Thursday, December 31, 2009

Andai Itu Takdir Untukku 2


Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 5.30 petang. Isya mengemaskan mejanya. Seketika kemudian pintu biliknya diketuk dan ditolak seseorang.


“Isya dah siap ke?” tanya Jue.


“Dah!jom balik..” jawab Isya. Isya mencapai handbag dan melangkah keluar.


“Jom!tapi sebelum tu teman aku pergi beli barang dekat J.J” ajak Jue.


“Urm..ok!” jawab Isya.


Setiba mereka di J.J mereka berjalan mencari barang yang dihajati oleh Jue. Selesai membeli barang mereka singgah di Starbucks.


“Isya ceritalah apa masalah kau?” tanya Jue. Sebaik mendengar pertanyaan Jue, Isya mengeluh.


“Haish!macam ni..semalam kan Aizat ajak aku kuar..dia kata ada hal penting.” terang Isya pada Jue.


“Then, kau pergi jumpa dia?” tanya Jue. Isya hanya anggukkan kepalanya.


“Masa kitorang keluar tu dia luahkan perasaan dia kat aku..” terang Isya lemah sambil mengeluh.


“La yeke, Dani tau ke?” tanya Jue.


“Tau..aku beritahu Aizat kata ada hal penting..tapi aku tak bagi tahu yang Aizat ada luahkan perasaan dia kat aku..giler kau nak bagi tahu ngamuk sakan orang tua tu nanti..” terang Isya.


“Pasal tu ke kau asyik termenung je?” tanya Jue.


“Dia kata dia suka and sayang kat aku..aku cakap la aku tak boleh terima dia..aku dah ada Dani..aku just anggap dia sebagai kawan je..tapi..” terang Isya kepada Jue. Isya menundukkan mukanya memandang ke lantai sambil menarik nafas dalam-dalam.



***



“Isya!sebenarnya aku ada sesuatu nak beritahu kat kau ni..” kata Aizat.


“Apa dia?” jawab Isya.


“Urmm..Isya..” panggil Aizat sambil memandang ke arah Isya.


“Nape ni?kau ada problem ke?kau cerita kat aku..mana tau aku boleh tolong kau..kau kawan aku..aku akan cuba tolong mana yang aku mampu..nape ni..urmm?” tanya Isya sambil memandang Aizat dan memberikan senyuman yang cukup manis pada Aizat. Aizat tersentuh melihat keikhlasan Isya. Dia menunduk memandang kakinya. Aizat menarik nafas dalam-dalam.


“A.ak.aku..sebenarnya..urmm..a.aku..aarrrgghh!!”jerit Aizat geram sambil menumbuk batang pokok yang besar itu dengan kuat kerana geram akan dirinya. Tangan yang luka itu tidak dipedulikannya.


“Aizat!nape kau ni..cuba story kat aku..jangan ikutkan hati sangat..” mara Isya sambil menarik bahu Aizat menghadapnya. Aizat hanya diam dan menundukkan mukanya memandang kakinya.


“Kau nak tolong aku kan?” tanya Aizat sambil merenung mata Isya.


“Insyaallah..aku akan cuba bantu kau setakat mana yang aku mampu..” jawab Isya ikhlas.


“Macam mana kalo aku kata aku nak kau tinggalkan Dani!!” terang Aizat tegas. Isya tersentak mendengarnya.


“What?!apa kau merepek ni?” mara Isya sambil mengerutkan dahinya. Aizat tersenyum cuma.


“Kau boleh tolong ke?” dengan sinis Aizat bertanya pada Isya. Isya hanya diam dan kaku seperti patung. Aizat bengang melihat Isya diam dan tidak menjawab pertanyaannya.


“Isya!!Aku nak kau tinggalkan Dani sekarang jugak!!” jerit Aizat sambil mengoncangkan bahu Isya.



Panggg!!



Aizat terkelu!Isya terkelu!


“S.so..sorry..” luah Isya kesal kerana menampar Aizat. Apa aku buat ni.. aku patut tanya dia dulu.. ni tak main tampar je.. buat-buat dia just main-main je macam mana..tapi macam mana kalo dia betul-betul maksudkan apa yang dia kata tu..arrggh!! kata hati Isya.


“Heheh..tak pe..” Aizat tertawa sinis. Isya hairan melihat Aizat yang ketawa padahal baru kena penampar..sakit ke apa mamat ni..ish.


“Aizat?” panggil Isya. Aizat merenung mata Isya tajam. Isya tidak selesa dipandang begitu. Ish! Apa tenung-tenung ni..Aizat memegang kedua belah tangan Isya. Isya terkejut dengan tindakan Aizat itu.


“Aku suka and sayang kat kau Isya!” luah Aizat sambil merenung mata Isya. Isya terkejut dengan luahan itu lalu menarik tangannnya sekuat hati. Isya menarik nafas dalam-dalam dan membuang kegusaran di hati lalu tersenyum memandang Aizat.


“Aku pun sayang kau jugak..ak..”


