Tuesday, March 30, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 6 (i)


Didalam bilik Isya termenung. Siapa atuk tu ey?macam mana dia bolah tau nama aku?dia kenal ibu ke?pelbagai persoalan berlegar-legar dalam kepalanya sejak malam tadi. Argghh! Biar la. Isya segera bersiap untuk ke pejabat.


Awal-awal pagi lagi Dani sudah terpacak di rumah Isya untuk menghantar Isya pergi kerja. Suruh ambil cuti katanya banyak kerja la..nanti bos marah la..macam-macam alasan diberinya..Isya..Isya..runggut Dani dengan kedegilan Isya.


“Ibu..oh ibu..” jerit Isya dari ruang tamu rumahnya tetapi tiada jawapan.


“Ibu..oh ibu..” panggil Isya lagi sambil melangkah menuju ke dapur..mana la tau ibunya tidak dengar sebab leka masak ke..Haa! kan dah agak..sedang melayan suami tercinta makan rupanya..patutlah tak dengar..Isya tersenyum..


“Ibu..Isya pergi kerja dulu ey..” beritahu Isya sambil menyalami ibunya lalu mencium pipi ibunya serta abahnya.


“Nak pergi dah..Dani dah sampai ke?nape tak ajak Dani masuk dulu..sarapan sekali..kamu ni pun belum sarapan lagikan..panggil Dani masuk sarapan dulu..” bebel Pn Siti.


“Ala ibu..Isya dah lambat la bu..tak payah la..nanti kat office Isya makan la ey..” pujuk Isya. Pn Siti sudah menggerutkan dahinya.


“Budak ni..degil plak dia..awak tu bukan sihat sangat..makan dulu..biar ibu pergi panggil Dani naik dulu..” mara Pn Siti. Isya sudah menarik muncung sambil memandang En Kamal meminta pertolongan.


“Sudahlah tu Siti..budak ni dah lambat..nanti bos marah nanti..kat office nanti tau la dia makan..dia dah besar..” En Kamal sudah bersuara. Yeaa! Itu dia abahku dah bersuara..cayalah abah..sayang abah..Isya berkata dalam hati sambil memandang En Kamal dah mengenyitkan matanya. En Kamal lalu tersenyum dan membalasnya kembali.


“Haa! Tu la abang..ikutkan sangat degilnya..manjakan sangat..cakap saya tak nak dengar..Siti risau kat dia..bukannya apa..” Pn Siti menjawab sedih. Aduh!abis aku..ibu dah sedih-sedih ni yang aku lemah ni. Isya cepat mendapatkan ibunya lalu dipeluk erat sambil mencium kedua belah pipi Pn Siti.


“Ala..ibu jangan la sedih..Isya janji Isya makan kat office nanti ok..jangan sedih-sedih..Isya sayang ibu sangat-sangat..” pujuk Isya manja sambil memeluk ibunya. En Kamal yang melihat tersenyum cuma.


“Dah la tu along..jeles Iya tau..” Iya bersuara mengenakan akaknya. Isya yang mendengar hanya menjelirkan lidahnya.


“Biar la kan bu..” jawab Isya bersahaja untuk menyakat adiknya.


“Dah2..tadi kata dah lambat..” potong Pn Siti.


“Alamak lupa plak..Isya pergi dulu bu..Adli..Iya..nah duit blanje korang untuk ari ni..disebabkan kakakmu ini baik hati..so along bagi extra money..” kata Isya sambil menghulurkan wang saku sekolah adik-adiknya.


“Yeke..halamak long..ni yang buat aku makin sayang kat kau ni..” jawab Adli sambil mengenyit mata pada Isya.


“Yela long..Iya pun..dah tak jadi nak jeles dah..hahah” galak Iya ketawa dengan pantas tangan comel Isya mencubit pipi Iya.


“Aduh..sakit la..” aduh Iya.


“Isya..” tegur Pn Siti.


“Ops! Sorry..tu la sape suruh pipi tu comel sangat..along geram la orang pipi tembam-tembam ni..heheh” sakat Isya sambil mencium pipi Iya. Iya menbalasnya kembali.


“Isya pergi dulu ibu..abah..” Isya minta izin.


