Monday, October 31, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 13 (i)




Sudah tiga kali dia menelefon Irsyad Zafran tetapi panggilannya tidak di jawab. Irdina Safiyah merungut geram. Ikutkan hati malas dia mahu menelefon lagi tetapi pasti mak dia akan bertanya nanti. Sekali lagi dia mencuba nasib.


“Hello..” sapa suara Irsyad Zafran. Akhirnya panggilannya di jawab.


“Awak..err..”


“Kau nak apa telefon aku ni..” potong Irsyad Zafran. Irdina Safiyah menahan rasa geramnya.


“Awak..saya minta maaf sebab cakap macam tu pada awak petang tadi..sorry..” ucap Irdina Safiyah. Terkejut Irsyad Zafran mendengarnya. Bagaikan tidak percaya dia mendengarnya.


“Awak..sorry..awak jangan kecil hati ye..” ujur Irdina Safiyah sekali lagi.


“Urm..” jawab Irsyad Zafran sengaja buat-buat merajuk lagi. Padahal dia tersenyum di sebalik telefon itu.


“Eii awak ni macam perempuan la..sentap sana..sentap sini..” ujur Irdina Safiyah geram.


“Kau ni minta maaf ikhlas ke tidak ni..” ujur Irsyad Zafran pula. Irdina safiyah mendengus kasar.


“Ish! Banyak songgeh betul la awak ni..yela..i’m sorry..maafkan saya ye awak..” ucap Irdina Safiyah sekali lagi.


“That’s it..good girl..that my girl..” ujur Irsyad Zafran.


“Apa-apa jela awak..ok la..saya nak tidur ni..good nite..” beritahu Irdina Safiyah.


“Ala awal lagi apa nak tidur..” jawab Irsyad Zafran. Belum puas lagi dia berbual dengan Irdina Safiyah.


“Saya bukan macam awak yang jadi burung hantu tiap-tiap malam..” ujur Irdina Safiyah.


“Suka hati kau je cakap aku ni burung hantu..nasib baik jauh..kalau tak dah lama aku cubit mulut kau tu tau..yela pergi la kau tidur..good nite my dear..” ucap Irsyad Zafran.


“Eii..tolong la..tak payah nak dear..dear bagai..malas nak layan awak lagi..bye..” balas Irdina Safiyah dan terus saja mematikan talian. Irsyad Zafran hanya tertawa mendengarnya. Pasti muka Irdina Safiyah merah menahan geram. Dia suka melihat wajah merah milik gadis itu.



*****



Wani Sofea termenung di dalam biliknya. Memikirkan tentang perlakuan abangnya membuatkan dia hairan. Tidak pernah dia melihat Wadi Sufyan dan Irdina Safiyah seperti ini. Seperti menjauhkan diri saja. Dia pasti yang abangnya dan Irdina Safiyah pasti ada apa-apa hubungan. Teringat kembali peristiwa di mana dia ternampak Irdina Safiyah menagis di hadapan pintu bilik Wadi Sufyan.


Ketika itu dia ingin melintasi bilik Wadi Sufyan dia ternampak kelibat Irdina Safiyah yang sedang menagis di hadapan bilik abangnya itu. Terdetik di hatinya ingin menegur Irdina Safiyah tetapi terbantut sebaik ternampak Wadi Sufyan yang ketika itu keluar dari biliknya dan menggenggam erat tangan Irdina Safiyah. Tanpa sengaja dia terdengar perbualan mereka.


“Fiyah..abang minta maaf sebab tengking dan marah Fiyah..abang minta maaf..abang tak sengaja..abang tak ada niat pun nak buat Fiyah macam tu..abang sayang Fiyah..abang tak boleh kehilangan Fiyah..” ucap Wadi Sufyan. Terkejut Wani Sofea mendengarnya.


‘Abang dengan Fiyah..’ soal hatinya.


“Fiyah minta maaf..Fiyah terpaksa..Fiyah buat semua ni untuk mak long..Fiyah tak sampai hati melihat mak long sedih..Fiyah harap abang faham..mungkin bukan jodoh kita..Fiyah harap abang faham..” ujur Irdina Safiyah pula lalu terus berlalu pergi. Wadi Sufyan pula hanya berdiri seperti patung memandang pemergian Irdina Safiyah.



Wani Sofea semakin pasti apabila dia tanpa sengaja sekali lagi mendengar perbualan mereka ketika Irdina Safiyah di tahan di wad kelmarin. Dia sengaja mengekori abangnya untuk mencari jawapan.