“Really?” belum sempat Isya menghabiskan ayatnya Aizat memotong lalu menarik Isya ke dalam pelukkannya. Isya terkejut lalu menolak badan Aizat.


“Sorry..aku happy sangat..I really love U..thanks..” ucap Aizat sambil tersenyum gembira memandang Isya. Ah! Tidak dia dah salah faham..hisy ni la masalahnya kalo suka potong orang cakap..kan dah salah faham..aduh hai..kusut aku..abis la kau Isya..hati Isya berkata-kata.


“Aizat!kau dah salah faham..aku memang sayang kau..aku sayang kau sebagai seorang kawan..just friend ok!tak lebih dari tu..” terang Isya dengan berani. Sebaik saja mendengar pengakuan Isya, Aizat mulai bengang.


“What!!” mara Aizat. Isya yang melihat muka bengang Aizat hanya diam saja.


“No..no..I love U.only U..kau tak boleh buat aku macam ni Isya..no..no..” kata Aizat tegas sambil menggelengkan kepalanya.


“Aizat!please understand me..” rayu Isya. Ah!sudah apa lagi aku nak cakap ni..


“No!I love you more than friend..” terang Aizat bersungguh-sungguh pada Isya.


“Sorry!aku tak boleh terima kau..aku dah ada Dani..aku sayang dia..aku just anggap kau sebagai kawan aku..tak lebih dari tu..” jawab Isya dengan jujur.


“No!kau tak boleh tolak cinta aku Isya..” jerit Aizat sambil merenung tajam pada Isya. Isya terkejut mendengarnya.


“A..aku mintak maaf..aku tak dapat terima kau..aku anggap kau sebagai kawan..tak lebih dari tu Aizat..soal hati kita tak boleh paksa..” jawab Isya dengan takut-takut. Mendangar saja kata-kata Isya, Aizat mulai melangkah merapati Isya.


Aizat mula berkasar dengan Isya..Dia menarik tangan Isya dengan kuat dan menghempaskan badan Isya di tepi kereta dengan kuat..Aizat mengenggam kedua-dua pergelangan tangan Isya dan menekannya di pintu kereta..Aizat mendekatkan tubuhnya pada Isya..Dia mendekatkan mukanya dengan muka Isya..Jarak antara mereka hanya tinggal beberapa cm sahaja. Isya terkejut dengan kelakuan Aizat. Isya cuba melepaskan diri.


“Aizat!apa kau buat ni..lepaskan aku!!” mara Isya pada Aizat sambil meronta-ronta mintak di lepaskan.


“Hahahah..kau ingat kau boleh lepas dari aku..Ingat Isya..aku tak akan lepaskan kau..kau tak boleh tolak aku..walau apa pun..aku akan pastikan kau akan jadi milik aku..milik aku sorang..” Aizat mengingatkan Isya sambil ketawa jahat.


“Lepaskan aku la!!” jerit Isya. Aizat cuba mencium Isya tetapi Isya mengelak.


“Hahaha..aku tak akan lepaskan kau..Ingat!!kalo aku tak dapat..orang lain termasuk Dani jugak tak akan dapat kau..KAU MILIK AKU!!” Aizat ketawa sinis sambil melepaskan Isya dan beredar dari situ. Isya!kau milik aku..aku akan pastikan kau jatuh ditangan aku..Isya tidak mampu berkata apa..Isya menangis semahunya kerana diperlakukan sebegitu oleh Aizat.



***



“Ish!Aizat ni dah melampau..orang dah tak nak dekat dia nak paksa-paksa pulak..patut la tadi kau layan dia macam tu..sebelum ni aku tengok korang baik je..” Jue berkata dengan geram. Aizat betul-betul dah melampau kerana buat Isya seperti itu..Jue tidak menyangka bahawa Aizat yang selama ini nampak sangat baik dan sopan akan bertindak ganas seperti itu..Kesian Isya..


“Aku takut la Jue..” beritahu Isya.


“Ish..aku pun takut gak..seriau aku dengar cerita kau ni..risau plak kat kau..tak sangka Aizat jadi macam tu..kau kena hati-hati lepas ni Isya..kita tak tahu apa si Aizat tu nak buat..” kata Jue.


“Aku tahu..tapi aku takut tengok muka dia macam tu..dengan tingkah laku dia..” terang Isya jujur.


“Dah la..kau buat tak tahu je..lelaki macam tu jangan di layan..psiko!!kau jangan risau selagi aku dan Dani ada dengan kau selagi tu tak ada sorang pun berani usik kau..sape yang usik aku tembak dia dengan senapang gajah..” terang Jue dengan serius.


“Hahahah..senapang gajah tak tahan..thanks Jue..” kata Isya sambil tersenyum kerana terharu dengan rakannya itu.


“Dah la jom balik..kang bos dekat rumah mengamuk anak dara dia balik lambat kang..” kata Jue.


Alright!jom” jawab Isya sambil bangun dan megaturkan langkah untuk pulang ke rumah masing-masing.


No comments:

Post a Comment