Jam di dinding yang menunjukkan jam 5.30 petang. Isya sedang asyik membuat kerjanya. Pintu biliknya diketuk dua kali dan terus ditolak. Jue mengambil tempat dihadapan Isya.
“Isya kau tak nak balik ke?” Jue mengerutkan dahinya melihat rakannya yang masih lagi tekun membuat kerja.
“Kerja banyak gila..tension aku..bos kesayangan kau tu la punya pasal..” Isya terus membebel tentang bosnya yang dikatakan sombong dan perasaan bagus tu..tahu la syarikat ni bapak dia yang punya..tapi tak payah la nak berlagak sangat ngan aku..huh! benci aku.
“La yeke..banyak sangat ke?” tanya Jue.
“Boleh tahan ar..kau bayangkan..ada ke patut dia bagi aku tempoh sampai esok pagi sebelum jam 9 kena ada atas meja dia..nak buat research tentang syarikat ni..mana lah sempat sehari yang oii..” terang Isya geram dengan Hilman.
“Lor..sehari je dia bagi kau masa?” terkejut Jue mendengar penjelasan Isya. Nape En. Hilman buli Isya macam ni..ngan staff lain ok je..tapi ngan Isya pantang je bertembung mata mesti gaduh je kerjanya.
“Ye..sehari Jue..ikut ati nak je aku baling fail ni kat muka dia..satu hari tak sakitkan hati aku tak boleh agaknya..” Isya membebel.
“Ngan staff lain ok je dia aku tengok..ngan kau je asyik nak gaduh..nape ek?tapikan Isya..dari dulu aku tanya kau..nape kau tampar dia dulu ek?” tanya Jue pelik. Alamak..benda ni yang aku tak nak dengar ni..haish!
****
Ting!!
Pintu lift terbuka. Isya melangkah ke dalam lift. Ketika pintu lift tertutup seseorang menahan dengan tangan pintu lift itu. Isya segera menekan button untuk membuka pinti lift itu. Terpacak seorang jejaka yang agak tinggi, berbadan tegap, muka persis Deniel Henney, memakai seluar jeans biru lusuh, t-shirt berkolar jenama polo warna putih. Jejaka itu memandang Isya lalu memasuki lift.
“Thanks” ucap lelaki itu sambil tersenyum pada Isya. Cantik!Comel!Sweet! puji lelaki itu ketika kali pertama melihat Isya. Hatinya terusik.
“It’s ok..” jawab Isya sambil tersenyum. Peh! Dia senyum lagi comel..aduh hai..apa dah jadi dengan aku ni..jangan..mana tahu dia ni isteri orang ke..masak kau nanti.
“Hilman..Hilman Ghazi..just call me Hilman..” jejaka itu memperkenalkan dirinya pada Isya. Isya memandang ke arah Hilman.
“Isya..Aleeya Alisha..” Isya pula memperkenalkan dirinya.
“Isya kerja kat sini ye?” tanya Hilman. Isya hanya mengangguk dan tersenyum.
“Dah lama ke kerja kat sini?” Hilman bertanya lagi. Isya mengeluh..Aduh mamat ni..tak reti nak diam ke.
“Nak kata lama tu tak la jugak..adalah dalam 6 bulan macam tu..” terang Isya. Hilman hanya mengangguk.
“Encik ni kerja sini jugak ke?tak pernah nampak pun..or Encik ni client?” tanya Isya sekadar berbasa-basi.
“Call me Hilman..tak payah nak berencik-encik dengan saya..” beritahu Hilman tanpa menjawab soalan Isya.
“Ok..Enci..eh! Hilman awak tak jawab lagi soalan Isya tu..” Isya berkata.
Sedang mereka berbual-bual, tiba-tiba lampu lift terpadam dan lift berhenti serta-merta. Isya terkejut dan takut lalu dengan pantas Isya memegang lengan Hilman dengan kuat. Hilman yang juga terkejut memandang ke arah Isya. Dia takut rupanya..eh!Baru Hilman perasan Isya sudah mendekatinya sambil memegang lengannya dengan kuat. Alahai!kecik je die..paras bahu aku je die ni..kata Hilman dalam hati sambil tersenyum. Bau rambut Isya yang wangi menusuk ke hidung Hilman. Wanginya!dap dup dap dup..eh!Hilman merasakn perasaan aneh.
“Isya takut!” rengek Isya sambil memeluk erat lengan Hilman. Hilman yang mendengar cuba mententeramkan Isya.
“Isya jangan takut ok..saya ada ni..” pujuk Hilman untuk menyedapkan hati Isya.
“Tapi Isya takut..” kata Isya lagi. Hilman menarik kepala Isya ke dadanya sambil mengusap rambut Isya untuk menenangkannya.
“Ssyhhh! Kan saya ada ni..nanti ada orang selamatkan kita..percaya la..jangan takut ok..saya ada..” Hilman memujuk Isya sekali lagi.
