Wednesday, September 28, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 21 (i)




“Assalammualaikum..” Isya memberi salam sambil tersenyum. Ketika itu semua yang berada di ruang tamu memandang ke arahnya. Sebaik melihat jelingan tajam dari ibunya dan juga Thira senyumannya mati.


“Waalaikumsalam..mari sini sayang..abah ada perkara nak beritahu sayang..” beritahu En Kamal. Isya melangkah perlahan mendapatkan En Kamal. Jue mengikut dari belakang dan duduk di sebelah Isya. Isya sempat berbalas pandang dengan Dani. Muka Dani nampak tegang saja. ‘Dani pun dah benci dekat aku ke?’ teka Isya sendiri sebaik melihat muka tegang Dani merenungnya. Pedih hatinya melihat renungan Dani itu.


“Kenapa abah?” tanya Isya sebaik saja melihat EN Kamal hanya diam sahaja, tadi kata ada perkara yang dia nak beritahu. En Kamal teragak-agak nak beritahu Isya. Dia tidak mahu anaknya itu kecil hati.


“Beritahu jela bang..nak tunggu apa lagi..” sampuk Pn Siti. Berkerut kening Jue mendengar tutur kata Pn Siti. Lain macam je bunyinya..betul ke dia dah benci dekat anaknya sendiri..apa sebenarnya dah jadi ni?


“Biar saya sajalah yang beritahu dengan Isya En Kamal..” tutur Datuk Arsyad pula. Ya dia hanya nampak Datuk Arsyad, Pn Zubaidah dan Thira sahaja. Tidak kelihatan pula Datin Aisyah. Datin Aisyah mungkin membencinya..fikir Isya.


“Isya..err..pa..pa nak bawa Isya tinggal dengan papa..” beritahu Datuk Arsyad membuatkan terkejut. Begitu juga dengan Jue. Isya memandang En Kamal.


“Abah..” seru Isya perlahan. Sebak rasanya melihat anaknya. Dia terlalu sayangkan Isya. Tak sanggup melihat wajah duka anaknya itu.


“Maafkan abah..mereka lebih berhak atas kamu..” tutur En Kamal. Isya menahan air matanya dari mengalir keluar. Terasa tangannya di genggam erat oleh Jue. Isya memandang Jue dan Jue tersenyum sambil mengengganm erat tanggan Isya untuk memberinya kekuatan untuk hadapi semua ini.


“Tapi..Isya nak tinggal dengan ibu dan abah..” ujur Isya perlahan sambil memandang tepat pada Datuk Arsyad. Thira yang mendengar hanya tersenyum sinis.


“Kalau kau duduk sini..anak aku ni nak campak ke mana?” sampuk Pn Siti.


“Siti..jaga sikit mulut tu..” marah En Kamal. Isya terasa dengan kata-kata ibunya itu. Tapi dia sayang untuk tinggalkan rumah itu, tinggalkan adik-adik, abah dan ibu. Walaupun ibu benci akannya, dia tetap sayang akan ibunya itu.


“Tapi Isya..”


“Ah! Tak ada tapi-tapi..mulai hari ini anak aku Thira akan tinggal dengan aku..dan kau..boleh ikut keluarga kau balik..barang-barang kau aku dah kemaskan semuanya..bilik tu dah jadi milik anak aku..bukan kau..” potong Pn Siti sebelum sempat Isya berkata apa.


Terkedu dia mendengar bicara yang keluar dari mulut ibunya. Begitu sekali layanan ibu yang selama ini membesarkannya.Tanpa memberitahu dan mendengar pendapat dan keputusan aku, ibu sudah sedia mengemas barang-barang aku. Begitu dalam benci ibu pada ku? Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi. Sedaya upaya dia menahan tetapi tetap juga keluar.


“Siti..awak dah melampau..” tengking En Kamal.


“Saya peduli apa..saya benci..benci tengok muka dia dan keluarganya..Datuk dan Puan boleh keluar dari rumah saya sekarang juga..dan kau..pergi berambus ikut keluarga kau…”



PANGG!!!




1 comment: