Sunday, May 16, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 8



“Isya sayang..” Isya terdengar suara yang tidak dikenali memanggilnya. Segera dia membuka mata.


“Isya sayang..maafkan atuk..” ucap lelaki tua itu pada Isya. Isya pelik. Siapa lelaki tua ni? Kenapa dia minta maaf dengan aku? Macam mana dia tahu nama aku?


“Atuk ni sape?macam mana tau nama Isya?” tanya Isya jujur. Lelaki tua itu tidak manjawab soalannya lalu tersenyum memandang Isya dari jauh.


“Atuk minta maaf Isya..Atuk banyak dosa dengan ibu Isya..maafkan atuk..” ucap lelaki tua itu lagi. Lelaki tua itu semakin jauh dan jauh.


“Atuk!!” jerit Isya.


“Atuk! Tunggu..” jerit Isya lalu bangun sambil membuka matanya. Mimpi benda yang sama buat kali keduanya. Diraup mukanya lembut. Siapa atuk tu? Soal Isya dalam hati.


Banyak persoalan yang bermain di benak fikirannya. Ah! Baik aku mandi dulu. Isya segera bangun dari katil terus mencapai tuala di penyidai lalu memasuki bilik air.


Selesai saja mandi dan bersiap Isya termenung di balkoni biliknya. Siapa gerangan atuk tu? Macam mana dia tahu nama aku? Ayah ibu ke? Tapi..arghh!! apa maksud atuk tu..minta maaf sebab apa pulak? Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya. Sudah dua kali Isya mimpi perkara yang sama. Biar jela..



Ketika sedang khusyuk melayan perasaan telefon bimbit Nokia E63 berwarna merah itu berbunyi. Isya yang sedang asyik termenung tidak perasan akan bunyi telefon bimbit itu. Sekali lagi telefon itu berbunyi membuatkan Isya terkejut lalu dengan pantas mengangkat panggilan itu tanpa melihat siapa gerangannya.


“Hello! Assalammualaikum..” ucap suara garau itu.


“Hello..waalaikumsalam..” jawab Isya.


“Isya ke ni?” tanya suara itu lagi. Eh! Sape lak call aku ni..rungut Isya. Di lihat no yang tertera..urm no yang tak dikenali..sape lak ni..


“Ye saya..awak ni sape? Nak apa?” tanya Isya lembut. Tanpa menjawab soalan Isya telefon terus dimatikan. Isya segera memandang telefonnya. Eh! Ah! Lantak kau la..malas nak layan..terus saja Isya menuju ke bawah.



*****



Di dalam bilik Hilman sedang menggenggam kuat telefon bimbitnya. Beberapa saat kemudian di lemparkan telefon itu ke atas katil lalu meraup mukanya berkali-kali dengan kuat.


Kakinya melangkah menuju ke balkoni di biliknya, memandang ke sekeliling. Fikirannya teringat akan kejadian malam semalam. Semudah itu nenek serta atuknya membuat keputusan untuknya. Seketika terbayang wajah manis Isya. Argh!! Ya allah..


Sedang asyik melayan perasaan pintu biliknya di tolak seseorang. Hilman memandang ke arah pintu biliknya.


“Hilman turun sarapan sayang..mama masak special untuk Hilman hari ni..” ajak Datin Kamariah lembut sambil mengusap kepala Hilman yang sedang duduk menghadap pemandangan luar di balkoni biliknya.


“Tak pe la ma..tak ada selera la ma..mama pergi la makan dulu..kalo lapar nanti Hilman turun makan..” jawab Hilman tanpa memandang Datin Kamariah yang sedang mengeluh. Hilman masih setia termenung di situ. Datin Kamariah datang merapati Hilman.


“Hilman tak sihat ke?” tanya Datin Kamariah risau sambil meletakkan tangannya ke dahi Hilman.


“Hilman sihat la ma..tak de selera je..” jawab Hilman lagi.


“Hilman masih marahkan atuk dengan nenek ke?” tanya Datin Kamariah. Hilman yang mendengar tersenyum sinis. Hilman tak marah mama..Hilman suka sangat-sangat ma..perli Hilman tetapi dalam hati. Hilman mengeluh.


“Apa lagi pilihan yang Hilman ada ma..” jawab Hilman sinis. Datin Kamariah yang mendengar hanya mengeluh.


“Mama minta maaf..mama cuba bantu Hilman tapi diorang tetap dengan keputusan diorang..maafkan mama sayang..” terang Datin Kamariah lalu menggalirkan air mata sedih mengenangkan nasib anak tunggalnya itu.


“Mama tak salah..tak apa ma..Hilman terima..jika itu takdirnya untuk Hilman..Hilman redha ma..” jawab Hilman menyedapkan hati mamanya. Tidak sanggup dia melihat mamanya sedih begitu. Tapi..keputusan apa yang perlu dia buat? Menjaga hati orang tuanya serta nenek dan atuknya maka melukakan hati sendiri..argh!! kusut kepala aku..rungut Hilman dalam hati.


“Betul ke?Hilman setuju dengan kemahuan atuk dan nenek?” tanya Datin Kamariah seakan tidak percaya mendengar jawapan yang di beri oleh Hilman. Malam tadi bukan main lagi bertegang leher dengan atuknya, ni lain pulak jadinya.


“Mungkin..” jawab Hilman keliru dengan keputusannya sendiri. Dia sendiri tidak pasti apa jawapan yang harus di beri. Buntu..


“Ini tentang masa depan kamu sayang..fikir la betul-betul..apa pun keputusan kamu..mama sentiasa di sisi kamu..” ucap Datin Kamariah sambil memeluk erat anaknya.


“Terima kasih ma..” ucap Hilman sambil memeluk mamanya kuat.



*****



“Dani!” panggil Dayana kakak kedua Dani.


“Yes my lovely sister..” sahut Dani sambil mengenyitkan mata pada Dayana. Dayana segera menyekel kepala adiknya.


“Aduh! Apa la angah ni..” rungut Dani sambil menggosok kepalanya. Dayana hanya tersenyum mengejek pada Dani. Padan muka!


“Dani..Ibu tanya bila nak bawa Isya datang sini..ibu dah rindu dekat Isya sangat tu..” beritahu Dayana. Dani yang mendengar tersenyum cuma.


“Isya sibuk..Dani pun sibuk sekarang ni..nanti la Dani bawak Isya datang jumpa ibu ye..” beritahu Dani sambil tersenyum memandang angahnya.


“Alright! Angah pun dah lama tak jumpa Isya..nak ajak keluar sama-sama tak ada masa pulak..” rungut Dayana. Dani tersenyum. Memang akaknya itu terlalu rapat dengan Isya. Apa-apa saja mesti Isya dulu yang di carinya..adik sendiri tak nak pulak dia cari..pelik betul akak aku ni..Dani berkata dalam hati sambil tergeleng-geleng kepalanya.


“Ni apa yang tergeleng-geleng kepala lak ni..” tanya Dayana pelik. Sakit ke apa adik aku ni..


“Heheh..angah bila Apul nak masuk merisik ni..tak sabar nak makan nasi minyak..” usik Dani. Dayana yang mendengar melebar senyumannya. Heheh..biar la rahsia..tunggu dan lihat jela ye adikku..suprise..eh! asal nak suprisekan dia pulak..tak de maknanya..


“Haa..ni tersengih-sengih ni nape pulak ni..” tegur Dani yang melihat Dayana tersenyum-senyum sendirian. Angau agaknya kakak aku sorang ni..dulu along..ni angahnya pulak angau..tak lama lagi aku pulak agaknya..hahaha


“Tunggu dan lihat jela ye..eh hujung minggu ni angah nak keluar dengan Isya nak ikut tak?” tanya Dayana.


“Eh! Nape Dani tak tahu? Isya tak cakap apa-apa pun..” tanya Dani pula pada Dayana.

“Isya lupa kut..angah ajak Isya teman angah cari barang..boleh kan?kalo Dani nak ikut jom la..tak nak ikut pun lagi bagus..hahaha” serentak itu Dayana ketawa. Dani menarik muncungnya..Alamak dah menyangkit Isya dah ni..heheh


“Eh! Mana boleh..kalo Dani tak ada..Isya tak boleh ikut angah..huh!” sengaja Dani mengugut Dayana mana boleh buah hatinya berjalan dia tiada..tak kira nak ikut jugak..ish ngada-ngada pulak aku ni nape..haish!


“Ala..sibuk je..yela..” jawab Dayana.


“Heheh..yes!” jawab Dani.


“Haa..bila Dani nak purpose Isya ni?” tanya Dayana sambil mengangkat-ngangkat keningnya memandang Dani. Dani tersenyum. Hehe..dalam perancang la angah oii..rahsia..mana boleh bagi tahu..nanti belum apa-apa Isya dah tahu..dah tak suprise..bukan boleh percaya akaknya sorang ni..apa-apa mesti dia beritahu Isya. Pernah sekali waktu hari jadi Isya nak buat suprise..tapi angahnya pergi pecahkan tembelangnya..huh! rosakkan program je..


