Wednesday, December 30, 2009

Andai Itu Takdir Untukku 1



Mereka jalan beriringan memasuki Restoran Nelayan itu. Memang menjadi destinasi wajib mereka waktu Breakfast, Lunch dan waktu-waktu yang seangkatan dengannya untuk menjamu selera. Mereka memilih meja yang agak tersorok di belakang.


“Dik!” Jue memanggil pelayan restoran itu untuk memesan makanan mereka.


“Urm..ye kak..akak nak order apa?” tanya Pelayan itu pada mereka.


“Urm.. Jus apple 1 and nasi goreng pataya 1” beritahu Jue pada pelayan itu.


“Urm..Isya kau nak makan apa?” tanya Jue pada Isya.


“Jus tembikai and nasi goreng ayam 1” jawab Isya sambil tersenyum pada pelayan itu.


“Okey! Kejap lagi saya hantar” jawab pelayan itu sambil tersenyum.


Jue memandang pelayan itu beredar. Ketika itu mata Jue menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang memerhatikan mereka. Aizat! Kata Jue dalam hati. Aizat memandangnya sambil tersenyum.


“Isya!” panggil Jue.


“Urm..apa dia?” jawab Isya yang sedang leka menaip mesej.


“Tu, kau tengok la sape tu..dari tadi aku nampak dia asyik perhatikan kau je” beritahu Jue kepada Isya.


“Ish! Kau ni kacau jela..sape?” tanya Isya kepada Jue.


“Tu la!” jawab Jue dengan geram kerana Isya tidak melayannya sambil menunjukkan ke arah Aizat dengan muncungnya. Isya mengikuti ke arah yang tunjukkan Jue. OMG!!


“Aizat!” Isya terkejut.


Aizat memandang Isya sambil tersenyum. Isya hanya buat tak tahu. Aizat bangun dari tempatnya dan mengaturkan langkahnya ke meja Isya dan Jue.


“Isya dia datang kat kita!” beritahu Jue kepada Isya.


“Ahh! Lantak dia la..malas aku nak layan!” kata Isya dengan selambanya walaupun ketika itu jantungnya seperti hendak gugur kerana teringatkan kejadian semalam.


“Assalammualaikum! Hai..” sapa Aizat kepada mereka.


“Waalaikumsalam! Hai..” jawab Jue.


“Boleh aku duduk?” tanya Aizat kepada mereka.


“Duduklah!” jawab Jue.


“Duduklah kalo kau tak malu!menyibuk je!” jawab Isya dengan selambanya.


“Isya!” tegur Jue sambil membesarkan matanya.


“Apa?!” jawab Isya sambil mengerutkan dahinya.


“Memang aku tak malu pun!” jawab Aizat sambil menarik kerusi disebelah Isya dan memandang Isya sambil tersenyum.


Isya menjelingkan matanya.


“Amboi! Macam nak berpusing dah mata tu jeling aku!” kata Aizat sambil ketawa kecil.


“Lantak la..suka hati aku la..mata aku..bukan mata kau..” jawab Isya dengan geram.


“Hahaha..ni yang buat aku makin suka kat kau ni..sebab kau ni jual mahal sangat la..” terang Aizat pada Isya sambil ketawa besar. Beberapa pasang mata yang berada di situ memandang ke arah mereka.


“Wei! Aizat..kau ni buat malu jela..orang semua pandang tau!” mara Jue pada Aizat. Dalam hati berkata-kata..apalah mamat ni nak..menyibuk betul..asyik nak mengendeng ngan Isya je.


“Ops! Sorry! Tak sengaja” jawab Aizat sambil memandang sekeliling.


Actually apa korang buat kat sini?” tanya Aizat pada mereka.


“Nak main badminton!” jawab Isya dengam selambanya. Aizat tersenyum sinis, dalam diam dia terkena dengan gadis yang menarik perhatian dia sejak dulu lagi. Jue cuma menahan tawanya.


“Wah!Pandai mengenakan orang ye..” kata Aizat kepada Isya sambil merenung tajam tepat ke mata Isya. Isya hanya diam sahaja.


