Irsyad Zafran sambil tersenyum nakal. Sengaja menyakat rakannya itu. Melihat reaksi Wadi Sufyan dia dapat menangkap, pasti rakannya ini punya masalah.


“Woi! Kau apa hal?” tanya Irsyad Zafran sambil menarik kerusi dan duduk menghadap Wadi Sufyan. Wadi Sufyan tidak terus menjawab dia hanya mengeluh.


“Kenapa?” tanya Irsyad Zafran sekali lagi.


“Kau boleh tolong aku tak?” tanya Wadi Sufyan tiba-tiba. Berkerut kening Irsyad Zafran pelik.


“Tolong apa?” tanya Irsyad Zafran.


“Kawin dengan Fiyah..” beritahu Wadi Sufyan dengan muka serius dan memandang tepat Irsyad Zafran menanti jawapan dari mulut rakannya itu.


“Haa?kau nak kawin dah?wah! tahniah2..then apasal kau muram pulak ni?” tanya Irsyad Zafran. ‘Salah dengar agaknya atau tak faham dengan ayat aku budak ni..’ rungut Wadi Sufyan.


“Tak..maksud aku..aku nak minta tolong kau kawin dengan Fiyah..” terang Wadi Sufyan kembali. Entah kenapa dia rasa Irsyad Zafran shaja yang boleh menolongnya.


“What?!aku??kawin??dengan sapa??Fiyah??who’s that??” tanya Irsyad Zafran terkejut.


“Awek aku..please Zaf..tolong aku..kau je boleh tolong aku..tak lama..aku janji aku akan ambil dia balik..aku Cuma minta kau tolong aku perhatikan dia sementara..” terang Wadi Sufyan. Irsyad Zafran bengang mendengarnya. Ada ke patut suruh aku kahwin dengan awek dia..tak masuk akal betul.


“Kau dah gila ke?aku tak nak..sorry..aku tak dapat tolong kau..” jawab Irsyad Zafran tegas.


“Please Zaf..tolong aku kali ni je..kau pun nak larikan diri dari kawin dengan Fina kan..so ni peluang kau..kau lagi sanggup kawin dengan Fina atau Fiyah awek aku..” tersentak Irsyad Zafran mendengarnya. Ya, memang dia sedang mencari jalan untuk tidak berkahwin dengan Hadfinah Arinah. Wadi Sufyan sengaja psiko fikiran Irsyad Zafran.


“Tapi dia awek kau..kau sanggup tengok aku kawin dengan dia?Kalo sayang kenapa tak kau je yang kawin dengan die?” tanya Irsyad Zafran.


“Aku terpaksa kawin dengan pilihan mak aku..dan tu juga keputusan Fiyah..dia tak nak mak aku kecewa..please Zaf..aku janji benda ni tak lama..kau bagi aku tempoh setahun..aku akan settlekan masalah ni..aku akan ambil dia balik..please..kau je harapan aku Zaf..” kata Wadi Sufyan.


“Macam mana kalo dia atau aku suka sama suka..dan bila tempoh setahun tu sampai aku tak akan serahkan dia pada kau..” ucap Irsyad Zafran sengaja menduga Wadi Sufyan. Mana mungkin dia akan suka pada Irdina Safiyah. Semenjak Irdina Safiyah menamparnya dia benci akannya.


Terpampan Wadi Sufyan mendengarnya. Sesekali dia meraup mukanya. Mana mungkin dia melepaskan Irdina Safiyah pada orang lain walaupun rakannya sendiri. ‘No..Zafran hanya nak menduga aku..aku tahu dia tak akan buat macam tu pada aku..’ getus hati Wadi Sufyan.


“Tak mungkin..aku tahu..kau tak akan buat macam tu..aku percaya dengan kau..” ucap Wadi Sufyan yakin dengannya. Irsyad Zafran tersenyum sinis.


“Bagi aku masa..” jawab Irsyad Zafran.


“No..aku nak jawapan dia sekarang..kau nak ke kawin dengan Fina?aku dengar yang dia sedang desak family kau nak langsungkan ujung bulan depan..kalo kau terima cadangan aku ne..kau pasti akan terlepas dari berkahwind dengannya..” terang Wadi Sufyan.


