Saturday, March 26, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 4 (i)




Di pejabat..


Irdina Safiyah sedang leka membuat kerjanya di komputer. Haifa Atiqah merangkap kawan baik kepada Irdina Safiyah datang menegurnya.


“Hoi Fiyah..banyak ke kerja kau?dah time lunch la makcik..tak nak makan ke?” tegur Haifa Atiqah.


“Haa?dah time lunch dah ke?ok..ok..jom kita pergi makan..kerja banyak..tak perasan pulak aku dah time lunch..” jawab Irdina Safiyah sambil mengemas fail-fail yang berada di atas mejanya itu. Segera dicapainya handbag dan berlalu pergi bersama Haifa Atiqah.


Mereka memilih restoran yang tidak jauh dari pejabat tempat mereka bekerja. Kelihatan ramai rakan-rakan kerja mereka turut makan di situ. Restoran itu penuh dengan pelanggannya. Sedang mereka duduk berbual seseorang menegur mereka.


“Hai..boleh saya join tak?tempat dah penuh la..” tanya orang itu. Irdina Safiyah dan Haifa Atiqah memandang ke arahnya serentak.


“Eh! En Fakhri..boleh..duduk la..” pelawa Haifa Atiqah sambil tersenyum. Fakhri Dini merupakan bos kepada mereka dan Irdina Safiyah merupakan setiausaha Fakhri Dini.


“Sorry kalo saya ganggu awak berdua..” ucap Fakhri Dini. Haifa Atiqah dan Irdina Safiyah hanya tersenyum mendengarnya.


“Tak apa la En Fakhri..kitorang tak kisah..” jawab Irdina Safiyah.


Mereka bertiga rancak berbual sambil menikmati makanan tengah hari mereka. Sesekali mereka tertawa kecil. Kelihatan rakan-rakan perempuan pejabat Irdina Safiyah dan Haifa Atiqah memandang mereka tajam seakan tidak berpuas hati. Mungkin kerana jejaka idaman mereka duduk semeja dan bergelak tawa bersama.


“Saya nak berhenti dah..” beritahu Fakhri Dini tiba-tiba. Irdina Safiyah dan Haifa Atiqah yang mendengar terkejut.


“Haa?berhenti?kenapa?” tanya mereka serentak sambil memandang Fakhri Dini. Fakhri Dini hanya tersenyum memandang mereka.


“Kenapa En Fakhri nak berhenti?” tanya Haifa Atiqah tidak berpuas hati kerana Fakhri Dini tidak menjawab tetapi hanya tersenyum.


“Sebab kecewa dengan orang tu..” jawab Fakhri Dini sambil memandang ke arah Irdina Safiyah. Haifa Atiqah mengerutkan dahinya tanda tidak faham, manakala Irdina Safiyah hanya menundukkan mukanya.


“Tapi En Fakhri..”


“Tak la..awak jangan risau..saya terima keputusan awak tu..sebenarnya saya berhenti ne sebab saya dapat tawaran pergi UK..saya akan menetap di sana..dan lagi satu saya nak kawin tak lama lagi..” sampuk Fakhri Dini sebelum sempat Irdina Safiyah menghabiskan ayatnya.


“UK? Tawaran kerja di sana? Kawin?” tanya Irdina Safiyah sambil mengerutkan keningnya. Fakhri Dini tersenyum mendengar pertanyaan orang yang pernah mencuri hatinya itu.


“Ya..kawin..pilihan family..saya ikut je..doakan kebahagiaan saya ye..” jawab Fakhri Dini sambil tersenyum memandang Irdina Safiyah, Haifa Atiqah pula sedari tadi bingung dengan perbualan ini. Satu apa dia tak faham.


“Saya akan doakan kebahagiaan En Fakhri..nak kawin jangan lupa jemput kitorang pula ye..heheh” gurau Irdina Safiyah sambil tertawa kecil.


“Of coz..saya akan jemput awak berdua..Safiyah awak wajib datang ya..” ujur Fakhri Dini. Irdina Safiyah hanya tersenyum menggangguk. Selesai saja makan mereka masuk ke office semula.



*****



Di pejabat..


Haifa Atiqah datang ke tempat Irdina Safiyah. Irdina Safiyah pula sedang duduk membuat kerjanya.


“Eh! Safiyah..kau buat apa tu?sorry nak ganggu kau kejap ne.aku tak puas hati la..aku tak faham apa yang En Fakhri cakap tadi ek..” tanya Haifa Atiqah. Irdina Safiyah yang sedang menaip sesuatu berhenti seketika.


“Apa yang kau tak faham?En Fakhri nak berhenti kerja..dia nak kawin..and menetap kat UK..understand?” terang Irdina Safiyah sambil membuat muka comelnya dan terkelip-kelip matanya memeandang Haifa Atiqah.


“Bukan..bukan..tu aku tahu..apa maksud dia kecewa dengan orang tu..pastu dia pandang kau..then dia kata pula..awak jangan risau..saya terima keputusan awak tu..haa..tu yang aku tak faham..aku macam blur..blur je tadi..tu pasal aku diam je..” terang Haifa Atiqah dengan gaya-gayanya sekali. Irdina yang melihat tertawa kecil.


“Kau ne..aku tanya kau gelak pula..” marah Haifa Atiqah.


“Ok..pasal tu ey?urm cane nak story kat kau ey?sebenarnya cerita tu dah lapok dah pun..aku tak nak heboh-heboh..” beritahu Irdina Safiyah.


“Ala kau ne..cerita jela..tak yah panjang-panjang..” tegur Haifa Atiqah tidak berpuas hati.


“Yela..En Fakhri pernah bagi tau aku..yang dia suka kat aku..and dia pernah lamar aku jadi wife dia..tapi aku tolak..puas hati?” beritahu Irdina Safiyah perlahan, takut ada yang terdengar pula nanti.


“What?kenapa tolak?” tanya Haifa Atiqah terkejut mendengar penjelasan Irdina Safiyah. Tak menyangka bahawa bosnya itu rapat dengan Irdina Safiyah kerana ada udang disebalik mee.


“Entah..aku tolak je..aku pun tak tahu nape..” jawab Irdina Safiyah. Haifa Atiqah menepuk dahinya sebaik mendengar jawapan Irdina Safiyah.


“Apa lah kau ne..aku tau..kau tolak sebab kau ade hati dekat abang sepupu kau kan..” serkap jarang Haifa Atiqah.


“Ish!time tu tak perasan lagi la..kau ne..dah..dah pergi main jauh-jauh..aku banyak kerja ne..” kata Irdina Safiyah.


“Yela..gurau pun tak boleh..” jawab Haifa Atiqah lalu meninggalkan Irdina Safiyah membuat kerjanya.


“Haifa..haifa..tak de la kerja lain kau ne..nak merajuk je kerja kau..pastu nanti datang cari aku balik juga nanti..” ucap Irdina Safiyah perlahan sambil menggelengkan kepalanya.



*****


No comments:

Post a Comment