Friday, April 22, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 12 (ii)




“Hello! Sekarang time lunch ok! Apa ingat kita orang curi tulang ke..” jawab Isya selamba. Mencerlung mata Hilman memandang geram kepada Isya. Jue menyiku Isya sambil membesarkan matanya.


“Apa..betul la..nak marah kita pula..tak tengok jam apa..” rungut Isya.


“Nora..nanti call En Kadir..cancelkan appointment saya dengan dia hari ni..” arah Hilman pada setiausahanya tanpa mempedulikan Isya.


“Baiklah En Hilman..” jawab Nora.


“And one more thing..YOU..” tutur Hilman sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Isya.


“What?” jawab Isya.


“Lepas lunch..masuk bilik aku..” arah Hilman tegas. Ikutkan hati mahu saja dia memaki Isya di situ. Tetapi memikirkan pekerja-pekerjanya yang lain berada di situ dia menyabarkan dirinya. Berlagak cool la konon! Hilman terus meninggalkan mereka.


“Isya..kau ni..berani betul melawan dia ye..” ujur Syafiq.


“Dah dia tu suka cari pasal dengan aku..takkan aku nak diam je..nak ikut je angin dia..no way.. “ ujur Isya. Mereka yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya. Isya..Isya..


Tamat saja waktu rehat mereka memulakan kerja masing-masing, manakala Isya berlalu pergi ke bilik Hilman seperti yang di minta. ‘Entah apa lah singa ni nak lagi agaknya..’ rungut Isya. Pintu bilik di ketuk tanpa menunggu arahan dari Hilman, Isya terus saja masuk.


“Tak reti ketuk pintu ke?tak sopan betul..” perli Hilman sebaik saja melihat Isya tercegat di muka pintu biliknya. Isya mengetap bibirnya menahan geram.


“Hello! Berapa tahun tak korek telinga tu? Dia yang tak dengar nak kata orang pula..” jawab Isya. ‘Eii perempuan ni..ada je yang dia nak jawab..mulut tu tak pernah tak menjawab..’ bebel Hilman dalam hati.


“Ada apa kau panggil aku ni..” tanya Isya. Hilman menyandarkan badannya ke kerusi dan memandang tepat ke wajah Isya yang putih itu. Isya merasa tidak selesa pabila dirinya di renung begitu.


“Kau nampak fail-fail dekat atas meja ni?” ujur Hilman sambil tersenyum sinis. Isya membalas senyuman sinis itu dengan senyuman yang cukup manis membuatkan Hilman terpaku dan terus saja mati senyuman sinisnya itu. Cantik! Terserlah lesung pipit di kedua belah pipi gebu milik gadis itu. Terasa getar di dada melihat senyuman itu.


“Saya tak buta lagi En Hilman oii..” jawab Isya dengan lembut sambil tersenyum sinis. Hilman panas hati mendengar sindiran Isya. Macam mana dia boleh terleka melihat senyuman itu. Argh! Lantak la..


“Siapkan sebelum balik..aku nak kau siapkan hari ni juga..” arah Hilman tegas. Terbeliak mata Isya mendengarnya. ‘Gila ke apa? Fail sebanyak ni dia suruh aku siapkan hari ni juga..confirm aku balik malam..’ rungut Isya tak puas hati.


“Mana sempat..banyak tahu tak..” jawab Isya. Hilman tersenyum kemenangan. ‘Rasakan kau..’ kata hati Hilman.


“Peduli apa aku..aku nak kau siapkan hari ni..selagi tak siap..jangan harap kau dapat balik..I will watch U..” tutr Hilman. Isya mendengus kasar lalu mencapai fail-fail itu dan terus saja keluar kembali ke biliknya.


“Argh!! Sakitnya hati..selalu buli aku..eii geramnya..tak pe..hari ni hari kau..esok lusa hari aku pula..tunggu jela..” rungut Isya sebaik melabuhkan punggungnya di kerusi dalam biliknya itu.


Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam, Isya masih lagi tekun membuat kerjanya. Sesekali Isya menyandarkan badannya ke kerusi sambil melentokkan kepalanya ke kiri dan ke kanan kerana lenguh.


Di bilik sebelah Hilman sedang membuat kerjanya. Sekilas dia menoleh ke arah jam yang tergantung di dinding bilik itu. Sebaik melihatnya, laju saja tangannya mendail nombor Isya.


Terkejut Isya sebaik mendengar telefon di mejanya berbunyi. Terus saja dia menjawab panggilan itu.


“Dah siap ke belum?” tanya Hilman. Berkerut dahi Isya mendengar pertanyaan itu.


“What?apa yang dah siap?siapa ni?” tanya Isya sedikit blur. Hilman di hujung talian mengeluh mendengar pertanyaan itu.


“Aku tanya kau dah siap buat kerja tu ke belum?!” tanya Hilman sekali lagi, nadanya tinggi berbanding tadi. Isya menjarakkan telefon itu jauh dari telinganya sebaik mendengar jeritan dari Hilman., lalu membuat aksi ingin menumbuk Hilman sambil memandang ganggang telefon itu.


“Tak reti cakap baik-baik ke?eii boleh pekak telinga aku dengar suara kau tahu tak..” jawab Isya sengaja ingin membakar hati Hilman.


“Aku tanya dah siap ke belum tu..jawab jela..yang kau merungut tak tentu pasal ni kenapa..” marah Hilman, bengang mendengar rungutan itu. Isya mencebikkan bibirnya sebaik mendengar Hilman marah.


“Eh! Mulut aku..suka hati aku la..not done yet..kau ingat sikit ke haa!!..” jawab Isya.


“Finish that work tomorrow..and I want that files is on my table before 2 p.m..and if you late 1 minute..I know what to do..remember that..” ujur Hilman. Kesian pula dia pada Isya yang terpaksa stay dekat office sampai malam hari.


“Really?Wow macam tak percaya je..ingatkan kau nak suruh aku tidur dekat office ni..” jawab Isya.


“Amboi..nak sangat ke tidur office??aku tak kisah kalau kau nak..ok kalau tu yang kau nak..”


“Ok..ok..thanks..before 2 p.m..that files will be on your table..ok bye..” sampuk Isya sebelum sempat Hilman menghabiskan ayatnya. Sebaik saja talian di matikan Hilman tersenyum. ‘Tau takut..’ getus hati Hilman sambil tersenyum dengan kepalanya di gelengkan.


Sebaik saja selesai mengemaskan meja, Isya segera melangkah keluar dari biliknya. Sewaktu dia ingin melangkah pergi selepas menutup pintu bilik, Isya hampir melanggar seseorang.


“Oh mak kau!!” latah Isya terperanjat lalu mengurut-ngurut dadanya. Sebaik melihat gerangan orang yang hampir di langgarnya tadi segera dia menjeling tajam.


“Lain kali jalan tu buka mata besar-besar..aku yang besar ni pun kau nak redah..” tutur Hilman.


“Kau tu yang tiba-tiba muncul..” jawab Isya bengang. Isya merenung tajam Hilman. HIlman berlalu pergi, setelah beberapa langkah Hilman berhenti dan memandang ke arah Isya yang masih memandangnya dengan wajah tak puas hati. Sebenarnya ingin melepaskan Hilman jalan dulu. Tak ingin dia jalan sama dengan singa tu.


“Kau tak nak balik ke?Aku dengar cerita yang office ni keras..diorang selalu dengar perempuan menangis..” ujur Hilman sengaja menakutkan Isya. Isya yang mendengar kata-kata Hilman terus saja berlalu pantas mendapatkan Hilman sambil memandang keadaan keliling yang sunyi dan sedikit gelap itu. Terus lupa yang dia tak ingin berjalan sama dengan bosnya itu.


“Ish! Mulut kau ni longkang betul la..cuba jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak..” rungut Isya. Hilman yang melihat reaksi Isya ketawa lepas. ‘Penakut juga minah ni..’ getus hatinya.


“Yang kau ikut belakang aku je ni kenapa..” ujur Hilman. Isya merenungnya tajam.


“Mana ada..jangan nak perasan ey..aku nak balik..bila masa aku ikut kau pula..” jawab Isya tidak mahu mengalah. Walaupun apa yang dikatakan oleh Hilman itu betul tapi dia masih menafikannya. Yela takkan nak cakap dia takut kut..malu beb! Karang tak pasal-pasal kena gelak dengan singa ni. Hilman hanya tersenyum saja. Seronok dia mengenakan Isya. Entah kenapa dia suka melihat Isya marah. Bila Isya marah mukanya yang putih gebu itu bertukar menjadi merah. Comel sangat!



*****


No comments:

Post a Comment