Sunday, September 11, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 10 (iv)




Wadi Sufyan termenung di dalam biliknya. Berkali-kali dia menelefon Irdina Safiyah tetapi tidak berjawab. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang tetapi Irdina Safiyah dan keluarganya masih tidak muncul lagi. Sanak saudara yang lain semuanya sudah datang. Sekali lagi dia mencuba untuk menelefon Irdina Safiyah tetapi hampa. Panggilannya masih lagi tidak di jawab.


‘Fiyah cuba jauhkan diri dari abang ke?’ getus Wadi Sufyan dalam hati.


Wadi Sufyan mencampakkan telefon bimbitnya. Geram kerana panggilannya tidak dijawab. Sebaik saja terlihat kad undangan perkahwinannya di atas meja segera di capai.


“Kalau tak di sebabkan majlis ni..kalau tak disebabkan perempuan ni..Fiyah takkan jauhkan diri dari aku..aku dan Fiyah takkan jadi macam ni..” marah Wadi Sufyan. Lalu kad undangan perkahwinannya itu dikoyakkan lalu mencampakkannya.


“Argh!!” jerit Wadi Sufyan lalu melepaskan tumbukan ke dinding.



*****



“Assalammualaikum..” ucap Pn Sarimah memberi salam.


“Waalaikumsalam..” jawab Pn Zainab yang berada di ruang tamu rumah Pn Salina.


“Eh!kak ngah..masuk la..” jemput Pn Zainab.


“Kak long mana?” tanya Pn Sarimah.


“Ada dekat belakang agaknya..” beritahu Pn Zainab.


“Tolong kak ngah angkat hantaran kat dalam kereta tu..Fiyah tak de..kak long minta tolong bakal menantu hantarkan..Abang ngah kamu pergi Muar menjemput dengan Ilham dan Farisah..” beritahu Pn Sarimah sebelum Pn Zainab bertanya.


“Oo..patutlah lambat..yela..” jawab Pn Zainab. Selesai mengangkat barang hantaran Irsyad Zafran meminta diri untuk menjaga Irdina Safiyah.


“Wah! Cantiknya hantaran ni mak ngah..Kak Fiyah buat ke mak ngah yang buat?” tanya Wani Sakinah yang muncul dari dapur bersama Pn Salina.


“Fiyah lah yang buat..nak harap mak ngah..takat tolong tengok je boleh la..” jawab Pn Sarimah sambil tersenyum.


“Cantik..tak salah kak long pilih Fiyah tolong buatkan..” ujur Pn Salina pula. Pn Sarimah tersenyum cuma mendengar pujian untuk anaknya itu.


“Yang selebihnya hari jumaat pagi ye baru Mah hantar..takut pula kalau gula-gula dengan coklat tu cair..” beritahu Pn Sarimah perlahan. Hatinya masih risau dengan keadaan Irdina Safiyah. Irdina Safiyah terpaksa di masukkan ke wad kerana suhu badannya terlalu tinggi.


Asalnya dia tidak mahu datang ke rumah Pn Salina kerana ingin menjaga Irdina Safiyah. Tetapi Irsyad Zafran menawarkan diri untuk menjaga Irdina Safiyah sementara Pn Sarimah pergi menjenguk ke rumah Pn Salina.


“Oo..tak pe..” jawab Pn Salina pula.


“Kak Fiyah mana mak ngah?kerja ke?bukan kak Fiyah cakap dia cuti sampai hari ahad ke mak ngah?” tanya Wani Sakinah sekali lagi.


“Fiyah tak dapat datang..dia tak sihat..” beritahu Pn Sarimah perlahan.


“La..abis siapa yang hantar mak ngah?” tanya Wani Sakinah sekali lagi. Belum berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Pn Sarimah. Sedari tadi dia dan Asma Marha menunggu Irdina Safiyah.


“Zafran tolong hantarkan..kesian Zafran terkejar-kejar hari ni..nasib baik dia ada..Fiyah kena tahan wad..” beritahu Pn Sarimah perlahan.


“Haa?tahan wad?” hampir serentak mereka bertanya kembali. Ketika itu Pn Sarimah dikelilingi oleh Pn Zainab, Pn Salina, Pn Azimah, Asma Marha dan Wani Sakinah.


“Wad?siapa masuk wad?” sampuk Wadi Sufyan yang muncul tiba-tiba. Serentak mereka semua berpaling memandang Wadi Sufyan.


“Fiyah..” jawab Pn Sarimah. Terkejut Wadi Sufyan sebaik mendengar nama Irdina Safiyah disebut. Jantungnya bagaikan ingin gugur. Terus saja dia mendapatkan Pn Sarimah.


“Fi..Fiyah..Fiyah kena tahan wad?kenapa mak ngah?” tanya Wadi Sufyan tersekat-sekat. Terpancar jelas kerisauan di wajahnya.


“Dia demam..suhu badan dia terlampau panas..badan dia pun lemah je..makan tak nak..apa tak nak..asyik meracau dan merengek je..nasib baik Zafran ada tadi..tolong hantarkan ke hospital..” terang Pn Sarimah. Sebaik mendengar penerangan Pn Sarimah Wadi Sufyan bergegas pergi ke biliknya dan mencapai kunci kereta.


Ketika di melintasi ruang tamu Pn Salina menegurnya.


“Eh! Kamu nak pergi mana tu?” tanya Pn Salina.


“Sufyan nak pergi tengok Fiyah mak..” beritahu Wadi Sufyan.


“Eh! Nanti dulu..ish budak ni..main terjah je..Zafran ada jaga Fiyah..kamu ni..” tegur Pn Salina.


“Tapi mak..”


“Sufyan tak payahlah risau..Zafran ada tu..kamu pun sibuk..majlis tinggal lagi berapa hari je lagi ni..” sampuk Pn Sarimah sebelum sempat Wadi Sufyan berkata-kata. ‘Argh! Aku tetap akan pergi juga..aku takkan biarkan Zafran jaga dia..’ Wadi Sufyan berkata-kata dalam hati.


“Sufyan minta maaf..tapi Sufyan tetap akan pergi juga..” ucap Wadi Sufyan dan pantas berlalu pergi sebelum sempat Pn Salina melarangnya.


Perlakuan dan tingkah laku Wadi Sufyan sedari tadi di perhatikan seseorang. Pelik melihat perlakuan Wadi Sufyan yang bagaikan kelam kabut sebaik mendengar Irdina Safiyah di tahan wad.


“Budak bertuah ne..degil..bukan nak dengar cakap kita..” rungut Pn Salina.


“Budak tu rapat dari kecil lagi kak long..mana-mana pergi pun berdua je..mana tak dia jadi macam tu bila dengar Fiyah sakit..pantang dia bila tahu Fiyah tak sihat..cepat aja dia mendapatkan si Fiyah tu..” ujur Pn Azimah.


“Tu la..dah nak kawin dah pun..kalo macam ne je..apa pula kata bininya nanti..” sampuk Pn Sarimah. Dia merasa senang bila ramai yang mengambil berat tentang anaknya. Tetapi merasa bersalah pula bila melihat wajah keruh kakak iparnya itu. Masakan tidak, orang sibuk di rumah..Sufyan pula lebih risaukan Fiyah..nanti apa pula kata bakal isterinya. Pn Sarimah mengeluh.


“Susah nak pisahkan diorang ni..dah macam orang bercinta pula..” rungut Pn Salina pula. Asma Marha hanya mendengar saja perbualan mak serta mak saudaranya itu tentang sepupunya.


‘Memang diorang bercinta pun mak long..kesian kau Fiyah..’ keluh Asma Marha dalam hati.


“Tak pela kak long..nanti Mah nasihatkan Fiyah tu..jangan rapat sangat dengan Sufyan..Sufyan nak kawin dah..takut pula isteri dia salah faham nanti..” ujur Pn Sarimah perlahan. Serbasalah.


“Kamu jangan kecil hati pula Mah..kak long tak de maksud macam tu..kak long faham diorang tu rapat dari kecil..kak long patut berterima kasih dengan Fiyah..kalo tak di sebabkan dia..mungkin majlis ne takkan jadi..” terang Pn Salina sebaik melihat wajah keruh Pn Sarimah. Asma Marha yang ketika itu sedang sibuk membungkus gula-gula terus memandang Pn Salina dengan kerutan di dahi.


“Tak adanya kecil hati..Mah faham..Fiyah tu pun nak kawin dah..diorang rapat dari kecil..apa-apa mesti berdua..tu susah nak berpisah sikit diorang tu..tak boleh berenggang langsung budak-budak ni..” rungut Pn Sarimah.


“Tak apa lah..biarlah diorang tu Mah..” jawab Pn Salina pula. ‘Biar jela..bukan diorang buat apa pun..dah dari kecil rapat..takkan nak larang diorang pula..’ getus hati Pn Salina.




*****






No comments:

Post a Comment