Sejam lamanya masa berlalu, tetapi masih lagi tiada yang datang membantu. Isya dan Hilman yang penat menunggu sudah terduduk di lantai lift itu. Isya masih lagi memegang lengan Hilman. Hilman jugak masih lagi mengusap kepala Isya.
“Isya..are u ok?” tanya Hilman risau kerana melihat Isya dari tadi senyap saja. Isya hanya diam tidak bersuara.
“Isya..” Hilman makin risau kerana Isya tidak menjawab pertanyaannya. Hilman menarik Isya. La tertidur rupanya dia ni..Hilman berkata.
Hilman membaringkan Isya di atas pangkuannya. Hilman mengusap rambut Isya sambil merenung keseluruhan wajah Isya. Cantik..muka dia bersih..sikit cela pun tak ada..kulit putih dia..senyuman dia manis..mata dia yang berwarna hazel tu comel..rambut yang lurus..sweet! bibirnya yang kemerahan..Hilman memandang lama ke arah bibir Isya..nafsu lelakinya datang menghuni..Tiba-tiba Isya tersedar.
“Isya kat mana ni..?” tanya Isya bingung. Terlihat muka Hilman yang sedang merenungnya..terbeliak mata Isya..eh! Dengan pantas menolak tangan Hilman dan bangun dari pembaringannya.
“Awak buat apa ni haa!” mara Isya.
“Saya tak buat apa-apa la..awak yang tertidur dekat saya tadi..” terang Hilman. Haa! Aku tertidur dekat dia ke? Aduh malunya..
“Awak tak buat apa-apakan” tanya Isya sekali lagi. Risau jika Hilman mengambil kesempatan padanya. Hilman mengeluh..huh..nasib baik.
“Tak awak..saya tak buat apa-apa kat Isya pun..” terang Hilman lagi.
“Bagus la macam tu..kalo awak buat apa-apa..Isya tak akan lepaskn awak tau!” beritahu Isya.
“Hahah..kalo saya buat apa-apa kat awak..awak tak nak lepaskan saya..awak nak buat apa kat saya?” tanya Hilman sekadar mengusik Isya. Isya terkejut.
“Awak..a.aw.awakada buat apa-apa ke?” tanya Isya cuak.
“Hehe..tak ada la..saya gurau jela..Isya ni..lurus bendul la” beritahu Hilman sambil tersenyum.
Tiba-tiba lampu di dalam lift itu terbuka dan kembali padam berulang kali. Isya sudah mendekati Hilman kerana takut. Hilman tersenyum cuma. Tadi macam berani je..ni takut balik dah..Hilman memeluk Isya.
"Awak..macam mana ni..nak buat macam mana ni..” Isya bertanya cuak.
“Isya..awak jangan takut ok..diam je ok..saya ada..kita tak boleh buat apa..just sit here..tunggu diorangg datang selamatkan kita ok..” jawab Hilman tenang. Sebenarnya dia pun cuak jugak..dekat dua jam menunggu..tapi bantuan still tak sampai lagi.
Tiba-tiba lift itu bergoyang-goyang. Hilman memeluk Isya erat. Isya ketakutan. Lift bergerak dengan laju tanpa menunjukkan tanda-tanda berhenti.
“Awak..” panggil Isya. Hilman memandang muka Isya yang ketakutan.
“Kita tawakal ok..Insyaallah tak ada apa-apa..” Hilman menenangkan Isya.
Tiba-tiba lift yang bergerak laju itu berhenti dengan serta-merta. Isya dan Hilman yang sedang berdiri terjatuh..dan.
Cupp!
Tanpa disengajakan bibir Hilman mendarat di bibir Isya ketika mereka jatuh. Isya tergamam dan tidak bergerak kerana terkejut. Hilman jugak terkejut. Beberapa saat kemudian pintu lift diketuk dari luar. Isya terkejut dan mulai sedar. Dia terkejut melihat Hilman dengan pantas menolak Hilman dan berdiri, Hilman turut berdiri. Belum sempat berkata maaf..Pintu lift terbuka..beberapa orang penyelamat dan pekerja di situ serta Jue terpacak di situ dan..
Pangg!!
Isya menampar Hilman lalu meninggalkan Hilman tergamam di situ..Semua yang berada di situ terkejut dengan kejadian itu..
****
“Isya!” panggil Jue kuat sambil melambai-lambai tangannya di depan muka Isya. Isya terkejut.
“Haa!nape?” tanya Isya.
“Kau ni..aku tanya..boleh plak termenung..kau ok tak ni..?” tanya Jue sambil mengerutkan dahinya.
“Tak ok Jue..ni kerja aku berlambak ni..ni semua bos kesayangan kau punya pasal la ni aku jadi tak ok ni..” jawab Isya. Huh!Jangan la Jue tanya lagi pasal kejadian tu..aku nak jawab apa..eii songkrek betul mamat poyo tu..benci aku..huhuhu..tak suka..tak suka..tak suka..arghh!!
“Hahaha..yeke..kesian kau kena buli ngan bos hensem tu..tu la kau..laser sangat..ngan bos pun kau berani marah..n lawan cakap dia..” kata Jue sambil ketawa.
