Friday, April 16, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 7 (ii)



“Assalammualaikum..” ucap Dani.


“Waalaikumsalam..sampai dah..masuk la dulu..diorang tak siap lagi tu..” beritahu Isya.


“Cantiknye sayang hari ni..” puji Dani ikhlas. Muka Isya yang putih bersih itu memerah. Malu!


“Perli ey?!” jawab Isya pula.


“Mana ada..serius..sayang cantik hari ni..” ucap Dani. Serius comel pulak awek aku hari ni. Isya mengenakan t-shirt polo warna oren seluar jeans levi’s warna biru pekat manakala rambutnya yang lurus itu dilepaskan. Simple tapi comel! Cair beb..


“Mengarut je dia ni tau..” balas Isya. Eh! Awek aku ni..aku puji dia..dia kata aku mengarut lak..haish!


Dani melangkah masuk ke rumah Isya dan berlalu ke ruang tamu. Dani menghulurkan tangannya pada Pn Siti serta En Kamal.


“Duduk la dulu Dani..kejap lagi turun la budak-budak tu..Isya pergi panggilkan budak berdua tu..” arah Pn Siti. Segera Isya melangkah pergi.


“Ibu dengan abah kirim salam dekat makcik and pakcik..ibu cakap senang-senang datang la rumah..” beritahu Dani.


“Waalaikumsalam..insyaallah..patut diorang yang datang sini..datang meminang sekali kan Siti..” kata En Kamal sambil tersengih. Saja ingin menyakat tapi dalam hati memang nak tengok anaknya kawin.


“Apa la abah ni..” sampuk Isya tiba-tiba dari tangga. Dani yang mendengar segera berpaling melihat Isya sambil tersenyum.


“Bukan saya tak nak pakcik..ni tanya anak pakcik..kalo saya sekarang jugak saya suruh ibu datang merisik..” jawab Dani sambil ketawa memandang Isya yang sedang membesarkan matanya memandang Dani. Isya yang mendengar segera mencubit lengan Dani.


“Aduh!” Dani menggosok-gosok lengannya perit. Peh! ketam batu dah menyerang.


“Isya..Isya..berapa lama lagi kamu nak tunggu ni..jangan sampai Dani cari lain nanti baru tahu..” sampuk Pn Siti pula.


“Berani cari la..” jawab Isya pula sambil menarik muncungnya.


“Heheh..tak de la makcik..tunggu ekonomi stabil dulu..” jawab Dani sambil mengenyitkan matanya pada Isya. Isya yang dengar jawapan Dani tersenyum lega. Sayang Dani la..


“Kak long..abang Dani jom..kita orang dah siap..” sampuk Iya tiba-tiba. Di belakangnya kelihatan Adli sedang membetulkan rambutnya.


“Lambat betul tunggu korang ni..tinggalkan baru tahu..” jawab Isya.


“Dah la..jom gerak..” ajak Dani pulak. Isya hanya menggangguk.


“Ibu..abah..kita orang pergi dulu ey..” beritahu Isya sambil menyalami kedua orang tuanya, diikuti Dani serta Adli dan Iya.


“Yela..bebaik..” pesan Pn Siti.


“Makcik..pakcik saya pergi dulu..” beritahu Dani pula.


“Yela..hati-hati memandu..” pesan Pn Siti pada Dani pula.


“Ye..bebaik memandu tu..pergi la survey cincin kawin sekali ye..” sakat En Kamal pada Isya. Isya yang mendengar menarik muncungnya. Ish! Abah ni..saja je nak kenakan orang tau..mukanya mulai merah..malu!


“Baik pakcik!” jawab Dani sambil tabik pada En Kamal ala-ala polis gitu haa. Sejurus itu laju saja tangan Isya hinggap ke pinggangnya.


“Aduh!” Dani menggosok-gosok pinggangnya. Isya tersengih mengejek pada Dani. Adli dan Iya yang melihat mentertawakan Dani. Padan muka kena cubit dengan ketam batu..



*****



“Hello bro..” ucap Khai.


“Hello..waalaikumsalam..bro..” jawab Hilman. Alamak terkena lagi aku..getus hati Khai.


“Heheh..assalammualaikum..wei kau kat mana ni?” tanya Khai.


“Aku on the way ni..kau dah sampai ke?” tanya Hilman pula.


