Thursday, April 15, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 7 (i)


“Assalammualaikum..morning mama..” ucap Thira pada Datin Aisyah.


“Waalaikumsalam..morning sayang..” jawab Datin Aisyah sambil tersenyum. Thira menghampiri katil Datin Aisyah lalu duduk di kerusi.


“Mama hari ni macam mana?sihat?” tanya Thira.


“Alhamdulillah sihat sayang..papa mana sayang?” tanya Datin Aisyah.


“Papa pergi tandas sekejap..” beritahu Thira.


“Nenek tak datang ke?” tanya Datin Aisyah. Thira tidak menjawab pertanyaan itu lalu tersenyum cuma. Datin Aisyah yang melihat pertanyaannya itu tidak berjawab faham la dia. Sampai bila la dia nak benci aku.


“Mama..doktor cakap mama boleh keluar hari ni..” beritahu Thira cuba menukar topik.


“Ye?alhamdulillah..mama pun dah bosan duduk dekat hospital ni lama-lama..” jawab Datin Aisyah sambil tersenyum. Ketika sedang mereka rancak berbual..pintu bilik ditolak dari luar.


“Assalammualaikum..” ucap Datuk Arsyad sambil tersenyum memandang isterinya.


“Waalaikumsalam..abang..” jawab Datin Aisyah sambil menghulurkan tangan menyalami suaminya itu. Datuk Arsyad mengusap lembut kepala Datin Aisyah.


“Aisyah sihat? Hari ni dah boleh balik rumah dah..Thira tolong mama kemas barang ye..” arah Datuk Arsyad pada Thira. Thira yang mendengar hanya menarik muncungnya.


“Alah..Thira ke yang kena kemas?” jawab Thira. Datuk Arsyad yang mendengar merenung tajam.


“Thira!” tegur Datuk Arsyad.


“Ok..ok..Thira tolong..tapi kena belanja Thira ok..” jawab Thira sambil tersengih memandang Datuk Arsyad. Datin Aisyah yang melihat tersenyum cuma.



*****



“Ibu!” sergah Isya sambil mencucuk pinggang Pn Siti.


“Oh mak kau meletup!” latah Pn Siti. Isya tertawa melihat ibunya melatah.


“Ish! Budak bertuah ni..betul le tau..main sergah je dia..” marah Pn Siti. Isya segera mendapatkan ibunya.


“Ala ibu..jangan la marah..” pujuk Isya sambil memeluk dan mencium pipi Pn Siti. Pn Siti yang melihat gelagat Isya tersenyum cuma sambil mengusap kepala Isya.


“Ibu masak apa hari ni? Nak Isya tolong apa-apa tak?” tanya Isya ikhlas sambil menarik kerusi meja makan dan duduk di situ.


“Ibu masak nasi tomato dengan sambal ayam..adik kamu si Iya tu..sibuk suruh ibu masak nasi tomato..” beritahu Pn Siti pada Isya. Isya yang mendengar hanya mengganggukkan kepalanya.


“Kak long..buat apa je hari ni?” sampuk Iya tiba-tiba muncul di dapur. Isya segera memandang ke arah Iya.


“Urm..duduk rumah jela..nape?” tanya Isya pada adik bongsunya Aliya Arissa.


“Haa bagus-bagus..pe kata kak long belanja Iya tengok wayang hari ni..Iya bosan la duduk rumah je..boleh la ey..” rayu Iya sambil membuat muka seposennya.


“A’ah ek..along tak kisah..tapi mari sini..tolong ibu dulu..sajaknya kau..berjalan nombor satu ey..tolong ibu dulu..kalo tak..tak nak belanja Iya..” Isya menggugut adiknya. Iya yang mendengar tersenyum gembira. Segera mendapatkan Isya dan memeluk serta mencium pipi Isya.


“Ok! Sayang kak long la..heheh” ucap Iya ikhlas. Pn Siti yang melihat gelagat kedua-dua anaknya itu tersenyum cuma. Isya memang seorang kakak yang penyayang. Apa saja yang diminta oleh adik-adiknya pasti akan di tunaikan.


“Adli mana?dah bangun ke belum mamat tu?” tanya Isya pada Iya.


“Entah..tengah membuta lagi la tu agaknya..” jawab Iya.


“Dah2..Isya pergi kejutkan dia..” sampuk Pn Siti. Isya hanya mengangguk lalu bangun menuju ke bilik Adli.


Tukk!! Tukkkk!!


Tanpa menunggu orang di dalam menjawab Isya terus saja menolak pintu bilik itu. Ish! Budak ni tidur lagi.


