Monday, November 15, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 10




“Morning ibu..” sapa Dani pada Pn Kamsiah yang sedang menghidangkan sarapan di atas meja. Pn Kamsiah yang mendengar sapaan itu segera memandang.

“Morning sayang..awal bangun hari ni..mimpi apa anak teruna ibu ni urm??” tanya Pn Kamsiah sambil tangannya ligat menyusun pinggan, cawan dan sebagainya.


“Heheh..adalah..ada projek baik punya bu..” beritahu Dani pada Pn Kamsiah.


“Huh? projek baik punya?” soal Pn Kamsiah bingung. Apa la yang baik punya tu??budak bertuah ni.


“Hah! Angah tahu projek apa..” sampuk Dayana.


“Apa-apa?? Sibuk je..” jeling Dani. Pn Kamsiah hanya menggeleng kepala melihat anak-anaknya itu.

“Sudah la..pagi-pagi nak bertekak kamu ni..Dayana pergi panggil abah kamu makan..” arah Pn Kamsiah pada Dayana. Dayana segera mengatur langkah memanggil abahnya En Ismail.


“Abah..ibu panggil sarapan..” beritahu Dayana pada En Ismail yang sedang duduk membaca surat khabar di halaman rumah mereka.


“Yela..” jawab En Ismail lalu melipat kembali surat khabar itu dan berlalu memasuki rumah.


Seketika mereka mengambil tempat masing-masing dan menjamu selera. Menu pagi ni Nasi lemak, rendang kerang..Fuh! kecur air liur. Dani makan dengan berseleranya, mana tidaknya rendang kerang tu..her favourite. No wonder la sampai tiga pinggan ditambahnya nasi. Selesai makan Dani serta En Ismail menuju ke ruang tamu, manakala Dayana membantu ibunya mengemas meja.




*****




“Eh! mana Dani bang?” tanya Pn Kamsiah pada suaminya.


“Dekat atas..pergi bersiap..katanya nak keluar..” beritahu En Ismail pada Pn Kamsiah.


“Awal-awal pagi lagi nak keluar dah..mana la dia nak pergi agaknya tu..” rungut Pn Kamsiah.


“Ala bu..kan Dani kata dia ada projek baik punya hari ni..” sampuk Dayana pula.


“Urm..macam-macam kamu ni la..” rungut Pn Kamsiah lagi. Dayana hanya tersengih mendengar rungutan ibunya itu. Selepas beberapa minit kelihatan Dani menuruni tangga. Dani mengenakan t-shirt polo berwarna biru serta seluar jeans levi’s biru lusuh. Dani mendapatkan ibu serta bapanya di ruang tamu.


“Ibu..abah..Dani keluar sebentar ya..” beritahu Dani.


“Awal-awal dah keluar..nak pergi mana? Cubalah cuti-cuti macam ni kamu duduk rumah..” rungut Pn Kamsiah. En Ismail hanya menggelengkan kepalanya mendengar bebelan isterinya itu. Anak bujangnya yang satu ni memang tidak pernah melekat di rumah..ada saja program dia.


“Ala bu..Dani ada hal nak selesaikan ni..nanti Dani story kat semua ya..Dani pergi dulu..ibu..abah..” terang Dani lalu melangkah keluar. Beberapa saat kemudian kelibat kereta Honda CRV putih Dani hilang dari perkarangan rumah banglo itu.



*****



Jam menunjukkan tepat pukul 10.30 pagi. Isya yang sedang khusyuk membuat kerjanya terkejut apabila telefon bimbitnya berbunyi. Isya segera menjawab.


“Hello..assalammualaikum sayang..” sapa Dani dahulu.


“Waalaikumsalam sayang..” jawab Isya sambil tersenyum.


“Isya tengah buat apa tu?” tanya Dani.


“Isya tengah buat research ni..kena siapkan report ni..Monday kena submit dah..nape sayang?” beritahu Isya.