“Heheh..adalah..rahsia..” jawab Dani sambil mengangkat-ngangkat keningnya.


“Ala! Tak hairan la..” jawab Dayana sambil melangkah masuk ke rumah. Malas mahu melayan adiknya..nak kenakan dia..diri sendiri terkena balik..huh! menyampah betul!!


“Hahaha..lagi bagus..” jawab Dani sengaja mengusik Dayana. Dayana hanya menjelingkan matanya pada Dani.


“Isya..” seru Dani perlahan sambil tersenyum. Nama yang bertahta di hatinya.



*****



“Abang..” panggil Datin Aisyah. Datuk Arsyad yang sedang membaca akhbar segera menoleh memandang isterinya. Datin Aisyah duduk di sebelah suaminya itu.


“Kenapa ni..nape tak rehat je dekat atas?” tanya Datuk Arsyad sambil menatap wajah isterinya itu.


“Aisyah nak jumpa orang yang selamatkan Aisyah tu boleh tak?” tanya Aisyah pada suaminya. Dia ingin berterima kasih kepada gadis yang baik hati menolong serta sudi mendermakan darah kepadanya. Jika tidak kerana gadis itu belum tentu dia berada di sini.


“Kenapa nak jumpa dia pula?” tanya Datuk Arsyad.


“Aisyah nak ucapkan terima kasih dekat dia..kalo bukan kerana dia Aisyah belum tentu lagi berada di sini bang..boleh abang tolong carikan tak?” rayu Datin Aisyah. Entah kenapa hatinya benar-benar ingin melihat gadis yang menolongnya itu.


“Yela..nanti abang carikan..” jawab Datuk Arsyad sambil tersenyum.


“Apa nama budak tu ye bang? Baik sungguh dia ya..” kata Datin Aisyah. Datuk Arsyad tersenyum mendengar tutur kata isterinya. Ya..memang benar gadis itu sungguh baik hati. Walaupun tiada pertalian darah tapi sikap ambil beratnya nampak ketara.


“Tak silap abang..Isya namanya..” beritahu Datuk Arsyad. Datin Aisyah mendengar tersenyum, sedap nama tu..mesti orangnya pun cantik..kalo lah dia ada anak lelaki pasti dia jodohkannya..


“Sedap namanya..mesti budaknya pun cantikkan bang..” tanya Datin Aisyah lagi.


“Cantik..sopan santun..” jawab Datuk Arsyad. Datin Aisyah tersenyum lagi.


“Nanti abang tolong carikan dia ye..Aisyah nak sangat jumpa dia bang..” rayu Datin Aisyah lagi.


“Ye..ye..nanti abang carikan..” jawab Datuk lagi.


“Buat apa nak cari budak yang tah datang dari keluarga mana tah..dari keturunan apa tah..tak payah kau nak ikutkan kehendak perempuan ni Arsyad..” sampuk Pn Zubaidah dari arah tangga sambil memandang Datin Aisyah tajam. Datin Aisyah hanya menundukkan mukanya. Terasa pedih hatinya, Pn Zubaidah tidak pernah menerimanya..semua kesalahan di lemparkan padanya..bukan salahnya semua tu terjadi..mengapa semua kesalahan di lemparkan padanya sedangkan itu bukan kemahuannya..bukan kesalahannya..dia hanyalah mangsa..pedih mengenangkan kenangan pahit itu.


“Mak!” tegur Datuk Arsyad.


“Apa! Sebabkan perempuan tak guna ni..kau sanggup tinggikan suara pada aku ye..” marah Pn Zubaidah lagi. Datin Aisyah tidak dapat tahan melihat pertengkaran itu segera melangkah menuju ke biliknya. Sampai bila harus begini..mengalir laju air matanya..menahan pedih dan sakit hatinya bila dirinya diperlakukan sebegitu.


“Mak! Apa ni..benda dah lepas..bukan salah Aisyah mak..” jawab Datuk Arsyad menahan marahnya.


“Ah! Perempuan tu kotor tahu tak.. semua ni salah dia..dia yang goda abang kamu..betina gatal..tak sedar diri..” marah Pn Zubaidah lagi.


“Apa nek?sape yang gatal?sape yang tak sedar diri ni?” tanya Thira yang tiba-tiba muncul dari muka pintu. Baru balik. Jam menunjukkan angka 12.30 tengah malam. Hari ni awal dari biasa.