“Adli! Bangun la!” panggil Isya sambil menggerakkan sedikit badan Adli tetapi masih tiada tindak balas.


“Hei bangun la!” kejut Isya lagi sambil menepuk lengan Adli. Adli masih lagi tiada tindak balas.


“ADLI!!! BANGUN!!” jerit Isya dengan kuat. Geram!


“Urmm!” haish! Tu je..penat aku menjerit. Tak jugak jalan budak ni.


“LARI!! LARI!! GEMPA BUMI!!” jerit Isya lagi dengan kuat. Sebaik saja Isya menjerit Adli segera bangun dengan terkocoh-kocoh dan berlari menuju ke bawah. Isya yang melihat gelagat adiknya itu hanya mampu ketawa.


“ALONGGGG!!!” jerit Adli dari bawah. Isya yang mendengar pecah sekali lagi tawanya. Segera turun ke bawah sambil menekan perut menahan tawanya. Di dapur kelihatan Iya jugak sedang menahan tawa. Isya segera mematikan tawanya.


“Nape kau lari dik?” tanya Isya selamba sambil menahan tawa. Sebaik melihat Iya yang sedang menahan tawa terus pecah tawa mereka berdua. Kelakar melihat memek muka Adli ketika berlari tadi.


“Sudah-sudah la tu..kamu ni Isya..Iya..” tegur Pn Siti. Pn Siti juga sedang menahan tawanya.


“Dah la..malas layan korang..mandi baik!” rajuk Adli sambil berlalu menuju ke atas kembali. Isya dan Iya masih lagi dengan tawanya.


“Bisinglah!!” jerit Adli dari atas.


“Dah la tu..kamu ni Isya menyakat orang bukan main lagi ey..” tegur Pn Siti.


“Ala bu..susah sangat nak kejutkan dia tadi..tu jerit macam tu..tak sangka lak dia bangun and terus lari..hahahah” terang Isya lalu ketawa kembali.


“Jahat kak long ni..tapikan serius kelakar muka angah tadi..hahahah” Iya pula menyampuk.


“Sudah-sudah la tu..budak berdua ni..buat kerja tu cepat..” marah Pn Siti. Segera Isya dan Iya menyiapkan bahan-bahan untuk memasak.



*****



Di sebuah rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah dengan hiasan lanskap di taman menyejukkan mata memandang. Angin yang lembut menyapa muka Hilman yang sedang termenung di taman. Fikirannya melayang entah ke mana. Tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang. Tersentak Hilman kerana terkejut.


“Hisy! Papa ni..terkejut Hilman..” marah Hilman sambil mengurut dadanya. Datuk Hamdan ketawa kecil melihat anaknya terkejut. Satu-satu cahaya matanya.


“Tu la..termenung lagi..ingatkan sape la tu kan..” saja Datuk Hamdan mengusiknya.


“Ish! Papa ni..mana ada ingat siapa-siapa..saja je ambil angin..” jawab Hilman.


“Malam ni ada pergi mana-mana tak?” tanya Datuk Hamdan pada anaknya.


“Urm..tak tahu lagi..may be tak..may be ye..nape pa?” tanya Hilman hairan. Tak pernah-pernah papanya bertanya sama ada dia keluar atau tidak.


“Atuk ngan nenek nak datang..malam ni..ada perkara atuk dan nenek nak bincang..kamu jangan pergi mana-mana pulak..” beritahu Datuk Hamdan.


“Hal apanya pa?penting sangat ke?” tanya Hilman hairan.


“Urm..entah la..papa pun tak tahu lagi..” jawab Datuk Hamdan. Dia pun hairan. Semacam ada perkara penting pulak.


Selepas berbual Datuk Hamdan segera melangkah masuk ke dalam rumah. Hilman masih lagi duduk di buaian. Apa dia buat sekarang ek?? Haish! Nape aku fikir pasal dia pulak ni..arghh!! Tiba-tiba lagu Replay nyanyian Iyaz bergema. Segera Hilman menjawab telefonnya itu.


“Hello bro!” suara di sana menegur.


“Waalaikumsalam..” jawab Hilman saja mengenakan kawannya.


“Hahah..Assalammualaikum..terkena aku..siot kau..” jawab Khai.


“Hahah..pehal kau call aku ni?” tanya Hilman.


“Wei teman aku pergi makan jom..lapar siot..” ajak Khai. Hilman yang mendengar tertawa kecil.


“Hahaha..kat mana?kau payung aku..ok?” hisy! Mangkuk ni nak bankrupkan aku je kerja dia..rungut Khai dalam hati.


