Thursday, September 8, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 18 ii



Mereka yang berada di ruang tamu semua memandang ke luar rumah serentak sebaik mendengar suara Iya. Terkejut Puan Siti sebaik ternampak Isya di sebalik pintu. Melihat wajah sayu Isya ingin saja dia pergi memeluknya tetapi kerana ego dan marah yang teramat sangat membuatkan dia tidak sanggup untuk melihat wajah Isya.


“Isya.. baru balik kerja ya.. mari sayang..” panggil En Kamal. Tersentuh hati Isya mendengar En Kamal memanggil begitu. Dengan langkah perlahan Isya mendapatkan En Kamal dan duduk di sebelah En Kamal. Pn Siti hanya menjeling saja melihatnya. Tersayat hatinya melihat pandangan yang penuh dengan kebencian dari mata ibunya.


“Kenalkan.. ni anak saya.. Aleeya Alisha.. Isya ni Pn Zubaidah..ni Thira..ni Datuk Arsyad..dan ini pula Datin Aisyah..” ucap En Kamal dengan bangga. Ya dia bangga dengan Isya. Bangga dengan kejayaan Isya serta dia bangga kerana dapat mendidik dan menjaga anak sebaik Isya. Kata-kata En Kamal membuatkan Isya makin hiba, tapi di tahannya.


Isya tersenyum hambar kepada mereka tetapi hanya Datuk Arsyad yang membalas senyumannya itu, yang lain hanya merenungnya tajam.


“Abang..dia bukan..”


“Cukup.. saya tak nak dengar apa-apa lagi.. Isya letih.. baru balik kerja.. tolong awak faham sikit..” potong En Kamal sebelum sempat Pn Siti berkata-kata.


“Ada apa ramai-ramai ni abah?” tanya Isya. Sengaja dia buat seperti tidak tahu apa-apa.


“Sudahlah.. Isya pergi rehat dulu.. nanti abah cerita..” ujur En Kamal. Baru saja Isya melangkah beberapa tapak Pn Siti bersuara.


“Abang.. saya nak dia tahu yang dia tu bukan anak kandung kita.. dia bukan anak saya.. DIA BUKAN ANAK SAYA!!” jerit Pn Siti. Isya mengetap bibir dan memejamkan matanya sebaik mendengar tutur kata ibunya itu. Terasa seperti benda tajam menyucuk-nyucuk dadanya. Ditahannya air mata dari mengalir keluar.


“CUKUP!! Saya tak nak dengar apa-apa lagi..” tengking En Kamal. Marahnya sudah sampai tahap. Walaupun Isya bukan anak kandungnya tetapi dia tetap sayang akan Isya. Tak sampai hati dia ingin melukakan hati anaknya itu.


“Isya.. dengar sini aku nak cakap..”


“SITI!!”


“Kau bukan anak kandung aku.. mak kandung kau ni.. orang kaya ni.. ini keluarga kandung kau.. kau bukan anak aku.. kau tahu tak.. sebab keluarga kau lah.. aku terpisah dengan anak kandung aku.. selama ni aku jaga.. beri pelajaran..beri makan pada anak orang.. bukan anak aku.. aku macam orang bodoh cari duit dengan laki aku tanggung kau selama ni.. aku terkilan sebab tak dapat jaga pakai minum anak kandung aku.. menyesal aku tanggung kau selama ni..” ucap Pn Siti dengan amarahnya tanpa sedikit pun memikirkan perasaan Isya.


“Dia bukan anak aku.. anak aku hanya sorang.. anak aku Athirah Syafiqah.. bukan dia..” ujur Datin Aisyah dengan emosi.


“CUKUP!! CUKUP!! Puas dah hati kau orang semua haa? puas? Siti awak dah puas dah? Puas dah hati awak tu?? Bercakap tak guna otak..” marah En Kamal.


Isya memegang dadanya sambil memejam mata mendengar setiap patah kata yang mereka tuturkan. Tanpa dapat di tahan air mata yang di tahan sedari tadi mengalir di tubir mata. Dengan pantas kakinya melangkah menuju ke dalam bilik. Sebaik saja pintu bilik di tutup Isya terduduk bersandar di pintu biliknya. Di situ dia melepaskan tangis semahunya. Iya dan Adli menahan sebak melihat kakaknya seperti itu.


Thira tersenyum sinis melihat drama di hadapan matanya. Dia memandang ke arah Pn Zubaidah dan mereka tersenyum sinis.


*****



No comments:

Post a Comment