Wednesday, March 9, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 1(ii)


“Abang..abang..” jerit Wani Sofea dengan Wani Sakinah yang sedang berlari mendapatkan abangnya Wadi Sufyan yang sedang memancing bersama Shahrizal.

“Kenapa korang ne..macam kena kejar hantu je..” tanya Wadi Sufyan. Shahrizal hanya memerhatikan mereka yang tercungap-cungap kerana berlari.

“Fiyah bang..Fiyah..” kata Wani Sofea tercungap-cungap. Sebaik mendengar nama Irdina Safiyah disebut Wadi Sufyan sudah tidak sedap hati.

“Fiyah? Kenapa dengan Fiyah?” tanya Wadi Sufyan cemas.

“Fiyah jatuh sungai..Dila tolak dia bang..cepatlah tolong Fiyah bang..” jawab Wani Sofea. Sebaik mendengar kata-kata adiknya itu dengan pantas Wadi Sufyan berlari mendapatkan Irdina Safiyah.

Setibanya di tempat kejadian kelihatan Irdina Safiyah sedang tergapai-gapai kelemasan. Tanpa membuang masa Wadi Sufyan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Irdina Safiyah. Wadi Sufyan menarik Irdina Safiyah ke tebing sungai dan Shahrizal menyambutnya. Irdina Safiyah tidak sedarkan diri.

Tubuh Irdina Safiyah yang terkulai lemah itu di pangku Shahrizal. Wadi Sufyan mendapatkan Irdina Safiyah dan cuba menekan-nekan dada Irdina Safiyah tetapi Irdina Safiyah masih lagi tidak sedarkan diri.

“Abang..Fiyah..” ucap Asma Marha serta Wani Sofea sambil menangis. Wani Sakinah hanya menangis sedari tadi melihat Irdina Safiyah

“Fiyah..Sufyan..” ucap Shahrizal risau melihat keadaan Irdina Safiyah.

Wadi Sufyan menekan-nekan lagi dada Irdina Safiyah, akhirnya Irdina Safiyah sedar. Irdina Safiyah tersedak, tanpa menunggu Wadi Sufyan menarik Irdina Safiyah ke dalam pelukannya.

“Fiyah..tolong jangan buat abang macam ne lagi..” rayu Wadi Sufyan sayu. Sepupu yang lain hanya memerhati dan bersyukur kerana Irdina Safiyah selamat.

“Fiyah takut..” ujur Irdina Safiyah membalas pelukan Wadi Sufyan erat sambil menangis kerana ketakutan. Ketika itu Irdina Safiyah berumur 13 tahun.

“Shuu..abang ada..” pujuk Wadi Sufyan lalu mengendong Irdina Safiyah pulang ke rumah, diikuti yang lain.


*****


“Nasib baik abang Sufyan ada time tu kan..” kata Wani Sofea yang terimbas kembali kejadian di mana Irdina Safiyah di tolak oleh Siti Adila kerana cemburu akan Irdina Safiyah yang sentiasa mendapat perhatian.

“Tau tak pe..kalo kau ingat balik apa kau rase Fiyah?” tanya Asma Marha pula.

“Mesti la rase takut..cemas..semuanya adalah kan kak Fiyah..apalah kak Asma ne..” sampuk Wani Sakinah. Irdina Safiyah hanya tersenyum mendengar jawapan Wani Sakinah, terserlah lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.

“Tau tak pe..mau tak takut..Fiyah fikir mati je time tu tau..takut..takut..” jawab Irdina Safiyah.

“Abang tak suka Fiyah cakap macam tu..” sampuk Wadi Sufyan yang entah dari mana tiba-tiba muncul di antara mereka bersama Shahrizal. Pantas Irdina Safiyah menoleh ke belakang. Kelihatan Wadi Sufyan merenungnya tajam.

“Abang..” seru Irdina Safiyah perlahan.

“Yela Fiyah..apa la kau ni..cakap macam tu..kitorang sayang kau tau..jangan cakap macam tu lagi..nanti I babab U nanti..” sampuk Asma Marha.

“Sorry..” ucap Irdina Safiyah serba salah.

“Apa yang korang buat dekat sini haa?mengumpat kitorang ey?” tanya Shahrizal sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Wani Sofea. Manakala Wadi Sufyan duduk bersebelahan dengan Irdina Safiyah.

“Ceh! Takde masa kitorang nak mengumpat..dosa tau..” jawab Wani Sakinah.

“Dah tu?duk puji abang Rizal ke?” tanya Shahrizal lagi, sengaja ingin menyakat Wani Sakinah. Wani Sakinah yang mendengar membuat aksi muntah. Terletus tawa mereka.

“Kitorang tengah duk puji pakwe Fiyah ni haa..Fiyah kata dia nak tunang tak lama lagi..” sakat Asma sengaja ingin mengenakan Irdina Safiyah. Wani Sofea dan Wani Sakinah yang mendengar tertawa sebaik melihat muka Irdina Safiyah yang terkejut. Wadi Sufyan yang mendengar juga terkejut.

“Betul ke?” tanya Wadi Sufyan dengan muka seriusnya.

“Haa!..”

“Safiyah..tolong akak kejap..” sampuk Husna Farisah sebelum sempat Irdina Safiyah menjawab pertanyaan Wadi Sufyan.

“Kejap ey..” Irdina Safiyah meminta izin. Tinggallah Wadi Sufyan dengan seribu persoalan difikirannya lalu bangun menuju ke dalam biliknya.

“Eh! Betul ke?Fiyah nak tunang dah?” tanya Shahrizal.

“Heheh..tak la..saja je kenakan Fiyah..tak tengok muka terkejut dia tu ke?” beritahu Asma sambil ketawa. Shahrizal yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya. ‘Nasib kau la Yan..nampak sangat muka jeles kau tadi..padahal diorang tipu je..’ Shahrizal berkata-kata dalam hati. Shahrizal dari kecil tahu bahawa Wadi Sufyan suka akan Irdina Safiyah.


*****


Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, masing-masing meminta diri untuk pulang ke rumah. Begitu juga dengan Pn Sarimah serta keluarga. Irdina Safiyah pula sedang rancak berborak dengan Wani Sakinah. Asma Marha sudah pun pulang bersama mak lang beberapa minit lepas.

Selepas bersalaman dengan saudara mara Irdina Safiyah berjalan mendapatkan mak serta kakak iparnya, tiba-tiba tangannya di tarik masuk ke dalam bilik. Terkejut Irdina Safiyah sebaik melihat muka Wadi Sufyan yang masam mencuka itu.

“Abang ne kenapa?jangan macam-macam..orang ramai ne..” marah Irdina Safiyah. Tangan Irdina Safiyah masih lagi kemas dalam genggam Wadi Sufyan.

“Betul ke Fiyah nak bertunang?” tanya Wadi Sufyan serius. Berkerut kening Irdina Safiyah mendengar pertanyaan Wadi Sufyan.

“La..tunang apanya..pakwe pun takde nak tunang apa..” jawab Irdina Safiyah jujur.

“Abis yang Asma cakap tadi tu? Fiyah cakap betul-betul dengan abang..”gesa Wadi Sufyan.

“Ya Allah..betul..diorang saja kenakan Fiyah la bang..abang ne kenapa..” tanya Irdina Safiyah pelik melihat Wadi Sufyan lalu menarik tangannya dari terus di genggam Wadi Sufyan. Sebaik mendengar jawapan Irdina Safiyah, Wadi Sufyan menarik nafas lega. Makin berkerut dahi Irdina Safiyah melihat Wadi Sufyan.

“Dah la bang..Fiyah nak balik..” pinta Irdina Safiyah lalu memulas tombol pintu dan melangkah keluar. ‘Huh! Nasib tak ada orang nampak..kalo tak..masak aku nanti..Ish! apa kenalah dengan dak abang ari ne..agaknya tukar angin tu yang tak betul sikit tu..’ getus Irdina Safiyah dalam hati.

“Safiyah..” panggil Wadi Sufyan sebaik Irdina melangkah keluar dari biliknya. Irdina Safiyah menoleh memandangnya.

“Ye?” jawab Irdina Safiyah.

“Hati-hati drive ok..take care..nanti kita date ey..dah lama tak date dengan Fiyah..” pesan Wadi Sufyan. Irdina Safiyah tersenyum mendengarnya.

“Baiklah abangku sayang..” jawab Irdina Safiyah sambil tersenyum manis.


*****

No comments:

Post a Comment