“Kau cuba tengok jam kau sikit..” kata Khai. Alamak! Pukul 3..hahah..nasib kau la Khai.


“Hahaha..sorry bro..aku lambat sikit..biasa la orang hensem nak bersiapkan..” jawab Hilman dalam tawanya.


“Ah! Sudah..perasan pulak kau ni..cepat wei..lambat la kau ni..penat aku tunggu..” rungut Khai.


“Yela.. kejap lagi aku sampai..” jawab Hilman. Sejurus itu telefon di matikan.



*****



“Hahaha..serius..kelakar giler cerita tadi..sakit perut gelak..” beritahu Adli sambil tergelak.


“A’ah kan angah..kelakar giler..tak boleh bla betul la..” jawab Iya pula juga ketawa. Isya melihat kedua-dua adiknya itu gelak turut tergelak teringatkan cerita tadi..Adnan sempit..memang betul-betul sempit..hahah


“Sudah la tu..haa korang nak makan dulu ke nak main bowling dulu?” tanya Dani.


“Haa? Makan?makan apa?abang Dani belanja ke?” tanya Iya sambil menggosok-gosok kedua tangannya. Yeay! Ada orang nak belanja..kena balun cukup-cukup ni..heheh


“Yela..KFC jom..” ajak Dani. Mendengar saja KFC bersinar-sinar mata Iya dan Adli. Isya yang melihat gelagat adik-adiknya hanya menggelengkan kepala saja.


“Layankan la sangat budak-budak ni..bagi roti je cukup..” sampuk Isya pula.


“Apa la along ni..kedekut..macam mana la abang Dani boleh terpikat ni..” jawab Adli pula. Terbeliak mata Isya. Pantas tangannya mencubit lengan Adli.


“Auw...auw..sakit la long..huhuh..apa ni..dera orang ni..” adu Adli sambil membuat muka sedihnya. Adehh! Sakit siot..


“Hahah..padan muka..” ejek Iya pada Adli sambil ketawa. Adli memandangnya tajam. Iya menjelirkan lidahnya.


“Ni lagi satu..ketawakan orang je ye..” Isya berkata sambil mencubit pipi Iya. Iya mengaduh sakit sambil menggosok-gosok pipinya. Iya menarik muncungnya. Tiba masa Adli pula mentertawakan Iya.


“La! Ingatkan akaknya je pandai..rupanya adiknya pun sama..” kata Dani sambil ketawa.

“Haa?! Apa dia? Tak dengar la..” Isya berkata sambil mencubit pinggang Dani. Dani mengeliat sakit.


“Auw..auw..sayang..sakit la..sampai hati tau..Adli jom..” ajak Dani pura-pura merajuk. Padan muka..kenakan orang lagi..huh! getus hati Isya.


“Eh? Nak pergi mana pulak?” tanya Adli bingung. Adehh! Dani menepuk dahinya.


“Pergi cari awek..awek sorang ni garang semacam je..huhuh..” saja Dani menyakat Isya. Isya yang mendengar menarik muncungnya. Haa! Tu kan dah cakap..Dani tersenyum.


“Pergilah..nak sangat kan..Ok Fine..bye..bye..” rajuk Isya sambil menjeling Dani. Iya dan Adli yang melihat ketawa saja. Hisy! Budak dua ekor ni tahu gelak je..huh! rungut Isya dalam hati.


“Alolol..jangan merajuk sayang..gurau pun tak boleh..” pujuk Dani. Isya buat tak tahu saja lalu melangkah pergi. Berlakon je tu..Kasi Dani takut..rasakan!! heheh..


Alamak! Merajuk betul dah..huhu..padan muka kau Dani..rungut Dani dalam hati. Segera melangkah mengejar Isya. Iya dan Adli hanya mengikut langkah mereka. Adehh! Merajuk pulak..orang dah lapar ni..rungut Iya.


“Sayang..” panggil Dani lalu menarik tangan Isya. Isya pura-pura buat muka marah.


“Apa!” jawab Isya.


“Ala Dani gurau jela..sayang..jangan macam ni ey..please..” rayu Dani lagi. Isya ketawa dalam hati. Padan muka! Isya tidak pedulikan Dani lalu melangkah pergi.


“Iya..Adli..” panggil Dani.


“Ye..nape?” jawab Iya dan Adli serentak.


