Friday, August 12, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 16 (i)




<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Persediaan untuk majlis perkahwinan Isya dan Dani hampir siap. Hanya tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi mereka akan bergelar suami isteri. Banyak kerja yang perlu di buat memandangkan pihak lelaki minta percepatkan majlis itu. Pening juga kepala Isya memikirkannya. Nasib baik keluarganya dan keluarga Dani membantu. Hampir semua urusan di uruskan oleh keluarga Dani.


Memikirkan majlisnya hampir tiba terasa berdebar pula menanti hari itu tiba. Segalanya hampir sempurna. Hebat sungguh ibu Dani menguruskan semuanya.


“Haa!” sergah Iya pada Isya yang sedang duduk termenung di buaian di hadapan rumahnya.


“Oh! Mak kau meletup!” latah Isya. Pecah tawa Iya mendengar alongnya melatah.


“Amboi..termenung jauh nampak..teringat dekat siapa?” usik Iya.


“Iya budak-budak lagi..apa Iya tahu..” jawab Isya sambil menjeling Iya yang duduk di hadapannya.


“Aleh! Macam la Iya tak tahu..along ingat dekat abang Dani kan..tak sabar nak kahwin ey..” sakat Iya sambil mengoyangkan jari telunjuknya.


“Ish! Budak ni..ni duduk sini dah buat kerja sekolah ke belum?” tanya Isya, sengaja menukar topik.


“Ala kejap lagi Iya buat la..” rungut Iya. Berkerut kening Isya mendengarnya.


“Banyaklah awak punya kejap..dah pergi buat sekarang..besok sekolah kan..cepat sekarang..” arah Isya tegas. Iya menarik muncungnya.


“Ala..baru nak berbual dengan along..” rungut Iya.


“Lepas buat kerja sekolah baru boleh..cepat sekarang..” arah Isya.


“Yela-yela..” jawab Iya dan pantas bergerak pergi membuat kerjanya. Alongnya kalau marah boleh runtuh rumah ni.


*****


Sampul surat berwarna coklat itu terlepas dari tangan Thira. Terkejut Thira sebaik membaca surat-surat serta dokumen itu. Thira terduduk di tepi katil bersama hati yang hancur. Kenapa semua ini terjadi padanya. Kenapa mesti dia.


Ketika itu pintu bilik di tolak dari luar. Alangkah terkejutnya Pn Zubaidah sebaik melihat Thira yang terduduk di tepi katilnya bersama sampul surat yang mengandungi maklumat yang di beri oleh Ariffin.


Dia hanya menyuruh Thira mengambilkan dompetnya yang berada di atas almari. Tak menyangka pula Thira nampak akan sampul itu dan membacanya. Salahnya kerana tidak simpan di tempat yang tersorok. Thira hanya memandang muka neneknya tanpa perasaan.


“Thira..nenek..” belum sempat Pn Zubaidah berkata-kata Thira memotong.


“Betul ke semua ni nek?betul ke?” tanya Thira lalu bangun mendapatkan neneknya. Pn Zubaidah hanya diam tanpa menjawab soalan yang di tanya itu.


“Betul ke Thira ni bukan anak kandung papa dan mama?” tanya Thira hampir menjerit. Nasib baik ketika itu Datuk Arsyad dan Datin Aisyah tiada di rumah.


“Thira..”


“Ni semua tipu..nenek tipu..nenek sengaja buat dokumen palsu tu kan..semata-mata nak sakitkan hati mama..” teka Thira tidak dapat menerima kenyataan.


“Thira dengar sini..” pujuk Pn Zubaidah cuba menenangkan Thira yang bagaikan orang gila mengambil barang dan membalingnya.


“Nenek tipu..Thira anak mama dan papa..nenek jahat..nenek tipu..” jerit Thira semakin kuat. Pn Zubaidah yang hilang sabar melihat Thira yang menjerit di depannya.


Panggg!!! Thira merasa perit di pipi kirinya. Terkejut dan tidak menyangka neneknya akan menamparnya.


“Diam..dengar apa aku nak cakap..ye..memang kau bukan anak kandung mereka..kau hanya anak orang biasa..” terang Pn Zubaidah dengan angkuhnya.


“Sampai hati nenek cakap macam tu pada Thira..walaupun Thira bukan anak kandung mama dan papa..walaupun ibu bapa Thira tidak sama taraf dengan nenek..nenek tak ada hak nak hina Thira macam tu..” jawab Thira dan terus berlari keluar.


“Thira!! Dengar nenek cakap dulu..” jerit Pn Zubaidah. Beberapa minit kemudian terdengar engin kereta mengaum keluar dari halaman rumah itu.


Thira memandu kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Entah di mana silapnya Thira tidak dapat mengawal keretanya dan berlanggar dengan kereta Honda CRV berwarna putih. Honda CRV itu dapat mengawal keretanya dari terbabas tetapi tidak bagi Thira. Kereta Toyota Caldina miliknya itu terbabas dan melanggar tiang lampu jalan.


Pemilik kereta Honda CRV dan orang ramai datang melihat Thira dan cuba menyelamatkannya. Melihat darah yang mengalir di dahinya dan kecederaan yang di alaminya Pemilik Honda CRV itu menawarkan diri untuk menghantar Thira ke hospital. Jika ingin menunggu ambulance datang pasti lambat.


*****


Pn Zubaidah sedari tadi berjalan ke kiri dan ke kanan memikirkan tentang Thira. Jam menunjukkan hampir jam 12 tengah malam tetapi Thira masih lagi belum pulang. Datin Aisyah dan Datuk Arsyad juga risau akan anaknya itu apabila Pn Zubaidah mengadu yang Thira merajuk dengannya dan terus keluar rumah dari jam 7 malam tadi sampai sekarang tidak pulang.


Pn Zubaidah tidak pula menceritakan secara terperinci apa yang sebenarnya berlaku. Takut jika anaknya menyalahkannya.


Kringgg!! Kringggg!!


Telefon rumah berbunyi tiba-tiba memecah kesunyian di rumah agam itu. Dengan pantas pembantu rumahnya Mak Mah menjawab panggilan itu.


“Datuk..ada telefon untuk Datuk..” beritahu Mak Mah pada Datuk Arsyad.


“Hello..ye saya Datuk Arsyad..apa dia?di mana? Terima kasih..” ucap Datuk Arsyad dengan wajah risaunya membuatkan Datin Aisyah tidak sedap hati melihat air muka suaminya itu.


“Kenapa bang?” tanya Datin AIsyah sebaik saja Datuk Arsyad mendapatkannya dengan wajah sugul.


“Thira..Thira kemalangan..sekarang dia berada di hospital..” beritahu Datuk Arsyad menyebabkan Datin Aisyah terduduk dan menangis di ruang tamu itu. Pn Zubaidah yang mendengar menjadi serba salah. Walaupun Thira bukan cucu kandungnya tetapi dia tetap menyayangi Thira seperti cucunya sendiri.


“Ya Allah bang..anak kita..” rengek Datin Aisyah.


“Sudah-sudah..mari kita pergi ke hospital..” ujur Datuk Arsyad.



*****






p/s: korang..sowi lambat post..heheh apa-apa komen la ey wa nye karya yang x seberapa ni..thankz sbb sudi bace karya wa ni..

1 comment: