Thursday, April 7, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 6 (i)




Di pejabat tempat Irdina Safiyah berkerja..


Irdina Safiyah sedang tekun membuat kerjanya. Seketika kemudian muncul Fakhri Dini di hadapannya. Irdina Safiyah memandang ke arah Fakhri Dini.


“Safiyah..lunch nanti awak ikut saya..” ujur Fakhri Dini.


“Nak pergi mana pula En Fakhri?” tanya Irdina Safiyah. Setahunya hari ini Fakhri Dini tiada temu janji dengan mana-mana client.


“Ikut saja..saya nak kenalkan awak dengan seseorang..” beritahu Fakhri Dini. Berkerut kening Irdina Safiyah. ‘ Kenalkan dengan sape pulak ne..’ rungut Irdina Safiyah.


“Ish! Tak nak la saya..En Fakhri ajak jela orang lain..saya tak minat nak kenal dengan sape-sape..” jawab Irdina Safiyah jujur. Fakhri Dini tertawa sebaik mendengar tolakan Irdina Safiyah. Pelik Irdina Safiyah melihatnya. ‘Eh! Dia gelak pulak..’ rungut Irdina Safiyah lagi.


“Bukannya saya suruh awak tangkap cintan dengan dia..saya nak kenalkan awak dengan bakal bos awak lah..dia akan gantikan tempat saya nanti..” terang Fakhri Dini sambil tertawa kecil. ‘Alamak! Malunya aku..ish! tu la..dia tak abis cite lagi aku dah menyampuk..’ rungut Irdina Safiyah dalam hati sambil tersengih memandang Fakhri Dini.


“Oyeke..En Fakhri tak cakap awal-awal..” jawab Irdina Safiyah sambil tersengih. Fakhri Dini hanya tersenyum melihatnya.


“Awak ikut saya nanti ya..” tanya Fakhri Dini sekali lagi. Memang dia ingin meluangkan masa dengan Irdina Safiyah kerana lepas ini pasti dia tidak dapat melihat wajah yang manis itu.


“Tak pe lah En Fakhri..nanti dia kerja sini pun boleh kenal jugak apa..hari-hari lagi jumpa nanti..” ujur Irdina Safiyah.


“Sorry dear..awak kena ikut juga..lepas ni dah tak dapat pergi mana-mana dengan awak lagi..” ujur Fakhri Dini sengaja mencari jalan untuk meluangkan masa dengan Irdina Safiyah.


“Urm..yela.” jawab Irdina Safiyah serba salah. Fakhri Dini tersenyum gembira.


“That’s my girl..jam 12 kita gerak ok..” beritahu Fakhri Dini lalu berlalu masuk ke dalam biliknya. Irdina Safiyah hanya mampu mengeluh. ‘Haish! En Fakhri..En Fakhri..’ getus Irdina Safiyah.



*****



Di pejabat tempat Wadi Sufyan berkerja..


Di dalam bilik Wadi Sufyan sedang termenung. Fikirannya masih lagi kusut dengan pelbagai masalah. Dengan kehendak mak serta abahnya juga dengan kedegilan Irdina Safiyah membuatkannya tidak tenang.


Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Wadi Sufyan memberi izin supaya masuk. Kelihatan Irsyad Zafran memandangnya lalu melabuhkan punggung di kerusi menghadap Wadi Sufyan..


“Apa hal muka monyok je ni bro?” tanya Irsyad Zafran.


“Entah la..kusut kepala aku..aku dah mati kutu dah ni..” jawab Wadi Sufyan tanpa dapat di faham oleh Irsyad Zafran akan maksud tersiratnya.


“Apa hal la kau ni..sampai meeting tadi pun kau macam tak ada je dalam bilik tu..” tanya Irsyad Zafran lagi. Wadi Sufyan melepaskan keluhan berat.


“Aku ada problem..kau tahukan awek aku tu sebenarnya adik sepupu aku..” beritahu Wadi Sufyan. Dengan Irsyad Zafran lah dia selalu berkongsi suka dan duka, begitu juga dengan Irsyad Zafran. Mereka berkawan rapat sejak dari kolej sampai sekarang.


