Wednesday, March 9, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 1(i)



Hari Sabtu..

Hari ni rumah mak long ada buat kenduri doa selamat. Nak sambut kepulangan anak sulung la katakan. Mak kata mak long buat kenduri sebab anaknya selamat pulang dari Sarawak. Yela dulu kerja dekat sana sekali sekala je balik Melaka, ne dapat pindah dekat Melaka tu yang siap buat kenduri bagai.

“Safiyah!” laung Pn Sarimah.

“Ye mak..” sahut Irdina Safiyah pula.

“Apa kau buat lagi tu?cepat sikit..dah pukul berapa ne..” Pn Sarimah bertanya.

“Ye mak..dah siap dah..kejap ye..” jawab Irdina Safiyah sambil bergegas mencapai kunci kereta serta handbag yang terletak di atas meja tulis itu. Tu la..berangan lagi dalam bilik..Safiyah..Safiyah.

Beberapa saat kemudian pintu bilik Irdina Safiyah terbuka. Pn Sarimah, En Tirmizi, Ilham Safwan serta Husna Farisah serentak memandang Irdina Safiyah. Melihat saja semua mata memandang ke arahnya Irdina Safiyah tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana tahu dia sorang saja yang lambat. Husna Farisah kakak ipar Irdina Safiyah itu memandangnya sambil mencebikkan bibirnya. Irdina Safiyah yang perasan membalasnya.

“Apa yang kau buat lama sangat bersiap?” tanya Ilham Safwan merangkap abang sulung Irdina Safiyah. Seorang abang yang tegas. Terkejut Irdina Safiyah mendengar pertanyaan Ilham Safwan.

“Haa?Fiyah..”

“Dah..dah..cepat jom gerak..nanti lambat sampai pulak..takkan nak datang makan je..” Pn Sarimah memotong. ‘Huh! Selamat..’ ucap Irdina Safiyah dalam hati.

“Haa! Betul tu..jom..jom..” sampuk Irdina Safiyah sambil tersenyum memandang abangnya. Ilham Safwan hanya memandang dan menggelengkan kepalanya.

Mereka bergerak ke rumah mak longnya Pn Salina berasingan. Ilham Safwan memandu keretanya dan membawa isteri serta anaknya yang baru berusia 3 tahun, Hannah Bakriyah. Manakala Irdina Safiyah memandu keretanya dan membawa mak serta abahnya.


*****


Di rumah Pn Salina..

Tetamu yang hadir tidak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit. Suasana di dapur yang sedikit kecoh dengan telatah sanak saudara yang bergurau senda. Ada yang mengusik dan ada yang diusik.

“Sudah..sudah la tu korang menggusik nek longnya tu..penat orang tua tu melatah dari tadi..” tegur Pn Salina sambil tertawa melihat telatah saudara maranya itu.

“Mak..abang mana?” tanya Wani Sofea yang datang dari belakang Pn Salina.

“Entah la..perasan mak dia ada dalam bilik..cuba tengok..” jawab Pn Salina. Wani Sofea segera menuju ke bilik abangnya.

Tuk!! Tukk!!

Pintu bilik di ketuk.

“Abang..” panggil Wani Sofea.

“Ye..” jawab abangnya Wadi Sufyan. Ni la jejaka yang diperkatakan oleh Irdina Safiyah tadi.

“Alihkan kereta kau la..abah suruh..kau parking tengah-tengah halaman..” beritahu Wani Sofea. Wadi Sufyan segera membuka pintu biliknya.

“Yeke..tak perasan pulak abang..” jawab Wadi Sufyan sambil tersenyum pada adiknya.

“Banyak la kau punya tak perasan..pergi la alihkan..abah bising dah tu..” beritahu Wani Sofea lagi.

“Alright!” jawab Wadi Sufyan lalu masuk ke dalam bilik semula dan mengambil kunci kereta.


*****


Irdina Safiyah serta family sampai di rumah Pn Salina hampir jam 10.30 pagi. Setelah meletakkan kenderaan mereka menuju ke rumah Pn Salina. Di luar rumah kelihatan pak long serta saudara mara yang lain sedang membuat kerja masing-masing. Abah serta abang Ilham menolong di luar, manakala kami yang perempuan ni ke dalam.

“Assalammualaikum..” Pn Sarimah memberi salam diikuti Irdina Safiyah serta Husna Farisah tetapi perlahan sedikit dari Pn Sarimah.