“Oo..I see..macam ni..Dani nak ajak Isya keluar..sekejap pun jadi la..ada hal penting ni..Isya siap ok..dalam pukul 12 tengah hari kang Dani datang pick up Isya alright..” beritahu Dani seakan arahan. Bukan hendak memaksa Isya tetapi dia harus lakukan hari ni juga.


“La nape tak bagi tau awal-awal? Isya banyak kerja ni..esok boleh tak sayang?” tanya Isya lembut. Isya serba salah, kerja banyak..tak siap kerja dekat office kena maki hamun dengan singa lapar tu..macam mana ni.


“Eh! tak boleh..hal ni penting sangat-sangat..antara hidup dan mati tau..Isya siap ok sayang..please..see u..bye..” belum pun sempat Isya menjawab talian di matikan. Isya mengeluh. Haish! Dani ni macam-macam la..apa la yang penting sangat tu..urm siap jela kang majok plak dia..Isya berkata-kata.


“Isya!!” Pn Siti memanggil Isya dari bawah.


“Ye bu..” jawab Isya lalu menuju ke tingkat bawah mendapatkan ibunya.


“Ni..sekejap lagi ibu..abah..dengan adik-adik kamu nak pergi rumah kawan abah kamu..ada buat jamuan..kamu siap-siap..” beritahu Pn Siti. Alamak! Sekejap lagi??


“Jam berapa tu bu?Isya pukul 12 kang ada hal..may be Isya tak dapat follow ibu kut..” beritahu Isya takut-takut. Kang tak pasal-pasal kena bebel pula..dah la selalu bagi alasan tiap kali di ajak pergi mana-mana jamuan.


“Urm yela..macam-macam alasan kamu bagi ye..asal ajak pergi jamuan je memanjang je kamu ada hal..ye...ye la tu ada hal..” rungut Pn Siti. Memang semenjak Isya berumur 16 tahun lagi dia memang tak suka pergi mana-mana jamuan. Katanya rimas la..leceh la..bosan la..macam-macam alasan diberi.


“Ye bu..kali ni betul..Dani pick up Isya sekejap lagi..Isya pun malas sebenarnya nak keluar hari ni..kerja berlambak-lambak..ne pun sebab Dani kata ada hal penting..kalo tak memang malas Isya nak keluar bu..” beritahu Isya jujur. Pn Siti hanya mendengar saja.


“Kalo macam tu tak apa lah..kamu keluar nanti hati-hati..” pesan Pn Siti pada Isya. Isya hanya mengganggukkan kepalanya tanda mengerti. Sejurus selepas itu Isya kembali ke biliknya menyiapkan kerja yang terhenti sebentar tadi. Dilihatnya jam loceng di atas meja menunjukkan jam 11 pagi lalu dia segera mengemaskan kertas-kertas kerjanya. Selesai mengemas Isya menuju ke ampaian mengambil tuala lalu ke bilik air.


30 minit kemudian Isya selesai membersihkan dirinya. Dia berdiri tegak di hadapan almari pakaian sambil melihat pakaiannya.


“Ish! Baju apa aku nak pakai ni..” Isya berkata-kata sambil mengerut-gerutkan keningnya.


“Ala tak kisah lah..belasah jela..” malas mahu memikir lagi lalu Isya mencapai kemeja warna ungu berleher bulat dan bahagian tangannya pula dicerut. Simple tapi bila di kenakan di badan Isya nampak sangat comel..sweet..di tambah pula kulitnya yang putih gebu. Dipadankan pula dengan seluar jeans, rambutnya yang lurus pula dibiarkan lepas. Isya hanya mengenakan sedikit foundation serta lip balm. Walaupun simple tapi Isya tetap kelihatan cantik, wajahnya yang cantik semula jadi itu tidak perlu make up tebal seperti sesetengah orang.


“Siap!” kata Isya sambil tersenyum. Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Isya mencapai handbag serta telefon bimbitnya lalu menuju ke bawah. Beberapa minit kemudian terdengar hon kereta berbunyi. ‘Mesti Dani dah sampai..’ teka Isya. Segera dia menuju ke muka pintu, terlihat honda CRV putih milik Dani. Segera Isya mendapatkan kereta itu.


