Wednesday, March 30, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 5 (ii)




Fikiran Irdina Safiyah melayang entah ke mana, novel yang di pegang terjatuh dari pegangannya. Tanpa di pinta air mata gugur di bibir matanya.


“Fiyah..” seru Pn Salina buat kali ketiganya. Irdina Safiyah tersentak apabila tersedar namanya di panggil, segera di kesat air matanya.


“Ye mak long..” jawab Irdina Safiyah perlahan tak ingin mak saudaranya mengesyaki suaranya berubah.


“Boleh tolong mak long tak?mak long rayu kat kamu Fiyah..tolong mak long ya sayang..Fiyah sayang abang Sufyan kan?Fiyah mesti nak tengok dia bahagiakan..Tolong mak long sayang..pada Fiyah je mak long bergantung harap sekarang ni..tolong sayang..” rayu Pn Salina, secara tak sengaja melukakan hati Irdina Safiyah. Irdina Safiyah yang mendengar rayuan mak saudaranya itu sebak. Air mata semakin laju gugur dari matanya tanpa dapat di tahan. Sedaya upaya Irdina Safiyah menahan tangisannya itu. Di tarik nafas dalam-dalam lalu berkata.


“Fiyah akan cuba tolong mak long..” jawab Fiyah tersekat-sekat menahan tangisannya.


“Terima kasih sayang..Fiyah janji ya tolong mak long..janji ya sayang..” kata Pn Salina gembira. Terdiam seketika Irdina Safiyah. ‘Mampukah aku memujuknya?mampukah aku melalui semua ini?ya allah jika itu saja boleh bahagiakan ibu saudaraku ini..aku redha..’ getus Irdina Safiyah dalam hati.


“Fiyah janji..Fiyah akan tolong mak long pujuk abang..” janji Irdina Safiyah pada Pn Salina. Pn Salina seakan dapat menangkap suara Irdina Safiyah yang berubah itu.


“Fiyah?ok ke ne?Fiyah nagis ya?mak long paksa Fiyah ke?mak long ada tersalah cakap ke?” tanya Pn Salina serba salah. Takut jika dia terlalu memaksa Irdina Safiyah.


“Tak mak long..Fiyah ok..Fiyah gembira sangat..gembira untuk abang dan mak long..lepas ni abang mesti berlagak dengan Fiyah..mesti dia kenakan Fiyah tak laku la..apa la..” gurau Irdina Safiyah supaya Pn Salina tidak fikir yang bukan-bukan.


“Ish!budak ni..kalo dia kenakan Fiyah cakap dengan mak long..nanti mak long carikan yang lagi handsome dari dia untuk Fiyah baru padan muka dia..” gurau Pn Salina sambil tertawa kecil.


“Betul..betul..ok la mak long..Fiyah nak bagi Hannah makan ni..” Irdina Safiyah sengaja mencari alasan untuk menamatkan perbualan itu..makin lama mereka berbual makin dalam luka di hatinya.


“Ok..kirim salam dengan mak ya..terima kasih lagi sekali sayang..” ucap Pn Salina.


“Insyaallah..sama-sama..assalammualaikum..” jawab Irdina Safiyah lalu cepat-cepat menamatkan panggilan itu selepas memberi salam.


Irdina Safiyah termenung seketika di dalam biliknya. Tak dapat di ucap dengan kata-kata bagaimana perasaannya sekarang. Kepalanya berserabut dengan permintaan mak saudaranya itu. Sanggupkah dia melihat Wadi Sufyan bersama orang lain?Kuatkah dia melalui semua itu?Apakah keputusan dan reaksi Wadi Sufyan?


Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Apa yang harus dia lakukan sekarang?Dia berusaha untuk membuat orang lain bahagia, tapi macam mana dengan perasaan dan hatinya sendiri?



*****



Suasana yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menghayalkan Wadi Sufyan seketika. Wadi Sufyan sedang menyandar di keretanya sambil memandang keindahan pantai itu. Tiba-tiba dia teringatkan Irdina Safiyah yang sememangnya suka dengan suasana nyaman seperti ini. Masih ingat lagi kata-kata Irdina Safiyah.



*****



“Fiyah suka sangat dengan suasana tenang dan nyaman macam ni..rasa tenang je hati ni..” kata Irdina Safiyah lalu memandang Wadi Sufyan sambil tersenyum manja.


“Oyeke..Fiyah selalu ke datang sini?” tanya Wadi Sufyan.


