Wednesday, August 17, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 16 (ii)




<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

“Thira banyak kehilangan darah..dan kami tiada bekalan darah yang sesuai untuknya..” ujur Dr. Haris selaku doktor yang merawat Thira juga merupakan doktor keluarga itu.


“Kalau begitu ambil saja darah saya doktor..” ujur Datin Aisyah. Tergamam Pn Zubaidah mendengarnya.


“Tapi Datin..waktu Datin kemalangan dulu darah Datin tak sesuai dengan darah Thira..dan menurut dari keputusan itu menunjukkan bahawa..” belum sempat Dr. Haris menghabiskan ayatnya Pn Zubaidah memotong.


“Mak ada benda nak beritahu kamu Arsyad..” ujur Pn Zubaidah takut-takut. Datuk Arsyad pelik dengan sikap emaknya itu. Macam tiada masa lain pula nak beritahu hal itu.


“Mak..sekarang yang penting Thira..tu nanti mak beritahu lain kali..” ucap Datuk Arsyad.


“Tapi ni tentang Thira..” perlahan saja Pn Zubaidah menjawab.


“Saya minta diri dulu..kalau boleh saya perlukan penderma darah dengan segera..” beritahu Dr. Haris. Datuk Arsyad hanya mengangguk.


“Apa yang penting sangat mak nak beritahu ni sampai tak menyempat-nyempat tunggu waktu lain..” marah Datuk Arsyad.


“Sebenarnya Thira tu bukan anak kandung kamu..” beritahu Pn Zubaidah membuatkan Datuk Arsyad serta Datin Aisyah terkejut.


“Apa mak cakap ni..tolong la..sekarang bukan masanya nak main-main atau bergurau..sudah..saya tak nak dengar apa-apa lagi..” ucap Datuk Arsyad.


“Tapi..”


“Cukup..cukup..saya tak nak mak sakitkan hati Aisyah lagi..sekarang bukan masanya untuk mak melunaskan dendam mak tu..yang penting sekarang nyawa Thira..Aisyah mari..mak pergi lah balik..” potong Datuk Arsyad dan berlalu pergi bersama Datin Aisyah tanpa mempedulikan panggilan dari Pn Zubaidah.


Buntu Pn Zubaidah memikirkannya. Akhirnya Pn Zubaidah membuat rancangannya sendiri. Dia harus berjumpa dengan Dr Haris dahulu. Dia harus melakukannya dengan segera.


*****


“Assalammualaikum..” Pn Zubaidah memberi salam ditemani oleh Ariffin.


“Waalaikumsalam...cari siapa?” tanya Pn Siti.


“Ini rumah En Kamal ke?” tanya Pn Zubaidah.


“Ye saya..saya isterinya..jemput masuk..saya panggilkan suami saya..” ujur Pn Siti. Entah kenapa hatinya tidak sedap.


“Terima kasih..” ucap Pn Zubaidah. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Pn Siti hilang seketika meninggalkan tetamunya di ruang tamu untuk memanggil suaminya di ruang tamu atas.


“Puan pasti ke diorang percaya dan dapat ke diorang terima berita ni nanti..” tanya Ariffin tiba-tiba. Berkerut dahi Pn Zubaidah mendengarnya.


“Aku tahu apa yang aku buat..kau jangan masuk campur..” marah Pn Zubaidah. Ariffin hanya menundukkan wajahnya sebaik dimarahi Pn Zubaidah.


Seketika kemudian muncul En Kamal bersama isterinya Pn Siti mendapatkan tetamu di ruang tamu rumah itu. Mereka saling berbalas senyuman.


“Maaf menganggu En suami isteri..” ucap Pn Zubaidah memulakan perbualan.


“Tak apa..Puan cari saya?kenapa ye?” tanya En Kamal. Pelik juga tiba-tiba orang yang tak dikenali mencarinya.


“Saya Puan Zubaidah..sebenarnya tujuan kedatangan saya ke sini ada hal yang ingin saya sampaikan dan beritahu pada kamu sekeluarga..” beritahu Pn Zubaidah.


“Perkara apa yang Puan nak beritahu tu?” tanya Pn Siti tidak sabar.


“Sebelum itu saya minta maaf..semua ni terjadi atas kesilapan saya dan arwah suami saya..kerana dendam..kami lakukannya tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibatnya kemudian hari..” ujur Pn Zubaidah dengan tenang. Tidak nampak langsung air mukanya berubah serba salah.


“Apa sebenarnya yang Puan ingin sampaikan ni?” tanya Pn Siti yang sudah tidak senang duduk mendengar tutur kata Pn Zubaidah sebentar tadi. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Apa yang telah perempuan ini lakukankan, dan apa kena mengena dengan dia dan suaminya. En Kamal pula tidak berkata apa sedari tadi hanya mendengar tutur kata Pn Zubaidah.


“Sebenarnya..Aleeya Alisha tu bukan anak kandung kamu..di adalah cucu kandung saya..”


“Apa yang Puan merepek ni..Isya tu anak saya..Puan jangan nak buat cerita..” potong Pn Siti. Terkejut dia mendengarnya. Isya tu anak kandungnya.


“Dengar dulu apa yang Puan Zubaidah ingin katakan..” sampuk Ariffin pula.


“Maaf..memang itulah kenyataannya..Aleeya Alisha tu bukan anak kandung kamu..anak kamu ialah Athirah Syafiqah..ini buktinya..” ujur Pn Zubaidah dan menghulurkan sampul berwarna coklat itu kepada Pn Siti.


Sebaik membaca surat dan dokumen di dalam sampul itu alangkah terkejutnya Pn Siti dan En Kamal.


“Macam mana semua ini boleh terjadi?” tanya En Kamal dengan nada tinggi. Mukanya agak tegang.


“Maaf..semuanya salah saya dan suami..kami tidak suka menantu kami Aisyah kerana tidak sama taraf dengan kami..dia juga menyebabkan anak saya mati..dan kami tak ingin zuriat dari rahimnya..kerana itu kami menukarkan bayinya dengan bayi kamu berdua yang ketika itu lahir pada hari dan tarikh yang sama..” beritahu Pn Zubaidah.


Dia yang merancang semua itu dengan teliti. Dia memberi duit suapan pada seorang jururawat yang bertugas ketika itu untuk menukarkan bayi Pn Siti dengan bayi Datin Aisyah.


“Kami nak jumpa anak kami..” pinta Pn Siti.


“Thira kemalangan…dan dia kehilangan banyak darah..kerana itu kami datang untuk meminta bantu Puan..untuk mendermakan darah pada Thira anak kandung Puan..” ujur Ariffin. Terkejut Pn Siti mendengarnya. Baru saja dia ingin melihat wajah anak kandungnya. Patutlah sedari tadi hatinya tidak tenteram.


“Satu lagi saya minta..jangan beritahu sesiapa lagi..anak dan menantu saya belum tahu tentang ini..selepas Thira selamat dan pulih..kita akan beritahu mereka..” pinta Pn Zubaidah.


Hari itu juga Pn Siti dan En Kamal mengikut Pn Zubaidah ke hospital untuk mendermakan darahnya kepada Thira. Sempat juga dia menjenguk Thira ketika ketiadaan Datuk Arsyad dan Datin Aisyah.


*****




No comments:

Post a Comment