“Tah la..tapi aku tak boleh hidup tanpa dia Zaf..boleh mati aku di buatnya..aku minta maaf sebab marah kau tadi..aku cemburu tiap kali orang bercakap tentang Fiyah dengan lelaki lain..aku tak sanggup Zaf..aku macam nak batalkan je majlis ni..”


“Jangan!!” potong Irdina Safiyah tiba-tiba. Terkejut mereka berdua sebaik mendengar suara itu. Terus saja menoleh memandang Irdina Safiyah yang sedang bangun untuk duduk dari pembaringannya.


“Fiyah..dah bangun..” tutur Wadi Sufyan.


“Ya..Fiyah dengar semuanya..abang..Fiyah minta abang jangan batalkan majlis ni bang..Fiyah mohon sangat dengan abang..” rayu Irdina Safiyah.


“Sayang rehat dulu ya..badan tu pun baru je reda panas..” ujur Wadi Sufyan. Irdina Safiyah terus menggelengkan kepalanya.


“Abang janji dengan Fiyah..jangan batalkan majlis ni..nanti ramai yang terluka dengan tindakan abang tu..abang jangan terburu-buru bang..Fiyah mohon dengan abang..fikir tentang perasaan orang sekeliling kita bang..” rayu Irdina Safiyah bersungguh-sungguh. Wadi Sufyan mendengus kasar. Terus saja dia bangun dari duduknya.


“Fiyah boleh tak jangan sebut pasal tu lagi..jaga hati orang tapi hati abang ni sape yang jaga??sape??tak ada Fiyah..tak ada..” ujur Wadi Sufyan sambil menepuk dadanya kuat sambil merenung tajam pada Irdina Safiyah. Irsyad Zafran hanya memerhati sahaja.


“Abang..jangan pentingkan diri bang..abang tak kesian dengan mak abang ke?” tanya Irdina Safiyah dengan getar suaranya menahan tangis.


“Abang pentingkan diri?? Abang kalo pentingkan diri abang tak akan ikut semua rancangan ni..” ujur Wadi Sufyan. Marahnya dah sampai kemuncak. Sakit hatinya bila Irdina Safiyah berkata begitu. Tak terfikirkah dia betapa aku sayang dan cintakan dia.


“Abang..Fiyah harap abang jangan buat benda bodoh..fikir orang sekeliling kita..abang balik la..tenangkan hati abang..diorang perlukan abang di rumah..antara kita dah tak ada apa-apa bang..Fiyah anggap abang macam abang Fiyah..Fiyah harap abang faham..” tutur Irdina Safiyah perlahan tanpa memandang muka Wadi Sufyan.


Sebaik mendengar tutur kata Irdina Safiyah, Wadi Sufyan rasa tercabar. Di genggam erat tangannya. Terus saja dia merapati Irdina Safiyah. Di cengkam kuat lengan Irdina Safiyah kiri kanan. Terkejut Irdina Safiyah dengan tindakan Wadi Sufyan itu.


“Kau tau tak aku sayang kau..kau tahu tak!” jerit Wadi Sufyan. Tanpa sedar air matanya mengalir. Irdina terkedu mendengar jeritan itu.


“Abang sayang Fiyah..abang sayang Fiyah..” tutur Wadi Sufyan lembut dan terus memeluk Irdina Safiyah erat. Irdina Safiyah menagis di dadanya. Irsyad Zafran yang melihat adengan itu menahan rasa di hati.



Dia harus menolong abangnya. Dia mahu melihat abangnya hidup bahagia. Dia perlu berbuat sesuatu sebelum semuanya terlambat. Melihat jam yang tertera dia bermonolog sendiri. ‘Ada lagi 12 jam sebelum majlis akad nikah itu berlangsung..sempat lagi untuk aku berbuat sesuatu..’ getus hati Wani Sofea.



*****



P/s: Salam...korang..atas permintaan kawan2 semuanya..kita buat juga n3 bru utk BAJC..but..sorry if tak memuaskan ye..huhuh

Andai Itu Takdir Untukku 24




“Wah sedapnya bau Mak Mah..” ucap Datuk Arsyad ketika melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Mak Mah hanya senyum mendengarnya. Sudah biasa dengan gurauan Datuk pagi-pagi begini.


“Abang nak air apa? Aisyah tuangkan..” tanya Datin Aisyah pada suaminya.