Ya, Hadfinah Arinah memang ingin melangsungkan perkahwinan mereka ujung bulan depan. Tak ku sangka tindakan aku mencium pipi Irdina Safiyah depannya tidak berkesan. Irsyad Zafran tertekan dengan semuanya. Perlukah dia menerima cadangan Wadi Sufyan atau terus saja menerima Hadfinah Arinah sebagai isterinya.


Tiba-tiba dia terbayang sikap Hadfinah Arinah yang sering ke clubbing berseronok dengan teman-teman tak kira lelaki atau perempuan jika dibandingkan Irdina Safiyah yang hanya keluar dengan orang-orang tertentu sahaja. Hadfinah Arinah yang cara pemakaiannya seperti tidak cukup kain, terdedah sana-sini manakala Irdina Safiyah yang sentiasa menjaga penampilan diri dan sopan. Hadfinah Arinah yang serig bertukar-tukar pasangan manakala Irdina Safiyah yang setia pada yang satu.


Entah kenapa tiba-tiba dia menbandingkan mereka berdua. Terbayang kehidupannya bila bersama Hadfinah Arinah. ‘No..aku tak sanggup punya isteri macam tu..’ getus Irsyad Zafran dalam hati.


“Zaf..” panggil Wadi Sufyan mengejutkan Irsyad Zafran yang terkhayal seketika.


“Haa..” jawab Irsyad Zafran terkejut. ‘Ish! Macam mana aku boleh berkhayal ni..’ rungut Irsyad Zafran.


“Please..tolong aku..” rayu Wadi Sufyan masih lagi tidak berpuas hati selagi rakannya itu tidak memberi jawapan. Irsyad Zafran menarik nafas dalam-dalam. Berdoa agar keputusannya ini betul.


“Ok..aku tolong kau..tapi..dengan syarat..” jawab Irsyad Zafran dan meletakkan syarat pada Wadi Sufyan. Berkerut kening Wadi Sufyan.


“Syarat?apa dia?” tanya Wadi Sufyan.


“Kalau boleh aku nak langsung secepat mungkin..dua bulan lagi?” tanya Irsyad Zafran. Bukannya sebab dia tidak sabar tetapi kerana memikirkan jika lambat lagi waktunya pasti Hadfinah Arinah akan mencari jalan untuk berkahwin dengannya.


“Aik?tak sabar nampak..ok..tapi aku nak bagi amaran dekat kau..jangan sesekali sentuh dia..” ucap Wadi Sufyan berbunyi ugutan. Irsyad Zafran segera tertawa mendengar ugutan Wadi Sufyan. ‘Tak nak aku sentuh jangan lah kawinkan aku dengan dia..’ getus hati Irsyad Zafran.


“Kau jangan ketawa Zaf..aku cakap betul-betul ni..jangan sesekali sentuh dia..” marah Wadi Sufyan sebaik mendengar tawa rakannya itu.


“Rileks ar bro..aku tahu la..” jawab Irsyad Zafran.


“Ok..so boleh tak malam ni kau bawa family kau datang meminang dia?” tanya Wadi Sufyan.


“Kau gila..” jawab Irsyad Zafran. Dia belum pun lagi beritahu family dia macam mana nak pergi meminang.


“Kau nak ke tak nak ne?” tanya Wadi Sufyan sekali lagi.


“Ish! Yela..kau ni..dah la minta tolong aku..pastu nak mengamuk je..” rungut Irsyad Zafran.


“Aku pun tolong kau jugakan..kita sama-sama tolong-menolong..” ucap Wadi Sufyan. ‘A’ah..betul juga..aku tolong dia..dia tolong aku..’ kata hati Irysad Zafran.


“Malam pukul 8..aku tunggu kau..nanti apa-apa call dulu..” pesan Wadi Sufyan sebelum Irsyad Zafran keluar dari biliknya. Ah! Hati kenapa perlu rasa macam ni. ‘Maafkan abang Fiyah..abang janji abang akan ambil Fiyah balik..Itu janji abang..’ getus hati Wadi Sufyan.



*****



No comments:

Post a Comment