“Ya..kenapa dengan dia?dia ada boyfriend baru ke?” teka Irsyad Zafran membuatkan Wadi Sufyan marah.


“Wei..cakap tu baik-baik sikit..dia bukan macam tu..” marah Wadi Sufyan. Pantang dia jika orang lain memburukkan buah hatinya itu, walaupun dia tahu Irsyad Zafran hanya bergurau tapi emosinya ketika ini terlalu sensitif.


“Ok..ok..sorry bro..aku gurau je..kau ni angin kus-kus betul la..” ujur Irsyad Zafran.


“Family aku dan Fiyah tak tahu tentang hubungan kitorang..hari sabtu lalu mak aku tiba-tiba beritahu aku dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia..giler..aku terlalu sayangkan Fiyah..aku tak sanggup nak lepaskan dia pada orang lain Zaf..” beritahu Wadi Sufyan. Terpancar kekusutan dari wajahnya.


“Then..Fiyah tahu ke?” tanya Irsyad Zafran. Teringat kembali wajah manis milik Irdina Safiyah. Teringat juga peristiwa dia mempergunakan Irdina Safiyah untuk kepentingannya.


“Tahu..tu aku pelik..dia suruh aku terima perempuan tu..giler apa..tension aku dibuatnya..mak dan abah aku pula asyik push..push aku..Fiyah pula jauhkan diri dari aku..aku buntu..apa aku patut buat Zaf?Aku tak sanggup kehilangan dia..aku juga tak sanggup nak hampakan mak bapak aku..” luah Wadi Sufyan sambil meraup wajahnya.


“Urm..kau tak cuba bincang dengan dia ke?kau dengan dia berdepan dengan mak bapak kau..terus terang tentang hubungan korang..mak bapak kau mesti faham punya..” ujur Irsyad Zafran memberikan pendapatnya. Kesian juga dia melihat Wadi Sufyan yang seperti kematian isteri. Padahal kahwin pun belum.


“Fiyah tak nak..Fiyah terlalu risaukan mak aku..mak aku ada skit jantung..” beritahu Wadi Sufyan, teringat kembali ketika dia dan Irdina Safiyah bertemu.



*****



“Fiyah nak abang terima Diba..”pinta Irdina Safiyah tanpa memandang Wadi Sufyan.


“What!!” terkejut Wadi Sufyan sebaik mendengarnya.


“No..never..abang tak akan terima dia..Fiyah..mana Fiyah tahu?” tanya Wadi Sufyan pelik.


“Mana Fiyah tahu tak penting..abang tolong jangan hampakan harapan mak dengan abah abang..diorg buat semua tu untuk kebaikan abang..maafkan Fiyah..hubungan kita sampai sini saja..” luah Irdina Safiyah lalu bangun ingin meninggalkan Wadi Sufyan. Wadi Sufyan segera mengejarnya.


“No..Fiyah..apa Fiyah merepek ni..abang tak akan terima dia..Fiyah ingat abang ni apa?tak ada hati ke haa..abang tak akan lepaskan Fiyah..” ucap Wadi Sufyan tegas. Merah padam mukanya menahan marah yang teramat sangat.


“Abang..please..untuk Fiyah..” ucap Fiyah pula. Wadi Sufyan mengeluh kuat.


“No..” jawab Wadi Sufyan.


“Abang..” seru Irdina Safiyah perlahan menahan rasa di hati yang kian perit.


“Fiyah..kita sama-sama jumpa mak abang..kita terus terang tentang hubungan kita ya sayang..” ujur Wadi Sufyan memberi cadangan. Irdina Safiyah yang mendengar menggelengkan kepalanya laju.


“Jangan..mak long ada lemah jantung..Fiyah takut nanti mak long terkejut dan kesihatan dia terjejas..Fiyah tak nak..abang tolong faham Fiyah bang..Abang sanggup ke hancurkan harapan mak abang?mak long terlalu berharap supaya abang kahwin dengan pilihannya..tu harapan dan impian dia..lupakan tentang kita..Fiyah tetap dengan abang..sebagai adik abang..” ujur Irdina Safiyah perlahan pada ayat terakhirnya.


“Lupakan?Fiyah nak abang lupakan?Fiyah boleh ke?” tanya Wadi Sufyan sinis. Geram mendengar kata-kata Irdina Safiyah. Irdina Safiyah tidak menjawab hanya mendiamkan diri. Mana mungkin dia melupakan Wadi Sufyan, tapi dia terpaksa.


“Kenapa diam?dah tak ada ayat dah?” tanya Wadi Sufyan keras nadanya. Irdina Safiyah tidak memandang Wadi Sufyan, dia hanya menundukkan wajahnya. Wadi Sufyan mengeluh melihat Irdina Safiyah tidak menjawab pertanyaannya.


“Fiyah..” seru Wadi Sufyan lembut. Irdina Safiyah memandang ke arah Wadi Sufyan.


“Sorry..abang terlalu sayangkan Fiyah..abang tak boleh terima Diba dalam hidup abang..abang tak dapat lupakan Fiyah..” terang Wadi Sufyan perlahan.


“Abang kalo tak terima dia..Fiyah tak nak jumpa abang sampai bila-bila..jangan telefon Fiyah..Fiyah tak akan layan abang lagi..sorry..Fiyah pun sayang abang..tapi kita tak ditakdirkan untuk bersama..”ugut Irdina Safiyah. Dia tak tahu nak buat macam mana lagi, dia terpaksa ugut Wadi Sufyan walaupun itu melukakan hatinya sendiri.


“Fiyah jangan paksa abang macam ni..tolong faham abang..” jawab Wadi Sufyan dengan nada tinggi. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya. Kedegilan Irdina Safiyah membuatkan dia hilang sabar.


“Jangan cari Fiyah lagi..” ujur Irdina Safiyah tekad dengan keputusannya lalu ingin bangun meninggalkan Wadi Sufyan. Melihat saja Irdina Safiyah bangun ingin meninggalkannya dengan pantas tangannya mencapai pergelangan tangan Irdina Safiyah.


“Ok..bagi abang masa..biar abang fikirkan dulu..” jawab Wadi Sufyan lemah.


“Ok..Fiyah nak balik..” ujur Irdina Safiyah. Wadi Sufyan mengeluh.


“Ok..” jawab Wadi Sufyan lalu meghantar Irdina Safiyah pulang kerumahnya.



*****



“Hoi!” tegur Irsyad Zafran kuat. Bengang bila dia bercakap tapi Wadi Sufyan berangan.


“Haa!sorry..” jawab Wadi Sufyan sambil mengeluh. Teringat peristiwa itu. Selepas dia menghantar Irdina Safiyah pulang ke rumah, hingga ke hari ini dia masih lagi tidak bertemu. Ada saja alasan yang di beri oleh Irdina Safiyah. Dia terlalu rindu akan buah hatinya itu. Hampir dua minggu tidak ketemu dan berhubung.


“Sabar la Yan..pasti ada jalan penyelesaiannya..” kata Irsyad Zafran ingin menyedapkan hati rakannya itu.


“Aku rindukan dia..” ujur Wadi Sufyan berterus terang. Irsyad Zafran yang mendengar tersenyum sendiri. ‘Patut la muka macam ayam berak kapur..rindu kekasih hati rupanya..’ getus Irsyad Zafran sambil menggelengkan kepalanya.


“Pergi la jumpa dia..” ujur Irsyad Zafran.


“Entah la..aku telefon kadang dia tak pick up..kalo jawab pun dia diam je..tak bersuara..” beritahu Wadi Sufyan.


“Sabar la..mesti dia pun tertekan tu..” teka Irsyad Zafran.


“Yela..” jawab Wadi Sufyan lemah.


“Dah..jangan la buat muka ayam berak kapur tu lagi..jom ikut aku keluar lunch..aku nak jumpa si Ari ni..” ajak Irsyad Zafran.


“Ok..aku pun dah lama tak jumpa dia..” jawab Wadi Sufyan, lalu mereka berlalu untuk keluar lunch.



*****


No comments:

Post a Comment