“Okey la! Tak nak ganggu korang makan..Aku ada hal ni..ada masa nanti kita lunch sama-sama ok! bye Isya” kata Aizat sambil mengenyitkan matanya pada Isya dan terus beredar dari situ.


Isya memandang pemergian Aizat dan melepaskan keluhannya sambil menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Hatinya tidak tenang selepas berjumpa dengan Aizat semalam.


Pelayan itu menghantar makanan mereka.


“Terima kasih!” ucap mereka serentak kepada pelayan itu.


“Sama-sama!” jawab pelayan itu sambil tersenyum dan beredar.


Nasi goreng ayam itu hanya di pandang. Garfu dan sudu di tangan menguis-nguis nasi itu. Sesuap nasi pun belum dijamahnya lagi. Fikiran melayang entah ke mana.


“Isya!” panggil Jue. Isya tidak menghiraukan panggilan Jue. Tangannya masih menguis-nguis nasi itu.


“Isya!!” panggil Jue sekali lagi dengan kuat menyebabkan Isya terkejut.


“Haa!!” jawab Isya kerana terkejut.


“Nape ngan kau ni?Aku tengok lepas Aizat tegur kau tadi terus kau jadi macam ni..tadi ok je aku tengok..nape ni?kau ada problem ke?ke kau gaduh ngan Aizat?” tanya Jue kepada Isya.


“Tak ada la..aku ok je..” jawab Isya sambil tersenyum sumbing.


“Tak ada apa-apa kau kata..abis tu yang kau termenung je dari tadi nape?nasi tak luak langsung dari tadi..aku dah abis makan dah..tu kau kata tak ada apa-apa..” mara Jue kepada Isya. Selama mereka berkawan setiap masalah di kongsi bersama. Mereka bagaikan isi dengan kuku..tak boleh dipisahkan..Setiap kali salah seorang dari mereka ada problem mereka akan tempuhinya bersama.


“Betul! Tak ada apa-apa..” terang Isya pada Jue.


“Sampai hati kau Isya! Nak berahsia dengan aku..Selama ni apa-apa masalah pun kita share sama-sama..tapi sekarang kau dah tak pedulikan aku lagi..” Jue bernada sedih sekadar untuk memancing Isya. Dia tahu Isya tak suka bila dia berkata begitu.


“Apa ni Jue! Jangan cakap macam tu..aku sayang kau macam aku sayangkan family aku..aku tak suka kau ckp macam tu..yela aku cerita kat kau..” mara Isya pada Jue kerana berkata begitu.


“Haa! Macam ni la bestfriend aku..sayang kau Isya..” Jue berkata sambil mengenyitkan matanya pada Isya. Isya tersenyum cuma.


“Sebenarnya macam ni..” dengan raut muka yang tegang Isya berkata pada Jue.


“Apa dia?cakap la..lambat la kau ni..” mara Jue.


“Dragon Ball ada tujuh biji semuanya..Hahahaha” sebaik mendengar ayat yang dikeluarkan Isya, Jue mengerutkan dahinya.. berfikir sejenak.. Hisy!!dia kenakan aku.. kurang asam Isya ni.. galak Isya tertawakan Jue yang sedang menahan mara kerana Isya mengenakannya.


“Dah jom..lambat nanti bos marah baru tau..” Isya berkata sambil ketawa dan beredar untuk membayar makanannya.


“Isya!!kau memainkan aku ey!!jaga kau!!” jerit Jue geram pada Isya.


Selesai membuat bayaran, mereka pulang ke pejabat semula. Di dalam kereta Isya tidak berhenti ketawa kerana Jue menarik muncung tikusnya kerana Isya tidak bercerita kepadanya tetapi memainkannya. Setiba saja di pejabat Jue mula membebel kepada Isya.


“Isya kau janji nak cerita kat aku..tapi kau tak cerita pun..” Jue bernada rajuk.


“Ye nanti aku cerita..sekarang ni time keje la cik kak!” jawab Isya.


“Yela..janji tau!” Jue berkata.


“Ye aku janji!” jawab Isya. Mereka memulakan kerja.


No comments:

Post a Comment