“Bagi abang teh O’..” beritahu Datuk Arsyad. Dengan pantas Datin Aisyah mengambil air itu dan menuangkannya ke dalam cawan. Sejurus itu muncul pula kelinat Pn Zubaidah di situ dan terus mengambil tempatnya.


“Mak Mah..Thira dah bangun ke belum? Pergi kejutkan dia..nanti lambat nak pergi office..” ucap Datin Aisyah tanpa sedar Isya yang ketika itu sedang menuruni anak tangga.


“Aisyah..Thira dah tak duduk dengan kita lagi..Mak Mah pergi panggilkan Isya turun sarapan..” arah Datuk Arsyad. Datin AIsyah termenung mendengar tutur kata dari suaminya. Thira tidak lagi duduk bersamanya.


“Baik Datuk..” jawab Mak Mah dan terus melangkah ingin memanggil Isya. Isya segera melangkah menunjukkan dirinya.


“Assalammualaikum..selamat pagi semua..” ucap Isya sambil tersenyum hambar. Masih kekok bersama kelaurga kandungnya itu. Mak Mah tidak jadi mendaki tangga sebaik melihat kelibat Isya muncul.


“Isya..mari sarapan sama..” ajak Datuk Arsyad. Pn Zubaidah mahu pun Datin Aisyah hanya membuat halnya sendiri, tidak sedikit pun berniat mahu menegur Isya.


“Tak apa lah..Isya dah lambat..Isya pergi kerja dulu..” tolak Isya. Dia dapat lihat jelingan Datin Aisyah ketika Datuk Arsyad mengajaknya sarapan bersama. Biarlah..


“Isya..jamah sikit roti tu dengan air tu..” nada Datuk Arsyad lebih kepada arahan bunyinya.


“Tak apa..Isya dah lambat ni..Isya pergi dulu ya..” tolak Isya sekali lagi dan ingin melangkah pergi.


“Isya..duduk!!” arah Datuk Arsyad dengan wajah seriusnya membuatkan langkah Isya mati. Akhirnya dia terpaksa juga duduk bersama-sama keluarga itu.


“Papa tak orang yang tak dengar arahan papa..now eat!!” beritahu Datuk Arsyad. Isya hanya minum seteguk air milo dan menjamah sekeping roti bersama jem coklat. Isya tidak mempedulikan mata-mata yang merenungnya tajam. Sebaik saja habis terus saja dia membawa cawan menuju ke dapur.


“Isya..kamu nak pergi mana tu?” tanya Datuk Arsyad. Isya menoleh memandang Datuk Arsyad.


“Nak basuh cawan lah..” jawab Isya jujur.


“Biarkan je..Mak Mah ada..biar Mak Mah yang buat semua tu..” ujur Datuk Arsyad. Berkerut kening Isya mendengarnya.


“Tak apa..Isya dah biasa..” jawab Isya.


“Biarlah Arsyad..dia dah biasa buat kerja macam tu..tak perlu la kamu cari orang gaji baru lagi..” ujur Pn Zubaidah tiba-tiba. Nadanya agak sinis. Isya hanya diam mendengar sindiran itu. Biarlah mereka nak kata apa pun. Terus saja dia melangkah menuju ke dapur.


“Isya pergi kerja dulu..” beritahu Isya. Teragak-agak mahu menyalami Datuk Arsyad, Datin Aisyah dan Pn Zubaidah atau tidak. Akhirnya dia berlalu pergi begitu saja tanpa menyalami mereka. Hilang saja kelibat Isya Datin Aisyah bersuara.


“Tengok tu..kurang ajar..tak ada adap langsung..pergi macam tu je..langsung tak salam kita..” bebel Datin Aisyah. Datuk Arsyad mengeluh cuma mendengar bebelan isterinya.


“Sudah lah..awak ni tak habis-habis lagi ke? Dia tu anak awak juga tahu tak..” marah Datuk Arsyad.


“Dia bukan anak saya..” jawab Datin Aisyah lalu menolak kerusi dengan kasar dan berlalu pergi. Datuk Arsyad menggelengkan kepalanya.


*****


Isya sampai di pejabat agak lewat. Dan sungguh malang nasibnya hari ini kerana bertembung dengan Hilman Ghazi pagi ini. Tak pasal-pasal terpaksa naik lif berdua dengannya. Sikit pun dia tak senyum mahu pun tegur bosnya itu. Tak selesa dibuatnya bila renungan tajam milik Hilman tepat mengena mukanya. Terasa darah menyerbu laju ke muka. ‘Apa main tenung-tenung ni..eeiii…rimas betul la..’ rungut Isya.


