Sunday, March 28, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 5 (i)


“Amboi banyak duit nampak..haha..kau nak belanja aku ke Isya?” tanya Jue sambil ketawa.


“Banyak tak cantik muka kau..” jawab Isya sambil membuat memek muka meluat pada Jue.


“Haish!..sampai hati kau berkata seperti itu..tidakkah kau menyayangiku??” Jue mula bermadah sambil membuat muka sedihnya. Isya mengangkat sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain gitu sebaik mendengar tutur kata Jue.


“OMG!..Jue please la..tak yah kau nak bermadah ngan aku kat sini..meluat aku tengok..tengok tu mamat tu pun gelakkan kau je..” beritahu Isya sambil menunjuk ke arah lelaki yang dimaksudkannya itu. Jue yang mendengar kata-kata Isya terus menoleh ke arah muncung Isya tujukan. Lelaki itu hanya tergelak melihat muka Jue yang merah menahan malu.


“Apa gelak-gelak!” marah Jue pada lelaki itu.


“Eh! Terasa plak minah ni..” balas lelaki tu.


“Haha..dah la tu Jue..jom balik..tadi kau kenakan aku..ni nak gaduh-gaduh lak..” Isya cuba meleraikan mereka..


“Sape suruh dia gelakkan aku..huh!” rungut Jue.


Selesai saja mengeluarkan duit mereka pun keluar menuju ke kereta. Jue meminta Isya supaya tunggu sekejap kerana dia ingin ke 7eleven membeli barang. Selesai membeli barang mereka berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan suara seorang wanita. Mereka menoleh ke kanan serentak dan terlihat seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an terbaring di atas jalan. Melihat dari segi penampilan wanita itu Isya berkira wanita ini orang kaya.


“Jue..ade orang kena ragut la..jom tolong dia..” beritahu Isya cemas.


“Yela Isya..jom..jom..” sambut Jue juga cemas. Mereka merapati wanita itu. Wanita tersebut tidak sedarkan diri. Isya menawarkan diri untuk menghantar wanita itu ke hospital. Entah mengapa melihat saja wajah wanita itu satu perasaan yang tidak di ketahui datang menerpa..pelik..entah kenapa perasaan sedih..takut..cemas..risau.. semua datang menerpa.. nape ngan aku ni.. Ah! biar lah..yang penting tolong selamatkan wanita ni dulu.


“Jue kau duk belakang jaga makcik ni ey..” pinta Isya pada Jue.


“Okey..” sahut Jue. Beberapa orang lelaki menolong untuk mengangkat wanita itu memasuki kereta Isya. Selesai saja Isya segera memandu menuju ke hospital.


Setiba saja di hospital wanita itu segera di hantar ke wad kecemasan. Mereka berdua hanya menunggu berita dari doktor tentang keadaan wanita itu.


“Ish! Nape aku risau semacam je ni..” rungut Isya pada Jue. Jue yang leka melihat sekeliling segera memandang tepat ke muka Isya. Ish! Asal muka minah ni risau semacam ni..


“Sabar la..kejap lagi doktor bagi tau la keadaan makcik tu..” Jue cuba mententeramkan Isya.


“Yela..tak tau nape aku risau mcm ni..” rungut Isya lagi.


“Mungkin keadaan dia yang banyak teruk tu buat kau takut n risau kut..aku pun cuak gak tengok makcik tu tadi..sabar la..sama-sama kita doakan untuk dia supaya selamat..” Jue menerangkan pada Isya sambil mengosok belakang badan Isya.


“Aku nak call mak aku la..nanti risau pulak dia..” beritahu Isya. Jue yang mendengar hanya menggangguk. Pantas tangan Isya mendail nombor rumahnya. Beberapa saat kemudian Isya bersuara.


“Hello!Assalammualaikum!..Ibu ey..” tanya Isya.


“Waalaikumsalam..ye Ibu ni..nape Isya?kamu tak balik lagi ke?dah pukul berapa ni..banyak kerja ke syg?” tanya Pn Siti pada anaknya risau kerana sudah jam 6.30 tetapi masih belum pulang..biasanya jam 6 ptg Isya sudah sampai rumah.


“Banyak la jugak kerjanya bu..ni Isya nak bagi tau ibu ni..Isya mungkin balik lambat ckit ari ni..Isya kat hospital skang ni..” beritahu Isya pada Ibunya.


“Haa!!hospital..kamu kenapa?kamu sakit ke?kamu ok tak ni?” soal Pn Siti tanpa henti kerana terkejut mendengar Isya berada di hospital..risau bertamu dihatinya.


“Ibu..ibu jangan risau..Isya ok..Isya sihat..tadi masa kat bank Isya ternampak sorang makcik ni kena ragut bu..teruk..tunggu ambulance datang lambat sangat..tu Isya tolong hantarkan..” terang Isya pada Pn Siti.


“La yeke..ish budak ni..buat orang risau je kat dia..” rungut Pn Siti.


“Heheh..sorry la bu..ibu jangan risau ok..Isya dengan Jue ni..” beritahu Isya.


“Yela2..teruk ke wanita tu syg?” tanya Pn Siti.


“Teruk gak la bu..banyak kuar darah..risau Isya tengok..tak sampai ati pun ada tingok dia mcm tu bu..tu Isya tolong..ni ngah tunggu doktor beritahu keadaan dia bu..” terang Isya satu persatu.


“Yeke..tak pe..Isya tunggu dulu..pape bagi tau ibu ok..jangan balik lambat sangat..awak tu perempuan..balik nanti drive sorang-sorang..” nasihat Pn Siti.


“Ye bu..Isya jaga diri bebaik ok..Isya pergi dulu bu..assalammualaikum!” Isya memberi salam.


“Waalaikumsalam!” sambut Pn Siti. Selesai menelefon Isya melangkah mendapatkan Jue.


“Doktor dah kuar ke belum Jue?” tanya Isya sambil memandang Jue.


“Belum lagi..” beritahu Jue. Beberapa minit kemudian seorang doktor kuar mendapatkan mereka.


“Doktor macam mana keadaan wanita tu?” tanya Isya dan Jue serentak. Doktor lelaki itu tersenyum melihat kami.


“Awak berdua ni kenal dengan Datin Aisyah?” tanya doktor itu lagi tanpa menjawab soalan mereka. Datin?? Jue dan Isya berpandangan antara satu sama lain..no wonder la..tengok penampilan pun macam orang kaya..datin rupanya..


“Tak..” jawab mereka serentak sekali lagi.


“Ok..I know his family..I will contact them and tell them about this..” beritahu doktor itu.


“Baiklah doktor..” belum sempat Isya menamatkan ayatnya doktor itu menyampuk.


“Call me Haris..Dr Haris..” Dr Haris memperkenalkan dirinya. Isya dan Jue hanya tersenyum.


“Isya..this my best friend Jue..and can i know about Datin?how’s Datin condition?” Isya bertanya.


“Datin banyak lose darah..apa-apa pun kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Datin..” beritahu Dr Haris.


“I will pray for Datin..hope she will fine..” beritahu Isya ikhlas.


“Hope so..” sambut Jue Juga Ikhlas.


“I gotta to..awak berdua tunggu dulu ya..” beritahu Dr Haris.


Beberapa jam kemudian muncul seorang lelaki berusia sekitar awal 50-an bersama-sama seorang wanita muda berusia sekitar 20-an berjalan dengan wajah yang cemas. Sebaik saja munculnya Dr Haris lelaki itu serta wanita itu terus menerpa ke arah Dr Haris..barang kali suami Datin Aisyah agaknya..dan wanita itu pasti anaknya..Isya meneka.


“Doktor macam mana dengan wife saya?” tanya lelaki itu.


“Datin will be fine..but...” beritahu Dr Haris tetapi tidak dia menghabiskan ayatnya itu..apakah maksudnya itu??macam mana keadaan Datin??kenapa mesti ada but..but plak ni..haish! suspens betul la..rungut Isya dalam hati..


“Why?” tanya lelaki itu kembali.


