Friday, July 29, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 14 (ii)




Aizat terkejut dengan tindakan berani Isya Kerana geram pantas saja tangan kanannya naik ke pipi Isya.


Pangg!!!


Isya memegang pipinya yang perit akibat di tampar oleh Aizat. Aizat yang masih lagi dengan ketidakwarasannya itu terus saja mencengkam leher Isya. Isya merasa sesak nafas diperlakukan begitu, dia ingin menjerit meminta tolong tetapi Aizat dapat menekanya dengan pantas menekup mulut Isya dengan tangan kanannya.


“Diam!” getus Aizat perlahan tetapi dengan nada tegas. Isya meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia semakin sesak nafas.


“Kenapa kau tak nak terima aku?Aku sayang kau Isya..aku sayang kau..kenapa kau tak nak faham aku..kenapa Isya..kenapa..” ujur Aizat dengan air mukanya yang sedih. Tangannya yang mencengkam leher Isya di lepaskan perlahan-lahan. Aizat meraup mukanya perlahan lalu terduduk di hadapan Isya.


“Maafkan aku sebab berkasar dengan kau..aku terlalu sayangkan kau Isya..aku tak sanggup tengok kau dengan orang lain..hati aku sakit..kenapa Isya..kenapa kau tak nak faham perasaan aku..dah terlalu lama aku pendam dalam hati aku..hati aku sakit tiap kali aku lihat kau dengan dia..” luah Aizat perlahan.


“Aku cuma anggap kau sebagai kawan aku je..tak lebih dari tu..dah banyak kali aku bagi tahu kau..kau yang tak nak terima..kau yang tak nak faham..sekarang kau pula cakap aku tak nak faham kau pula..” jawab Isya. Dia sudah penat berlembut dengan Aizat. Lelaki ini tidak pernah faham dan tidak pernah mahu menerima apa yang di luahkan oleh Isya.


“Ah! Aku peduli apa..kalo aku tak dapat..orang lain pun tak akan dapat kau..” jerit Aizat tiba-tiba. Lantas dia bangun mendapatkan Isya. Ketika dia ingin menarik Isya pintu pantri di tolak seseorang.


Tercegat Hilman di pintu pantri melihat Isya dan Aizat di dalam. Berkerut keningnya melihat wajah Isya yang kesakitan dan wajah bengis Aizat.


“Kau ok tak ni Isya..” tanya Aizat tiba-tiba. Isya memandang Aizat dengan wajah peliknya. Pandai sungguh lelaki ini berlakon!


“Kenapa ni..” tegur Hilman dan datang merapati mereka.


“Isya tak sihat ni..mari aku hantar kau ke klinik..” ujur Aizat sambil mengenggam tangan Isya kuat dan menarik Isya keluar.


“Err..tak pe..aku ok..lepaskanlah..sakit..” ujur Isya berusaha menarik tangannya dari di cengkam oleh Aizat. Hilman yang melihat tingkah laku Aizat merentap kuat tangan Isya dan menariknya menjauhi Aizat. Terkejut Isya apabila badannya terdorong ke belakang.


“Mari aku hantarkan kau ke klinik..bos tak payah susah-susah..saya boleh uruskan dia..” ujur Aizat bengang dengan tindakan Hilman yang menarik Isya menjauhinya. Aizat ingin menarik Isya mengikutinya. Tetapi di tahan oleh Hilman. Tangan Hilman masih setia mengenggam tangan Isya.


“Stay away from her..” ujur Hilman memberi amaran kepada Aizat. Aizat bengang dan merenung tajam pada Isya. Sebelum melangkah keluar dia sempat berkata-kata pada Isya.


“Ingat pesan aku Isya..” ujur Aizat lebih ke nada amaran lalu tersenyum sinis pada Hilman dan melangkah keluar dari pantry. Isya menarik nafas lega.


“Kalau nak buat drama swasta bukan dekat office..lain kali cari tempat lain..” tutur Hilman. Berkerut kening Isya mendengarnya. ‘Drama swasta?what the..dia ingat aku saja buat drama ke..’ getus hati Isya geram.


“Kalau tak tahu apa-apa jangan main cakap je..” jawab Isya. Hilman tersenyum sinis mendengarnya.


“Whatever..do I care..” balas Hilman. Isya mendengus kasar. ‘Ah! Dah datang balik perangai dia..baru 2 hari aman..erk?!’ baru Isya perasan yang tangannya masih setia di genggam kemas oleh Hilman. Terus merah mukanya.


“Err..my hand please..” ujur Isya tanpa memandang Hilman. Hilman yang mendengar baru perasan. Dengan pantas dia melepaskan tangan Isya. Dia tersenyum seketika. Isya yang perasan senyuman itu panas hati.


“Tak payah la nak senyum-senyum pulak..” marah Isya. Makin merah mukanya menahan malu. Hilman yang melihat Isya tertawa. Isya mendengus geram.


“Jangan perasan la..aku senyum bukan sebab kau pun..” ujur Hilman sengaja membuat Isya marah. Isya mengetap giginya geram.


“Eii..kenapa la kau ni suka buat aku sakit hati..benci betul ..” rungut Isya ingin berlalu pergi.


“Orang dah tolong bukan nak terima kasih..di bencinya kita lagi adalah..” tutur Hilman tetapi Isya masih mendengarnya. Terhenti langkah Isya. Serba salah pula bila Hilman berkata begitu. Betul juga, Hilman sudah menolongnya tetapi dia sikit pun tak berterima kasih.


“Thanks..” ucap Isya perlahan tanpa memandang Hilman. Terkejut Hilman mendengarnya lalu dia tersenyum.


“Well..untuk balas pertolongan aku tu..tolong buatkan Nescafe untuk aku..sedap-sedap ye..” ujur Hilman sambil tersenyum gembira. ‘Ish! Banyak songeh betul la dia ni..’ rungut Isya. Marah-marah pun dia tetap membuatkan air untuk Hilman. Yela balas budi baik orangkan. Macam tak ikhlas je Isya..ah! lantaklah.


“Nah..” Isya menghulurkan mug yang berisi air Nescafe pada Hilman yang sedari tadi tercogok di kerusi di dalam bilik pantry itu sambil memerhatikan Isya membancuh air. Terleka dia seketika.


“Thanks..” ucap Hilman lalu tersenyum memandang Isya.


“Urm..” jawab Isya acuh tak acuh saja. Sebenarnya dia tak selesa dengan renungan Hilman. Setelah itu dia meninggalkan Hilman keseorangan di pantri.



No comments:

Post a Comment