Friday, July 29, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 8 (ii)




Di dalam kereta..


“Abang kita nak pergi mana dulu ni?” tanya Farah Adibah. Wadi Sufyan hanya diam tidak menjawab pertanyaan bakal isterinya itu.


“Abang dengar tak ni?” tanya Farah Adibah sekali lagi sedikit kuat suaranya. Wadi Sufyan mengeluh keras.


”Kita pergi cuba baju pengantin..mak dah tempahkan..tapi dia suruh pergi cuba..takut tak muat..” beritahu Wadi Sufyan. Dia terpaksa mengikut semua kehendak maknya itu. Asalnya dia tidak mahu keluar bersama Farah Adibah tetapi di paksa juga oleh Pn Salina.


“Oo..ok..abang..Diba nak tanya boleh tak?” tanya Farah Adibah lagi. Rimas di buatnya Wadi Sufyan.


“Apa dia?” nak tak nak dia terpaksa layan.


“Abang pernah bercinta tak sebelum ni?abang ada awek tak sebelum ni?” pertanyaan Farah Adibah membuatkan Wadi Sufyan teringat akan seseorang yang bertahta dalam hatinya.


“Kenapa tanya?” tanya Wadi Sufyan kembali tanpa menjawab pertanyaan Farah Adibah itu.


“Saje je tanya..Diba dulu pernah bercinta tapi dah putus sebab dia curang..lepas tu Diba serahkan semuanya di tangan mak..bila mak cakap dia nak jodohkan Diba dengan abang..Diba setuju je..” cerita Farah Adibah tanpa di suruh.


“Diba tak menyesal ke kawin dengan abang?” tanya Wadi Sufyan sambil matanya tumpu pada pemanduannya. Farah Adibah hanya tersenyum mendengar soalan dari Wadi Sufyan.


“Tak..Diba tak menyesal..malah Diba happy sangat..err..abang..siapa Fiyah tu ek?” tanya Farah Adibah membuatkan Wadi Sufyan tersentak.


“Siapa Fiyah?kenapa?” tanya Wadi Sufyan.


“Tak la..dari cara mak abang cerita tu..abang rapat sangat dengan dia..Diba rasa cemburu pula dengan dia..” ujur Farah Adibah sambil tertawa kecil.


“Sepupu abang..mak abang tak beritahu ke?” beritahu Wadi Sufyan.


“Heheh..entah Diba tak perasan la..” jawab Farah Adibah sambil tersenyum kecil.


Dua puluh minit kemudian mereka tiba di Butik Andaman. Wadi Sufyan dan Farah Adibah jalan beriringan masuk ke dalam butik itu. Mereka di sambut mesra oleh pemilik butik itu.



*****



Sedang Irdina Safiyah dan Irsyad Zafran leka melihat catalog baju-baju pengantin, mereka di tegur oleh seseorang. Irdina Safiyah terkejut mendengar suara itu. ‘No..not him..’ jerit hati Irdina Safiyah.


“Eh! Sufyan..kau dah sampai..apasal lambat?penat aku tunggu kau tahu tak..” kata Irsyad Zafran. ‘What?bawa aku datang sini semata-mata nak jumpa dengan abang?’ rungut hati Irdina Safiyah.


“Eh! Fiyah..awak tak nak jumpa abang sepupu awak ni ke?” ucap Irsyad Zafran sedikit sinis bunyinya di telinga Irdina Safiyah. ‘Eh! Mamat ne kenapa..tiba-tiba ber’saya’ ‘awak’ pula..nampak sangat plastik..’ bebel Irdina Safiyah dalam hati.


“Fiyah..” panggil Irsyad Zafran sekali lagi. Nak tak nak dia terpaksa menghadap muka abang sepupunya itu.


“Abang apa khabar?buat apa dekat sini?” tanya Irdina Safiyah. Wadi Sufyan hanya memandang Irdina Safiyah. Betapa dia rindu akan gadis itu. Irdina Safiyah serasa tidak selesa kerana Wadi Sufyan merenungnya sebegitu.


“Ehem..ehemm..” Farah Adibah berdehem, cemburu melihat renungan mata Wadi Sufyan pada gadis kecil molek di hadapannya itu. Wadi Sufyan tersentak mendengar Farah Adibah berdehem kuat. Terus saja dia memandang gadis itu.


“Diba kenalkan..ni sepupu abang..Irdina Safiyah..ni pula bestfriend abang..Irsyad Zafran..” Wadi Sufyan memperkenalkan mereka.


“Hai..Farah Adibah..panggil je Diba..” mesra Farah Adibah memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan pada Irdina Safiyah. Irdina Safiyah menyambut huluran tangan itu sambil tersenyum manis.


“Dah lama sampai?” tanya Wadi Sufyan pada Irsyad Zafran. Irdina Safiyah hanya mendiamkan diri sambil memandang sekeliling. Tak sanggup untuk menatap kekasih hatinya itu.


“Lama juga la..kau apasal lambat..penat aku tunggu tahu tak..” marah Irsyad Zafran.


“Sorry ar bro..ada problem sikit tadi..” terang Wadi Sufyan.


“Abang..jom la nanti kita nak pergi ambil cincin lagi..” sampuk Farah Adibah. Entah kenapa Irdina Safiyah merasa sebak mendengarnya. Sehabis mungkin dia menahan rasa itu dari menguasai dirinya. Dia berlagak tenang.


“Yela..jom..” ajak Wadi Sufyan lalu berlalu mendapatkan pekerja di butik itu sambil memandang Irdina Safiyah. Irsyad Zafran hanya memandang Irdina Safiyah yang dari tadi hanya menundukkan wajahnya.


“Dah la jom..diorang tunggu tu..” ujur Irsyad Zafran. Irdina Safiyah memandang tajam Irsyad Zafran. Geram!


“Diorang yang nak kawin kenapa perlu ajak saya?kenapa awak bawa saya sekali?apa kena mengena dengan saya?” tanya Irdina Safiyah tidak berpuas hati.


“Wei..kau ingat aku nak sangat ikut diorang ke?ni semua permintaan abang sepupu kau tu..dia yang suruh aku bawa kau..” beritahu Irsyad Zafran. Berkerut kening Irdina Safiyah mendengar penjelasan dari Irsyad Zafran.


“Kenapa pula?” tanya Irdina Safiyah sambil berkerut-kerut keningnya. Irsyad Zafran bengang kerana Irdina Safiyah banyak tanya.


“Kau tanya la dia..mana lah aku tahu..dah la..malas aku nak layan kau..” beritahu Irsyad Zafran bengang lalu melangkah ingin mendapatkan Wadi Sufyan yang sedang berbincang dengan pekerja butik itu.


“Awak..” panggil Irdina Safiyah sebelum sempat Irsyad Zafran melangkah. Irsyad Zafran memandangnya dengan membuat pandangan ‘What?’


“Err..saya tunggu dalam kereta boleh tak?” tanya Irdina Safiyah perlahan.


“No..kau kena ikut aku..kau pun kena cuba juga baju tu..” beritahu Irsyad Zafran lalu menarik tangan Irdina Safiyah supaya mengikutnya.



*****




No comments:

Post a Comment