Saturday, March 26, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 4 (ii)




Di rumah keluarga Irdina Safiyah..


Kelihatan En Tirmizi serta anak sulungnya Ilham Safwan sedang rancak berbual di ruang tamu, manakala Pn Sarimah serta menantunya Husna Farisah sedang sibuk memasak cekodok pisang untuk minum petang di dapur.


“Safiyah balik pukul berapa bah?” tanya Ilham Safwan.


“Biasalah pukul 5 keluar pejabat..kadang sampai rumah pukul 5.30..kalo dia banyak kerja dia balik pukul 6..tu lambat ckit la dia sampai rumah..” jawab En Tirmizi.


“Oo patut la Am tak Nampak kereta dia tadi..abah jangan lembut sangat dia bah..dia tu perempuan..tak elok balik lambat-lambat..” kata Ilham Safwan.


“Dia dah besar..pandai la dia fikir..lagi pun bukan pergi mana-mana..balik lambat pun sebab kerja di pejabat banyak..kamu jangan terlalu tegas dengan dia..” tegur En Tirmizi.


“Am bukan apa bah..Am risau..dia tu perempuan..bahaya balik sorang-sorang..lagi-lagi kalo malam..” ujur Ilham Safwan. Walaupun dia sedikit garang dengan Irdina Safiyah tapi dia tetap sayang akan adiknya yang sorang itu.


“Kamu ne..jangan garang sangat dengan dia..kesian abah tengok Safiyah..selalu kena marah dengan kamu..abah pun tak pernah setegas itu dengan kamu dulu..” tegur En Tirmizi tidak suka dengan ketegasan Ilham Safwan terhadap Irdina Safiyah.


Pernah sekali Ilham Safwan marah dan memukul Irdina Safiyah gara-gara Irdina Safiyah merajuk dengan En Tirmizi dan Pn Sarimah kerana tidak mengizinkannya pergi perkhemahan sekolah. Teruk Irdina Safiyah di bantai oleh Ilham Safwan. Sejak itu Irdina Safiyah mula menjarakkan diri dari Ilham Safwan, tidak lagi bermanja-manja dengan abangnya. En Tirmizi teringat kembali peristiwa itu.



*****



“Safiyah mana mak?” tanya Ilham Safwan ketika baru pulang dari kerja. Selalu kalau dia balik dari kerja pasti disambut dengan suara ceria Irdina Safiyah walaupun dia menyambutnya dengan wajah dan nada yang dingin. Ketika itu Pn Sarimah sedang melipat baju sambil menonton televisyen.


“Ada dalam bilik tu..merajuk dengan mak dan abah agaknya..” jawab Pn Sarimah. Berkerut kening Ilham Safwan.


“Merajuk?merajuk kenapa pula mak?” tanya Ilham Safwan.


“Sekolah dia ada buat perkhemahan dekat Gunung Ledang..Safiyah dan ikut serta tapi abah dan mak tak bagi..tu yang merajuk agaknya..” terang Pn Sarimah. Belum sempat Ilham Safwan menanya lagi En Tirmizi muncul.


“Kamu dah balik Am..” tegur En Tirmizi sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.


“A’ah bah..baru je sampai..” beritahu Ilham Safwan.


Ilham Safwan meminta diri untuk membersihkan dirinya. Pn Sarimah dan En Tirmizi rancak berbual di hadapan televisyen.


Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Pn Sarimah sudah siap menghidangkan makanan untuk makan malam. Pn Sarimah mendapatkan suaminya dan anak-anaknya untuk makan bersama. Beberapa minit kemudian merek berkumpul di meja makan kecuali Irdina Safiyah.


“Mana Safiyah mah?” tanya En Tirmizi.


“Ada dalam bilik..katanya tak lapar..merajuk lagi agaknya..” beritahu Pn Sarimah.


“Tengah hari tadi dia balik sekolah dia ada makan ke mak?” tanya Ilham Safwan.


“Tak juga..muncung je memanjang..mak ajak makan langsung tak nak..” beritahu Pn Sarimah kepada Ilham Safwan menyebabkan Ilham Safwan naik angin.


“Biar abang pergi pujuk dia..” kata En Tirmizi.


“Tak payah bah..jangan manjakan dia sangat..biar AM pergi panggil dia..” sampuk Ilham Safwan sambil menahan En Tirmizi dari memujuk Irdina Safiyah. Ilham melangkah menuju ke bilik adiknya itu. Pintu di ketuk berkali-kali.


“Fiyah tak nak makan..Fiyah tak lapar..” beritahu Irdina Safiyah tanpa membuka pintu biliknya yang berkunci. Makin geram Ilham Safwan di buatnya.


“Kau buka pintu ni..kau jangan besar kepala kau..sebelum aku pecahkan pintu ni..baik kau buka..” jerit Ilham Safwan keras.


“Tak nak..” jerit Irdina Safiyah. Ilham Safwan mendapatkan maknya dan mengambil kunci bilik Irdina Safiyah.


Setelah kunci itu diambil Ilham membuka pintu bilik itu. Terkejut Irdina Safiyah bila ternampak bangnya berdiri tegak di hadapan pintu biliknya yang terbuka luas itu. Ilham Safwan mendapatkan Irdina Safiyah lalu di tarik kasar tangan adiknya itu.


“Bangun cepat..pergi makan..” ajak Ilham Safwan tegas. Berkerut kening Irdina Safiyah menahan sakit kerana tangannya di tarik kasar oleh Ilham Safwan.


“Tak nak..Fiyah tak lapar la..pergi jela makan..” lawan Irdina Safiyah. Makin menyinga Ilham Safwan dibuatnya.


“Am..sudah..sudah..budak tu tak nak makan..jangan paksa-paksa..” sampuk En Tirmizi yang ketika itu datang menjenguk kerana terdengar suara Ilham Safwan dan Irdina Safiyah kuat.


“Dia ni dah manja sangat bah..degil..ikut kepala sendiri je..aku cakap bangun keluar sekarang juga..kau jangan sampai aku naik angin..” jawab Ilham Safwan lalu kembali menarik tangan Irdina Safiyah.


“Orang tak nak la..abang pergi jela makan..nak paksa-paksa orang kenapa..” jawab Irdina Safiyah pula. Tanpa berfikir panjang pantas tangan Ilham Safwan menampar pipi putih bersih milik Irdina Safiyah. Terkejut Irdina Safiyah di buatnya.


“Ilham..” marah Pn Sarimah.


No comments:

Post a Comment