“Yela..hati-hati..” jawab En kamal dan Pn Siti serentak. Selepas beberapa tapak Isya melangkah dia menoleh semula.


“Ibu..abah..Adli..Iya..” panggil Isya.


“Ye..” jawab mereka serentak sambil memandang tepat ke Isya.


“Sayang korang semua..bye..assalammualaikum..” beritahu Isya sambil tersenyum pada mereka semua. Mereka semua tersenyum mendengar kata-kata Isya.


Sungguh Isya lah yang banyak menceriakan keluarga ini..orangnya yang sentiasa ceria..petah berkata-kata..ringan tulang dan semenjak En Kamal pencen..Isya la yang menanggung keluarga itu..sungguh Isya anak yang boleh di banggakan. Pn Siti tersenyum bahagia. Untung aku dapat anak macam Isya, Adli dan Iya..kata Pn Siti dalam hati.


“Hai..assalammualaikum..morning sayang..” ucap Isya pada Dani. Dani tersenyum.


“Hai..assalaikumsalam sayang..morning dear..” sahut Dani sambil tersenyum memandang Isya. Pucat lagi muka dia ni.


“Sorry lama tunggu..pujuk ibu dulu tadi..” beritahu Isya.


“Tak pe..it’s ok sayang..sayang punya pasal..tunggu bertahun-tahun pun tak pe..” jawab Dani sambil tersenyum.


“Aleh..yela tu..sanggup ke tunggu bertahun-tahun..tah-tah sejam pun tak sanggup..” betah Isya sambil mencebikkan bibirnya. Dengan pantas tangan sasa Dani mencubit pipi Isya.


“Auww!sakit la..sampai hati cubit Isya..tak nak sayang Dani..huh!” rajuk Isya saja ingin bermanja-manja..maklum la dah lama tak dating..heheh..


“Alolo..muncung tu yang buat Dani cair tau tak..” kata Dani sambil tergelak.


“Ish! Dah la..jom gerak..nanti lambat sampai..kerja melambak kat office tu..” kata Isya malas mahu melayan Dani.


“Aleh..dah kalah ke?” tanya Dani sambil ketawa kecil.


“Cepat la Dani..Isya lambat dah ni..tu report pukul 9 dah kena hantar..kalo tak menggamuk sakan singa jantan tu nanti..” beritahu Isya.


“Singa jantan?sape?” tanya Dani pelik.


“Bos Isya la..heheh” jawab Isya.


“Hahah..nakal ey..” Dani berkata sambil menarik hidung Isya yang comel tu.


“Mana ada nakal la..dah2..jom gerak..” ajak Isya. Kereta mula bergerak.


“Sayang sihat tak ni?muka sayang pucat lagi tu..” tanya Dani risau sambil memegang pipi Isya. Isya tersenyum.


“Isya ok..sihat..Dani jangan la risau ok..” jawab Isya.


“Tapi muka tu pucat lagi..jangan kerja kuat sangat tau..kalo tak larat..Isya rehat je ok..tak pun minta cuti ok..” pesan Dani risau akan Isya. Sape tak sayang awek oii..


“Ye sayang..jangan la risau ok..” jawab Isya sambil tersenyum manja pada Dani.



***



Tepat jam 7.30 pagi mereka sampai di H & K Holding. Sebaik saja memberhentikan kereta Dani segera keluar untuk membuka pintu Isya.


“Sayang..kerja elok-elok..jaga diri ok..” pesan Dani sambil mengusap kepala serta pipi Isya. Tanpa di sedari mereka dua pasang mata sedang memerhatikan mereka.


“Ye sayang..Dani jangan risau ok..kalo ada apa-apa nanti Isya bagi tau Dani ok..Dani pun kerja elok-elok..jangan nakal-nakal..Dani nakal..babab nanti..” pesan Isya juga sambil mencubit hidung Dani. Dani tersenyum bahagia.


“Yela sayang..ok la..Dani gerak dulu..take care..love U sayang..” ucap Dani sambil memegang pipi Isya. Isya membalasnya.


“Take care too..love U too dear..” balas Isya sambil tersenyum manja. Sejurus itu kereta honda CRV putih Dani meluncur laju. Isya segera melangkah memasuki bangunan untuk menyiapkan kerjanya.



Tukk! Tukkk!!



