Wednesday, August 24, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 16 (iii)




<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Isya sedang mengelamun di dalam biliknya. Pelik memikirkan kelakuan ibunya sejak dia pulang dari kerja tadi. Langsung tidak bercakap dengannya. Puas dia fikirkan apakah yang telah dia lakukan sehingga ibunya jadi seperti itu.


Kalau marah sebab dia balik lambat tadi pasti ibunya akan membebel memarahinya. Tetapi ini hanya diam, dingin sungguh ibunya dengan dia hari ini. ‘Ah! Mungkin ibu penat atau merajuk dengan abah kut..’ Isya menyedapkan hatinya.


*****


“Syukur Alhamdulillah anak mama dah sihat..doktor beritahu tadi Thira boleh keluar petang ni..” beritahu Datin Aisyah sambil tersenyum gembira pada anaknya.


“Yeke ma..bagus lah..Thira pun dah bosan duduk dekat wad ni..” rungut Thira. Sudah seminggu dia duduk di wad itu mahunya tidak bosan. Datin Aisyah mengusap kepala anaknya perlahan mendengar rungutan dari anak tunggalnya itu.


“Tapi kena janji dengan mama..jangan buat macam ni lagi ok..mama risau tau dekat Thira..Thira je yang mama ada..” ucap Datin Aisyah. Tak sanggup dia melihat anaknya begini. Syukur kepada tuhan kerana anaknya selamat. Dia sanggup lakukan apa saja untuk anak kesayangannya itu.


“Ma..Thira sayang mama.. Mama jangan benci Thira ye.. mama sayang Thira kan.. mama jangan tinggalkan Thira ye..” tutur Thira tiba-tiba lalu terus saja memeluk Datin Aisyah.


“Kenapa cakap macam tu sayang.. Thira anak mama.. Mama sayang Thira seorang saja.. Mama tak akan tinggalkan Thira.. Thira lah jantung hati mama dengan papa tau.. dah jangan cakap macam tu lagi ok.. Mama tetap sayang Thira..” ucap Datin Aisyah sambil mengusap lembut pipi anaknya itu.


‘Kalaulah mama tahu yang Thira ni bukan anak mama.. Pasti mama tak akan cakap macam tu..’ getus hati Thira.


“Dah tak nak sedih-sedih lagi ok.. Mama sayang Thira..” ucap Datin Aisyah ingin memujuk anaknya. Thira tersenyum hambar mendengarnya. Entah kenapa hatinya sakit memikirkan gadis yang di lihat dalam gambar di dalam sampul tempoh hari.


“Oh! Ya.. lupa pula mama nak beritahu.. tadi waktu Thira tidur.. kawan Thira datang melawat.. handsome..” beritahu Datin Aisyah, sempat dia mengusik anaknya itu.


“Haa? siapa ma?” tanya Thira ingin tahu gerangan manusia yang melawatnya itu. Handsome ke?siapa ek? fikir Thira.


“Tak silap mama Dani kut nama dia.. “ beritahu Datin Aisyah membuatkan Thira bangun dan merenung mamanya itu.


“Dani? Ala.. kenapa mama tak kejutkan Thira.. Dia dah balik ke ma?” tanya Thira sambil kepalanya tercari-cari kelibat Dani di luar pintu.


“Amboi..lain macam je mama tengok ni.. ada apa-apa ke?” tanya Datin Aisyah sambil tersenyum. Thira yang tersedar akan kelakuannya itu mengaru kepala yang tidak gatal. Malu beb! Over pula.


“Mana ada apa-apa ma.. Thira baru je kenal dia.. Thira yang langgar dia tempoh hari..” beritahu Thira jujur. Sememangnya dia sudah jatuh hati pada jejaka itu sejak pertama kali bertentang mata. Datin Aisyah hanya tersenyum mendengarnya.


*****


Sudah dua hari Thira duduk di rumah. Rasa kekok bila berhadapan dengan neneknya. Takut jika Pn Zubaidah bertindak memberitahu mama dan papanya perkara sebenar. Dia harus berbicara dengan neneknya itu. Pantas saja kakinya menuju ke bilik Pn Zubaidah. Ketika itu mama dan papanya tiada di rumah kerana menghadiri jamuan di rumah rakan papanya.


Pintu bilik itu di ketuk perlahan. Sebaik mendengar suara Pn Zubaidah menyuruh dia masuk. Terus saja dia memulas tombol pintu itu dan masuk ke bilik milik Pn Zubaidah.


“Thira.. mari duduk sini.. ada apa cari nenek ni?” tanya Pn Zubaidah sebaik melihat Thira tercegat memandangnya.


“Thira nak minta maaf kalau sebelum ni Thira kurang ajar dan tak hormat nenek.. Thira minta maaf.. tapi Thira mohon nenek jangan beritahu mama dengan papa tentang perkara ni..Thira merayu dekat nenek..” rayu Thira sambil melutut memegang kakai Pn Zubaidah. Terkejut Pn Zubaidah melihat kelakuan Thira.


“Sudah-sudah.. bangun.. walaupun kamu bukan cucu kandung nenek.. nenek tetap sayang kamu.. nenek dah anggap kamu seperti cucu nenek sendiri.. nenek sanggup terima kamu dari nenek terima budak perempuan tu..” ujur Pn Zubaidah. Berkerut kening Thira mendengarnya.


“Tapi dia kan cucu kandung nenek..” ujur Thira pula. Pn Zubaidah merengus kasar.


“Sampai bila-bila nenek tak akan mengaku dia tu cucu nenek.. walau macam mana pun nenek tetap akan beritahu perkara sebenar.. budak tu berguna untuk kita.. kita kena ikut wasiat datuk kamu.. kalau tidak semua harta kita akan di beri pada adik beradik arwah datuk kamu..” beritahu Pn Zubaidah.


“Thira kena tolong apa nek?” tanya Thira. Pn Zubaidah hanya tersenyum sinis mendengar pertanyaan Thira. Tak rugi dia menjaga budak ini. Apa saja yang dia ingin lakukan pasti Thira akan setuju dan menyokongnya.


*****



No comments:

Post a Comment