Wednesday, October 19, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 22




Jue dan Dani menemani Isya ke rumah keluarga kandungnya. Isya menaiki kereta Dani, manakala keretanya di pandu oleh Jue. Mereka hanya mengikut kereta Datuk Arsyad dari belakang. Hampir setengah jam kemudian kereta Mitsubishi Outlander milik Datuk Arsyad masuk ke sebuah rumah banglo yang tersergam indah.


“Isya..masuk la..ajak kawan-kawan masuk sekali..mari papa tunjukkan bilik Isya..” ujut Datuk Arsyad.


“Wah! Besarnya rumah ni Isya..” ujur Jue sambil matanya liar memandang sekeliling banglo itu.


“Mari saya tolong angkatkan beg Cik Isya..” tutur Pak Jamal pemandu Datuk Arsyad.


“Err..panggil Isya je pakcik..” ujur Isya. Pak Jamal tersenyum mendengarnya.


“Panggil je Pak Jamal..mari masuk..nanti Pak Jamal kenalkan dengan mak Mah..”ujur Pak Jamal pula. Mereka bertiga masuk ke dalam banglo itu. Ternganga Jue melihat ruang tamu banglo itu.


“Duduk lah dulu..papa panggil mama sekejap..” ucap Datuk Arsyad yang muncul entah dari mana. Isya hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak selesa duduk di rumah yang asing ini. Ikutkan hati mahu saja dia pergi dari sini, dia sanggup cari rumah sewa.


“Jue..aku rasa tak selesa la nak duduk dekat rumah ni..” luah Isya.


“Sayang..ingat pesan abah tak? apa abah pesan dekat sayang..” ujur Dani cuba mengingatkan Isya pesanan dari En Kamal. Teringat kembali pesanan dari bapanya itu.


*****


“Isya..” teriak En Kamal sebaik melihat Isya ingin memasuki kereta dan pergi dari rumahnya itu. Isya menoleh melihat bapanya sedang menuju padanya.


“Abah..” panggil Isya perlahan dan terus saja memeluk En Kamal.


“Isya jaga diri bebaik ye sayang..jangan lupa dekat abah ye..kalau boleh datang la selalu jenguk abah..abah sentiasa tunggu kedatangan Isya..Ingat pesan abah ni..jaga diri dan kelakuan..jangan sesekali melawan cakap papa dan mama Isya..Isya kena patuh segala perintah mereka..jangan terlalu ikutkan hati..fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan..ingat pesan abah ni..Isya kena dengar cakap mama dan papa Isya..abah tak pernah ajar anak-anak abah kurang ajar..jaga diri baik-baik sayang..” pesan En Kamal.


“Isya janji abah..Isya akan ingat pesan abah..abah jangan lupaka Isya ya..kalau ada apa-apa abah telefon je Isya ye..insyaAllah Isya akan selalu jenguk abah..” jawab Isya dengan esakan kecil.


*****


“Sayang..” panggil Dani perlahan. Terbang terus segala bayangan En Kamal. Isya mengeluh lemah.


“Ye..Isya ingat pesan abah..” jawab Isya perlahan. Dani senyum saja mendengar jawapan dari Isya. Dia tahu tunangnya itu mendengar kata. Tak pernah sekali pun melawan atau membantah kata-kata orang tuanya. Kerana itulah dia terpikat dengan Isya.


“Good girl..macam tu la sayang Dani..” ucap Dani.


“Cik Isya..mari saya tunjukkan bilik Cik Isya..” tutur Mak Mah tiba-tiba muncul.


“Panggil Isya je mak cik..” ujur Isya. Mak Mah tersenyum mendengarnya.


“Panggil je Mak Mah Cik Isya..” ujur Mak Mah pula.


“Isya Mak Mah..tak perlu Cik semua tu..” ujur Isya sambil tersenyum.


“Mari Mak Mah tunjukkan bilik..”


“Jue..jom teman aku..” ajak Isya. Jue dan Isya mengikut saja belakang Mak Mah, manakala dani hanya menunggu di ruang tamu.


Ketika melalui sebuah bilik mereka terdengar Datin Aisyah dan Datuk Arsyad bergaduh. Isya tersentap mendengar tutur kata Datin Aisyah.


“Tak..Aisyah tak nak jumpa dengan dia..dia bukan anak Aisyah..anak Aisyah Thira bang..abang ni kenapa..tah mana-mana budak abang punggut dan kata dia tu anak kta..Aisyah tak nak jumpa dia..pergi halau dia kelaur dari rumah ni..Aisyah tak nak tengok muka dia..” jerit Datin Aisyah.


Jue dan juga Mak Mah hanya memandang sayu wajah Isya yang jelas terkejut mendengar tutur kata dari ibu kandungnya.


“Awak ni..bukti dah ada kan..ujian DNA pun dah di buat..apa lagi yang buat awak tak percaya ni? Isya tu anak kandung awak tahu..anak yang awak kandung selama sembilan bulan..tapi sekarang awak tak mengaku dia anak awak..” marah Datuk Arsyad. Belum pernah dia memarahi isterinya selama ini. Tapi kali ini dia tidak lagi dapat bertahan.


“Naluri saya mengatakan yang dia bukan anak saya..”


“Naluri atau ego awak? Awak tak dapat terima kenyataan kan..sudah lah..saya dah buat keputusan Isya akan tinggal dengan kita..terpulang dekat awak suka atau tidak..Isya akan tetap tinggal di sini..” ujur Datuk Arsyad dan terus melangkah keluar. Terkejut dia sebaik saja menutup pintu bilik dia melihat Isya dengan wajah sayu merenungnya.


“Isya..papa..”


“Tak apa..Isya faham..susah untuk terima semua ni..” ucap Isya perlahan sebelum sempat Datuk Arsyad berkata-kata.


“Papa minta maaf..”


“Mak mah..mana bilik saya ye?” potong Isya sekali lagi. Mak mah menunjukkan bilik yang berada di tingkat 2 banglo itu.


“Terima kasih mak Mah..” ucap Isya Ikhlas bersama senyuman hambarnya dan berlalu pergi tanpa memandang Datuk Arsyad.


“Kalau ada apa-apa yang Isya mahu..panggil saja Mak Mah di dapur ye..” pesan Mak Mah. Isya menganggukkan kepalanya tanda faham.






3 comments: