Wednesday, August 17, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 9 (i)




Sebulan kemudian..


Fakhri Dini sudah pun berhenti kerja dan selamat melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan keluarga. Cantik juga isteri Fakhri Dini, manis orangnya dan tempat Fakhri Dini masih lagi belum di ganti oleh sesiapa. Kata En Borhan kemungkinan minggu hadapan baru bos baru masuk. Biar lah..lagi bagus dia tak masuk kerja lagi..kalau tak sakit hati nak menghadap muka dia hari-hari.


Argh! Apa lah nasib aku nak kena menghadap lelaki tu hari-hari dekat pejabat. Kenapa lah aku perlu kenal dengan dia.



*****



Tiga hari lagi Wadi Sufyan akan berkahwin dengan Farah Adibah. Semakin dekat dengan hari perkahwinannya semakin gelisah di buatnya. Fikirannya tidak tenang. Ingin saja dia melarikan diri, tetapi bila teringat akan permintaan Irdina Safiyah serta maruah keluarganya Wadi Sufyan terpaksa juga menurut.


Di dalam bilik dia berbaring sambil merenung gambar dia dan Irdina Safiyah yang di ambil ketika mereka mencuba baju di butik pengantin sebulan yang lepas.


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Di dalam gambar ternyata dia nampak gembira dan bahagia tetapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu bagaimana hancurnya hati bila terpaksa melepaskan orang yang tersayang pada orang lain, walaupun hanya sementara.


Wadi Sufyan berjanji dengan dirinya, walau apa sekali pun yang jadi dia akan mengambil kembali Irdina Safiyah. Itu perjanjian dia dengan rakan karibnya Irsyad Zafran.


“Maafkan abang sebab lakukan semua ini..abang tahu sayang mesti terluka..abang janji dengan sayang..semua ni hanya sementara..” luah Wadi Sufyan sendiri di dalam biliknya yang kini sudah siap dihias.


Untuk kesekian kalinya Wadi Sufyan mengeluh lagi, diusap perlahan gambar dia dan Irdina Safiyah perlahan lalu meletakkannya kembali di dalam almari.



*****



Di rumah Irdina Safiyah..


Pn Sarimah sedang sibuk menyiapkan cucunya Hannah Bakriyah. Di toleh sebentar untuk melihat jam yang tergantung di dinding rumah. Pukul 8.15 malam. Segera dia memanggil Irdina Safiyah yang masih lagi di dalam biliknya.


“Fiyah..dah siap ke belum tu?cepat..dah pukul 8 lebih dah ni..” jerit Pn Sarimah sambil tangannya pantas memakaikan baju ke tubuh cucunya itu.


“Ye..Fiyah dah siap dah ni..” jerit Irdina Safiyah pula. Irdina Safiyah berdiri di hadapan cermin sambil melihat dirinya. Keluhan di lepaskan. ‘Ya allah..kau kuatkanlah hati hambamu ini untuk menghadapi semua ini..tabahkanlah hati hambamu ini..’ doa Irdina Safiyah di dalam hati.


Ikutkan hati dia tidak mahu pergi ke rumah Wadi Sufyan tetapi setelah di beritahu pada Pn Sarimah, maknya itu terus memarahinya. Nak tak nak terpaksa lah dia pergi juga walaupun hatinya akan terluka.


“Fiyah..apa lagi tu..cepat!” jerit Pn Sarimah sekali lagi mengejutkan Irdina Safiyah yang termenung di hadapan cermin. Dengan pantas dia mencapai tas tangannya dan keluar mendapatkan maknya yang berada di ruang tamu.


“Apa lama sangat kamu bersiap ni?” tanya Pn Sarimah.


“Fiyah tak sedap badan la mak..rasa macam nak demam je..” adu Irdina Safiyah pada Pn Sarimah. Pantas saja tangan Pn Sarimah melekap di dahi licin milik Irdina Safiyah.


“Panas sikit..tak pe..karang singgah klinik sekali..” arah Pn Sarimah.


‘Alamak!klinik? aduh menyesal aku cakap tadi..ne kalau bantah confirm kenal bebel punya..’ rungut Irdina Safiyah yang sememangnya takut untuk pergi klinik. Lagi-lagi bab nak makan ubat, punyalah payah.


“Dah..jom gerak..” ajak Pn Sarimah.


“Eh! Kita je ke mak?abah mana?Kak Far mana?tak pergi sekali ke?” tanya Irdina Safiyah. Pelik kerana hanya dia dan maknya saja yang berada di ruang tamu itu.


“Abah kamu ikut abang Ilham kamu..diorang pergi rumah Ilham sekejap..lepas tu terus pergi rumah mak long kamu..” beritahu Pn Sarimah.


“La..Kak Far pun dah pergi la ni ye?pergi rumah diorang buat apa mak?” tanya Irdina Safiyah sambil tangannya menekan alarm kereta Perodua Myvi miliknya.


