Monday, August 1, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 14 (iii)




Suasana di rumah Isya agak riuh dengan suara sanak saudara dan tetamu yang hadir. Ada yang bersenda gurau, ada yang sibuk memarahi anak-anak kecil yang berlari ke sana ke mari. Walaupun hanya majlis pertunangan tetapi majlis itu nampak meriah.


“Angah!!” jerit Iya. Adli yang ketika itu sedang menyusun cawan di atas meja memandang ke arah Iya.


“Nak apa?” tanya Adli.


“Ibu suruh pergi kedai kejap..belikan plastic bag..” beritahu Iya sambil menghulurkan duit kepada Adli.


“Ok..” jawab Adli.


*****


“Jue kau cantik la hari ni.. tolong minta ibu aku bantal kecil..” pinta Isya sambil tersengih memandang Jue. Sakit lehernya kerana tiada alas ketika di solek.


“Aku hari-hari cantik..kau baru tahu ke..kau memangkan..nak minta tolong baru nak puji..aku pergi minta dekat Cik Siti..” jawab Jue lalu bangun keluar dari bilik Isya pergi mendapatkan Pn Siti. Isya hanya tersenyum mendengar kata-kata Jue. Begitu juga dengan Kak Salmi yang ketika itu sedang mengandam Isya.


“Ala jangan la marah..sekali-sekala nak manja-manja dengan kau..” gurau Isya.


“Eh! Aku lagi suka kau puji aku..hari-hari pun tak pe..hahaha” jawab Jue lalu terus saja keluar dari bilik Isya.


“Janji dengan pihak lelaki jam berapa ni?” tanya Kak Salmi sambil tangannya ligat menenyeh muka Isya.


“Janji lepas zohor Kak..dalam pukul 3 macam tu la..” jawab Isya sambil matanya yang terpejam rapat.


“Bakal tunang awak tu ada berapa adik-beradik?” tanya Kak Salmi lagi.


“Ada 3 Kak..dia anak bongsu..kira anak mak la tu..hehehe” jawab Isya sambil tersengih. Sempat pula dia mengutuk bakal tunang sendiri..Isya..Isya..jahat sungguh!


“Nah bantalnya..” ujur Jue yang muncul tiba-tiba.


“Thanks..” ucap Isya.


Setelah hampir 1 setengah jam Isya sudah pun siap di dandan. Isya mengenakan baju lace berwarna merah, begitu juga tema majlis pertunangannya. Kak Salmi membetulkan sedikit tiara di kepala Isya.


“Wah Isya..cantiknya kawan si Jue ni..” puji Jue.


“Nak juga naik nama kau kan..well tengok orang la..” jawab Isya sambil tertawa kecil sebaik melihat Jue mencebikkan bibirnya.


“Ceh! Ni lah sebabnya aku tak nak puji..” jawab Jue sambil buat muka menyampahnya. Sedang mereka bersenda bilik Isya di ketuk dari luar.


“Along..nak pinjam baju..” pinta Iya yang muncul di balik pintu sebaik saja Jue membukanya.


“Ambil la dalam almari tu..” arah Isya.


“Wah Iya..mentang-mentang sama saiz dengan along..dia tibai je ey baju along dia..” ujur Jue. Isya yang mendengar tertawa cuma.


“Tau tak pe kak Jue..seronok..” jawapan Iya mengundang tawa dari Jue dan Kak Salmi. Iya sibuk mencari baju yang sesuai.


“Iya ambil baju kurung moden warna merah tu..” arah Isya.


“Yang ni ke along?” tanya Iya sambil menunjukkan baju tersebut pada Isya.


“A’ah..and tengok dekat tepi katil along tu..ada bag kertas..ambil bagi dekat ibu..suruh ibu pakai tudung tu ok..nanti tolong ironkan untuk ibu ok..” arah Isya pada adiknya.


“Alright along..” jawab Iya lalu mencapai bag kertas arianni yang berwarna merah jambu itu di tepi katil itu dan berlalu pergi.


Sejurus selepas itu telefon bimbit Isya berbunyi. Sebaik saja dia melihat nama yang tertera dia tersenyum dan terus saja menjawab panggilan itu.


“Hello..assalammualaikum sayang..” sapa Dani.


“Waalaikumsalam..” jawab Isya.


“Sayang dah siap dah?” tanya Dani. Isya tersenyum saja sedari tadi. Jue yang melihat hanya tersenyum melihat kegembiran di wajah rakannya itu.


“Dah..Ni tengah siap-siap nak gerak pergi rumah sayang la ni..” ujur Dani.


“Ye..hati-hati drive tu..” pesan Isya.


“Ye sayang..sayang..”


“Ye..kenapa?” jawab Isya.


“Love you..” ucap Dani sepenuh hati. Isya yang mendengar tersenyum manis dengan wajah yang memerah.


“Me too..” balas Isya perlahan. Jue hanya tertawa mendengar kata-kata yang terluah dari mulut comel rakannya itu. Dapat tangkap dah apa yang Dani cakap di sebelah sana.


“Ada orang ey?malu la tu..mesti muka sayang merah kan..heheh..ala jangan malu-malu..kena biasakan..nanti tak boleh panggil Dani lagi tau..kena panggil ABANG pula..” usik Dani.

“Ish! Saja kan kena kan orang..dah pergi sana drive elok-elok..” ujur Isya. Dani yang mendengar tertawa kecil.


“Ai..ai..kapten..” jawab Dani.


“Bye sayang..” ucap Dani lagi. Isya membalasnya dan terus saja mematikan talian. Isya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.


“Amboi happy nampak..” usik Jue.


“Jeles la tu..” jawab Isya.


“Isya..akak balik dulu la..” pinta Kak Salmi yang sudah selesai mengemas barang-barangnya.


“Eh! Balik dah..makan dulu Kak..jangan balik dulu..” ujur Isya.


“Tak pe..akak pun ada hal ni..” jawab Kak Salmi.


“La yeke..ok kejap..Jue bagi tahu ibu aku..Kak Salmi nak balik dah..bekalkan nasi bagi Kak Salmi ey..” pinta Isya. Jue hanya mengangguk dan berlalu pergi mendapatkan Pn Siti.


“Eh! Tak payah susah-susah lah Isya..ish! budak bertuah ni..” ujur Kak Salmi.


“Tak pe..tak susah pun kak..” jawab Isya.


Beberapa minit kemudian Jue muncul dengan Pn Siti bersama bekalan nasi untuk Kak Salmi.


“Terima kasih ye nak..” ucap Pn Siti sambil menghulurkan bekalan itu dan bersalam dengan Kak Salmi.


“Sama-sama Mak cik..terima kasih bagi bekalan ni..Isya akak balik dulu ya..” ucap Kak Salmi.


“Terima kasih kak..” ucap Isya. Kak Salmi pun berangkat pergi.


“Wah cantiknya anak ibu ni..” ujur Pn Siti.


“Ala anak ibu memang cantik la..” jawab Isya sambil tersengih memandang Jue yang mencebikkan bibirnya.


“Tengok pula ibunya siapa..” ujur Pn Siti pula bergurau dengan anaknya. Terus saja pecah tawa Jue mendengarnya. Isya hanya menarik muncungnya.


“Ibu nak turun bawah..ni Dani dah gerak belum?” tanya Pn Siti. Isya hanya menganggukkan kepalanya.


*****






No comments:

Post a Comment