Sunday, January 10, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 3


Sebaik sahaja mesyuarat selesai seorang demi seorang meninggalkan bilik mesyuarat itu dan tinggallah Isya dan Hilman Ghazi sahaja di situ. Isya sedang leka menyusun kertas dan fail-failnya untuk beredar. Tanpa disedari oleh Isya sepasang mata merenung ke arahnya.


“Hei!kau tunggu dulu..jangan keluar..aku ada benda nak bincang ngan kau..” beritahu Hilman Ghazi pada Isya. Isya yang mendengar hanya buat bodoh. Hei..hei..Kau ingat aku ni tak ada nama ke..bapak aku bagi nama sedap-sedap dia panggil hei je! Mara Isya dalam hati.


Tanpa mempedulikan arahan Hilman, Isya melangkah keluar. Hilman yang melihat Isya sudah bangun untuk melangkah keluar dengan pantas tangannya menarik pergelangan tangan Isya.


“Oo mak kau jatuh!”latah Isya. Hilman yang terdengar Isya melatah lalu ketawa.


“Macam mak nenek lah kau ni melatah plak..” Hilman berkata dalam tawa yang masih bersisa. Isya memandang geram ke arah Hilman. Kurang asamnya mamat..dia kata aku mak nenek..eh?! Isya berkata-kata dalam hati. Isya baru perasaan yang tangan Hilman masih memegang pergelangan tangannya. Dengan pantas Isya menarik tangannya dan melangkah keluar tapi sekali lagi tangannya ditarik oleh Hilman.


“Apa ni!sakit lah!” mara Isya. Hilman yang melihat Isya mara hanya tersenyum lalu menarik Isya mendekatinya dan memegang kedua belah bahu Isya. Isya tergamam. Hilman tersenyum memandang ke mata Isya.


“Aku kata tunggu dulu kan..kau degil sangat ni nape..duduk dulu..aku nak bincang ngan kau ni!” Hilman berkata tegas lalu menyuruh Isya duduk. Isya yang melihat perlakuan Hilman memandang geram.


“Kau tak cakap ngan aku tadi..kau cakap hei..nama aku Isya..Aleeya Alisa..mana aku tau kau cakap ngan aku..” betah Isya geram sambil menjeling. Hilman yang mendengar naik berang. Dia nak main-mainkn aku pulak ey..tak pe.


"Sit here!Silly!” Hilman berkata dengan nada tegas. Isya terkejut mendengarnya. What?!dia kata aku silly!kurang ajar dah ni..tak pe..Isya berkata lalu tersenyum nakal. Tanpa membuang masa dengan pantas Isya berdiri lalu memijak kaki Hilman menggunakan tumit high heel nya dengan kuat. Isya tersenyum kepuasan lalu duduk semula.


“Auww!!” Hilman menjerit sambil terloncat-loncat memegang kakinya yang dipijak Isya tadi. Lebih dah minah ni..main pijak-pijak kaki plak. Hilman naik berang lalu melangkah ke arah Isya.


“Kau..”


“Bos..En. Khairul cakap dia nak jumpa bos..” beritahu Nora setiausaha Hilman.


“Ok!suruh dia masuk kat sini..saya tunggu dia kat sini..” Hilman memberi arahan. Cis! kacau betul la..baru nak kenakan minah ni..tak pe..kau tunggu ye..aku pasti akan balas. Dalam hati Isya berkata..huh!selamat aku..thanks Nora..sayang kau.


“Hei bro..pe cite?” satu suara menegur Hilman.


“Hei..duduk ar..” pelawa Hilman. Isya hanya menjadi pemerhati. ‘Ni la orang zaman skang..tak reti bagi salam..bila jumpa je bro..bro..jadi beruk baru tau..’ Isya berkata pelahan.


“Apa kau cakap?!” tegur Hilman dengan kuat sambil memandang tajam ke arah Isya. Eh! Alamak dia dengar ke..Ah! lantak la.


