Wednesday, April 13, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 6 (ii)




Tepat jam dua belas tengah hari Fakhri Dini terpancul berdiri tegak di belakang Irdina Safiyah yang sedang membuat kerjanya. Terkejut Irdina Safiyah bila Fakhri Dini menegurnya. Habis beertaburan semua kertas yang di pegangnya akibat terkejut.


Fakhri Dini menolongnya mengutip kembali kertas-kertas yang bertaburan itu. Fakhri Dini tersenyum lalu meminta maaf kerana membuat Irdina Safiyah terperanjat. Beberapa minit kemudian mereka pun keluar bersama.


Setengah jam kemudian mereka tiba di Restoran Nelayan. Fakhri Dini mengambil tempat yang sedikit tersorok ke belakang. Fakhri Dini duduk berhadapan dengan Irdina Safiyah. Mereka pun memesan makanan.


Beberapa minit kemudian muncul dua orang lelaki dari arah belakang Irdina Safiyah. Fakhri Dini mengangkat tangannya pada jejaka itu. Irdina Safiyah tidak pula menoleh.


“Fakhri..makin handsome nampak..” puji seorang jejaka.


“Well..” jawab Fakhri Dini bergurau.


“Eh! Duduk la..” pelawa Fakhri Dini lalu bangun beralih ke sebelah Irdina Safiyah. Terkejut Irdina Safiyah apabila terlihat sahaja wajah Wadi Sufyan dengan rakannya. Rakan yang amat Irdina Safiyah benci kerana mengambil kesempatan padanya. Wadi Sufyan dan Irsyad Zafran juga terkejut melihat Irdina Safiyah.


“Duduk la..termenung pulak korang..aku tau la ada awek cun sebelah aku..” tegur Fakhri Dini, lalu mereka pun duduk. Wajah Wadi Sufyan kelihatan tegang. Dia merenung tajam pada Irdina Safiyah.


“Kenalkan ni..Irdina Safiyah merangkap awek aku..” beritahu Fakhri Dini bergurau. Terkejut mereka mendengarnya. Pantas saja Irdina Safiyah menoleh ke arahnya. Wadi Sufyan pula menggenggam kuat tangannya geram. Ingin saja dia menumbuk rakanya itu yang mengaku Irdina Safiyah itu aweknya.


“En Fakhri..” tegur Irdina Safiyah sambil mengerutkan dahinya tanda protes.


“Ok..ok..sorry..aku gurau je tadi..aku tengok korang macam tak pernah tengok awek je…ne setiausaha aku..dan tak lama lagi akan jadi setiausaha kau pula Zaf..” beritahu Fakhri Dini. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya. ‘No..takkan lah..’ getus Irdina Safiyah seakan tidak percaya bahawa dia akan berkerja dengan Irsyad Zafran, lelaki yang paling dia benci.


“Oyeke..tak sangka..” jawab Irsyad Zafran.


“Biar aku je yang jaga awek kau Yan lepas ni..heheh” bisik Irsyad Zafran ke telinga Wadi Sufyan perlahan. Sengaja mengusik rakannya itu. Mencerlung mata Wadi Sufyan memandang Irsyad Zafran.


“Never..” jawab Wadi Sufyan membuatkan Irsyad Zafran tertawa.


“Hoi..apa la korang ni..bisik-bisik..mengumpat aku la tu..” ujur Fakhri Dini. Irdina Safiyah tidak berkata apa hanya diam dan menundukkan wajahnya. Hatinya tiba-tiba rindu apabila terlihat wajah Wadi Sufyan.


“En Fakhri..saya masuk office dulu la ye..tak sedap badan la..” pinta Irdina Safiyah sengaja mencari alasan supaya cepat beredar dari situ. Wadi Sufyan yang mendengar merenungnya tajam. Irdina Safiyah perasan akan renungan tajam itu.


“Eh! Kenapa?awak tak sihat ke?ok..ok..jom saya hantar..” pelawa Fakhri Dini. Cepat saja Irdina Safiyah menolak pelawaan itu.


“Tak pe..saya naik cab je..” ujur Irdina Safiyah. Wadi Sufyan makin panas hati bila melihat Irdina Safiyah ingin melarikan diri darinya.


“Fiyah..” Wadi Sufyan bersuara. Terkejut Fakhri Dini melihat ketegangan di muka Wadi Sufyan.


“Kau kenal Safiyah?” tanya Fakhri Dini pelik. Wadi Sufyan memandang Fakhri Dini lalu berkata.


“Dia awek aku..sorry aku ada hal..aku pergi dulu..” beritahu Wadi Sufyan lalu menarik tangan Irdina Safiyah mengikutnya. Tercenggang Fakhri Dini dibuatnya.


“Awek Sufyan?Safiyah awek Sufyan?” tanya Fakhri Dini sekali lagi pada Irsyad Zafran.


“A’ah..awek dia..tu aku terkejut tadi bila nampak dia..kau tak nampak muka si Sufyan tu..” jelas Irsyad Zafran.


