Tuesday, March 30, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 6 (i)


Didalam bilik Isya termenung. Siapa atuk tu ey?macam mana dia bolah tau nama aku?dia kenal ibu ke?pelbagai persoalan berlegar-legar dalam kepalanya sejak malam tadi. Argghh! Biar la. Isya segera bersiap untuk ke pejabat.


Awal-awal pagi lagi Dani sudah terpacak di rumah Isya untuk menghantar Isya pergi kerja. Suruh ambil cuti katanya banyak kerja la..nanti bos marah la..macam-macam alasan diberinya..Isya..Isya..runggut Dani dengan kedegilan Isya.


“Ibu..oh ibu..” jerit Isya dari ruang tamu rumahnya tetapi tiada jawapan.


“Ibu..oh ibu..” panggil Isya lagi sambil melangkah menuju ke dapur..mana la tau ibunya tidak dengar sebab leka masak ke..Haa! kan dah agak..sedang melayan suami tercinta makan rupanya..patutlah tak dengar..Isya tersenyum..


“Ibu..Isya pergi kerja dulu ey..” beritahu Isya sambil menyalami ibunya lalu mencium pipi ibunya serta abahnya.


“Nak pergi dah..Dani dah sampai ke?nape tak ajak Dani masuk dulu..sarapan sekali..kamu ni pun belum sarapan lagikan..panggil Dani masuk sarapan dulu..” bebel Pn Siti.


“Ala ibu..Isya dah lambat la bu..tak payah la..nanti kat office Isya makan la ey..” pujuk Isya. Pn Siti sudah menggerutkan dahinya.


“Budak ni..degil plak dia..awak tu bukan sihat sangat..makan dulu..biar ibu pergi panggil Dani naik dulu..” mara Pn Siti. Isya sudah menarik muncung sambil memandang En Kamal meminta pertolongan.


“Sudahlah tu Siti..budak ni dah lambat..nanti bos marah nanti..kat office nanti tau la dia makan..dia dah besar..” En Kamal sudah bersuara. Yeaa! Itu dia abahku dah bersuara..cayalah abah..sayang abah..Isya berkata dalam hati sambil memandang En Kamal dah mengenyitkan matanya. En Kamal lalu tersenyum dan membalasnya kembali.


“Haa! Tu la abang..ikutkan sangat degilnya..manjakan sangat..cakap saya tak nak dengar..Siti risau kat dia..bukannya apa..” Pn Siti menjawab sedih. Aduh!abis aku..ibu dah sedih-sedih ni yang aku lemah ni. Isya cepat mendapatkan ibunya lalu dipeluk erat sambil mencium kedua belah pipi Pn Siti.


“Ala..ibu jangan la sedih..Isya janji Isya makan kat office nanti ok..jangan sedih-sedih..Isya sayang ibu sangat-sangat..” pujuk Isya manja sambil memeluk ibunya. En Kamal yang melihat tersenyum cuma.


“Dah la tu along..jeles Iya tau..” Iya bersuara mengenakan akaknya. Isya yang mendengar hanya menjelirkan lidahnya.


“Biar la kan bu..” jawab Isya bersahaja untuk menyakat adiknya.


“Dah2..tadi kata dah lambat..” potong Pn Siti.


“Alamak lupa plak..Isya pergi dulu bu..Adli..Iya..nah duit blanje korang untuk ari ni..disebabkan kakakmu ini baik hati..so along bagi extra money..” kata Isya sambil menghulurkan wang saku sekolah adik-adiknya.


“Yeke..halamak long..ni yang buat aku makin sayang kat kau ni..” jawab Adli sambil mengenyit mata pada Isya.


“Yela long..Iya pun..dah tak jadi nak jeles dah..hahah” galak Iya ketawa dengan pantas tangan comel Isya mencubit pipi Iya.


“Aduh..sakit la..” aduh Iya.


“Isya..” tegur Pn Siti.


“Ops! Sorry..tu la sape suruh pipi tu comel sangat..along geram la orang pipi tembam-tembam ni..heheh” sakat Isya sambil mencium pipi Iya. Iya menbalasnya kembali.


“Isya pergi dulu ibu..abah..” Isya minta izin.


“Yela..hati-hati..” jawab En kamal dan Pn Siti serentak. Selepas beberapa tapak Isya melangkah dia menoleh semula.


“Ibu..abah..Adli..Iya..” panggil Isya.


“Ye..” jawab mereka serentak sambil memandang tepat ke Isya.


“Sayang korang semua..bye..assalammualaikum..” beritahu Isya sambil tersenyum pada mereka semua. Mereka semua tersenyum mendengar kata-kata Isya.


Sungguh Isya lah yang banyak menceriakan keluarga ini..orangnya yang sentiasa ceria..petah berkata-kata..ringan tulang dan semenjak En Kamal pencen..Isya la yang menanggung keluarga itu..sungguh Isya anak yang boleh di banggakan. Pn Siti tersenyum bahagia. Untung aku dapat anak macam Isya, Adli dan Iya..kata Pn Siti dalam hati.


“Hai..assalammualaikum..morning sayang..” ucap Isya pada Dani. Dani tersenyum.


