Wednesday, March 9, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 2




Setelah hampir dua bulan Wadi Sufyan kembali ke Melaka, Wadi tekad mahu meluahkan isi hatinya pada Irdina Safiyah. Cemburu melihat Irdina Safiyah rapat dengan lelaki lain. Tapi adakah Irdina Safiyah juga menyukainya?bagaimana jika Irdina Safiyah tidak menerima cintanya?Perlukah dia berterus terang? Pelbagai persoalan muncul di dalam kotak fikiran Wadi Sufyan.

Di capai telefon bimbitnya yang berada di atas katil itu, lalu terus menghubungi Irdina Safiyah. Beberapa saat kemudian panggilannya itu dijawab.

“Hello..” sapa Irdina Safiyah.

“Assalammualaikum..Fiyah buat apa?Fiyah sihat?” tanya Wadi Sufyan.

“Waalaikumsalam..abang rupanya..tak buat apa pun..just duduk baca novel je bang..kenapa?Fiyah sentiasa sihat bang..heheh” jawab Irdina Safiyah.

"Alhamdulillah..abang nak ajak Fiyah keluar kejap boleh?please..ada benda penting abang nak beritahu Fiyah ne.." terang Wadi Sufyan.

“Dalam telefon tak boleh beritahu ke bang?” tanya Irdina Safiyah.

“TAK BOLEH!” jawab Wadi Sufyan. Irdina Safiyah menarik muncungnya.

"Ala..yela..tapi dengan syarat..abang kena belanja Fiyah..Fiyah nak makan Mcd lepas tu nak pergi tengok wayang.." tawar Irdina Safiyah. Wadi Sufyan menggelengkan kepalanya walaupun Irdina Safiyah tidak nampak akan perlakuannya itu.

"Yela abang belanja ok..so apa lagi pergi siap..abang pick up Fiyah dekat rumah jam 3 petang karang ok.." beritahu Wadi Sufyan.

“Yes!heheh thanks abang..love U..” ucap Irdina Safiyah ikhlas. Memang tak di nafikan yang dia sayang akan abang sepupunya itu.Sayang sebagai seorang abang, tak lebih dari tu. ‘Yeke Fiyah??’ soal hatinya. Cepat-cepat Irdina Safiyah menggelengkan kepalanya.

"Ala biar la..ok..ok..Fiyah tunggu abang ok.." jawab Irdina Safiyah lalu terus mematikan talian itu dan berlalu pergi ke biliknya untuk bersiap.

Satu jam kemudian Wadi Sufyan tiba di perkarangan rumah Irdina Safiyah. Ketika itu pak ngahnya En Tirmizi sedang duduk di pangkin hadapan rumah bersama cucunya, Hannah Bakriyah serta isterinya Pn Sarimah. Wadi Sufyan mendapatkan mereka.

“Assalammualaikum pak ngah, mak ngah..” Wadi Sufyan memberi salam.

“Waalaikumsalam..haa Sufyan..bila sampai?tak perasan pula pak ngah..leka duk melayan si Hannah ne haa..” En Tirmizi menjawab salam dan bertanya pada Wadi Sufyan. Wadi Sufyan bersalaman dengan bapa serta mak saudaranya itu.

“Baru je sampai pak ngah..pak ngah dengan mak ngah apa khabar?sihat?” tanya Wadi Sufyan lalu melabuhkan punggungnya di sebelah En Tirmizi.


“Sihat Alhamdulillah..” jawab En Tirmizi dengan Pn Sarimah serentak.


“Mak dengan abah kamu apa khabar?” tanya Pn Sarimah.


“Mak dengan abah sihat mak ngah..” jawab Wadi sufyan.


“Kamu datang jemput Safiyah ya? Safiyah tengah bersiap agaknya..sekejap ya..mak ngah panggilkan dia..” ucap Pn Sarimah berlalu pergi untuk memanggil Irdina Safiyah. Wadi Sufyan hanya mengganggukkan kepalanya.


“Dah makan? Kalo belum pak ngah suruh mak ngah siapkan..kita makan sama-sama..” ajak En Tirmizi.


“Eh! Tak pe pak ngah..saya makan kat luar je dengan Fiyah..dah janji dengan dia..tu yang dia tuntut tu..” beritahu Wadi Sufyan.


“Abang..Fiyah dah siap.jom..dah lapar ne..tak sabar dah ne..” sampuk Irdina Safiyah sebelum sempat En Tirmizi bersuara.


“Ok..pak ngah saya bawa Fiyah keluar sekejap ya..” beritahu Wadi Sufyan.


