Wednesday, March 30, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 5 (i)



Hampir setahun setengah Wadi Sufyan serta Irdina Safiyah bercinta tetapi masih lagi tiada siapa yang tahu kecuali Asma Marha. Irdina Safiyah masih lagi takut jika keluarga mereka tidak merestui perhubungan mereka.


Sudah berkali-kali Wadi Sufyan menyakinkannya tetapi Irdina Safiyah masih lagi dengan keputusannya.


Di ruang tamu kelihatan Wadi Sufyan bersama bapanya sedang leka menonton televisyen. Pn Salina berjalan mendapatkan anak sulungnya itu. Pn Salina melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan suaminya En Hashim.


“Kamu tak keluar hari ni Yan?” tanya Pn Salina pada anaknya. Wadi Sufyan segera memandang maknya yang duduk berhadapan dengannya.


“Tak kut..” jawab Wadi Sufyan. Pn Salina mencuit peha suaminya. En Hashim memandang Pn Salina sambil mengerutkan keningnya.


“Mak nak cakap sesuatu dengan kamu ni..” beritahu Pn Salina lembut. Harap-harap Wadi Sufyan akan menerima keputusan dia serta suaminya itu.


“Apa dia mak?” tanya Wadi Sufyan tanpa memandang ke arah maknya.


Pn Salina mencuit sekali lagi peha suaminya. En Hashim membuat isyarat kepada isterinya supaya isterinya beritahu sendiri. Pn Salina mengeluh melihatnya. ‘Ish!orang tua ni..orang minta tolong..bukan nak tolong’ rungut Pn Salina dalam hati.


“Mak..” panggil Wadi Sufyan setelah lama menunggu maknya bersuara.


“Haa..ni dua minggu lepas mak dan abah kamu terserempak dengan kawan mak dulu mak cik Rosnah..Mak cik Rosnah kamu dengan anaknya Farah Adibah..cantik orangnya Yan..berkenan mak tengok si Diba tu..” cerita Pn Salina. Wadi Sufyan tidak menunjukkan sebarang minat pada cerita maknya itu.


“Oyeke..” jawab Wadi Sufyan. Pn Salina memandang suaminya.


“Sufyan..sebenarnya mak dan abah bercadang nak jodohkan kau dengan Diba anak kawan mak tu..” terang Pn Salina lagi menyebabkan Wadi Sufyan segera menoleh dan memandang tepat pada maknya.


“Apa?mak nak apa?” tanya Wadi Sufyan sekali lagi, takut jika dia tersalah dengar.


“Mak nak jodohkan kamu dengan Diba..” terang Pn Salina satu persatu perkataan disebutnya. Wadi Sufyan terkejut. ‘Tak..aku tak nak..’ getus Wadi Sufyan dalam hati.


“Tak..Sufyan tak nak..” bangkah Wadi Sufyan tegas dengan keputusannya. Macam mana dia nak terima jika hatinya hanya pada Irdina Safiyah seorang.


“Tapi Sufyan..mak dah janji dengan mak cik Rosnah kamu..dia dah setuju..Diba pun setuju..mak buat ni semua untuk kebaikan kamu..” pujuk Pn Salina.


“Tak..Sufyan tak nak mak..mak tak boleh buat Sufyan macam ni..mak patut bincang dengan Sufyan dulu mak..” bangkang Wadi Sufyan lagi.


“Mak dengan abah dah janji dengan diorang..kamu tak kesian dengan mak kamu ke?setuju atau tidak kamu kena kahwin dengan Diba juga..” sampuk En Hashim tegas.


“Sufyan tetap dengan keputusan Sufyan..” marah Wadi Sufyan lalu bangun menuju ke biliknya. Beberapa minit kemudian kelihatan Wadi Sufyan menuju ke luar rumah.


“Kamu nak ke mana tu?” tanya Pn Salina risau.


“Keluar..” jawab Wadi Sufyan tanpa memandang Pn Salina tanda protes. Beberapa minit kemudian kereta proton persona milik Wadi Sufyan hilang dari pandangan Pn Salina.


“Abang..macam mana ni?apa patut kita buat?” tanya Pn Salina runsing dengan reaksi Wadi Sufyan.


“Sekejap je tu marah dia..nanti baik lah tu..” ujur En Hashim ingin menyedapkan hati isterinya. Tiba-tiba Pn Salina teringat akan Irdina Safiyah yang sememangnya sangat rapat dengan anaknya Wadi Sufyan. Pasti Irdina Safiyah boleh menolongnya.