“Hai..assalaikumsalam sayang..morning dear..” sahut Dani sambil tersenyum memandang Isya. Pucat lagi muka dia ni.


“Sorry lama tunggu..pujuk ibu dulu tadi..” beritahu Isya.


“Tak pe..it’s ok sayang..sayang punya pasal..tunggu bertahun-tahun pun tak pe..” jawab Dani sambil tersenyum.


“Aleh..yela tu..sanggup ke tunggu bertahun-tahun..tah-tah sejam pun tak sanggup..” betah Isya sambil mencebikkan bibirnya. Dengan pantas tangan sasa Dani mencubit pipi Isya.


“Auww!sakit la..sampai hati cubit Isya..tak nak sayang Dani..huh!” rajuk Isya saja ingin bermanja-manja..maklum la dah lama tak dating..heheh..


“Alolo..muncung tu yang buat Dani cair tau tak..” kata Dani sambil tergelak.


“Ish! Dah la..jom gerak..nanti lambat sampai..kerja melambak kat office tu..” kata Isya malas mahu melayan Dani.


“Aleh..dah kalah ke?” tanya Dani sambil ketawa kecil.


“Cepat la Dani..Isya lambat dah ni..tu report pukul 9 dah kena hantar..kalo tak menggamuk sakan singa jantan tu nanti..” beritahu Isya.


“Singa jantan?sape?” tanya Dani pelik.


“Bos Isya la..heheh” jawab Isya.


“Hahah..nakal ey..” Dani berkata sambil menarik hidung Isya yang comel tu.


“Mana ada nakal la..dah2..jom gerak..” ajak Isya. Kereta mula bergerak.


“Sayang sihat tak ni?muka sayang pucat lagi tu..” tanya Dani risau sambil memegang pipi Isya. Isya tersenyum.


“Isya ok..sihat..Dani jangan la risau ok..” jawab Isya.


“Tapi muka tu pucat lagi..jangan kerja kuat sangat tau..kalo tak larat..Isya rehat je ok..tak pun minta cuti ok..” pesan Dani risau akan Isya. Sape tak sayang awek oii..


“Ye sayang..jangan la risau ok..” jawab Isya sambil tersenyum manja pada Dani.



***



Tepat jam 7.30 pagi mereka sampai di H & K Holding. Sebaik saja memberhentikan kereta Dani segera keluar untuk membuka pintu Isya.


“Sayang..kerja elok-elok..jaga diri ok..” pesan Dani sambil mengusap kepala serta pipi Isya. Tanpa di sedari mereka dua pasang mata sedang memerhatikan mereka.


“Ye sayang..Dani jangan risau ok..kalo ada apa-apa nanti Isya bagi tau Dani ok..Dani pun kerja elok-elok..jangan nakal-nakal..Dani nakal..babab nanti..” pesan Isya juga sambil mencubit hidung Dani. Dani tersenyum bahagia.


“Yela sayang..ok la..Dani gerak dulu..take care..love U sayang..” ucap Dani sambil memegang pipi Isya. Isya membalasnya.


“Take care too..love U too dear..” balas Isya sambil tersenyum manja. Sejurus itu kereta honda CRV putih Dani meluncur laju. Isya segera melangkah memasuki bangunan untuk menyiapkan kerjanya.



Tukk! Tukkk!!



Pintu bilik Isya diketuk dari luar.


“Masuk..” Isya memberi izin. Pintu ditolak..Jue rupanya..ingatkan sape la tadi..


“Amboi..minah sorang ni..masuk office senyum memanjang..bahagia nampak..” usik Jue. Isya tersenyum mendengar usikan Jue itu.


“Eh! Yeke?nampak sangat ke Jue?” tanya Isya.


“Ye la..masuk..masuk je..senyum melebar terus..heheh..abg sayang hantarkan ke?” tanya Jue.


“Eh!of coz la..kereta aku belum amek lagi..lunch nanti baru pergi amek..” terang Isya sambil tersenyum.


“Kau ni muka pucat je..sihat tak?” tanya Jue.


“Ok la..sihat je aku..” beritahu Isya.


“Urmm..kalo kau tak sihat bagi tau..aku ada sentiasa untukmu..” gurau Jue sambil tersengih.


“Hahaha..yela sahabatku..” jawab Isya.


“Dah la buat kerja kau dulu..aku pun banyak kerja ni..saja tegur kau..tengok bahagia semacam je..heheh” beritahu Jue sambil tersengih.


“Menyibuk je..huh!” jawab Isya gurau. Isya meneruskan kerjanya. Baik aku habiskan kerja ni..kang singa tu mengaum plak susah aku..sakit telinga ni..haish!nasib kau la Isya dapat bos macam tu..runggut Isya dalam hati.


Di bilik sebelah pula, Hilman menahan marahnya. Hati, mata panas melihat adengan mesra Isya dengan seorang lelaki sebentar tadi. Berkerut-kerut dahi menahan marah. Kenapa aku nak marah plak..ah!lantak dia la..tu boyfriend dia..yang aku nak jeles ni kenapa..kata Hilman dalam hati..cuba menenangkan hatinya.


2 comments: