Friday, March 25, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 3(iii)



Mereka memilih meja yang tersorok di belakang yang berada di tingkat dua restoran itu, lebih privasi dan terlindung dari orang ramai bak kata Irsyad Zafran. Sedari tadi Irsyad Zafran hanya memerhati Irdina Safiyah tanpa di perasan oleh Wadi Sufyan.


Beberapa minit kemudian mereka yang sedang rancak berbual di tegur oleh seseorang. Kelihatan Hadfinah Arinah yang masam mencuka memandang tepat ke arah Irsyad Zafran. Hadfinah Arinah mengambil tempat berhadapan dengan Irsyad Zafran. Sakit hatinya bila melihat Irsyad Zafran membawa Wadi Sufyan bersama.


“Kenalkan ne Wadi Sufyan..dan ne Irdina Safiyah..” Irsyad Zafran memperkenalkan kepada tunangnya. Hadfinah hanya tersenyum paksa memandang mereka.


“I Hadfinah Arinah..just call me Fina..” Hadfinah Arinah memperkenalkan dirinya.


“Fina..I sebenarnya ada benda nak beritahu U..” beritahu Irsyad Zafran sebelum sempat Hadfinah Arinah memanggil pelayan untuk memesan minuman. Irdina Safiyah yang mendengar memandang ke arah Wadi Sufyan. Wadi Sufyan hanya buat muka selambanya. Ish! Abang ne..dia buat bodoh pula..takkan nak dengar diorang bercakap pula..’ rungut Irdina Safiyah sambil menjeling Wadi Sufyan.


Seketika kemudian Wadi Sufyan meminta diri pergi ke tandas yang berada di tingkat bawah.


“Apa dia?” tanya Hadfinah Arinah dengan nada marahnya. Irdina Safiyah hanya buat tak tahu dan menundukkan wajahnya.


“I nak putuskan pertunangan kita ne..I dah tak sanggup nak menipu diri I sendiri..I harap U faham..” beritahu Irsyad Zafran tanpa berselindung. Terbeliak mata Hadfinah Arinah mendengarnya.


“What!no..U tak boleh buat I macam ne..U dah janji dengan ibu U kan..” jawab Hadfinah Arinah.


Irdina Safiyah semakin tidak selesa berada di situ. Lalu bangun dan ingin meninggalkan mereka, tetapi pantas ditahan Irsyad Zafran. Pergelangan tangan Irdina Safiyah di pegang kemas. Terkejut Irdina Safiyah di buatnya.


“Sorry..tapi I tak boleh nak menipu diri I..I tak pernah cintakan U..cinta I hanya untuk dia..” beritahu Irsyad Zafran sambil menarik Irdina Safiyah dekat dengannya. Terkejut Irdina Safiyah mendengarnya. Hadfinah Arinah semakin baran.


“U tipu I kan..I tahu U upah dia untuk jadikan alasankan..apa bukti U dia girlfriend U..” jerit Hadfinah Arinah. Irsyad Zafran semakin bingung apa yang perlu dilakukannya untuk menjauhi Hadfinah Arinah.


Tanpa berfikir panjang Irsyad Zafran memeluk pinggang Irdina Safiyah erat dan mendekatkan mukanya dekat dengan Irdina Safiyah. Tiba-tiba bibirnya mendarat sekejap di pipi putih bersih milik Irdina Safiyah. Irdina Safiyah terkejut dan kaku dengan tindakan berani Irsyad Zafran. Irdina Safiyah terdiam seketika. ‘Sorry Sufyan..aku terpaksa..’ getus hati Irsyad Zafran.


Hadfinah Arinah yang melihat kejadian itu terus pergi meninggalkan Irsyad bersama Irdina Safiyah.


“Ak..” belum sempat Irsyad Zafran menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba..


PANGG!!!


Pipi Irsyad Zafran di tampar kuat oleh Irdina Safiyah. Perit! Irsyad Zafran memegang pipinya sambil merenung tajam Irdina Safiyah.


“Kurang ajar..kau ingat aku ni perempuan apa haa..” marah Irdina Safiyah.


“Seumur hidup aku..belum pernah ada perempuan tampar pipi aku..” marah Irsyad Zafran dengan egonya. Dah tahu dirinya bersalah bukan nak minta maaf..malah lagi mahu menaikkan darah Irdina Safiyah.


“Kau tu jantan tak guna..” marah Irdina Safiyah lagi. Seketika kemudian kelihatan Wadi Sufyan dari jauh. Irsyad Zafran hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.


“Aku warning kau..jangan beritahu Sufyan..kalo tak..tahu la nasib kau..” ugut Irsyad Zafran. Irdina Safiyah menahan marahnya. Memerah mukanya yang putih itu.


“Eh! Mana tunang kau Zaf..” tanya Wadi Sufyan lalu mengambil tempatnya bersebelahan dengan Irdina Safiyah.


“Balik dah..” jawab Irsyad Zafran serba salah. Irdina Safiyah sedikit pun tidak memandang Irsyad Zafran. Sedang mereka berbual Irdina Safiyah mengajak Wadi Sufyan balik.


“Kenapa awal nak balik sayang?” tanya Wadi Sufyan sambil mengusap lembut tangan milik Irdina Safiyah.


“Kepala Fiyah pening la bang..kita balik ya..” pinta Irdina Safiyah. Yang sebenarnya dia tidak selesa dengan renungan Irsyad Zafran dan sakit hati melihat dan mendengar suara Irsyad Zafran.


“La..tadi ok je..ok..ok kita balik..” jawab Wadi Sufyan risau.


“Zaf..aku balik dulu la ye..” pinta Wadi Sufyan lalu bersalaman dengan Irsayd Zafran. Mereka berlalu pergi. Langkah Irdina Safiyah hanya di perhatikan oleh Irsyad Zafran dari jauh.



*****



Di dalam kereta..


“Sayang ok tak ne?” tanya Wadi Sufyan risau melihat Irdina Safiyah yang sedari tadi tidak bercakap dan hanya memejamkan matanya. Sebaik mendengar suara Wadi Sufyan Irdina Safiyah membuka matanya dan memandang Wadi Sufyan.


“Fiyah ok..abang jangan risau ok..kepala Fiyah pening sikit je bang..nanti ok la ne..” jawab Irdina Safiyah.


“Sayang cakap betul-betul..kalo sakit sangat kita pergi klinik ok..” ajak Wadi Sufyan.


“Eh! Tak pe bang..Fiyah ok la..” jawab Irdina Safiyah bersungguh-sungguh. Seram sebenarnya mendengar perkataan klinik tu.


“Ok..tapi janji dengan abang balik ne makan ubat..tak pun abang tunggu Fiyah makan ubat baru abang balik..” ucap Wadi Sufyan. ‘Ala ubat?aduh macam mana ne..dah la ubat tu besar-besar..’ rungut Irdina Safiyah dalam hati.


“Eh! Tak pe bang..Fiyah janji Fiyah makan nanti ok..abang balik je..tak payah tengok Fiyah ok..” rayu Irdina Safiyah. Wadi Sufyan hanya menggelengkan kepalanya.


“Abang tau Fiyah tak akan makan punya..abang kenal Fiyah..balik ne biar abang yang bagi Fiyah makan ubat..” tekad Wadi Sufyan dengan wajah seriusnya. Irdina Safiyah hanya diam tidak menjawab sebaik mendengar kata-kata Wadi Sufyan.


Sebaik tiba di rumah Irdina Safiyah Wadi Sufyan memberitahu Pn Sarimah Irdina Safiyah tidak berapa sihat. Pn Sarimah segera mengambilkan ubat serta air di dapur.


“Nah makan ubat ni..” arah Pn Sarimah sambil menghulurkan ubat serta air kepada Wadi Sufyan. Wadi Sufyan segera menyambutnya dan di berikan kepada Irdina Safiyah.


“Makan ubat ni cepat..selagi tak telan ubat tu abang tak balik..” arah Wadi Sufyan tegas. Irdina Safiyah sudah menarik muncungnya.


“Tengok tu..orang suruh makan ubat dia tarik muncung..nasib baik kamu tunggu.kalo tak jangan harap dia nak makan ubat..tunggu si Ilham bersuara baru berlari g makan ubat..” bebel Pn Sarimah.


“Yela..yela FIyah nak makan la ni..Ish dah la besar ubat ni..kasi le yang kecil-kecil sikit..ne tak..boleh tersekat dekat anak tekak..bak sini..” rungut Irdina Safiyah dengan muncungnya. Wadi Sufyan menggelengkan kepalanya. Sejurus selepas menelan ubat itu segera diteguk air dengan rakusnya. Wadi Sufyan tertawa melihat gelagatnya.


“Buka mulut..abang nak pastikan ubat tu betul-betul masuk dalam perut..” arah Wadi Sufyan. ‘Ish nak check betul-betul dalam perut operated la nape nak buka mulut pula..’ rungut Irdina Safiyah.


“Haa..merungut lagi..cepat..” arah Wadi Sufyan sekali lagi. ‘Alamak aku tercakap kuat ke?’ getus Irdina Safiyah.


Irdina Safiyah menurut saja dengan muncungnya yang tak tinggal. Setelah memastikan Irdina Safiyah Berjaya menelan ubat itu Wadi Sufyan meminta diri.



*****



No comments:

Post a Comment