“Ina ada idea..kita minta tolong Safiyah je..Safiyah kan rapat dengan Sufyan..kalau Safiyah nasihat dan pujuk Sufyan pasti Sufyan akan setuju dengan cadangan kita..” ujur Pn Salina pada suaminya.


“Bagus juga tu..apa lagi..telefon lah Safiyah..” En Hashim setuju dengan idea isterinya itu.


“Yela..” jawab Pn Salina.



*****



Di dalam kereta..


Wadi Sufyan memandu dengan laju tanpa arah tuju. Fikirannya bercelaru dengan keputusan mak serta abahnya untuk menjodohkannya dengan anak Pn Rosnah. Tak mungkin dia setuju kerana hatinya hanya ada Irdina Safiyah.


Di capainya telefon bimbit dan terus mendail nombor telefon Irdina Safiyah. Setelah beberapa kali mencuba, panggilannya masih lagi tidak di jawab oleh Irdina Safiyah. Wadi Sufyan mulai bengang dan di campaknya telefon itu ke kerusi sebelah pemandu lalu di hentak kuat stereng kereta.



*****



Irdina Safiyah baru saja selesai mandi. Hari ini Irdina Safiyah menggunakannya dengan menolong maknya mengemas rumah. Beberapa minit kemudian Irdina Safiyah siap mengenakan baju.


“Apa nak buat ek..” Irdina Safiyah berfikir sambil bibirnya disenggetkan.


Akhirnya Irdina Safiyah mencapai novelnya yang tersusun di rak buku itu, buku yang bertajuk Bicara Hati karya Damya Hanna. Irdina Safiyah duduk di dalam biliknya sambil membaca novel. Sedang asyik membaca telefon bimbitnya berbunyi. Tumpuan Irdina Safiyah terganggu seketika. Segera di jawab panggilan itu.


“Hello..” sapa Irdina Safiyah dahulu.


“Hello assalammualaikum..Safiyah ye?mak long ni..” Pn Salina memberi salam.


“Waalaikumsalam..ye Fiyah ni..ye mak long?ada apa ya?” jawab Irdina Safiyah lalu bertanya tujuan Pn Salina menghubunginya.


“Fiyah sihat?” tanya Pn Salina ingin memulakan perbualan.


“Alhamdulillah sihat mak long..mak long sihat ke?” tanya Irdina Safiyah pula. Pn Salina tersenyum mendengarnya.


“Alhamdulillah sihat..mak kamu apa khabar?” tanya Pn Salina lagi.


“Mak alhamdulillah sihat mak long..mak long nak cakap dengan mak ke?nanti Fiyah panggilkan ya..” jawab Irdina Safiyah.


“Eh! Tak pe..mak long ada hal nak cakap dengan kamu..” terang Pn Salina. Irdina Safiyah terkejut mendengarnya. Entah kenapa hatinya tidak sedap sebaik mendengar tutur kata Pn Salina. Jantungnya berdegup kencang.


“Mak long nak cakap apa?” tanya Irdina Safiyah perlahan.


“Macam ni..mak long dengan pak long nak minta tolong kamu nasihatkan abang Sufyan kamu tu..dia marah dengan kami terus keluar rumah..mak long risau la Fiyah..” terang Pn Salina.


“La yeke..ok..ok..nanti Fiyah call abang..nanti Fiyah slow talk dia abang ok..mak long jangan risau lah ok..” jawab Irdina Safiyah sedikit lega, tetapi hati masih lagi berdegup laju.


“Terima Kasih Safiyah..kamu je yang rapat dengan Sufyan..kamu je yang mak long harapkan..mak long nak minta tolong lagi satu..boleh tak?” tanya Pn Salina.


“Boleh mak long..insyaallah Fiyah akan tolong takat yang Fiyah mampu..” jawab Irdina Safiyah.


“Tolong pujuk Sufyan supaya setuju dengan cadangan mak long dan pak long..mak long nak jodohkan Sufyan dengan anak kawan mak long..” beritahu Pn Salina. Tersentak Irdina mendengarnya. Jantungnya yang berdegup laju seakan terhenti seketika.


“Mak long berkenan sangat dengan si Diba tu Fiyah..budaknya baik..manis..mak long minta tolong kamu pujuk Sufyan supaya setuju dengan cadangan kami ni..kamu je yang boleh tolong mak long Fiyah..Mak long berharap sangat dengan Fiyah..boleh ya..” ujur Pn Salina tanpa sedar ia mengguris hati anak saudaranya itu.



*****



No comments:

Post a Comment