“Huh!hensem apanya..muka macam belacan tak siap kau kata hensem..” kata Isya geram. Dalam hati berkata-kata..Boleh tahan la hensem dia..tapi sayang..perangai macam apa! mulut macam senapang..main tembak je..ikut sedap mulut dia je nak kata apa..angin satu badan..sombong gila..perasan hensem..perasan bagus..huh benci aku..lagi hensem Dani aku..hehe..Tanpa mereka sedar seseorang sedang berdiri di sebalik pintu yang sedikit terbuka itu menahan marahnya.
“Ehem..ehem..” Hilman Ghazi berdehem sambil memandang tajam ke arah Isya.
“Err..rr..eh bos..err..bos tak balik lagi?” tanya Jue takut-takut kerana melihat muka Hilman Ghazi yang seperti harimau ingin baham mangsanya. Isya yang sama-sama terkejut hanya buat muka bodohnya tanpa pedulikan kehadiran Hilman Ghazi di situ walaupun jantungnya ketika itu dap dup dap dup..kerana renungan tajam Hilman Ghazi teringat kejadian tadi.
“Belum..” Hilman menjawab. Dia melangkah menuju ke arah Isya dengan renungan tajamnya. Isya yang dari tadi hanya buat bodoh sudah cuak melihat Hilman yang datang mendekatinya.
“Isya..aku tunggu kat luar jela ey..” Jue beredar dari situ kerana melihat suasana tegang itu. Baik aku keluar..kang tak pasal-pasal dengan aku-aku sekali kena tembak..Ah! Jue kenapa la kau keluar..huhuh..Isya mengeluh dalam hati.
Setelah kelibat Jue menghilang, Hilman mengambil tempat di hadapan Isya. Dia duduk sambil merenung Isya dan tersenyum sendiri.
“Kau nak apa datang sini..tak reti nak balik ke..menyibuk je kat bilik orang..” kata Isya kasar sambil menjeling Hilman. Hilman yang mendengar tersenyum sinis. Ceh! Nak halau aku ye..kau ingat kau tu sape haa..
Hilman bangun dari duduknya lalu mendekati Isya, Hilman menarik kerusi yang Isya duduk menghadapnya. Kedua belah tangannya diletakkan di kiri kanan kerusi itu. Isya kaget. Hilman merenung mata Isya..satu perasaan yang aneh datang menerpa..Hilman menelan air liurnya..
“Apa ni!tepi la..” mara Isya sambil menepis tangan Hilman yang memegang kerusinya. Hilman tidak mempedulikannya malah makin rapat.
Hilman mendekatkan mukanya dengan muka Isya. Isya kaget plus takut..semuanya la..Hilman tersenyum melihat muka Isya yang mulai merah itu. Hilman makin mendekatkan mukanya pada Isya. Isya ingin menjerit tetapi mulutnya sempat di tekup oleh Hilman. Hilman tersenyum lalu mendekatkan bibirnya ke telinga Isya dan berkata..
"Kau kata muka aku macam belacan tak siap ey..tapi muka ni la yang dapat curi first kiss kau kan..aku dapat first kiss kau..apa kau nak buat??” kata Hilman ingin menyakitkan hati Isya. Isya yang mendengar tergamam dan hatinya mulai panas.
“Kau!” keras nada suara Isya.
“Hahaha..aku dapat..” kata Hilman lagi. Muka Isya mulai merah menahan marahnya.
“Keluar!” jerit Isya. Hilman dengan muka tak bersalah ingin berlalu pergi. Sebelum membuka pintu Hilman sempat berkata.
“Isya..thanks for the kiss..muaahh!!” Hilman berkata lagi sambil mengenyitkan matanya pada Isya. Puas hatinya menyakat dan membuat Isya bengang.
“Aku kata KELUAR!!” jerit Isya dengan kuat kerana terlalu marah. Hilman tersenyum puas lalu melangkah pergi. Isya mengeluh..Damn! sambil menumbuk mejanya. Jue yang mendengar jeritan Isya terkejut. Setelah melihat Hilman keluar dengan senyuman Jue menggatur langkah mendapatkan Isya.
“Isya..are U ok?” tanya Jue risau kerana mendengar jeritan Isya sebentar tadi. Isya mengeluh.
“Ok! Dah la..jom balik..lagi lama aku duk sini..lagi menyakitkan hati..dapat plak bos perangai macam beruk..benci aku..” bebel Isya sambil mengemaskan mejanya. Jue tersenyum cuma. Hai..gaduh lagi rupanya..lantak kau la Isya..tapi pelik gak aku..dah gaduh boleh plak En. Hilman tersenyum-senyum..haish! hairan2..
“Yela..jom..” ajak Jue malas masuk campur hal mereka berdua yang seperti arnab dan kura-kura. Eh?!
“Yela..kita singgah ATM kejap ok..” beritahu Isya.
“Alright!” jawab Jue sambil tersenyum. Mereka pun melangkah untuk balik.
No comments:
Post a Comment