Thursday, September 8, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 9 (iii)




Ketika Irsyad Zafran dan Wani Sakinah melangkah masuk ke dalam bilik Wadi Sufyan tidak semena-mena Irdina Safiyah tergelincir dari tangga.


Gedebubb!!


Irdina Safiyah terjatuh lalu menghempap Irsyad Zafran yang ketika itu baru saja masuk ke dalam bilik. Irdina Safiyah terduduk di atas peha Irsyad Zafran. Irsyad Zafran menyeringai kesakitan kerana badannya terhentak di almari. Sebaik terpandang wajah Irsyad Zafran, Irdina Safiyah terkaku sebentar. Tanpa di sangka ketika itu Wadi Sufyan muncul di muka pintu biliknya.


Terkejut dia melihat keadaan Irdina Safiyah dan Irsyad Zafran ketika itu. Panas hatinya melihat mereka serapat itu, di genggam kuat tangannya. Irdina Safiyah yang perasan akan Wadi Sufyan cepat-cepat bangun. Begitu juga Irsyad Zafran. Wani Sakinah, Wani Sofea serta Asma Marha tertawa melihat adengan yang tak di sengajakan itu. Sebaik mendengar mereka tertawa Irdina Safiyah menjeling tajam.


Wadi Sufyan merenung tajam tepat ke mata Irdina Safiyah. Irdina Safiyah tidak selesa dengan pandangan itu. Serba tak kena dirasakannya.


“Awak..sorry tak sengaja..” ucap Irdina Safiyah pada Irsyad Zafran. Sengaja melarikan diri dari panahan mata Wadi Sufyan.


“Tak pe..tu la..lain kali panjat tangga tu hati-hati sikit..” jawab Irsyad Zafran. Dia perasan akan renungan tajam milik sahabatnya itu.


“Haa..ne nak saya tolong buat apa ni?” tanya Irsyad Zafran. Irdina Safiyah dengan segera memberi arahan. Tidak betah dia duduk diam dan melihat saja wajah mencuka Wadi Sufyan. Wadi Sufyan terus melangkah keluar dari bilik dengan hati yang membara.


Dumm!!


Ditumbuk kereta miliknya lalu dengan sekuat hati dia menendang pada tayar kereta itu. Geram kerana melihat adengan sebentar tadi.


“Argh!!” jerit Wadi Sufyan melepaskan amarahnya.



*****


Jam menunjukkan hampir jam 11.30 malam. Suasana di rumah Pn Salina sunyi berbanding tadi. Kebanyakkan sanak saudara sudah pun beransur pulang. Hanya tinggal En Tirmizi sekeluarga.


Irdina Safiyah ketika itu sedang sibuk melayan kerenah anak buahnya Hannah Bakriyah yang masih lagi tidak tidur. Kebiasaannya waktu-waktu begitu dia sudah tidur. Irsyad Zafran pula hanya memerhati telatah Irdina Safiyah bersama Hannah Bakriyah. Selepas kejadian tadi Irdina Safiyah tidak lagi nampak bayang Wadi Sufyan.


“Ni Fiyah dengan Zafran dah lama ke berkawan?” tanya Pn Salina tiba-tiba. Tersentak Irdina Safiyah mendengarnya. ‘Alamak..nak jawab apa ni..’ getus hati Irdina Safiyah.


“Lama jugalah mak cik..” jawab Irsyad Zafran setelah melihat Irdina Safiyah yang bagaikan cacing kepanasan. Irdina Safiyah segera memandang Irsyad Zafran sebaik mendengar suara itu menjawab pertanyaan Pn Salina. ‘Huh! Selamat..nasib baik kau jawab..’ getus hati Irdina Safiyah lega.


“Mana boleh panggil mak cik lagi..kena panggil mak long..” tegur En Hashim sekadar bergurau. Mereka yang berada di situ tertawa mendengar usikan itu. Irsyad Zafran hanya tersenyum dan mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.




No comments:

Post a Comment