Monday, August 1, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 15




<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

“Puan..ada orang cari Puan dekat luar..” ujur Mak Mah pada Pn Zubaidah yang ketika itu sedang menonton tv di ruang atas rumah banglo itu.


“Tak tahu Puan..namanya Ariffin..katanya nak jumpa Puan..” terkejut Pn ZUbaidah sebaik mendengar nama itu meniti di mulut pembantu rumahnnya itu. Pantas saja dia melangkah ke luar rumah. Mak Mah yang melihat tingkah Pn Zubaidah hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.


“Kenapa kau datang sini?aku dah pesan jangan datang dekat rumah..apa-apa telefon ke aku..” marah Pn Zubaidah sebaik melihat Ariffin yang tenang duduk di halaman rumahnya itu.


“Maaf Puan..” ujur Ariffin. Tahu itu salahnya. Alang-alang dah lalu di situ dia singgah terus sajalah.


“Ada apa kau datang ni..” tanya Pn Zubaidah.


“Sebenarnya Puan..saya datang ni nak bagi maklumat ni dekat Puan..saya dah jumpa budak perempuan tu..” beritahu Ariffin sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 paper itu.


“Kau dah jumpa dia?Kau pasti itu dia?Kau pasti tak salah orang?” tanya Pn Zubaidah.


“Saya pasti Puan..dari maklumat yang Puan berikan itu..ini lah yang saya dapat..semuanya ada dalam sampul tu termasuk gambar dia sekali..” ujur Ariffin dengan yakin.


“Baik..tunggu sekejap..” ujur Pn Zubaidah dan berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan sampul kecil di tangannya.


“Nah..ni upah dia..kalau ada apa-apa aku akan telefon kau balik..terima kasih..” ucap Pn Zubaidah.


“Baiklah..terima kasih Puan..” ucap Ariffin pula dan berlalu pergi.


*****


Sudah hampir seminggu Isya bergelar tunang kepada Dani. Seminggu jugalah dia aman di pejabat kerana ketiadaan Hilman. Hilman out station ke Pulau Pinang selama seminggu atas urusan kerja.


Nora yang sedang leka membuat kerjanya terkejut apabila telefon di mejanya berbunyi tiba-tiba. Dengan segera dia menjawab panggilan itu.


“Hello..H & K Holding..may I help you..” ucap Nora sebaik menjawab panggilan itu.


“Nora..saya ni..tolong sediakan bilik mesyuarat..ada meeting tergempar dengan Datuk Hamdan jam 3.30 petang..pastikan semua perkerja ada ya..saya on the way ke office ni..” beritahu Hilman.


“Baiklah En Hilman..” jawab Nora. Pelik kerana Datuk Hamdan membuat mesyuarat tergempar macam ni..pasti ada yang tak kena ni.


“Thanks Nora..” ucap HIlman dan terus menamatkan perbualan itu. Sejurus itu Nora terus saja pergi menyediakan bilik mesyuarat dan memberitahu para pekerja tentang mesyuarat tergempar itu.


*****


“Eh! Kenapa Datuk buat mesyuarat ek?” tanya Zalina pada Mazlin.


“Entah lah Kak Zal..Lin pun tak tahu..” jawab Mazlin. Isya duduk bersebelahan dengan Jue. Mereka semua menanti kedatangan HIlman dan Datuk Hamdan.


Beberapa minit kemudian pintu bilik mesyuarat di tolak dari luar. Kemudian munculnya Hilman bersama Datuk Hamdan. Sebaik mereka berdua mengambil tempat mesyuarat di mulakan.


“Assalammualaikum..dan salam sejahtera..apa khabar semua?” tanya Datuk Hamdan memulakan bicara.


“Waalaikumsalam..baik Datuk..”


“Baiklah..tujuan saya buat mesyuarat tergempar ni kerana ada berita yang ingin saya sampaikan..” beritahu Datuk Hamdan. Mereka semua diam menanti bicara seterusnya dari Datuk. Manakala Hilman pula sedari tadi hanya merenung Isya. Rindu untuk melihat wajah itu. Hampir seminggu dia tidak bersua muka. Isya tidak perasan dirinya di renung Hilman kerana leka mendengar bicara Datuk Hamdan.


“Berita apa tu Datuk?” tanya Haikal. Datuk hanya tersenyum mendengar pertanyaan itu.


“Kita berjaya dapat projek dengan S & S Holding..syukur Alhamdulillah..semua ini atas usaha kamu semua..” beritahu Datuk Hamdan. Mereka semua bertepuk tangan dan tersenyum gembira memandang antara satu sama lain.


