Monday, April 25, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 12 (iii)




Sebaik sampai saja Isya di rumah Pn Siti membebel memarahi Isya kerana balik lewat. Isya dengan muka letih hanya mendengar saja bebelan ibunya itu. Salah dia juga kerana tidak beritahu ibunya awal-awal bahawa dia pulang lewat hari ini. Kebetulan pula tika itu telefon bimbitnya kehabisan bateri.


Nak tak nak terpaksalah dia menadah telinganya. Itu baru ibunya, belum lagi Dani. Kalau hidupkan telefonnya semula pasti berduyun-duyun mesej masuk. Ini semua singa tu punya pasal lah. Tak pasal-pasal dia kena balik lambat, sengaja ingin membulinya. Menyakitkan hati betul. Kenapalah dia dapat bos macam ini, mencabar minda dan menyiksakan jiwa betul.


“Udah..udah lah tu Siti oii..budak tu penat lagi..awak dah membebel tak tentu pasal..” tegur En Kamal. Barangkali sudah menanah telinganya mendengar bebelan Pn Siti yang tidak berhenti sedari tadi.


“Abang menangkan budak ni..saya bukan apa..risaukan dia..dah tahu ada kerja..balik lambat tak reti-reti nak beritahu kita..telefon pun dimatikan..kita dekat rumah adalah duk risau dekat dia..” bebel Pn Siti lagi.


“Ibu..Isya minta maaf ya..Isya betul-betul terlupa tadi..kerja banyak sangat bu..Isya pun tak perasan yang telefon Isya bateri kong..Isya minta maaf bu..” ucap Isya. Serba salah dengan Pn Siti kerana membuat ibunya risau. Pn Siti yang mendengar hanya mengeluh.


Bukan dia marah dengan Isya, tetapi dia risau akan Isya. Tak pernah Isya balik selewat ini tanpa memberitahunya. Mana tak risau. Ibu mana yang tak sayang akan anaknya.


“Dah la..pergi bersihkan diri tu..lepas tu rehat..Ibu bukan marah kamu..Ibu risau je..” tutur Pn Siti. Isya tersenyum memandang Pn Siti.


“Sorry ey bu..nanti Isya belanja ibu ey..” ujur Isya lalu bangun memeluk ibunya dan mencium pipi ibunya itu.


“Ish! Busuk-busuk cium kita pula..dah pergi mandi..busuk tau anak ibu ni..” ujur Pn Siti. Isya menarik muncungnya mendengar kata-kata Pn Siti.


“Haa..buat muncung tu lagi..ibu kepit dengan kepit baju baru tahu..” sakat Pn Siti.


“Ala ibu ni..nak manja-manja pun tak boleh..tak pelah..Isya naik dulu..” jawab Isya dan berlalu pergi.


“Tengoklah anak abang tu..sikit-sikit merajuk..tak padan umur dah 24 tahun..dah nak tunang dah pun tak berubah-ubah juga..” ujur Pn Siti. En Kamal hanya tersenyum mendengarnya.


“Perangai sape dia ikut kuat merajuk tu kalo bukan awak Siti oi..” jawab En Kamal.


“Ek eh! Abang ni..kita pula dia kenakan..dah la..saya masuk tidur dulu..abang tidur luar malam ni..” ujur Pn Siti sekadar bergurau dengan suaminya.


“Haa tu..abang baru je cakap..dah merajuk..dah tua-tua pun nak merajuk juga bini aku ni..aii nasib badan..” tutur En Kamal dengan dirinya sendiri.



*****



Hilman termenung di dalam biliknya. Semenjak terdengar perbualan pekerja-pekerjanya tanpa sengaja itu menyebabkan dia tidak tenteram. Dia sendiri tidak pasti mengapa harus dia berperasaan begitu. Jika benar apa yang dia dengar, majlis itu akan berlangsung sabtu minggu ini. Tinggal lima hari saja lagi.


‘Argh! Buat apa aku fikir pasal dia..dia langsung tak beritahu aku..yang aku sibuk-sibuk fikir pasal dia kenapa..buat sakit kepala je..’ rungut Hilman tiba-tiba.


Tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata yang dia dengar dari mulut para pekerjanya bergosip itu.


“Untung siapa yang datang Cik Isya tu kan..orangnya tak sombong..baik..cantik pula tu..” tutur Mazlin.


“Tau tak pe..bakal tunang dia tu pun apa kurangnya.hensem juga orangnya..romantik gitu..jeles aku tengok diorang..” ujur Zalina.


“Korang pergi tak majlis Isya tu nanti?” tanya Suhana pula.


“Eh! Pergilah Kak Sue..mana boleh tak pergi..mahu merajuk si Isya tu nanti..” jawab Zalina.


Tukk!! Tukk!! Tukkk!!


Tersentak Hilman bila terdengar bunyi ketukkan pintu biliknya. ‘Apa hal kau ni Hilman oii..asyik berkhayal je..’ rungut Hilman. Sekali lagi pintu biliknya di ketuk bersama suara memanggil namanya.


Tukk!! Tukkk!! Tukk!!!


“Hilman..mama ni..” ujur Datin Kamariah. Dengan malas Hilman bangun dari pembaringannya dan membuka pintu biliknya. Sebaik melihat wajah anaknya Datin Kamariah tersenyum.


“Tak siap lagi kamu ni..” tutur Datin Kamariah. Berkerut kening Hilman mendengarnya. ‘Siap pergi mana pula?’ soal Hilman dalam hati.


“Siap kenapa ma?” tanya Hilman. Datin Kamariah menggelengkan kepalanya melihat Hilman.


“Pergi rumah Dato Arsyad..nenek dan datuk nak kenalkan kamu dengan anak mereka si Thira tu..” beritahu Datin Kamariah.


“Malas la ma..mama pergi jela dengan nenek dan datuk tu..” jawab Hilman.


“Mana boleh..kamu kena ikut juga..nanti mereka cakap apa pula..kamu jangan macam-macam Hilman..nenek dah janji dengan mereka..” sampuk Pn Azizah tiba-tiba yang kebetulan lalu di situ dan terdengar perbualan Datin Kamariah dan Hilman. Hilman mengeluh mendengar arahan dari neneknya itu.


“Yela..saya ikut ye nenek..” jawab Hilman dan terus saja menutup pintu biliknya. Datin Kamariah mengeluh mengenangkan nasib anaknya itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menolong Hilman keluar dari percaturan ini.



*****


No comments:

Post a Comment