Pintu bilik Isya diketuk dari luar.


“Masuk..” Isya memberi izin. Pintu ditolak..Jue rupanya..ingatkan sape la tadi..


“Amboi..minah sorang ni..masuk office senyum memanjang..bahagia nampak..” usik Jue. Isya tersenyum mendengar usikan Jue itu.


“Eh! Yeke?nampak sangat ke Jue?” tanya Isya.


“Ye la..masuk..masuk je..senyum melebar terus..heheh..abg sayang hantarkan ke?” tanya Jue.


“Eh!of coz la..kereta aku belum amek lagi..lunch nanti baru pergi amek..” terang Isya sambil tersenyum.


“Kau ni muka pucat je..sihat tak?” tanya Jue.


“Ok la..sihat je aku..” beritahu Isya.


“Urmm..kalo kau tak sihat bagi tau..aku ada sentiasa untukmu..” gurau Jue sambil tersengih.


“Hahaha..yela sahabatku..” jawab Isya.


“Dah la buat kerja kau dulu..aku pun banyak kerja ni..saja tegur kau..tengok bahagia semacam je..heheh” beritahu Jue sambil tersengih.


“Menyibuk je..huh!” jawab Isya gurau. Isya meneruskan kerjanya. Baik aku habiskan kerja ni..kang singa tu mengaum plak susah aku..sakit telinga ni..haish!nasib kau la Isya dapat bos macam tu..runggut Isya dalam hati.


Di bilik sebelah pula, Hilman menahan marahnya. Hati, mata panas melihat adengan mesra Isya dengan seorang lelaki sebentar tadi. Berkerut-kerut dahi menahan marah. Kenapa aku nak marah plak..ah!lantak dia la..tu boyfriend dia..yang aku nak jeles ni kenapa..kata Hilman dalam hati..cuba menenangkan hatinya.


Monday, March 29, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 5 (ii)


***



“Hello! Dani..ni aku la..Jue..kau kat mana ni?” tanya Jue.


“Hello..aku dekat rumah la..nape?apa mimpi kau call aku ni?” tanya Dani.


“Aku nak bagi tau kau..aku n Isya kat hospital ni..Isya su..”


“What?!Hospital!!Why??Isya mana?Isya ok tak?kenapa ngan Isya?kenapa korang ada kat hospital..hei..tell me..” belum sempat Jue menghabiskan ayatnya Dani sudah potong. Haish! Mamat sekor ni..tak menyempat..terus je tembak aku ni..


“Hoi..Dani..rileks la..Isya tak ada apa-apa la..she fine ok..jgn risau..” beritahu Jue.


“Kalo tak de apa-apa kenapa korang kat hospital..tell me..don’t make me worried Jue..” Dani berkata risau..risau akan Isya..takut apa-apa terjadi pada Isya.


“She fine la Dani..kitorang kat hospital sebab tolong sorang aunty ni..dia kena ragut..then kami tolong la hantarkan ke hospital..” terang Jue lagi.


“Then why must u tell me??why not Isya??mana Isya..look Jue..I love Isya so much..please tell me..where Isya..how is she??” tanya Dani lagi. Haish! Mamat ni banyak tanya betul la..penat aku nak menjawab.


“Dani kan aku dah cakap Isya ok..Isya yang suruh aku bagi tau kau..dia tak ada..dia ada dalam wad..dermakan darah untuk orang yang kena ragut tu..hanya darah Isya yang sesuai..n dengan rela hati Isya pun menawarkan diri dia..” Jue menerangkan dengan panjang lebar. Sebaik mendengar kata-kata Jue, Dani terus mematikan telefon dan segera bersiap. Setelah selesai bersiap dan menghidupkan enjin kereta baru dia tersedar yang dia terlupa bertanyakan hospital mana.


“Hello!Jue..korang kat hospital mana?” tanya Dani.


“Haa..tu la kau..belum menyempat aku bercakap kau dah matikan telefon..haish mamat ni..kitorang kat Hospital Pantai..” beritahu Jue.


“Alright!thankz..” ucap Dani termalu sendiri dengan perlakuannya yang kelam kabut itu sebab risaukan Isya.


Selesai saja memarking keretanya dengan segera Dani melangkah pantas mendapatkan Isya.


“Hai..Isya mana?” tanya Dani.


“Ada dalam bilik tengah berehat..doktor suruh dia rehat dulu..letih sebab baru lepas dermakan darah..” beritahu Jue.


“Boleh aku tengok dia tak?” tanya Dani.


“Pergi jela tengok..kau ni..tu pun mau tanya lagi ka..” mara Jue geram.


“Heheh..sowi la..blur kejap..aku masuk dulu..kau tak masuk sekali ke?” tanya Dani.


“Aku dah masuk..ni nak pergi tunggu si Zul ni..di suruh aku tunggu di..mengada-ngada betul..” runggut Jue.


“Boyfriend kau jugak..hahaha” usik Dani.


“Dah la kau..bla la kau masuk sana..” mara Jue.



***



“Hai sayang..” ucap Dani pada Isya.


“Hai..dah lama sampai?nape datang..Isya suruh Jue bagi tau je..bukan suruh datang..kesian Dani..” beritahu Isya lemah. Letih mungkin.


“Tak boleh ke?Dani risau kat sayang la Dani datang tau..huhuhu..” beritahu Dani dengan muka sedihnya. Alahai mamat ni..buat muka comel dia plak..


“Boleh sayang..” jawab Isya lemah.


“Pucatnya muka sayang..ni doktor amek darah separuh ke semua ni sampai pucat-pucat sayang di buatnya..” tanya Dani sambil mengusap perlahan pipi Isya.


“Heheh..apa la Dani ni..memang la sayang oii..letih kut..” beritahu Isya.


“Dani hantar sayang balik ok..kereta Isya biar dekat sini..besok kita datang amek ok..besok pergi kerja and balik biar Dani pick up ok!haa jangan nak bantah..” terang Dani tegas. Aduh..macam tau2 je aku nak lawan balik.


“Urm..yela syg oii..up to u dear..asalkan awak bahagia..” Isya berkata sambil tersenyum manja.


“Ha macam tu la sayang Dani..” dani juga tersenyum pada Isya.


“Hoi..korang udah2 la tu nak bermanja-maja kat sini..sakit mata aku tengok..bila lagi kau nak balik ni..aku dah lapar n mengantuk dah ni..” beritahu Jue.


“Kau ni..lapar je kerja kau..tadi dah makan nak makan lagi..Zul..jaga-jaga jangan nanti dapat terlebih montok lak..” usik Isya sambil mengenyit matanya pada Jue. Jue membeliakkan matanya.


“Sengal kau ni Isya..jaga kau besok..” ugut Jue sambil tersenyum penuh makna. Aleh macam la aku takut kat kau Jue..hahah.


“Dah2 jom balik..Jue kau balik ngn Zul ke?” tanya Isya.


“Yup..dengan mamat sesat ni la..kau suruh la abg kau yang mmg tak hensem tu hantarkan ye..” Jue berkata selamba.


“Kurang asam punya awek..ada ke patut dia kata aku mamat sesat..” jawab Zul dengan nada gurau.


“Aleh macam la kau tu lawa sangat kan..please..” Dani berkata dengan gayanya.


“Hahah..adess korang ni..bergaduh je..dah la jom balik..” Isya tertawa melihat gelagat mereka..Jue sahabat paling rapat yg dikenali dari sekolah menengah..Dani buah hati Isya hampir 4 tahun berkenalan..Zul tunang Jue..satu sekolah dengan kami berdua.


“Yela..malas aku layan minah senget ni..nasib kau la Zul dapat awek senget..” Dani mengenakan Jue balik. Cis! Dia kata aku senget..dia lagi senget.


“Tau tak pe..kesian kat aku kan..dapat tunang senget..hahaha” Zul pula mengiakan Dani. Jue mulai bengang. 2 vs 1 bai..Of coz la 2 menangkan..nasib kau la Jue..


“Huh!malas layan korang..Isya aku balik dulu..bye..wahai mamat sesat..mari kita pulang sebelum sesat dek kerana mamat yang sememangnya tak hencem tu..hahaha” Jue kembali memulangkan paku buah keras pada Zul dan Dani sambil tertawa. Hahaha..alahai Jue..


“Hahah..ok..bebaik Jue..bye..see u tomorrow..” Isya berkata.