“Oleh kerana itu saya ingin bawa kamu semua bercuti..” beritahu Datuk Hamdan. Masing-masing bersorak gembira mendengarnya. Isya tersenyum memandang Jue. Ketika dia berpaling matanya bertemu dengan Hilman. Berderau darahnya sekejap sebaik melihat Hilman yang merenungnya. Segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.


“So..kamu berbincang la bersama tempat yang menarik kamu semua ingin pergi..” ujur Datuk Hamdan sambil tersenyum.


Setelah berbincang destinasi yang ingin mereka tuju akhirnya mereka memutuskan untuk pergi ke Perlis. Mereka akan pergi bulan depan.


“Baiklah..kata putus telah pun di ambil..nanti saya uruskan..terima kasih semua..sampai sini saja perbincangan kita..saya minta diri..assalammualaikum..” ucap Datuk Hamdan dan bangun ingin keluar. Ketika tiba di pintu bilik mesyuarat itu Datuk Hamdan toleh semula.


“Oh ya..Isya..jumpa saya lepas ni..” arah Datuk Hamdan. Terkejut Isya mendengar arahan itu. Begitu juga dengan Hilman. Pelik, kenapa bapanya ingin berjumpa dengan Isya.


“Baiklah Datuk..” jawab Isya perlahan. Dalam kepala pelbagai persoalan yang berputar memikirkan tujuan Datuk Hamdan ingin bertemu dengannya. Jue memandangnya sambil mengangkat keningnya ingin tahu. Isya hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.


*****


“So macam mana kerja awak Isya?” tanya Datuk Hamdan sambil menilik dokumen-dokumen di atas mejanya.


“So far Alhamdulillah Datuk..tak ada masalah..” jawab Isya jujur.


“Saya harap awak bersabar sikit dengan sikap anak saya Hilman tu..dia tu angin satu badan..awak jangan ambil hati dengan sikap dia..kalau ada apa-apa masalah beritahu saya..tahulah saya uruskan dia..saya suka cara kerja awak dan saya tahu awak berkerja macam mana..so Hilman tak boleh marah-marah awak macam tu..saya tak sangka awak berani lawan cakap dia..selama ni tak pernah sorang perempuan pun yang berani lawan cakap dia..” ujur Datuk Hamdan.


“Maaf Datuk..bukan saya tak hormat En hilman..cuma..” jawab Isya gagap. Pelik, macam mana Datuk boleh tahu perihal dia dengan Hilman. Padahal Datuk Hamdan bukannya selalu di pejabat.


“Saya tak marahkan awak Isya..lagipun sikap Hilman tu dah melampau..suka-suka hati marah awak..cuma saya harap awak bersabar la dengan sikap dia tu ye..takut juga saya hilang pekerja sebaik awak kerana sikap anak saya tu..” ujur Datuk Hamdan.


“Ish! Tak la sampai macam tu sekali Datuk..biasalah orang muda angin dia lain sikit..” ucap Isya. Datuk Hamdan hanya tersenyum mendengarnya.


“Tak tercapai hajat saya nak bermenantukan awak Isya..” ucap Datuk Hamdan membuatkan Isya tersedak.


“Ish! Datuk ni..ke situ pula dia..” biar betul Datuk ni..bergurau pun agak-agak la..kalau nak kawin dengan singa tu..huh! tak nak aku!


“Memang hajat saya Isya..saya tahu awak pun dah bertunang..tak tercapai la tu namanya..” ucap Datuk Hamdan sambil tertawa kecil.


“Pandai Datuk ni bergurau..kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu Datuk..” ujur Isya sambil tersenyum sumbing.


*****


Hilman di dalam bilik tidak senang duduk memikirkan tujuan bapanya ingin bertemu dengan Isya. Sedari tadi dia berjalan ke kiri dan ke kanan. Sebaik melihat kelibat Isya melintas di hadapan biliknya segera dia mendapatkan Isya. Pintu bilik Isya di tolak kasar. Terkejut beruk Isya di buatnya.


“Apa Datuk cakap dengan kau?” tanya Hilman. Berkerut kening Isya melihat Hilman.


“Kenapa kau nak tahu pula..” jawab Isya. Jawapan yang membuatkan hati Hlman makin panas.


“Aku tanya tu jawab jela..” marah Hilman.


“Pergilah tanya sendiri..” jawab Isya lagi tanpa mempedulikan Hilman yang merenungnya tajam.


“Kau!..” tengking Hilman.


“Hilman!” tegur Datuk Hamdan tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Isya. Mukanya garang merenung Hilman dan terus berlalu pergi. Isya mencemiknya bibirnya apabila di tenung geram oleh Hilman. Terus saja dia keluar dari bilik Isya.


“Padan muka!!” ucap Isya sendirian di dalam biliknya.




1 comment: