Thursday, July 28, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 14 (i)



“Hoi!” tegur Khai sambil menepuk bahu Hilman perlahan. Hilman yang ketika itu sedang menyedut airnya tersedak kerana terkejut.


“Haha..sorry..sorry..” ucap Khai. Hilman hanya merenungnya tajam. Geram.


“Kau memang kan..” ujur Hilman. Khai hanya tertawa mendengarnya.


“So..apa hal kau nak jumpa aku ni?” tanya Khai. Pelik juga dia seboleh-boleh Hilman mahu berjumpa dengannya.


“Entah..kepala aku serabut..i need someone..” tutur Hilman perlahan.


“Why?” tanya Khai. Hilman hanya mengeluh. ‘Eh! Mamat ni..mengeluh pulak dia..tadi beria-ia nak jumpa aku..’ rungut Khai.


“Wait..wait..biar aku teka..kau keliru dengan hati kau betul tak?” teka Khai. Hilman hanya mengangguk perlahan.


“Aku dah agak dah..and that person is Isya rite?” teka Khai lagi.


“Macam mana kau boleh tahu ni..” jawab Hilman. ‘Mamat ni ada hantu raya apa..’ getus hati Hilman.


“Well..ni Khai la..kau nak pening-pening kenapa..mengaku jela yang kau memang suka dia..kau ni..dari dulu lagi aku dah agak..tapi kau still nafikan lagi..” bebel Khai.


“Dia akan bertunang sabtu ni..” beritahu Hilman. Ternganga Khai mendengarnya.


“Bertunang?who? Isya?” tanya Khai blur. Hilman hanya mengangguk lemah.


“Aku tak sanggup tengok dia dengan orang lain..” adu Hilman.


“Sabarlah..mungkin bukan jodoh korang kut..terima jela kenyataan..” ujur Khai.


“Entahlah Khai..aku try..” jawab Hilman. Khai hanya menggelengkan kepalanya. ‘Kesian kawan aku ni..bila dah suka orang punya..apa la nasib kau Hilman..dulu kena tinggal dengan awek..sekarang suka kat orang yang dah berpunya pula..’ getus hati Khai.


*****


Semenjak peristiwa hari Isnin lalu, Hilman tidak menegur Isya. Jika bertembung pun dia tidak akan pandang Isya. Jika ada sebarang urusan dengan Isya pasti dia akan menyuruh Nora sahaja.


Isya pula pelik dengan sikap Hilman. Sudah 2 hari Hilman tidak pula mencari pasal dengannya. Jika bertembung pun sikit pun Hilman tidak memandangnya inikan pula bercakap. Bila di fikirkan balik bagus juga, aman sikit dia di pejabat dari sebarang gangguan.


‘Biarlah dia asalkan tak ganggu aku lagi..aman sikit aku dekat pejabat..’ getus Isya.


Isya sedang khusyuk membuat kerjanya berhenti seketika. Dia bangun menuju ke pantri untuk membuat air. Sedang dia membacuh air nescafe pintu pantri di tolak seseorang. Isya tidak mempedulikan gerangan orang itu. Dia hanya menumpukan bancuhan nescafenya itu.


“Sedapnya bau..buatkan untuk aku sekali boleh?” tegur Aizat. Terkejut Isya mendengar suara itu hampir di telinganya. Terasa nafas Aizat dekat dengan telinganya.


“Buat lah sendiri..” jawab Isya. Dia mencapai mug di atas kabinet itu dan ingin berlalu pergi tetapi Aizat menghalang laluannya. Kedua belah tangan Aizat di letakkan di atas kabinet menghalang Isya dari pergi. Aizat merenung Isya sambil tersenyum sinis.


“Tepilah..” marah Isya.


“Alahai cute je kau marah-marah macam ni..” ujur Aizat cuba untuk memegang dagu Isya. Pantas saja tangan itu menepis tangan kanan Aizat yang ingin menyentuh dagunya.


“Kau jangan macam-macam Aizat..” Isya memberi amaran. Aizat sedikit pun tidak takut dengan amaran itu. Hatinya sakit bila mendapat tahu bahawa Isya akan bertunang dengan Dani beberapa hari lagi. Dia inginkan penjelasan dari Isya. Apabila ternampak Isya memasuki pantri tadi pantas saja dia mendapatkannya.


“Betul ke kau nak bertunang?” tanya Aizat dengan nada tegas. Mukanya nampak tegang.


“Ye..aku akan bertunang sabtu ni..so apa masalah kau..” jawab Isya. Jawapan dari mulut comel itu membuatkan Aizat makin panas hati.


“Kau tanya apa masalah aku..” tutur Aizat tertawa sinis. Isya menolak Aizat untuk menjauhinya. Tidak selesa bila berdekatan dengan Aizat.


“Dah la..aku malas nak layan kau..” ujur Isya dan ingin berlalu pergi. Sebaik saja Isya ingin membuka pintu pantri tangannya di tarik dari belakang membuatkan dia terdorong ke belakang.


“Apa ni..sakit lah..lepaskan aku lah..” marah Isya. Terasa perit di lengannya akibat cengkaman kuat dari Aizat itu. Aizat tidak mempedulikannya. Aizat menolaknya ke dinding dan mencengkam pipi Isya dengan kuat. Dengan pantas mug yang berisi air di tangannya di simbahkan pada Aizat.




No comments:

Post a Comment