“Tak de apa..” jawab Isya selamba. Khai sedari tadi asyik merenung Isya tetapi Isya mahupun Hilman tidak perasan akannya.


“Hoi!kau ni..ngan perempuan pun nak gaduh..tak pernah aku tengok kau macam ni..apa kes..” tegur Khai. Hilman yang baru nak membalas tembakan pada Isya terus terbantut di tegur Khai.


“Aku peduli apa dia ni perempuan..dia yang cari pasal ngan aku..” mara Hilman.


“Dah la tu..kau ni..kalo ye pun kenalkan la ngan aku..” Khai berkata sambil tersenyum gatal. Gatal plak mamat ni..Hilman kerkata dalam hati.


“Yela..kenalkan..ni Aleeya Alisha pengurus pemasaran syarikat ni..Isya..ni Khairul Azman merangkap kawan aku..” Hilman memperkenalkan mereka.


“Hai..just call me Khai..” Khairul menhulurkan tangannya pada Isya.


“Isya..” Isya menyambut huluran tangan Khai sambil tersenyum.


Khairul dan Hilman rancak berbual. Isya dari tadi hanya menjadi pemerhati mulai bengang. Tadi suruh aku tunggu nak bincang sesuatu..ni dia duduk bercakap ngan member dia plak..aku ni macam tunggul je..Isya berkata dalam hati. Tanpa membuang masa Isya bangun melangkah keluar. Hilman yang melihat Isya bangun di tegurnya.


“Kau nak ke mana tu?!” tegur Hilman dalam nada tegas.


“Keluar ar..bosan tengok muka kau tu..tadi suruh aku tunggu..tapi berbual ngan member plak..” Isya mengungut. Lantak kau la..malas aku layan.


“Urm..nanti jap lagi aku panggil kau..” beritahu Hilman.


“Apa-apa jela..” jawab Isya selamba lalu melangkah keluar. Khai memandang Isya sehingga kelibatnya tidak kelihatan lagi.


“Cantik..sweet..can’t say a word..boleh kenalkan kat aku tak..” beritahu Khai jujur. Hilman yang mendengar panas telinganya malah hatinya pun panas.


“Tak boleh!” pantas Hilman menjawab. Eh! Apasal aku ni.


“Why?” tanya Khai pelik.


“D.d.di.dia ni payah sikit ar..” terang Hilman gagap. Bila masa plak aku jadi gagap ni..Haish!! jatuh saham aku.


“Sejak bila kau gagap ni?” tanya Khai sambil ketawa. Hilman tersenyum cuma. Malu aku siot!ni minah ni punya pasal la ni.


“Ok la..aku balik dulu la..aku pun nak jumpa client ni..” beritahu Khai lalu mereka beredar. Sedang seronok berbual dengan Hilman ketika berjalan menuju ke lif, Khai tak sengaja terlanggar seseorang akibat dari pelanggaran itu gadis itu hampir terjatuh tapi sempat disambut oleh Khai. Khai memeluk erat gadis itu. Isya tergamam kerana dirinya dalam pelukan Khai dengan pantas menolak badan Khai.


“Eh!Isya..sorry..tak sengaja..” Khai meminta maaf pada Isya. Hilman yang melihat kejadian itu menahan marahnya, mukanya mulai merah menahan amarahnya.


“It’s ok..lain kali jalan pandang-pandang ye..” jawab Isya. Khai tersenyum cuma.


“Ok la!aku chow dulu..” lalu Khai melangkah meninggalkan Isya dan Hilman di hadapan lif. Hilang saja kelibat Khai, Hilman terus menarik tangan Isya mengikutinya.


“Ikut aku!!” mara Hilman dengan nada keras.


“Sakit la!” mara Isya sambil cuba menarik tangannya tapi tak berjaya kerana tangan Hilman memegang kuat.