“Kau kenapa lewat?” tanya Hilman tiba-tiba. Isya mencebikkan bibirnya mendengar pertanyaan itu.


‘Dah mula la tu..nak cari gaduh dengan aku..arghh!! tensionnya..’ rungut Isya lagi.


“Hal aku..kau nak tahu kenapa pula..yang kau masuk lewat tak apa pula..” jawab Isya.


“Aku bos..suka hati aku la nak masuk pukul berapa pun..” jawab Hilman tidak mahu kalah sambil tersenyum sinis. ‘Argh!! Menyampah..menyampah..menyampah!!’ jerit Isya dalam hati.


“Inilah orang kaya..tak sedar diri..sombong..bongkak..bajet bagus…salah orang nampak tapi salah sendiri seboleh-boleh nak sorok..agaknya kalau lubang cacing tu dia boleh masuk..dia simpan salah dia dekat situ..dia saja yang betul orang lain semuanya tak betul..” bebel Isya. Hilman bengang dengan bicara Isya itu. Entah kenapa dia terasa Isya mengatanya. ‘Eh! Hilman yang kau nak terasa napa pula..’


“Eh! Yang kau lebih-lebih ni apasal..” marah Hilman. Isya tersenyum sinis.


“Yang kau pula nak marah-marah kenapa pula..terasa ke cik abang?” jawab Isya.


“You..” belum sempat Hilman berkata-kata pintu lif terbuka dan dengan pantas Isya melangkah meninggalkan Hilman yang seperti singa kelaparan keseorangan di dalam lif itu. Terkebil-kebil mata Hilman melihat Isya meninggalkannya begitu saja.


“Shit! Jaga kau Isya..Berani kau tinggalkan aku waktu aku tengah cakap ye..kau belum kenal aku siapa..ni Hilman la..” ucap Hilman perlahan.


Sebaik saja masuk ke dalam bilik Isya terus saja melabuhkan punggung di kerusi. Isya menarik nafas dalam-dalam sambil menutup matanya ingin menenangkan fikiran sekejap sebelum memulakan kerja.


Kerjanya banyak yang tertangguh beberapa hari ini gara-gara dia banyak termenung kerana masalah yang di hadapinya. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa melihat nama pemanggil Isya terus saja menjawab.


“Hello..” sapa Isya.


“Assalammualaikum..morning sayang..so macam mana sayang ok tak?” tanya Dani. Isya tersenyum cuma mendengarnya.


“Waalaikumsalam..morning..so far ok la..it’s ok..Isya kan kuat..” jawab Isya sambil tersenyum hambar mengingati layanan dari kelaurga barunya itu.


“Sayang sabar saja ok..semua yang jadi ada hikmahnya..ingat pesan abah..” ujur Dani.


“Ya..Isya ingat pesan abah..” jawab Isya lalu bangun dan berdiri di hadapan cermin besar yang menampakkan pemandangan di luar. Diselaknya langsir berwarna ungu itu perlahan.


“That my girl..so 12.30 pm kita lunch sama-sama ok..rindu dekat sayang..” ujur Dani.


“Dani belanja ey..dah lama tak ‘pau’ Dani ni..” gurau Isya membuatkan Dani tertawa kecil, Isya juga turut ikut tertawa.


“Haa..macam ni la sayang Dani..dah lama tak tengok sayang ketawa and senyum..rindunya..” ucap Dani. Isya menggelengkan kepalanya.


“Macam-macam lah Dani ni..” jawab Isya.


“Sayang tak rindu dekat Dani ke?sampai hati..” ucap Dani pura-pura merajuk.


“Apa lah dia ni..ngada-ngada je..rindu lah..rindu sangat-sangat tau..” jawab Isya.


“Rindu dekat dia juga..” terkejut Isya mendengar suara yang menampar telinganya, begitu dekat sekali. Terasa hebusan nafas di lehernya. Seketika kemudian terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Dengan pantas Isya menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya dia melihat gerangan orang yang sungguh berani melakukan itu padanya.








p/s : pssttt!!! pssttt!! korang..sorry ye..BAJT kita tak dapat nak post lagi..ape2 pun layan cita AITU dulu ye..PEACE!! (~o ̄▽ ̄)~o