“Yeaa..tomorrow never die..hahaha..ok la..bye Isya..take care dear..” ucap Jue sambil memeluk Isya.


“U take care too ok..” balas Isya sambil tersenyum manis.



***



Kira-kira jam 10.45 malam Isya selamat sampai di rumahnya. Sebelum pulang Dani mengajaknya makan dahulu. Siap main ugut-ugut lagi mamat tu..macam tau2 je balik rumah nanti aku tak makan..hehe.


“Assalammualaikum!” Isya memberi salam sambil menolak pintu rumahnya. Kelihatan Abah..Ibu serta adik-adiknya sedang berehat di ruang tamu. Sebaik mendengar salam diberi keempat-empat beranak itu dengan serentak memandang ke arah Isya.


“Waalaikumsalam!Isya..dah balik dah..” sahut Pn Siti. Isya mendapatkan ibunya lalu menyalamnya juga Abahnya. Dani mengikuti Isya menyalami keluarga Isya.


“Eh!Dani pun ada..masuk la..makcik buat air kejap..duduk la dulu..” Ujur Pn Siti.


“Eh!tak pela makcik..kitorg baru je lepas makan..susahkan makcik je..” terang Dani.


“Tak susah la..duduk la dulu ye..” kata Pn Siti lalu beredar ke dapur.


“Duduk la Dani..makcik kamu tu kalo dah dikatanya A..A jela..kamu apa khabar?sihat?lama tak datang sini..” tanya En Kamal. Dani tersenyum mendengar penjelasan En Kamal.


“Baru-baru ni sibuk sikit pakcik..tak menang tangan di buatnya..” beritahu Dani jujur.


“Biasa la tu..nama pun kerja..” jawab En. Kamal.


“Dani duduk la dulu ey..Isya nak mandi kejap..” beritahu Isya dan berlalu pergi memasuki biliknya, sempat juga dia mencubit pipi adik bongsunya lalu tersengih nakal. Dani dan En Kamal yang melihat hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.


“Suka sangat menyakat budak bertuah ni tau..dah pergi mandi sana..patut la dari tadi abah macam ada terbau something je..rupanya ada orang tak mandi..” sakat En Kamal. Adli..Iya serta Dani galak mentertawakan Isya yang sudah menarik muncung tikus nya.


“Alah org tak mandi pun wangi ok..bukan macam Adli tu..huh!” balas Isya juga sempat mengenakan Adli.


“Eh!tak pasal-pasal aku plak yang kena..pergi la kau mandi long..sakit dah hidung aku ni..hahaha..” Adli mengenakannya kembali. Ish! Aku kena balik..tak boleh jadi ni..siap kau nanti..


“Huh! Tak pe..mandi lagi bagus..” jawab Isya sambil berlalu pergi.


“Apa yang bisinng-bising ni..” tegur Pn Siti sambil menatang dulang yang berisi air serta kuih.


“Apa lagi..anak awak tu la..” beritahu En Kamal sambil ketawa kecil.


“Tak abis-abis menyakat budak tu..budak tu penat baru balik kerja..disakatnya lagi..” mara Pn Siti.


“Minum Dani..” jemput Pn Siti.


“Terima kasih makcik..susah-susah je..” sambut Dani.


“Kamu ambil Isya kat hospital ke tadi?” tanya Pn Siti.


“Ye makcik..lepas Jue bagi tau tu terus je saya pergi hospital..risau nak biar Isya drive malam sorang2..lagi-lagi lepas dia derma darah tadi mesti letih..” beritahu Dani jujur.


“Ceh2!sayang la tu kan..kan..” usik Adli sambil mengangkat keningnya memandang Dani. Dani yang melihat tersenyum cuma.


“Budak ni..duk menyampuk je di..pergi masuk tidur..besok nak bangun bukan main liat lagi korang..” arah Pn Siti.


“Yes mem!!” jawab Adli dan Iya serentak sambil mengangkat tangannya ala-ala tabik hormat gitu. En Kamal dan Dani yang melihat gelagat mereka tersenyum cuma.


“Isya mana bang?” tanya Pn Siti.


“Dia mandi..segarkan badan agaknya..letih..” jawab En Kamal.


Selepas hampir sejam mereka berbual kelibat Isya muncul. Dari jauh Isya tersenyum memandang Abah..ibunya serta Dani yang sedang berbual.