“Korang pergi cari tempat makan ok..kejap lagi abang datang..nanti mesej korang kat mana tau..” beritahu Dani.


“Abang nak pergi mana?” tanya Iya. Dani tidak menjawab tetapi cuma tersenyum saja.


“Ala..hal orang lelaki la mana boleh tahu..” sampuk Adli pula seakan tahu apa Dani nak buat. Dani memandang Adli lalu mengenyitkan matanya.


“Yela..” jawab Iya.


Dani berlalu pergi. Adli dan Iya segera mengejar Isya.


“Along..laju giler kau jalan..penat kita orang kejar..” rungut Adli. Isya tercari-cari bayang Dani tetapi tiada. Mana dia pergi pulak ni..jangan kata dia pulak yang merajuk..aduh!!


“Dani mana?” tanya Isya pada adik-adiknya. Adli dan Iya hanya mengangkat bahu.


“La tak de suara dah ke?” tanya Isya geram melihat adik-adiknya tidak menjawab.


“Entah..kejap lagi sampai la tu..pergi tenangkan diri kut..penat memujuk la tu..” jawab Adli selamba. Hisy! Budak ni perli aku pulak..rungut Isya.



*****



“Mak..” panggil Datuk Arsyad. Pn Zubaidah memandang ke arah anaknya.


“Kenapa?” tanya Pn Zubaidah. Datuk Arsyad tidak menjawab pertanyaan Pn Zubaidah malah termenung bagai mengingatkan sesuatu.


“Hei! Kenapa ni? Kamu tak sihat ke? Apa si Aisyah dah sihirkan kamu ke?” Pn Zubaidah berkata sinis.


“Mak!” marah Datuk Arsyad.


“Apa..salah ke mak cakap..” jawab Pn Zubaidah. Datuk Arsyad mengeluh.


“Sudah la tu..benda dah lepas mak..lagi pun bukan salah Aisyah mak..” terang Datuk Arsyad.


“Ah! Kamu sentiasa nak menangkan perempuan tu kan..tak pernah nak dengar cakap aku ni..” jawab Pn Zubaidah berjauh hati dengan anaknya. Anak teruna keduanya.


“Mak..cukup la..” marah Datuk Arsyad.


“Ah! Kamu nak menangkan perempuan tu je..sudah!! jangan pedulikan aku ni..pergi layan bini kau tu!!” tengking Pn Zubaidah lalu bangun meninggalkan Datuk Arsyad berseorangan di pondok itu. Datuk Arsyad mengeluh untuk kesekian kalinya.



*****



Tit! Titt!! Telefon Dani berbunyi tanda mesej masuk. Segera di keluarkan telefon bimbit Nokia N96 itu. Melihat ada satu mesej segera dibuka untuk membaca isinya.


Abang kita orang dekat Kopitiam tau..KFC..MCD penuh..saja pilih Kopitiam nak bankrupkan abang sekali sekala..hehehe cepat..Along dah resah semacam dah ni..heheh


Sebaik membaca pesanan ringkas dari Iya tu Dani tertawa kecil. Macam-macam la budak ni..Segera Dani melangkah mendapatkan mereka.


“Eh! Isya right?” tegur seseorang. Isya berpaling melihat siapa gerangan yang menegurnya.


“Ya..sape ek?kita kenal ke?” tanya Isya. Sedaya upaya cuba mengingati wajah itu.


“Khai la..lupa dah ke? Yela sape la kita ni kan..” jawab Khai.


“Ooo..Khai..sorry lupa la..” jawab Isya sambil tersenyum malu kerana terlupa.


“It’s ok.. Ni adik-adik U ke?” tanya Khai.


“Yup..this my sister Aliya Arissa..and this is my brother Adli Amsyar..” Isya memperkenalkan mereka.


“Oo..hai..nice too meet U all..bertiga je ke?” tanya Khai lagi sekadar berbual kosong.


“Tak la..waiting some one ni..” jawab Isya sambil tersenyum.


“Ooo..bo..”


“Bro sorry lambat..” belum sempat Khai menghabiskan ayat bahunya di tepuk dari tepi. Isya terkejut mendengar suara itu..No..minta-minta bukan dia..

2 comments:

  1. hohoohhoo....
    jmp jg ngn hilman 2....
    sape hero dia ni ekkk...??

    ReplyDelete