“Selalu juga la bila Fiyah rasa sedih..rungsing atau tertekan Fiyah akan datang sini cari ketenangan..so kalo abang wat Fiyah sedih or apa-apa jela..abang nak pujuk Fiyah..datang je cari Fiyah dekat sini..” ujur Irdina Safiyah sambil tersenyum.


“Abang tak akan buat Fiyah sedih..abang janji abang akan bahagiakan Fiyah..” marah Wadi Sufyan.


“Jangan langgar janji sudah bang..” sengaja Irdina Safiyah membuat Wadi Sufyan geram.


“Budak ni..saja bagi abang marah ey..” marah Wadi SUfyan lagi. Irdina Safiyah sudah tersenyum.


“Ala gurau pun tak boleh..apa la abang ni..” jawab Irdina Safiyah.


“Alolo..merajuk pula dia..ok..ok..kalo Fiyah merajuk dengan abang..abang datang cari Fiyah dekat sini..” pujuk Wadi Sufyan.


“Fiyah tak nak la datang sini..Fiyah merajuk Fiyah pergi jauh-jauh biar abang tak dapat cari Fiyah..baru padan muka abang..” ujur Irdina Safiyah.


“Fiyah tak dapat larinya dari abang..sebelum Fiyah lari abang dah tangkap dulu dah..” jawab Wadi Sufyan sambil tertawa kecil.


“Macam-macam lah abang ni..” ujur Irdina Safiyah.



*****



Kedengaran telefon bimbit Wadi Sufyan berbunyi menyebabkan dia terkejut dari menungannya itu. Apabila terlihat sahaja nama maknya tertera di skrin telefon itu, Wadi Sufyan tidak menjawab lalu membiarkan telefon itu berbunyi sehingga habis.


Apabila telefon itu diam segera di capai dan di dailnya nombor Irdina Safiyah. Setelah beberapa kali mencuba masih lagi tidak di jawab. Geram di buatnya. Akhirnya Wadi Sufyan mendail nombor rumah Irdina Safiyah. Panggilan di jawab.


“Hello..assalammualaikum..Mak ngah Fiyah ada?” sapa Wadi Sufyan setelah mendengar suara Pn Sarimah di hujung talian.


“Waalaikumsalam..ada..Sufyan ya?sekejap ya mak ngah panggilkan Safiyah..” jawab Pn Sarimah lalu berlalu memanggil anaknya itu. Berkali-kali di ketuk pintu bilik itu.


“Fiyah..ne ada telefon untuk kamu..” beritahu Pn Sarimah.


“Sekejap..” jawab Irdina Safiyah lalu bangun keluar dari biliknya.


“Hello..sapa ni?” tanya Irdina Safiyah.


“Fiyah..kenapa tak pick up call abang?” marah Wadi Sufyan keras. Terkejut Irdina Safiyah mendengar suara Wadi Sufyan yang keras itu. Tak pernah sekali pun Wadi Sufyan begitu. Sengaja dia biarkan telefon itu tidak berjawab sebaik terlihat nama Wadi Sufyan di skrin, tak sanggup dia mendengar itu lagi.


“Sorry..Fiyah tak perasaan..abang nak apa ni?” tanya Irdina Safiyah sebak. Sebak kerana teringat akan permintaan mak longnya, sebak kerana impian untuk hidup bahagia bersama Wadi Sufyan hancur, sebak pabila mendengar suara orang yang dia sayangi.


“Sorry..sorry..tu je Fiyah tau..pergi siap sekarang..abang ada hal penting nak cakap dengan Fiyah..” arah Wadi Sufyan.


“Sorry..Fiyah busy..Fiyah tak boleh keluar..” jawab Irdina Safiyah cuba mengelak dari bersua muka dengan Wadi Sufyan. Dia belum kuat untuk memandang wajah Wadi Sufyan.


“10 minit lagi abang sampai..” beritahu Wadi Sufyan tanpa mempedulikan tolakkan Irdina Safiyah dan terus mematikan talian.


Irdina Safiyah terpaksa juga menurut kerana abangnya Ilham Safwan ada di rumah. Jika dia membuat kepalanya pasti teruk di belasahnya nanti. Lagi pun dia tak nak perhubungannya dengan Wadi Sufyan diketahui oleh sesiapa. Irdina Safiyah menguatkah dirinya untuk bertemu dengan Wadi Sufyan. ‘Tabahlah wahai hati..’ doa Irdina Safiyah dalam hati.




*****


No comments:

Post a Comment