Wednesday, August 24, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 9 (ii)




<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Sedang Wani Sofea terkial-kial ingin mengangkat pinggan mangkuk untuk disusun di meja di luar rumah, sebuah kereta Honda City berwarna biru parking betul-betul di hadapan kereta milik abangnya Wadi Sufyan.


Sebaik melihat orang yang keluar dari kereta itu ialah Irdina Safiyah, berkerut-kerut keningnya. ‘Sejak bila Fiyah tukar kereta pula ni..tapi kenapa Fiyah tak drive..Eh?sape pula lelaki ni?tapi kenapa macam pernah tengok je mamat ne ek?’ Wani SOfea tertanya-tanya sebaik melihat wajah Irsyad Zafran keluar dari tempat pemandu.


Irdina Safiyah dan Pn Sarimah melangkah menuju ke rumah Pn Salina. Hannah Bakriyah pula terkedik-kedik berjalan sambil di pimpin oleh mak sunya Irdina Safiyah. Manakala Irsyad Zafran pula pergi mendapatkan En Hashim yang sedang menyusun kerusi dan meja di khemah bersama Ilham Safwan, En Tirmizi dan sanak saudara yang lain.


“Assalammualaikum..” Pn Sarimah memberi salam.


“Waalaikumsalam..masuk lah mak ngah..” jemput Wani Sofea.


“Mak mana?” tanya Pn Sarimah


“Ada dekat dapur tu mak ngah..mak ngah datang dengan sape?” tanya Wani Sofea.


“Oo..lupa pula mak ngah nak kenalkan..tu bakal menantu mak ngah..bakal suami si Fiyah ni haa..kawan abang kamu juga tu..” terang Pn Sarimah.


“La yeke..patut la macam pernah tengok je muka dia..kawan abang rupanya..” kata Wani Sofea.


Irdina Safiyah yang mendengar perbualan mak serta sepupunya itu hanya buat tak tahu saja. Tak ada hati nak dengar dan bercakap tentang itu.



*****



Sedang Irdina Safiyah sibuk membungkuskan gula-gula, coklat dan bermacam lagi untuk diberikan pada tetamu yang hadir nanti Pn Salina memanggilnya.


“Fiyah..tolong mak long boleh tak sayang?” pinta Pn Salina.


“Tolong apa mak long?” tanya Irdina Safiyah sambil tangannya pantas mengisikan jajan itu ke dalam bungkusan khas.


“Ne bilik Sufyan tak siap lagi tu..mak long nak minta tolong kamu hiaskan boleh?kamukan pandai bab-bab tu..jimat sikit bajet mak long kamu tolong..” beritahu Pn Salina sambil tertawa kecil. Terkedu seketika Irdina Safiyah dengan permintaan mak longnya itu.


“Err..nanti kalo tak cantik macam mana mak long..” Irdina Safiyah cuba memberi alas an. Tak sanggup dia untuk masuk ke dalam bilik Wadi Sufyan.


“Ala mak long percaya dengan hasil kerja tangan kamu..nanti mak long panggil Sofea, Asma dengan Kina tolong ye..” jawab Pn Salina dan berlalu pergi.



*****



“Macam mana kau ada sekali dengan Fiyah?” tanya Wadi Sufyan perlahan tetapi sedikit keras pada Irsyad Zafran.


“Abang dia yang call aku minta tolong hantarkan Fiyah dengan maknya ke rumah kau..katanya Fiyah tak berapa sihat..dia tak yakin nak bagi Fiyah drive sendiri..nak tak nak aku terpaksa la ikut sekali..” terang Irsyad Zafran. Dari nada suara Wadi Sufyan dia tahu sahabatnya tu cemburu.


‘Tu la..ada awek suruh awek kawin dengan aku..ne tanggunglah kau punya cemburu..’ rungut Irsyad Zafran dalam hati. Ini pun dia terpaksa ikut kerana Ilham Safwan yang meminta tolong, kalau tak jangan harap.


“Fiyah tak sihat?kenapa?” tanya Wadi Sufyan. Terpancar riak risau di wajahnya. Irsyad Zafran hanya mampu menggelengkan kepalanya.


“Manalah aku tahu..bukan aku 24jam dengan dia..aku ne tolong kau je..” jawab Irsyad Zafran.


Sedang mereka berbual Wani Sakinah menyampuk tiba-tiba.


“Abang Zaf..oo bercinta dengan kak Fiyah senyap-senyap ey?tup..tup nak kawin je ye..” sakat Wani Sakinah. Irsyad Zafran hanya mampu tersenyum, takut jika dia menjawab terbongkar pula cerita sebenar.


“Eh! Menyibuk budak ni..pergi tolong kat dalam sana..” marah Wadi Sufyan. Wani Sakinah menjelirkan lidah pada abangnya.


“Lorat..Kina bukan cakap dengan abang pun..padan muka lepas ni..kak Fiyah dah kawin..abang tak dapat nak date dengan kak Fiyah..tak dapat jumpa kak Fiyah selalu..Kak Fiyah pun takkan jumpa abang kalo abang ada problem..Abang Zaf..nanti kalo abang minta izin nak jumpa kak Fiyah jangan bagi tau..nanti abang Zaf jawab je INI PEREMUAN AKU YANG PUNYA TAU!!” sakat Wani Sakinah tanpa diketahui bahawa setiap patah perkataan yang dikatanya itu melukakan hati abang sulungnya itu.


Irsyad Zafran hanya mampu memandang muka Wadi Sufyan yang ternyata nampak kecewa dan sedih. Wadi Sufyan terasa hatinya bagai dihiris-hiris sebaik mendengar tiap patah perkataan yang Wani Sakinah katakan.


Ya, dia tak dapat jumpa Irdina Safiyah seperti selalu. Semenjak maknya memberitahu hajatnya untuk menjodohkannya dengan Farah Adibah, Irdina Safiyah sedaya upaya menjauhkan diri darinya. Setiap panggilan dan sms tak pernah berbalas. Wani Sakinah perasan akan wajah abangnya yang berubah keruh itu.


“Ala abang ne..sentap pula dia..tau la dia sayang gila kat kak Fiyah..orang gurau pun nak sentap..” rungut Wani Sakinah.


“Dah..dah..aku takkan halang kau jumpa Fiyah..aku tahu korang rapat..” sampuk Irsyad Zafran. Simpati melihat wajah keruh Wadi Sufyan.


“Kina nak apa ni?” tanya Wadi Sufyan cuba menukar topik. Tidak mahu perihal Irdina Safiyah di bincangkan lagi. Setiap kali mendengar nama itu hatinya bagai dihiris-hiris. Serasa ingin saja dia menjerit dan beritahu semua orang bahawa dia hanya mencintai gadis itu.


“Eh! Lupa pula..heheh..ne nak minta tolong abang Zaf..kesian kak Fiyah panjat sana..panjat sini..dah la dia tak sihat sangat tu..” beritahu Wani Sakinah.


“La..Fiyah panjat apa pula?dah tahu tak sihat duduk jela rehat..” bebel Wadi Sufyan. Wani Sakinah sudah membuat muka pelik. Mana tak pelik..Wadi Sufyan yang over risau, manakala Irsyad Zafran mukanya selamba saja.


“Tengok tu..dia pula yang over..orang cakap dengan abang Zaf..”


“Sufyan..sini tolong mak kejap..” belum sempat Wani Sakinah menghabiskan ayatnya terdengar Pn Salina memanggil Wadi Sufyan. Wadi Sufyan melangkah mendapatkan maknya walaupun hatinya risau akan Irdina Safiyah.



*****






1 comment:

  1. Salam penulis...
    cerita kt blog ni sgt best...
    cuma sy sakit mata nk baca coz tulisan kecil sgt
    sy hrp blh tukar font yg lebih jelas n tulisan yg lbh besar...
    sy tggu n3 strusnya...

    ReplyDelete