“Lamanya mandi..” tanya Dani sambil tersenyum. Ish! Nape pucat je muka dia ni..letih ke?banyak ke darah doktor tu amek sampai pucat macam ni..hati Dani dilanda risau melihat muka Isya yang pucat.


“Eh ni kira cepat la tau..” jawab Isya sambil tersenyum manis..entah kenapa badannya terasa letih.


“Pucat muka anak ibu ni..Isya ok tak ni?” tanya Pn Siti bimbang.


“Isya ok la ibu..jangan risau la..” kata Isya menyedapkan hati ibunya.


“Makcik..Pakcik..Isya Dani balik dulu la..dah lewat dah ni..” Dani meminta untuk pulang.


“Yela..baik-baik bawak kereta..” pesan En Kamal.


“Eh!jap..Isya amek barang jap..tolong bagikan kat kak yana ey..” pinta Isya lalu bangun menuju ke biliknya. Tak sampai empat langkah Isya jatuh.


Bukkk!! Sebaik mendengar bunyi benda jatuh ketiga-tiga mereka terlihat Isya yang terbaring di atas lantai.


“Ya Allah..anak aku..” ucap Pn Siti terkejut. Segera dia merapati Isya yang terbaring lemah. En Kamal serta Dani juga terkejut melihat Isya jatuh. Isya Pengsan!!Ya Allah sayang..nape ni..Dani berkata dalam hati.


“Abang.. Isya pengsan bang.. Isya nape ni sayang.. bangun sayang.. bangun.. huhu.. ya allah nape budak ni bang..” ucap Pn Siti sedih.


“Dani tolong angkat Isya masuk ke bilik..” arah En Kamal. Dani segera mengangkat Isya dan membaringkannya di atas katil.



***



“Isya sayang..” Isya terdengar suara yang tidak dikenali memanggilnya. Segera dia membuka mata.


“Isya sayang..maafkan atuk..” ucap lelaki tua itu pada Isya. Isya pelik. Siapa lelaki tua ni? Kenapa dia minta maaf dengan aku? Macam mana dia tahu nama aku?


“Atuk ni sapa?macam mana tau nama Isya?” tanya Isya jujur. Lelaki tua itu tidak manjawab soalannya lalu tersenyum memandang Isya dari jauh.


“Atuk minta maaf Isya..Atuk banyak dosa dengan ibu Isya..maafkan atuk..” ucap lelaki tua itu lagi. Lelaki tua itu semakin jauh dan jauh.


“Atuk!!” jerit Isya.



***



“Isya!..Isya..nape ni sayang..” Pn Siti terkejut mendengar Isya menjerit.


“Haa?! Isya kat mana ni?” tanya Isya pelik kerana melihat Abah..ibunya dan juga Dani megerumuninya.


“Isya pengsan tadi..” beritahu Pn Siti.


“Isya letih kut bu..jangan risau la..Isya ok ni..” Isya berkata menyedapkan hati ibunya.


“Isya rehat la dulu..Dani balik dulu ya..dah lewat ni..” pinta Dani sambil tersenyum pada Isya.


“Alright..hati-hati drive..dah sampai rumah bagi tau..” pesan Isya. Dani tersenyum lagi lalu mengangguk. Selepas bersalam dengan En Kamal dan Pn Siti, Dani segera pulang ke rumah.


“Dah la..Isya rehat la..besok tak payah kerja..nanti ibu call Jue..suruh dia beritahu bos Isya ok..” perintah Pn Siti.


“Eh! Tak boleh bu..besok kena pergi..banyak kerja la bu..Isya janji..Isya jaga diri baik-baik ok..pape Isya bagi tau ibu nanti ok..dah la..ibu and abah pun pergi la tidur..night ibu..” ucap Isya sambil mencium pipi Pn Siti seperti kebiasaan sebelum tidur.


“Budak bertuah ni.. bukan nak dengar cakap kita.. kerja dia pentingkan.. yela..Isya tidur la dulu..” jawab Pn Siti geram kerana kedegilan Isya. Isya yang mendengar ibunya membebel tersenyum cuma. Sempat mengenyitkan mata pada abahnya. En Kamal tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Budak nie..