“Yela-yela..kau memang..ikut jela..banyak bunyi pulak kau ni kan..nanti pukul 2 aku jemput kau..” beritahu Khai.


“Wow! Kau nak jemput aku ek??Hahah..tak payah la..malu aku di buatnya..kau nak makan mana ni?” tanya Hilman lagi.


“Urm aku tunggu kau dekat kopitiam Time Square ok..jangan lambat!” beritahu Khai.


“Yela pakcik! I will be there ASAP!!hahah” Hilman berkata sambil ketawa.

*****

“Iya cepat la..lambat la kau ni siap!” jerit Isya.


“Ye..kejap la..10 minit lagi..” jawab Iya. Isya hanya mampu menggelengkan kepalanya.


“Eh! Kau nak ke mana lak long?” tanya Adli.


“Urm..kita orang nak pergi tengok wayang..nape?” tanya Isya kembali.


“Siot korang..tak ajak aku pun..tak kira..nak ikut jugak!” kata Adli.


“Eh! Mana boleh..ni perempuan punya date..lelaki tak boleh campur!!” Isya sengaja menyakat Adli.


“Ala long..boleh la..bukan selalu kau belanja..boleh ey?” rayu Adli meminta simpati.


“Eh! Tak boleh..women only ok!” jawab Isya selamba sambil membuat muka berlagaknya pada Adli.


“Ala..long..boleh la please!!! Bosan la duduk rumah tak buat apa-apa..” Adli berkata sambil terkebil-kebil matanya meminta simpati Isya.


“Yela..cepat pergi siap!lambat tinggal tau!” sengaja Isya ugutnya. Segera Adli melangkah ke atas menuju biliknya untuk bersiap.


Seketika kemudian telefon Isya berbunyi, segera Isya menjawabnya.


“Assalammualaikum sayang..” ucap Dani lembut. Isya tersenyum bahagia.


“Waalaikumsalam sayang..” jawab Isya. Dani yang mendengar juga tersenyum bahagia.


“Isya dah siap ke?” tanya Dani.


“Dah sayang..ni budak dua ekor ni tak siap lagi..” rungut Isya. Dani tertawa kecil dengar rungutan Isya itu.


“Yeke..Alright! Dani on da way ni..” beritahu Dani.


“Alright..hati-hati tau memandu..” pesan Isya sebelum meletakkan telefonnya. Selepas itu Isya segera melangkah mendapatkan ibu serta abahnya yang sedang menonton televisyen. Isya melabuhkan punggungnya di sebelah Pn Siti.


“Pukul berapanya gerak ni?” tanya Pn Siti.


“Ni tunggu budak-budak ni siap lambat sangat..” rungut Isya.


“Dani jemput ke?” tanya Pn Siti. Isya tersenyum lalu mengganggukkan kepalanya.


“Haa! Kawan dah lama bila lagi nak masuk minang tu?” sampuk En Kamal sambil tersengih. Isya yang mendengar terus terbatuk.


“Haa?? Heheh..lambat lagi kut..nanti la bah..muda lagi..” jawab Isya gugup. Aduh! Nape la bapak aku cakap pasal benda ni.


“Budak ni..muda apanya..umur tu dah 24 tahun dah pun..muda apa tu..” sampuk Pn Siti pulak.


“Heheh..nanti la bu..kumpul duit la..kang kawin je tapi duit tak ada macam mana?” jawab Isya sambil tersengih.


“Ah! Kamu bila cakap pasal kawin macam-macam alasan dia bagi..” rungut Pn Siti.


“Ala ibu ni..ye nanti ok..tunggu Isya 26 ke nanti ok..2 tahun je la..Isya tau Ibu tak sabar nak cucukan..hahah” sakat Isya. Terbeliak mata Pn Siti mendengarnya. En Kamal yang mendengar tertawa cuma.


“Budak bertuah ni..orang cakap betul-betul memain lak dia..dah gatal sangat nak anak ke?” marah Pn Siti. Isya segera memeluk lalu mencium ibunya. Itu je ubat nak pujuk ibunya tu.


“Ala jangan la marah bu..gurau jela..” pujuk Isya lalu mencium pipi Pn Siti sekali lagi.


“Along Iya dah siap!” sampuk Iya tiba-tiba.


“Angah mana?” tanya Isya. Iya blur..


“Angah? Nape pulak dengan dia?” tanya Iya.


“La..dia ikut sekali la..panggil dia suruh cepat..nak gerak dah ni cepat!” beritahu Isya. Ketika itu juga kedengaran seseorang memberi salam lalu Isya bangun menuju ke muka pintu melihat gerangan orang yang memberi salam.



No comments:

Post a Comment