Saturday, July 16, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 13




Hilman hanya menjadi pendengar akan perbualan mereka. Ikutkan hati dia tidak mahu ikut sama. Hatinya belum lagi dapat menerima semua ini. Beberapa minit kemudian muncul Datin Aisyah dari dapur dan menjemput mereka makan malam.


Selesai saja makan mereka duduk di ruang tamu. Sedari tadi Hilman hanya diam sahaja, hanya bersuara bila di tanya. Sepatah di tanya sepatah di jawabnya. Renungan tajam dari neneknya Pn Azizah hanya di pandang dengan wajah bersahaja. Pasti neneknya marah dengan kelakuannya yang nampak sangat tidak suka.


“Mana Thira Aisyah?” tanya Pn Azizah sambil memandang Hilman yang hanya melayan telefon bimbitnya sedari tadi. Entah apa yang menarik dengan telefon itu dia sendiri tidak tahu. Tujuan dia datang ke rumah ni kerana ingin memperkenalkan Hilman dan Thira. Tetapi sikap Hilman yang sambil lewa itu membuatkannya geram dengan cucu tunggalnya itu. Kelibat Thira juga tidak kelihatan sedari dia sampai di rumah banglo itu.


“Dia belum balik lagi Mak su..” jawab Datin Aisyah. Pn Zubaidah hanya menjeling mendengar jawapan dari menantunya itu. ‘Budak ni saja buat aku sakit hati..aku dah beritahu dia acara malam ni..boleh pula dia keluar..’ rungut Pn Zubaidah dalam hati, geram akan Thira yang tidak mahu mendengar cakapnya itu.


Beberapa minit kemudian terdengar deruan kereta di halaman banglo itu. Pn Zubaidah terus saja bangun dan meluru ke luar rumah. Dia pasti itu mesti Thira. Sebaik melihat Thira keluar dari keretanya terus saja dia menyerang Thira.


“Mana kamu pergi ni haa?” tanya Pn Zubaidah dengan nada keras. Thira dengan muka selambanya.


“Pergi rumah member la nek..diorang ada buat birthday party tadi..” beritahu Thira jujur. Dia tahu pasti neneknya itu marah kerana tidak mendengar kata-katanya.


“Kamu sengaja buat nenek marah kan..kamu dah tahu malam ni nenek nak kenalkan kamu dengan bakal suami kamu...kamu masih lagi keluar..lepas tu balik lewat macam ni..” marah Pn Zubaidah.


“Ala nek..sorry la..ok..ok..jom kita jumpa diorang ok..Thira minta maaf ok..lagi pun Thira dah janji dengan kawan Thira..nenek beritahu lambat..takkan nak cancel pula..nenek jangan marah ye..” ujur Thira memujuk neneknya.


“Dah la..jom masuk..diorang ada dekat ruang tamu tu..” beritahu Pn Zubaidah. Walaupun dia tahu Thira bukanlah cucu kandungnya tetapi buat masa ni dia terpaksa berlakon, dia ada rancangannya sendiri.


“Kenalkan inilah dia Thira..” ucap Pn Zubaidah. Semua mata memandang ke arahnya. Terkejut Datin Kamariah melihat gadis itu. Inikah gadis yang mak mertuanya ingin jodohkan dengan anaknya. Baju tak cukup kain, rambut pula macam mandi air karat.


Dia melihat dari atas ke bawah gadis itu. Thira mengenakan dress pendek berwarna merah yang sedikit terdedah di bahagian dada. Datin Kamariah hanya menggelengkan kepalanya begitu juga suaminya Datuk Hamdan. Tak rela dia bermenantukan gadis seperti itu.


Thira terus saja mendapatkan mereka dan menyalaminya. Thira mengambil tempat bersebelahan dengan Datuk Arsyad, papanya. Datin Aisyah hanya menggelengkan kepala melihat pemakaian anak tunggalnya itu. Berkali-kali di tegurnya tetapi tidak dipedulikan. Sememangnya dia tidak rapat dengan anaknya sendiri gara-gara hasutan dari mertuanya sendiri yang sememangnya tidak menyukainya.


“Hilman..apa lagi.pergilah berbual dengan Thira..” arah Pn Azizah. Sebaik mendengar arahan itu Hilman terus saja bangun dan menuju ke luar rumah. Malas mahu mendengar neneknya membebel dia turutkan juga. Thira mengikut langkah Hilman. Mereka duduk di bangku batu di halaman rumah banglo itu. Mereka diam tanpa bicara. Akhirnya Thira memecahkan suasana sunyi itu.


“So..you setuju ke dengan rancangan nenek you dengan nenek I tu?” tanya Thira memulakan bicara.


