Saturday, March 26, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 4 (iii)




“Mak jangan masuk campur mak..” marah Ilham Safwan.


“Pergi makan sekarang..” tengking Ilham Safwan.


“Tak nak la..” jerit Irdina Safiyah lalu bangun ingin keluar dari biliknya. Ilham Safwan segera menarik rambut Irdina Safiyah kuat menyebabkan Irdina Safiyah terdorong ke belakang. Irdina Safiyah terjerit sakit.


“Kau makin degil aku tengok sekarang ey..biar aku ajar kau..” marah Ilham Safwan lalu di pukulnya Irdina Safiyah dengan tali pinggang milik Irdina Safiyah yang tersangkut di belakang pintu itu.


Di pukulnya Irdina Safiyah. Irdina Safiyah menangis kerana sakit. Pn Sarimah serta En Tirmizi cuba menghentikan perbuatan Ilham Safwan itu. Teruk Irdina Safiyah di pukulnya.


“Ilham Safwan..” jerit En Tirmizi kuat sambil merenung tajam tepat pada Ilham Safwan. Terhenti Ilham Safwan dari terus memukul adiknya itu. Pn Sarimah pula menangis mendapatkan Irdina Safiyah yang sedang menangis dan mengerang kesakitan.


“Kamu dah gila ke..nak jadi apa kamu ni..macam ni ke kamu cakap nak mengajar..abah tak pernah ajar kamu macam ni..apa nak jadi dengan kamu ni haa..” marah En Tirmizi.


“Abah jangan manjakan dia sangat bah..nanti dia pijak kepala kita..” jawab Ilham Safwan.


“Abang..Fiyah minta maaf..abah please jangan marah abang Am lagi ey..Fiyah minta maaf sebab Fiyah degil..mak Fiyah nak minta maaf dengan mak juga..” ujur Irdina Safiyah dengan tangisannya. Tak sanggup dia melihat abang serta abanhnya bergaduh kerananya.


“Lain kali jangan degil..ikut sangat kepala tu..” marah Ilham Safwan lagi.


“Dah cukup..” Pn Sarimah pula bersuara. Dipeluknya Irdina Safiyah sambil melihat kesan merah di badan anaknya itu akibat di pukul oleh Ilham Safwan.



*****



“Abah..” tegur Ilham Safwan kerana melihat En Tirmizi termenung.


“Haa ye napa?” jawab En Tirmizi terkejut.


“Abah ni..orang cakap dengan dia..dia termenung pula..” kata Ilham Safwan. En Tirmizi hanya tersenyum.


“Am sayangkan dia bah..dia je sorang adik yang Am ada..Am nak dia jadi orang yang berguna..Am nak dia hormat abah, mak dan Am..” beritahu Ilham Safwan.


“Tapi cara Am tu salah..bukan macam tu nak mengajar..Safiyah baik budaknya dengar kata..kadang-kadang tu manja sedikit..selama yang abah tengok ni..tak pernah dia nak kurang ajar dengan abah dan mak kamu..kalo macam tu cara Am nak mengajar dia..dia bukan hormat kat kita tapi dia takut dekat kita..” ujur En Tirmizi panjang lebar. Ilham Safwan tidak menjawab.


Sedang mereka berbual kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah itu. Beberapa minit kemudian kedengaran pula salam di beri.


“Assalammualaikum..” Irdina Safiyah member salam. En Tirmizi dan Ilham Safwan serentak memandang ke pintu utama.


“Waalaikumsalam..dah balik pun budak ni..” En Tirmizi menjawab salam.


“Mak mana abah?” tanya Irdina Safiyah.


“Ada kat dapur tu dengan kak Far kamu..tengah sediakan minum petang..” beritahu En Tirmizi.


“Oyeke..Fiyah pergi tukar baju dulu..” pinta Irdina Safiyah lalu terus berlalu menuju ke biliknya. Beberapa minit kemudian Irdina Safiyah menuju ke dapur mendapatkan maknya serta kakak iparnya.


Irdina Safiyah berjalan terjengkit-jengkit tak mahu Pn Sarimah serta Husna Farisah perasan akan kehadirannya. Kelihatan Pn Sarimah dan Husna Farisah sedang menyediakan makanan. Dengan perlahan Irdina Safiyah mendapatkan Pn Sarimah.


Husna Farisah yang perasan akan Irdina Safiyah itu hanya tersenyum melihat isyarat tangan yang diletakkan ke bibir oleh Irdina Safiyah supaya senyap. Irdina Safiyah berada di belakang Pn Sarimah dan terus mencucuk pinggang maknya itu.


“Mak kau terbalik!” latah Pn Sarimah. Pecah tawa Irdina Safiyah serta Husna Farisah.


“Ish! Budak bertuah ni..bukan nak bagi salam..” marah Pn Sarimah sebaik melihat Irdina Safiyah. Irdina Safiyah hanya tersengih melihat maknya.


“Ala sorry la mak..saja nak manja-manja ngan mak..tak boleh ke..” kata Irdina Safiyah lalu memeluk pinggang maknya dari belakang.


“Dah..dah..pergi angkat air ni bawa ke depan..” arah Pn Sarimah. Irdina Safiyah dan Husna Farisah segera mengangkat hidangan tersebut ke hadapan.


Selesai saja makan Irdina Safiyah serta Husna Farisah mengemaskan meja dan membasuh pinggan kotor yang digunakan tadi.


“Fiyah akak tanya sikit boleh?” tanya Husna Farisah sambil tangannya ligat mencuci pinggan-pinggan tersebut.


“Nak tanya apa?tanya jela..” jawab Irdina Safiyah yang sedang membilas pinggan yang dibasuh oleh Husna Farisah itu.


“Fiyah dah ada ehem..ehem ke?” tanya Husna Farisah sambil menggangkat-ngangkat kening sambil memandang tepat Irdina Safiyah.


“Ehem..ehem?” tanya Irdina Safiyah kembali buat-buat tak faham. ‘Hish! Kak Far ni..kenapa la dia tanya soalan ni..apa nak jawab ni ek..’ rungut Irdina Safiyah dalam hati.


“Ala..awak ni..buat-buat tak faham pula..maksud akak boyfriend..” terang Husna Farisah.


“Oo..ingatkan apa la tadi..ada..ramai kak kat office tu..” beritahu Irdina Safiyah lalu mengenyitkan matanya pada Husna Farisah.


“Hish! Budak bertuah ni..main-main pula dia..” geram Husna Farisah dibuatnya. Irdina Safiyah tertawa melihat kak iparnya itu.


“Heheh..sorry la kak..gurau jela..yang special tu belum lagi kut..” jawab Irdina Safiyah perlahan. Dia meminta Wadi Sufyan untuk merahsiakan perkara ini dulu, takut untuk melihat penerimaan keluarga mereka.


“Yeke..mana taknya..asyik berkepit dengan abang sepupu awak tu je..mana ada masa nak cari boyfriend..” kata Husna Farisah membuatkan Irdina Safiyah tersenyum sendiri, hanya dia yang mengerti.


“Ala..sampai jodoh nanti jangan kata boyfriend kak..menantu nanti dapatnya En Tirmizi dengan Pn Sarimah kita tu..” jawab Irdina Safiyah lalu tertawa. Husna Farisah juga tertawa mendengar kata-kata adik iparnya itu.


“Macam-macam la Fiyah ni..akak ada sorang kawan ni..handsome orang dia..tengah mencari lagi..nak kenal tak?” tanya Husna Farisah. Berkerut kening Irdina Safiyah mendengarnya.


“Tak nak la kak..” jawab Irdina Safiyah.


“Ish! Rugi kalo Fiyah tak kenal dengan dia..dah la handsome..pandai ambil hati pula tu..pandai memasak plak tu..” terang Husna Farisah dengan muka yang kelihatan seperti sedang menahan tawanya.


“Yeke..sape kak?” tanya Irdina Safiyah.


“Ala Fiyah pernah tengok dia..” ujur Husna Farisah. ‘Hah?! Yeke?’ Irdina Safiyah berkata dalam hati.


“Sape ek?” tanya Irdina Safiyah lagi sambil berkerut-kerut keningnya.


“Mamak kat restoran depan tu..hahaha” beritahu Husna Farisah lalu ketawa besar dan melarikan diri dari Irdina Safiyah.


“Kak Far!!” jerit Irdina Safiyah geram kerana Husna Farisah mengenakannya.



*****



No comments:

Post a Comment