“Yela..baik-baik..” jawab En Tirmizi. Ketika itu Hannah Bakriyah merengek ingin mengikut Irdina Safiyah. Terkapai-kapai tangannya ingin mendapatkan Irdina Safiyah.


“Eh! Hannah tak boleh ikut mak su..” larang Pn Sarimah lalu mencapai Hannah Bakriyah yang sedang merengek di dalam dukungan suaminya itu.


“Nak itut acu..” kata Hannah Bakriyah pelat sambil menangis.


“Dah..dah pergi cepat..karang dengar satu kampung si Hannah ne menangis karang..” En Tirmizi berkata. Manakala Pn Sarimah sedang memujuk Hannah Bakriyah.


“Mak..Abah..Fiyah pergi dulu..” beritahu Irdina Safiyah dan bersalaman dengan mereka, begitu juga dengan Wadi Sufyan. Kelihatan kereta proton persona silver putih bergerak meninggalkan halaman rumah itu.



*****



Di dalam kereta..


“Abang kita nak pergi mana ne?” tanya Irdina Safiyah yang sedang memandang Wadi Sufyan yang sedang memandu.


“Kita pergi makan dulu la..Fiyah laparkan?” beritahu Wadi Sufyan lalu bertanya.


“Heheh..alright!..Mcd kan?ne yang buat Fiyah makin sayang kat abang ne..” jawab Irdina Safiyah lalu tersenyum manja pada Wadi Sufyan. Entah kenapa sebaik mendengar ucapan Irdina Safiyah itu jantung Wadi Sufyan berdegup kencang.


“Betul Fiyah sayang abang?” tanya Wadi Sufyan serius.


“Apa la abang ne tanya soalan macam tu pula..betul la Fiyah sayang abang..tak caye ey?” jawab Irdina Safiyah.


“Abang pun sayang Fiyah juga..” ucap Wadi Sufyan. Irdina Safiyah tersenyum mendengarnya.


“Ye..then kena selalu belanja Fiyah la kan..sebab sayangkan Fiyah..” jawab Irdina Safiyah lalu tertawa kecil. Tiba-tiba Wadi Sufyan menekan brek dan memberhentikan keretanya di tepi jalan. Terkejut Irdina Safiyah. Wadi Sufyan pusing dan memandang tepat ke mata Irdina Safiyah membuatkan Irdina Safiyah tidak selesa.


“Abang serius ne..abang sayang Fiyah lebih dari seorang sepupu..lebih dari seorang abang..” beritahu Wadi Sufyan membuatkan Irdina Safiyah terkejut lalu tertawa.


“Apa lah abang ne..nak kenakan Fiyah ye..dah..dah jom pergi makan..lapar dah ne..” jawab Irdina Safiyah tanpa memandang Wadi Sufyan. Wadi Sufyan menarik tangan Irdina Safiyah dan di genggam erat.


“Abang tak main-main..abang sayangkan Fiyah sejak dulu lagi..dalam hati abang cuma ada Fiyah..abang serius ne Fiyah..Fiyah sudi tak terima abang..” luah Wadi Sufyan. Tercenggang Irdina Safiyah sebaik mendengar luahan hati Wadi Sufyan.


“Tapi..kita sepupu..”


“Yes kita sepupu..tapi kita tetap boleh bersama..Fiyah please bagi abang peluang untuk duduk dalam hati Fiyah..” beritahu Wadi Sufyan bersungguh-sungguh.


“Tapi.. ”


“Ok..abang tak paksa Fiyah..” ucap Wadi Sufyan sedikit kecewa.


“Abang..” seru Irdina Safiyah lembut. Wadi Sufyan memandang ke arah Irdina Safiyah.


“Fiyah pun sayang abang..urm..Fiyah terima abang..” beritahu Irdina Safiyah perlahan lalu menundukkan wajahnya. Malu untuk menatap wajah Wadi Sufyan. Jantungnya berdegup kencang.


“Betul ne?” tanya Wadi Sufyan seakan tidak percaya. Irdina Safiyah mengganggukkan kepalanya.


“Terima Kasih sayang..” ucap Wadi Sufyan membuatkan muka Irdina Safiyah yang putih gebu itu memerah malu.


“Sama-sama..dah la..jom pergi makan..Fiyah lapar ne..” ajak Irdina Safiyah sengaja menukar topik untuk menutup malunya. Wadi Sufyan tersenyum bahagia. Mereka berlalu pergi.



*****

No comments:

Post a Comment