“Hai sayang..” sapa Dani pada Isya ketika Isya memasuki keretanya. Isya tersenyum memandang Dani.


“Hai..kita nak pergi mana ni?” Isya terus bertanya arah tuju mereka. Dani tidak terus menjawab malah hanya tersenyum memandang Isya. ‘Comelnya Isya hari ni..nampak manis’ komen Dani dalam hati. Isya pelik.


“La..orang tanya dia..dia boleh pulak senyum-senyum..bukannya nak jawab pertanyaan orang..” rungut Isya sambil memeluk tubuhnya. Dani masih lagi tersenyum. ‘Alahai sayang..itu pun nak merajuk ke..’Dani berkata dalam hati.


“Ada la sayang..ikut jela ok..nanti sayang tau jugak..” beritahu Dani sambil tersenyum dan menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Isya mencebikkan bibirnya. ‘Apa-apa ajelah..’ rungut Isya dalam hati.



*****



“Haa! Kamariah mana anak kamu? Dari tadi tak nampak batang hidung dia pun..” tanya Pn Azizah.


“Ada dalam bilik dia mak..” jawab Datin Kamariah sambil memandang ke arah suaminya yang sedang leka membaca akhbar.


“Urm..mak nak tanya ni..macam mana dengan Hilman?apa keputusan dia?dia setuju tak?” tanya Pn Azizah. Ketika itu juga En Hamidi datang dan melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya Pn Azizah. Datin Kamariah serba salah untuk menjawab. Dia sendiri tak pasti apakah keputusan Hilman.


“Haa? Urm..Hilman..urm dia tak cakap apa-apa lagi mak..Kamariah pun tak tanya pada Hilman lagi..” jawab Datin Kamariah takut-takut. Di renungnya muka suaminya Datuk Hamdan yang tidak mempedulikannya. ‘Mesti nak selamatkan diri tu..hisy tak guna papanya ni..’ rungut Datin Kamariah dalam hati.


“Tak tahu lagi..kamu ni tak ambil serius perkara ni ye..kamu sebagai mamanya kena la tegas sikit..lagi pun Hilman tu bukan budak kecil lagi kamu tahu tak..” marah Pn Azizah. Datin Kamariah tidak menjawab malah menundukkan muka menghadap lantai.


“Haa! Kamu Hamdan..sebagai ketua keluarga kamu kena tegas sikit..ni tidak..dia buat tak tahu aje..bila kita bercakap dibuatnya tak tahu..” marah Pn Azizah kepada Datuk Hamdan pula.


“Kamariah..pergi panggilkan anak kamu tu..biar mak sendiri yang tanya dia..nak harapkan kamu berdua memang la tak jalan juga..” bebel Pn Azizah pada anak serta menantunya itu. Datin Kamariah dan Datuk Hamdan berpandangan sesama sendiri. Datin Kamariah bingkas bangun ingin memanggil Hilman. Datuk Hamdan hanya memandang langkah kaki isterinya itu.


“Mak jangan paksa-paksa Hilman tu mak..dia dah besar..kalau dia tak nak biar jela..dia dah besar..boleh fikir sendiri..” Datuk Hamdan tiba-tiba bersuara. Tahu sangat perangai maknya yang pantang kalau tidak mengikut kemahuannya.


“Ini untuk kebaikan cucu mak juga Dan..kau ingat mak tak sayang cucu mak ke haa..mak buat semua ni untuk dia jugak..” jawab Pn Azizah sedikit berkecil hati dengan Datuk Hamdan.


“Bukan macam tu mak..ye Dan tahu mak sayang cucu mak..tapi jangan la paksa-paksa dia..dia pun ada hati dan perasaan juga mak..” betah Datuk Hamdan lagi.


“Sudah-sudah..kita tunggu je keputusan Hilman..dah dengar keputusan dia baru kita bincang semula..” En Hamidi yang senyap dari tadi mula bersuara.



*****




p/s: haa..ne lagi 1 ne aira postkan utk sume..sbb dh lame aira xpost..aira kasi 2 skali..layan..

No comments:

Post a Comment