“Datuk bertenang dulu..Datin banyak kehilangan darah..dan darah Datin jenis O negatif..darah jenis O negatif hanya boleh menerima darah jenis O negatif..pihak hospital tidak mempunyai bekalan untuk darah jenis O negatif..Datuk jangan risau..saya akan cuba mencari penderma untuk golongan darah O negatif..” terang Dr haris


“Doktor kalo darah jenis O positif boleh ke doktor?darah saya jenis O positif..kalo boleh..saya sudi menderma..” beritahu Jue ikhlas.


“Maaf..sudah saya katakan tadi..Datin mempunyai golongan darah jenis O negatif dan hanya boleh menerima golongan darah O negatif.. Jika diberi darah jenis lain, dan dari rhesus positif, komponen asing pada darah luaran ini akan memulakan satu respons oleh badan yang akan memecahkan sel darah di dalam badannya sehingga tiada lagi sel yang boleh berfungsi untuk membawa oksigen ke badan. Itulah sebab kita dengar orang boleh mati disebabkan kemasukan jenis darah yang tidak bersesuaian..” terang Dr Haris lagi panjang lebar tanpa sedar menyebabkan kerisauan melanda lelaki itu. Ish!Dr Haris ni..berterus terang betul..tak ada tapis-tapis dah cakap..kata hati Isya. Sebaik saja mendengar penerangan Dr Haris lelaki it terus terduduk di kerusi sambil menutup mukanya..mungkin sedih mendengar penarangan itu.


“Doktor..boleh saya derma darah untuk isteri saya?” lelaki itu bertanya.


“Sure..come with me..kita check dulu golongan darah jenis apa and sesuai ataupun tidak..” jawab Dr Haris.


“Saya juga..saya sudi mendermakan darah saya pada Datin..” Isya berkata ikhlas. Sebaik saja mendengar kata-kata Isya lelaki itu terus memandang tepat ke arah Isya..siapa gadis muda ni??


“Who are u?” soal lelaki itu.


“Ops! Sorry Datuk..diorang ni la yang selamatkan Datin dan hantar Datin ke hospital..” jawab Dr Haris menyelamatkan kami.


“Oh..sorry..I’m Datuk Arsyad..this young lady is my daughter..Athirah Syafiqah..” lelaki itu memperkenalkan dirinya dan gadis itu hanya tersenyum paksa. Eh!minah ni..senyum tak ikhlas langsung..kata hati Jue. Oh! Datuk Arsyad..anak rupanya..tapi tak ada rupa dia pun..urmm..Isya berkata.


“It’s ok Datuk..saya Isya..Aleeya Alisya..nie kawan saya..Jue..Juzaila..” beritahu Isya sambil tersenym manis. Jue juga turut tersenyum.


“Ok..come with me..I will check what type your blood..either matches with Datin or not..” kata Dr Haris. Mereka mengikut langkah Dr Haris. Setelah selesai membuat check up. Dr Haris muncul kembali.


“Datuk..Thira..Isya and Jue..saya dah dapat keputusan..darah Isya lebih sesuai untuk Datin..kerana darah mereka dari golongan yang sama..”terang Dr Haris sambil tersenyum pada Isya.


“Yeke..tak pela..alhamdulillah..ada jugak darah yang sesuai..” Datuk berkata. Thirah hanya mencebikkan bibirnya. Entah mengapa hatinya sakit bila melihat Isya tersenyum..cantik..dan dia tak suka jika ada wanita yang lebih darinya..


“Syukur Ya Allah..alhamdulillah..” Ucap Isya sambil memegang tangan Jue dan tersenyum gembira. Entah kenapa hatinya gembira kerana dapat membantu dan menyelamatkan Datin Aisyah.


“Isya..ikut saya..” panggil Dr Haris.


“Alright! Jue kau tolong bagi tau kat Dani ya..aku tak sempat la nak call dia tadi..” pinta Isya pada Jue..


“Yela aku bagi tau dia..kau pegi dulu ok..aku sayang kau Isya..” ucap Jue pulang bernada sedih.


“Woi..rileks la..aku bukan sakit teruk la kau ni..aku pergi derma darah je..apa la kau ni..heheh aku pun syg kau jugak..” balas isya sambil mengenggam tangan Jue erat.


“Sedih duh..yela2..dah2 pergi sana..” Jue cuba berjenaka. Isya tersenyum melihat kelakuan Jue..


No comments:

Post a Comment