Tuesday, April 5, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 12 (i)




Sebulan yang lalu, keluarga Dani datang merisik Isya. Kata sepakat telah pun di ambil oleh keluarga masing-masing. Pn Kamsiah, ibu kepada Dani ingin mempercepatkan majlis pertunangan itu. Maka mereka menetapkan 3 bulan lagi majlis itu akan berlangsung.


Maka, majlis itu akan berlangsung lagi dua bulan sahaja lagi. Barang-barang hantaran masih lagi belum siap dibeli kerana kesibukkan Isya dan Dani di tempat kerja. Manakala Dani pula sering kali outstation.


Hari ini mereka bercadang selepas balik kerja mereka akan membeli segala barang untuk hantaran dan sebagainya. Isya sedang tekun menyiapkan kerjanya. Tiba-tiba pintunya diketuk seseorang.


“Masuk..” ujur Isya memberi izin. Seketika muncul Nora di muka pintunya.


“Yes Nora..” sapa Isya ingin bertanya tujuan Nora datang menemuinya.


“Ni ada report En. Hilman suruh betulkan balik..dia nak hari ni juga..and one more thing..dia ada appointment dengan client pukul 3.30 petang nanti and En. Hilman cakap Isya kena ikut sekali..” beritahu Nora perlahan lalu tersenyum memandang Isya.


“What?ok..kalo report ni Isya boleh betulkan..tapi kalo bab kena jumpa client tu kenapa Isya kena ikut pula?” tanya Isya tak puas hati dengan arahan itu. Nora hanya tersengih memandang Isya.


“Tak tau..Isya tanya lah dia sendiri..karang kalo Nora banyak tanya..mengamuk pula dia nanti..tak berani Nora dengan dia..ok lah..Nora nak bagi tau tu je..daa…” ucap Nora lalu dengan segera berlalu pergi ke tempatnya semula. Tak nak campur hal Isya dengan Hilman. Tak pasal-pasal dia pula kena marah nanti. Walaupun kadang-kadang kesian tengok Isya yang sering saja bergaduh dengan basnya itu. Dia pun pelik melihat mereka yang hampir setiap hari bertengkar. Pelik!


“Ah! Lantak kau lah..apa kena mengena pula dengan aku..” rungut Isya lalu terus saja menyambung kembali kerjanya.


Jam menunjukkan pukul 3 petang. Isya segera mencapai report yang di semak semula itu, la uterus saja melangkah mendapatkan Hilman di bilik sebelah. Pintu bilik di ketuk sebelum menolaknya. Tanpa menunggu arahan dari Hilman Isya terus saja masuk ke bilik itu.


“Ni report dia..” ucap Isya sambil meletakkan fail itu di atas meja. Hilman yang sedang membuat kerjanya memandang tepat ke mata Isya.


“Ok..dah pukul 3 ni..kita gerak sekarang..” beritahu Hilman. Berkerut dahi Isya mendengar arahan dari bosnya itu.


“Kenapa aku kena ikut pula..bukan ke kau yang selalu jumpa Mr. Lee tu..tak ada kena-mengena dengan aku..lagi pun aku ada hal..”


“Kau jangan banyak songeh boleh tak..ikut ajalah..tak pernah nak dengar arahan aku..I’m your bos!pergi ambil barang kau sekarang!!” tengking Hilman. Geram!


“Sorry lah..orang lain kau boleh paksa-paksa..but not me ok..” jawab Isya dan terus saja keluar dari bilik itu. Hilman mengetap bibirnya. ‘Aku tak kira..kau kena juga ikut aku..’ getus hati Hilman.


Hilman segera mencapai briefcase dia dan berlalu menuju ke bilik Isya yang bersebelahan dengannya itu. Tanpa mengetuk pintu itu terus saja dia meredah masuk. Terkejut Isya sebail melihat Hilman muncul dalam biliknya.


“Kau nak apa lagi ni..report aku dah siapkan kan..” ujur Isya dengan wajah tegangnya. Hilman merenung tajam pada Isya tanpa sepatah kata. Isya mengeluh kuat.


“Ok fine..I’m going..” tutur Isya keras. Sabar jela dengan kerenah bosnya ni.


Jam menunjukkan pukul 5.15 petang, perbincangan telah pun tamat. Mr. Lee bersalaman dengan Hilman dan Isya. Selepas saja kelibat mr Lee tidak kelihatan Isya dengan tergesa-gesa untu pergi.


“Kau nak pergi mana?” tanya Hilman.


“Nak balik la..dah abis discussion kan..takkan la nak ber camping dekat sini..” jawab Isya sinis. Hilman yang mendengar mengetap bibirnya geram. ‘Dia nia ada je benda nak menjawab cakap aku!’ rungut Hilman dalam hati.


“Ada aku bagi kau balik ke?” ucap Hilman tak mahu mengalah.


“Eh! Malaslah aku nak layan kau..aku ada banyak kerja nak settlekan..layankan perangai budak-budak kau tu tergendala kerja aku..” tutur Isya selamba dan terus saja berlalu pergi tanpa sempat di tahan oleh Hilman.


“Perempuan ni..eii geram aku..” rungut Hilman.



*****



Majlis pertunangan itu hanya tinggal 8 hari saja lagi. Isya menjemput rakan-rakan sepejabatnya. Sempat juga mereka mengusik Isya.


“Kau tak jemput bos ke Isya?” tanya Syafiq. Ketika itu mereka semua sedang makan di pantri.


“Err..tak kut..kena ke..tak payah la kut..kahwin nantilah baru jemput..aku jemput orang yang penting-penting je..” ujur Isya selamba. ‘Tak ada masa aku nak jemput singa tu..’ rungut Isya dalam hati.


“Tak baik tak Isya..kecil hati dia..orang lain kau jemput..dia kau tak jemput pun..” ujur Azila pula. Isya yang mendengar mengaru kepalanya. Jue yang melihat hanya tersengih.


“Err..bukan tak nak jemput la..tapi..”


“Tapi apa Isya? Takut ey..” sakat Haikal. Yang lain mentertawakan Isya. Isya menarik muncung.


“Tak ada masa aku nak takut dengan dia..kejap lagi aku jemput la dia..korang ni..” ujur Isya.


“Ni apa berkumpul ramai-ramai ni..” tegur Hilman tiba-tiba. Tersentak mereka mendengar teguran itu.





No comments:

Post a Comment