“Mama kamu tu la..tak sedar diri..” jawab Pn Zubaidah.


“Kenapa dengan mama pulak..apa salah mama nek?” tanya Thura lagi ingin tahu. Dia sedar neneknya tidak pernah suka akan mamanya itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dan malas ingin ambil tahu. Tapi melihat kemarahan yang teramat sangat di mata neneknya ketika ini hatinya di landa ingin tahu.


“Thira! Baru sampai?dah jam berapa baru balik ni?awak tu anak dara..papa cakap tak pernah Thira nak dengar..ikut kepala sendiri je..” marah Datuk Arsyad. Thira terkejut. Tak pernah papanya marah begini.


“Sudah Arsyad..tak payah nak dimarahkan budak tu..tak payah kamu nak tukar topik..untuk pengetahuan kamu Thira..”


“Mak! Cukup!” meledak suara Datuk Arsyad. Geram melihat emaknya yang tidak pernah berubah dari dulu.


“Mama kamu tu..perempuan kotor..dulu dia pernah goda uncle kamu..uncle kamu tidak layan..tapi di perangkapnya uncle kamu..sampaikan dah mengandung..dah berkahwin dengan papa kamu tapi masih lagi menggatal goda uncle kamu..”


“Mak! Cukup! Jangan nak hasut Thira..semua tu tak betul.” marah Datuk Arsyad memotong percakapan Pn Zubaidah. Thira terkejut dengan kenyataan neneknya itu. Adakah dirinya itu anak haram? Tidak! Tak mungkin!


“Nenek teruskan..” sampuk Thira sambil memandang Datuk Arsyad tajam. Dia ingin tahu. Pn Zubaidah tersenyum kemenangan.


“Papa kamu ni bodoh..nenek suruh ceraikan betina tu..tapi dia simpan lagi betina tu..sedangkan perempuan tu dah buat onar dengannya..” terang Pn Zubaidah lagi.


“Maknanya Thira ni..a..anak haram!” gagap-gagap tutur Thira. Datin Aisyah yang terdengar terjelepuk jatuh ke lantai, menagis semahunya. Sampai begitu sekali tuduhan yang dilemparkan kepadanya..semuanya dusta semata-mata..kenapa dirinya sering dipersalahkan..dia tidak melakukan semua itu.


“Thira! Thira anak papa dan mama..jangan percaya cakap nenek..nenek tipu..dia tak suka mama Thira sebab mama Thira tak sama taraf..percaya la cakap papa..jangan hukum mama kamu..dia tak bersalah..” terang Datuk Arsyad.


“Shut up! Thira benci mama! Benci! Mama kotor! Perempuan tak tahu malu!” jerit Thira.



Pangg!!



Terasa perit pipinya. Datuk Arsyad mengenggam tangannya, tidak sengaja dan tiada niat menampar Thira. Thira merenung tajam ke arah Datuk Arsyad sambil tersenyum sinis dengan air mata yang bertakung yang tiba masa untuk jatuh saja.


“Sampai hati papa tampar Thira sebab perempuan kotor tu..Thira benci papa..” jerit Thira lagi. Datin Aisyah tidak sanggup mendengar cacian demi cacian yang di terimanya. Segera beredar menuju ke bilik. Pn Zubaidah tersenyum kemenangan. Rasakan kau Aisyah!


“Thira..” seru Datuk Arsyad serba salah kerana menaikkan tangannya ke muka Thira.


“Sudah Thira..mari ikut nenek..” Pn Zubaidanh segera menarik tangan Thira mengikutnya. Thira hanya menurut dengan air matanya. Pedih hatinya tiada siapa yang tahu..



p/s: sorry kalo n3 kalo ni macam keliru ckit or xbest..n sowi coz lambat post..bz..baru habis final..harap korang enjoy baca n3 kalo ni..ngee~ jangan lupe comment ye..kalo de silap ayat ejaan or apa2 aje la kan..jangan malu2 tegur kite ye..cyg korg..thankz pada yg sudi bace novel yg xseberape nie..ngee~ aira akn cuba post n3 akan datang secepat mungkin ok..take care sume~






3 comments:

  1. plezzz...smbg n3 bru..lme akak tggu n3 bru...asyik bka jer..xder n3 pn..plezzz...smbg

    ReplyDelete
  2. bler nk smbg n3 bru...lme tggu tau.plezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  3. sory coz lmbt post n3 bru..byk kerja la..
    hehehe..sowi ye..

    ReplyDelete