“Selama ni..aku syok kat awek member sendiri la ni..” beritahu Fakhri Dini tanpa berselindung.


“Kau syok kat dia?gila la kau..dia tahu ke?” tanya Irsyad Zafran seakan tidak percaya.


“Tahu..aku pernah luahkan dekat dia..tapi dia tolak..” beritahu Fakhri Dini. Irsyad Zafran menggelengkan kepalanya.


“Susah nak dekati dia..dia tak macam perempuan lain..tapi nak wat macam mana..bukan jodoh aku..” ujur Fakhri Dini. Irsyad Zafran tidak menjawab apa-apa hanya tersenyum sinis.


‘Apa la hebat sangat perempuan tu sampai kawan-kawan aku gilakan..’ getus Irsyad Zafran dalam hati. Masih terasa tamparan di pipinya. Kerana tamparan itulah dia bengang dengan Irdina Safiyah.



*****



Di dalam kereta..


Irdina Safiyah mahu pun Wadi Sufyan masing-masing mendiamkan diri. Wadi Sufyan tidak terus menghantar Irdina Safiyah ke office. Irdina Safiyah pelik.


“Abang nak pergi mana ni?” tanya Irdina Safiyah sambil memandang Wadi Sufyan.


“Ikut je lah..” ujur Wadi Sufyan sedikit keras. Mukanya kelihatan tegang kerana marah juga cemburu melihat Irdina Safiyah bersama rakannya Fakhri Dini. Irdina Safiyah tidak membantah, dia tahu Wadi Sufyan sedang marah.


Beberapa minit kemudian mereka sampai di Taman Tasik. Mereka duduk di kerusi yang menghadap tasik itu.


“Kenapa Fiyah tak pick up call abang?kenapa larikan diri dari abang?kenapa?kenapa?” tanya Wadi Sufyan bertubi-tubi. Irdina Safiyah hanya diam tidak menjawab pertanyaan Wadi Sufyan.


“Fiyah..answer me..why?” tanya Wadi Sufyan sekali lagi.


“Selagi abang tak bagi jawapan..selagi tu jangan cari Fiyah..” jawab Irdina Safiyah membuatkan Wadi Sufyan angin. Wadi Sufyan lantas berdiri dan berjalan menghampiri tasik. Irdina Safiyah hanya memerhati sahaja.


“Abang tak sanggup..abang tak sanggup lepaskan Fiyah pergi dari hidup abang..tolong faham abang Fiyah..” ujur Wadi Sufyan sambil memandang Irdina Safiyah penuh dengan kasih sayang. Rindunya pada Irdina Safiyah tuhan saja yang tahu.


“Fiyah tak paksa abang..tapi cuba abang fikir balik..macam mana kalo mak abang tak dapat terima hubungan kita..Fiyah takut hubungan mak abang dengan keluarga Fiyah terjejas sebab kita..” terang Irdina Safiyah.


“Abang tak boleh terima orang lain selain Fiyah..” beritahu Wadi Sufyan bersungguh-sungguh.


“Abang belajar la terima dia..abang fikir tentang mak abang..jangan fikir diri sendiri je bang..” getus Irdina Safiyah.


“Fiyah..apa Fiyah rasa?sanggup Fiyah tengok abang dengan orang lain?sanggup tengok abang atas pelamin dengan orang lain?sanggup?” tanya Wadi Sufyan sedikit keras. Irdina Safiyah tidak menjawab hanya diam seribu bahasa.


“Kenapa diam?” tanya Wadi Sufyan lagi sedikit sinis nadanya.


“Abang tolong faham..abang terima je Diba sebagai isteri abang..Fiyah tak kisah..Fiyah akan doakan kebahagian abang..” ujur Irdina Safiyah. Wadi Sufyan semakin tertekan dengan kedegilan Irdina Safiyah. Hatinya yang panas semakin mendidih. Tanpa berfikir panjang dia berkata.


“Ok..fine abang terima dia..” jawab Wadi Sufyan sedikit kuat. Terkejut Irdina Safiyah mendengar suara Wadi Sufyan yang sedikit kuat itu.


“Bagus la..” ujur Irdina Safiyah sedikit lemah. Apa pun dia harus tabah dan terima semuanya dengan tenang. Dia tak mahu kelihatan seperti orang lemah.


“Tapi dengan syarat..” ujur Wadi Sufyan tiba-tiba. Berkerut kening Irdina Safiyah mendengarnya.


“Abang akan kahwin dengan Diba..tapi selepas Fiyah kahwin dengan pilihan abang..” beritahu Wadi Sufyan. Irdina Safiyah yang mendengar segera menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.


“Tak..abang tak boleh buat macam ni..” bantah Irdina Safiyah. Wadi Sufyan hanya menggangkat bahunya.


“Terpulang..dah la..abang hantar Fiyah masuk office..” ujur Wadi Sufyan lalu berlalu menuju ke keretanya meninggalkan Irdina Safiyah di situ terpinga-pinga. Irdina Safiyah mengejar langkah Wadi Sufyan.



*****




No comments:

Post a Comment