“I don’t know..” jawab Hilman acuh tak acuh. Thira mencebikkan bibirnya. ‘Kerek betul mamat ni..muka handsome dah..’ getusnya dalam hati.


“Why?” tanya Thira pula. HIlman tidak menjawab pertanyaan itu.


“Ok..look..seriously I tak ready lagi untuk this married..tapi I terpaksa ikut kehendak nenek I..” tutur Thira.


“I pun terpaksa ikut kehendak nenek I..actually I ada pilihan hati I sendiri..” tutur Hilman pula berterus-terang.


“Good..kita sama-sama tak setuju dengan rancangan diorang tu..so better kita batalkan je..I tak nak hidup I terkongkong lepas kahwin..I ada life I sendiri..I nak hidup bebas..” tutur Thira sedikit gembira. Hilman yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya. ‘Kalau senang nak batalkan dah lama dia batalkan..’ rungutnya.


“I dah try slow talk dengan diorang..tapi diorang still dengan keputusan diorang..” keluh Hilman. Thira mengeluh mendengar kata-kata Hilman itu.


“Apa-apa pun I tak akan setuju dengan rancangan ni..” ujur Thira.



*****



“Yes..what do you want?” tanya Hilman dengan tegas. Marah mungkin kerana kerjanya terganggu, fikir Isya. ‘ Ah! Lantak la..’ kata hati Isya.


“Actually..” ucap Isya lambat-lambat. Tak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Rasa kekok pula bila kena cakap elok-elok dengan Hilman. Biasanya mereka hanya bertikam lidah.


“What! Don’t west my time..i have a lot work to do..if tak ada apa-apa you may go out now..” marah Hilman. Isya terasa dengan Hilman.


“Actually aku datang ni bukan nak kacau kau ke apa..aku just nak inform kau je..aku cuti start khamis ni..and aku nak jemput kau ke majlis pertunangan aku..actually kalau kau tak nak datang pun tak pe..aku just nak ambil bahasa je..ok tu je yang aku nak cakap..thanks luangkan masa..and sorry because west your time..do you work ya..” ucap Isya lalu terus saja keluar dari bilik Hilman.


‘Eii..suka hati dia je halau aku..kurang asam betul..karang aku tak jemput terasa hati pula..ni aku nak jemput dia halau aku..eii geramnya..’ rungut Isya.


Hilman termenung di dalam biliknya. Masih lagi terkejut dengan kata-kata Isya. Dia meraup wajahnya perlahan. Menyesal kerana terlalu ikutkan hati memarahi gadis itu. Hatinya merasa sakit sebaik mengetahui Isya akan bertunang dengan orang lain. Tapi kenapa perlu rasa sakit?AKu tak sanggup melihat dia dengan lelaki lain.


“Kau cemburu Hilman..” kata hati Hilman. Hilman berperang dengan perasaannya sendiri.


“Tak! Aku tak cemburu..” jawab Hilman keras.


“Kau cintakan dia..”


“Tak..tak mungkin..” jawab Hilman sambil menggelengkan kepalanya.


“Kau cintakan dia Hilman..”


“No..” jawab Hilman sedikit tinggi suaranya.


“Kau akan kehilangannya..”


“No..aku tak akan kehilangannya..dia milik aku..” jawab Hilman tanpa sedar.


Ya Allah, apa yang aku cakap ni. Hilman meraup wajahnya sekali lagi. Fikirannya terlalu berserabut. Terus saja dia bangun dan keluar dari biliknya. Dia harus menenangkan hati dan fikirannya.


“Nora..cancel semua appointment saya..and saya tak akan masuk office lagi..” beritahu Hilman pada setiausahanya. Nora hanya menganggukkan kepalanya. Gerun melihat wajah Hilman yang tegang itu. Lagi-lagi selepas mendengar Hilman menjerit sebentar tadi. Terkejut dia. Terpikir juga dia, bos dia dah tak betul ke? Ish! Jauh sungguh kau fikir Nora.


Sewaktu melalui bilik Isya dia terserempak dengan Isya. Mereka hampir saja berlanggar. Hilman ke kiri Isya ke kiri, Hilman ke kanan Isya ke kanan. Hilman mendengus kasar. Terus saja dia mengenggam kedua belah bahu Isya dan menolaknya ke tepi.


Isya pelik melihat kelakuan Hilman. Biasanya mesti dia marah. Ni satu suara pun tak keluar dari mulutnya. Jangan kata suara, pandang pun tidak. ‘Eh! Isya..kau peduli apa dengan dia..biarkan je dia tu..lagi bagus..aman sikit kau..’ getus Isya.


Jue yang melihat insiden itu mengangkat keningnya ingin tahu kenapa dengan bosnya itu. Isya hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.



*****






No comments:

Post a Comment