Tuesday, April 5, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 5 (iii)




Di rumah Irdina Safiyah..


Kereta proton persona itu berhenti betul-betul bersebelahan dengan perodua Myvi milik Irdina Safiyah. Beberapa minit kemudian pintu kereta di buka, kelihatan Wadi Sufyan dengan wajah tegangnya lalu melangkah menuju ke rumah.


Kedatangan Wadi Sufyan di sambut mesra oleh En Tirmizi dan Ilham Safwan. Wadi Sufyan memberitahu mereka dia ingin mengajak Irdina Safiyah keluar sebentar kerana ada urusan. Ilham Safwan pergi mendapatkan Irdina Safiyah untuk memanggilnya.


Tuk!!Tukkk!!Tukk!!!


Pintu di ketuk, Irdina Safiyah yang sedang duduk termenung di atas katilnya tersentak.


“Fiyah..Sufyan dah sampai tu..apa lagi cepat sikit..suka buat orang tunggu lama-lama..awak ingat awak tu puteri ke..cepat sikit..” ujur Ilham Safwan tegas. Irdina Safiyah mengeluh sebaik mendengar nama Wadi Sufyan di sebut.


“Ye..Fiyah keluar la ni..” jawab Irdina Safiyah. Ilham Safwan berlalu pergi.


Di dalam bilik Irdina Safiyah menenangkan dirinya. ‘Ya allah kuatkanlah hambamu ini untuk menghadapi segalanya..kuatan la semangat aku..kau tabahkan lah hati hambamu ini..’ doa Irdina Safiyah dalam hati. Dia tidak mahu Nampak tertekan dan sedih di hadapan Wadi Sufyan.


Nafasnya di tarik dalam-dalam sebelum melangkah keluar. Setelah agak tenang Irdina Safiyah mendapatkan Wadi Sufyan yang berada di ruang tamu bersama abang dan abahnya.


“Haa tu pun dia dah keluar..” ujur En Tirmizi lalu tersenyum memandang anak bongsunya itu.


“Ok lah pak ngah..Am..saya keluar dulu dengan Fiyah..” pinta Wadi Sufyan tidak mahu berlengah lagi.


“Yela..baik-baik..” pesan En Tirmizi.


“Yela pak ngah..” jawab Wadi Sufyan.


“Kalo dia wat perangai kau marah je dia..jangan takut..aku bagi kau lesen..jangan manjakan dia sangat..” pesan Ilham Safwan pula. Wadi Sufyan hanya tersenyum kecil memandang sepupunya itu. Walaupun jarak umurnya dengan Ilham Safwan hampir empat tahun tetapi mereka sudah terbiasa dari kecik ber’kau’ ‘aku’.



*****



Di dalam kereta..


Suasana sunyi sepi, masing-masing membatukan diri. Wadi Sufyan tidak tahu bahawa Irdina Safiyah sudah mengetahuinya. Wadi Sufyan tidak sedap hati melihat Irdina Safiyah yang diam sedari tadi malah pandang dia pun tak mahu. ‘Apa menarik sangat ke pemandangan kat jalan tu dari aku ni..’ rungut Wadi Sufyan dalam hati.


“Fiyah..” panggil Wadi Sufyan perlahan. Irdina Safiyah tidak pula menjawab.


“Fiyah marah abang ey?abang minta maaf..abang tak sengaja marahkan Fiyah tadi..abang tension..fikiran abang berserabut..abang minta maaf ya..” luah Wadi Sufyan. Irdina Safiyah masih lagi tidak mahu memandangnya.


“Tak pe..Fiyah tak ambil hati pun..Fiyah faham..” jawab Irdina Safiyah perlahan tanpa menoleh ke arah Wadi Sufyan.


“Fiyah..sorry sayang..maafkan abang..jangan la macam ni sayang..” pujuk Wadi Sufyan. Mendengar saja tutur kata dari Wadi Sufyan tanpa dapat di tahan air matanya mengalir lagi. Cepat-cepat di kesatnya air mata itu supaya tidak dilihat oleh Wadi Sufyan, tetapi terlambat apabila Wadi Sufyan perasan dan menarik tangannya dan menggenggamnya erat.


“Fiyah nangis?” tanya Wadi Sufyan. Irdina Safiyah tidak menjawab hanya menggelengkan kepalanya. Wadi Sufyan menumpukan tumpuannya di jalan raya. Dia ingin cepat sampai ke destinasi yang ingin ditujunya Tanjung Bidara. Dia ingin berbicara dan memujuk Irdina Safiyah.


Setengah jam kemudian mereka sampai di pantai itu. Mereka melabuhkan punggung di atas batu besar. Mereka hanya senyap tidak berkata apa. Hampir lima belas minit mereka mendiamkan diri, Wadi Sufyan memulakan bicara.


“Fiyah..” panggil Wadi Sufyan lembut sambil mencapai tangan Irdina Safiyah.


“Urmm..” sahut Irdina Safiyah tanpa memandang ke arahnya.