“Pergi ambil barang..ne kamu boleh bawa kereta tak ni?kalau tak boleh telefon je abang Ilham kamu..suruh dia ambil kita je..” tanya Pn Sarimah risau akan anaknya itu.


“Insyaallah..Fiyah boleh drive mak..” beritahu Irdina Safiyah. Belum sempat Pn Sarimah berbalas kata telefon bimbit Irdina Safiyah berbunyi.


“Hello! Waalaikumsalam..baru nak gerak ni..mak?jap..” jawab Irdina Safiyah lalu memberikan telefon itu pada Pn Sarimah.


“Hello..ye..waalaikumsalam..baru nak gerak ni..adik kamu tak sihat ni..tu lambat..mak risau nak suruh dia drive..kamu datang ambil mak dengan Fiyah jela..Oo..ok..ok..nanti mak baritahu dia..ok waalaikumsalam..” selesai bercakap Pn Sarimah menyerahkan kembali telefon pada Irdina Safiyah.


“Kenapa mak?Fiyah boleh drive la mak..” ujur Irdina Safiyah.


“Dah..kita tunggu Zafran datang ambil..” beritahu Pn Sarimah. Sebaik mendengar nama itu terbeliak mata Irdina Safiyah kerana terkejut.


“Haa?Zafran?” tanya Irdina Safiyah sedikit kuat kerana terkejut.


“Yela..Zafran..abang kamu telefon Zafran..suruh Zafran jemput kita..” beritahu Pn Sarimah lalu masuk kembali di dalam rumah untuk menunggu Irsyad Zafran.


‘Aduh! Mak ni..pergi bagi tahu abang Ilham buat apa..yang abang Ilham pun satu..yang sibuk-sibuk suruh mamat tu datang jemput aku buat apa..Eii geramnya..’ rungut Irdina Safiyah perlahan sambil melangkah masuk ke dalam rumah kembali.



*****



Riuh rumah Pn Salina dengan suara sanak-saudara yang datang menolong. Majlis akad nikah akan dilangsungkan hari jumaat, tetapi kaum kerabatnya hari-hari datang untuk membantu apa yang patut. Pn Salina bersyukur kerana dapat keluarga yang membantu antara satu sama lain.


Ilham Safwan, Husna Farisah serta En Tirmizi sampai di rumah Pn Salina terlebih dahulu. Mereka di sambut oleh En Hashim.


“Eh! Dah sampai dah..mana Fiyah dengan emaknya?” tanya Pn Salina yang datang dari arah dapur.


“Fiyah dengan Sarimah datang kemudian..tadi kami singgah rumah Ilham sekejap ambil barang..si Fiyah pula baru balik kerja..tu Sarimah tunggu Fiyah sekali..nanti dia sorang-sorang pula drive datang sini..” beritahu En Tirmizi.


“Oyeke..eh! masuk la..Kak long buat air kejap..” pelawa Pn Sarimah.


Tuk!!Tuk!!


Pintu bilik Wadi Sufyan di ketuk oleh Pn Salina.


“Sufyan..tu pak ngah kamu dah sampai…ada dekat depan tu..apa kena kamu ni asyik terperap je dalam bilik..keluar cepat..” marah Pn Salina. Sebaik mendengar maknya memberitahu bahawa pak ngahnya sudah tiba, pantas saja dia bangun. ‘Fiyah mesti ada sekali..ah rindunya aku pada dia..’ getus hati Wadi Sufyan.


“Yela..Sufyan keluar la ni..” jawab Wadi Sufyan lalu membuka pintu biliknya.


“Ya allah budak ni..apa kejadahnya kamu pakai macam ni..tak nampak orang ramai kat depan tu..” tegur Pn Salina sebaik saja melihat anak terunanya itu hanya memakai boxer sahaja. Terbeliak mata Wadi Sufyan sebaik mendengar teguran maknya itu lalu melihat tubuhnya. ‘Ya Allah! Macam mana boleh tak perasan ni..’ getus hati Wadi Sufyan.


“Heheh..lupa la mak..” jawab Wadi Sufyan lalu kembali menutup pintu biliknya.


“Fiyah punya pasal la ni..kan abang dah malu..nasib baik orang lain tak nampak..Ni leka tengok and ingat dekat Fiyah la ni..” rungut Wadi Sufyan lalu tertawa kecil kerana kecuaiannya itu. Gara-gara termenung teringatkan Irdina Safiyah dia terlupa bahawa dia hanya memakai boxer sahaja. Sebaik mendengar keluarga Irdina Safiyah sudah sampai dengan tergesa-gesa dia bangun untuk berjumpa dengan Irdina Safiyah tanpa perasaan cara pemakaiannya itu.



*****



No comments:

Post a Comment