“Waalaikumsalam..” jawab anak tuan rumah. Siapa lagi si Wani Sakinah lah anak bongsu Pn Salina. Wani Sakinah mendapatkan mereka dan menyalamnya.

“Mak mana?” tanya Pn Sarimah kepada Wani Sakinah.

“Ada dekat dapur agaknya..masuk la mak ngah..” pelawa Wani Sakinah sambil tersenyum. Ketika mereka melangkah menuju ke dapur Wani Sakinah memanggil Irdina Safiyah.

“Kak Fiyah..” panggil Wani Sakinah. Irdina Safiyah mendapatkan Wani Sakinah dan membiarkan mak serta kakak iparnya pergi ke dapur dahulu.

“Ye nape?” tanya Irdina Safiyah. Wani Sakinah tersenyum memandang Irdina Safiyah.

“Comel la kak Fiyah ari ne..heheh” puji Wani Sakinah ikhlas. Irdina Safiyah mengenakan baju kurung kotan berwarna kuning lembut dan bercorak bunga kecil berwarna merah menyerlahkan kulit putih gebu Irdina Safiyah.

“Ya allah budak ne..ingatkan kenapa la tadi..” jawab Irdina Safiyah.

“Heheh..alah puji ikhlas tau ni kak..eh meh la duk sini tolong Kina ne haa..” ajak Wani Sakinah.

“Kejap..akak pergi dapur jap..kejap lagi akak datang..” beritahu Irdina Safiyah.

“Cantik!” jawab Wani Sakinah sambil tersengih. Irdina Safiyah tidak perasan bahawa ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya sejak dari sampai tadi.

Selesai bersalaman dengan sanak saudara Irdina ingin mendapatkan Wani Sakinah, ketika itu bahunya di tepuk.

“Hoi!” tegur Asma Marha. Terkejut Irdina Safiyah.

“Ish! Kau ni..terkejut aku..bukan nak bagi salam..” marah Irdina Safiyah kerana terkejut. Asma Marha hanya tersengih memandang.

“Heheh..sorry la geng..dah lama tak jumpa saja kenakan kau..” jawab Asma Marha lalu pergi mendapatkan mak-mak saudara yang berada di situ dan menyalami mereka.

“Hai..” tegur seseorang hampir di telinga Irdina Safiyah yang sedang berdiri memandang Asma Marha yang sedang bersalaman dengan sanak saudara. Kerana terkejut segera ditolehnya ke belakang. Kelihatan Wadi Sufyan sedang tersenyum memandang Irdina Safiyah.

“Abang..” seru Irdina Safiyah terkejut. Wadi Sufyan memandang Irdina Safiyah sambil tersenyum gembira.

“Dah..dah..jom pergi buat kerja..” ajak Asma.

“Ala kau ni Asma..kacau jela..” Wadi Sufyan berkata. Berkerut dahinya kerana tak puas hati. Belum puas lagi dia menatap muka Irdina Safiyah. Bercakap pun baru je sepatah Asma Marha dah kacau daun.

“Ala..kerja banyak..kejap lagi la berborak ye..” jawab Asma Marha sambil menarik tangan Irdina Safiyah pergi mendapatkan Wani Sakinah di ruang tamu. Irdina Safiyah hanya memandang Wadi Sufyan sambil mencebikkan bibirnya dan mengangkat bahunya lalu mengikut langkah Asma Marha.

Tepat jam 1.30 petang selesai sudah upacara masak-memasak. Semuanya kelihatan sedang menghidangkan makanan. Di ruang tamu kelihatan orang surau sudah memenuhi ruang. Setelah selesai menghidang, doa pun di mulai.

Selesai saja majlis mereka mengemaskan semuanya. Setelah selesai semua berkumpul di ruang tamu dan berbual.

“Kejap je budak-budak ni besarkan mah..” kata Pn Salina sambil memandang ke arah anak-anaknya serta anak-anak buah yang berada di ruang depan rumah taman itu.

“Itulah..kejap je rasanya..lepas ne tunggu nak sambut menantu je..kak long dulu la nampaknya ye..” jawab Pn Sarimah sambil tertawa diikuti sanak saudara yang lain.

“Itu la..ingat lagi masa budak-budak ni sekolah dulu..Safiyah, Asma, Sakinah dengan Nani..selalu kena buli..nasib baik ada si Sufyan dengan Rizal tu haa..” kata Pn Salina teringat masa dahulu.


*****

No comments:

Post a Comment