“Sayang..abang minta maaf kalo sayang kecil hati dengan abang..abang tak sengaja marah sayang tadi..” terang Wadi Sufyan sambil mengenggam tangan Irdina Safiyah erat. Irdina Safiyah membiarkan saja.


“Tak..Fiyah tak kecil hati..” jawab Irdina Safiyah perlahan.


“Dah tu..kenapa Fiyah diam macam ni..apa yang tak kena ni?” tanya Wadi Sufyan.


“Entah..” jawab Irdina Safiyah. Dia tidak tahu macam mana harus dia berbicara. Dia sayangkan Wadi Sufyan tetapi macam mana dengan permintaan mak saudaranya itu. Wadi Sufyan mengeluh mendengar jawapan buah hatinya itu.


Melihat emosi Irdina Safiyah memang tidak sesuai untuk dia meluahkannya, tapi dia terpaksa. Ini saja jalan yang ada. Dia tidak mahu kehilangan Irdina Safiyah.


“Sayang..abang ada perkara penting nak beritahu..” beritahu Wadi Sufyan. Irdina Safiyah yang mendengar menarik nafas dalam-dalam. ‘Ya Allah..kau kuatkanlah hambamu ini..’ doa Irdina Safiyah dalam hati. Takut mendengar apa yang ingin di beritahu Wadi Sufyan. Tangan Wadi Sufyan di genggam erat. Berkerut kening Wadi Sufyan apabila tangannya di genggam kuat.


“Sayang ok?” tanya Wadi Sufyan pelik.


“Haa..ok..ok..” jawab Irdina Safiyah terkejut apabila ditegur Wadi Sufyan lalu tersenyum manis memandang Wadi Sufyan. Terlupa seketika tentang perkara tersebut. Wadi Sufyan tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.


“Sayang..kita kahwin..” ucap Wadi Sufyan sambil memandang tepat ke mata Irdina Safiyah. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya.


“Kahwin?” tanya Irdina Safiyah seakan tak percaya. Wadi Sufyan hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Entah kenapa melihat senyuman Wadi Sufyan hatinya semakin tak menentu, fikiran makin bercelaru. Ingin saja dia menjawab ‘Ya’. Di tarik nafas dalam-dalam.


“Sayang..” panggil Wadi Sufyan sebaik melihat Irdina Safiyah berkhayal. Tersentak Irdina Safiyah.


“Maafkan Fiyah..Fiyah..Fiyah tak boleh kahwin dengan abang..” jawab Irdina Safiyah gagap. Jantungnya terasa seakan ada benda tajam menyucuk-nyucuk ketika itu. Bukan itu jawapan yang ingin dia berikan tetapi dia terpaksa.


“Kenapa?” tanya Wadi Sufyan terkejut mendengar jawapan Irdina Safiyah.


“Abang sayang Fiyah tak?” tanya Irdina Safiyah tanpa menjawab pertanyaan Wadi Sufyan.


“Kenapa tanya macam tu tiba-tiba ni..” tanya Wadi Sufyan keras. Marah barang kali.


“Abang sayang Fiyah tak?” tanya Irdina Sfiyah sekali lagi.


“Sayang..Abang terlalu sayangkan Fiyah..” jawab Wadi Sufyan.


“Abang janji akan bahagiakan Fiyah?” tanya Irdina Safiyah sekali lagi.


“Dah tentu abang akan bahagiakan Fiyah..abang janji abang akan bahagiakan Fiyah..” jawab Wadi Sufyan. Irdina Safiyah menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Sedih sebaik mendengar jawapan Wadi Sufyan. Sedih kerana kata-kata itu bukan lagi menjadi miliknya selepas ini. Dia tidak mahu Wadi Sufyan melihat dia menangis lagi. Dia harus kuat melalui ini semua.


“Fiyah nak abang terima Diba..”pinta Irdina Safiyah tanpa memandang Wadi Sufyan.


“What!!” terkejut Wadi Sufyan sebaik mendengarnya.


“No..never..abang tak akan terima dia..Fiyah..mana Fiyah tahu?” tanya Wadi Sufyan pelik.


“Mana Fiyah tahu tak penting..abang tolong jangan hampakan harapan mak dengan abah abang..diorg buat semua tu untuk kebaikan abang..maafkan Fiyah..hubungan kita sampai sini saja..” luah Irdina Safiyah lalu bangun ingin meninggalkan Wadi Sufyan. Wadi Sufyan segera mengejarnya.


“No..Fiyah..apa Fiyah merepek ni..abang tak akan terima dia..Fiyah ingat abang ni apa?tak ada hati ke haa..abang tak akan lepaskan Fiyah..” ucap Wadi Sufyan tegas. Merah padam mukanya menahan marah yang teramat sangat.


“Abang..please..untuk Fiyah..” ucap Fiyah pula. Wadi Sufyan mengeluh kuat.


“No..” jawab Wadi Sufyan.



*****



No comments:

Post a Comment