“Kau diam!Ikut aku!” tengking Hilman. Isya hanya menurut. Semua yang nampak hanya memandang hairan. Hisy! Bangang la mamat ni..malu aku..apa la diorang fikir nanti..sakit plak tangan aku dia pegang..sakit hati betul..tiba-tiba nak mengamuk plak.


Sampai saja di biliknya dia menghempas pintu dengan kuat lalu menghempaskan badan Isya di dinding. Kedua belah tangannya diletakkan di dinding menghalang Isya. Isya terkejut dengan tindakan Hilman yang menyakitinya tanpa sebab. Hilman merenung tajam tepat ke mata Isya. Isya cuak dengan kelakuan Hilman.


“K.ka..kau nape!t.te..tepilah..” marah Isya takut-takut sambil menolak badan Hilman. Tapi apakan daya tenaga perempuannya tidak kuat.


“Kau diam boleh tak!” marah Hilman. Isya kaget dan

terus senyap.


“Shit!” Hilman menumbuk dinding dengan kuat lalu melangkah menuju ke mejanya dan mengambil sebuah fail. Hilman membalingkan fail itu ke arah Isya.


“Kau buat report ni..aku nak benda ni ada atas meja aku esok pagi sebelum pukul 9!faham?!dah keluar!” marah Hilman. Isya mengutip fail yang dibaling tadi. Sebelum berlalu keluar Isya sempat berkata sesuatu.


“Kalo nak mintak tolong pun tak payah la nak marah-marah macam ni..kau ingat kau bos kau boleh buat sesuka hati kau je..” mara Isya. Belum sempat Isya melangkah keluar Hilman terlebih dahulu menarik lengan Isya kuat lalu menghempaskannya di dinding kembali.


Isya menahan sakit di belakang badannya. Hilman menekan bahu Isya ke dinding dan merenung Isya.


“Kau jangan nak kuang ajar dengan aku..” mara Hilman.


“Kau yang..” belum pun sempat menghabiskan ayatnya Hilman menutup mulut Isya dengan tangannya. Beberapa saat kemudian Hilman mengeluh lalu melepaskan tangannya dan berundur menjauhi Isya.


“Keluar!!” tengking Hilman. Dengan pantas Isya keluar dengan air mata kerana menahan sakit di belakang badan serta di hati. Hilman mengeluh..haish! nape aku ni..nape aku buat dia macam tu..dia tak salah apa-apa pun..nape aku nak marah plak..arghh!! Jue yang melihat Isya keluar dari bilik Hilman hanya memerhati saja. Melihat muka dan mata Isya yang merah pasti rakannya itu tengah sakit hati and sedih. Isya menuju ke biliknya. Jue pergi mendapatkan rakannya itu. Beberapa minit kemudian pintu diketuk dan ditolak dari luar.


“Isya..are U ok?” tanya Jue risau akan rakannya. Isya mendengar pertanyaan Jue tersenyum cuma.


“I’m fine..” jawab Isya sambil tersenyum.


“Betul ni?” tanya Jue lagi tak puas hati mendengar jawapan dari Isya.


“Yup..I’m fine..sakit ati ngan bos kau je..nak angin tak tentu pasal..aku rasa macam nak tumbuk je muka dia tadi..eii geram aku..dah la kau jangan risau ok..aku ok..banyak kerja plak dia suruh aku buat ni..” terang Isya.


“Ok!kau buat la kerja tu..nanti tak pasal-pasal kena marah lagi kang..” Jue berkata lalu melangkah pergi. Sebaik saja kelibat Jue menghilang Isya mengeluh. Nape la mamat ni hari ni..nak kata datang bulan macam tak logik plak..mana datang lelaki datang bulan..tak pasal-pasal aku plak yang jadi mangsa. Haish! Banyak plak kerja..dia nak pagi besok..sengal nak buat research sehari je..eii geramnya aku..tak dapat relaks la aku ari ni.


No comments:

Post a Comment