Monday, November 15, 2010

Andai Itu Takdir Untukku 9

“Aisyah..aku cintakan kau..” luah Azhar pada Aisyah. Aisyah terkejut mendengar luahan Azhar padanya.

“Aisyah minta maaf..A.aisyah tak dapat terima abang..” jawab Aisyah jujur. Tidak mahu berlaku salah faham. Azhar yang mendengar merasa bengang. Berkerut-kerut dahinya menahan marah kerana cintanya ditolak.

“Tapi kenapa??” tanya Azhar keras. Terkejut Aisyah mendengar pertanyaan Azhar yang agak keras itu.

“Sebab Aisyah tak cintakan abang..A..Ais..” belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya Azhar memotong.


"Tak!!kau tak boleh tolak cinta aku Aisyah..kau akan terima balasan sebab tolak cinta aku..” ugut Azhar sambil tersenyum sinis pada Aisyah. Aku akan pastikan kau merana Aisyah..tu janji aku..hahahah
.

“Abang Azhar..maafkan Aisyah..” kata Aisyah perlahan sambil meraup muka nya beberapa kali.



*****



Jam dinding menunjukkan tepat jam 1 pagi. Kedinginan pagi itu mencengkam hingga ke tulang. Ditariknya selimut menutupi hingga ke paras leher. Ketika itu teringat akan arwah emak serta ayahnya. Rindu bertamu dihati. Air mata yang mengalir di lap.


Ketika itu terdengar bunyi kerusi dilanggar seseorang. Hatinya dipaut rasa takut, risau sesuatu yang buruk berlaku. Segera dia bangun melangkah keluar dari biliknya untuk melihat punca bunyi tadi. Setelah dipantau tiada apa yang mencurigakan, barangkali kucing teka Aisyah menyedapkan hatinya sudah lah tinggal sorang-sorang dirumah. Ketika melintasi ruang tamu terasa dirinya dipeluk dari belakang, belum sempat Aisyah menjerit mulutnya sudah ditekup.


“Diam!!” bisik suara garau itu keras. Suara ni??tak mungkin..Aisyah meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi tidak berdaya.


“Hahaha..aku akan jadikan kau milik aku..” kata suara itu lagi sambil memusingkan badan Aisyah menghadapnya dah dihempas kuat ke dinding kayu itu. Azhar!! Terkejut Aisyah. Azhar yang melihat wajah terkejut Aisyah tersenyum sinis. Akhirnya Aisyah jatuh ditangannya.


“Abang??” kata Aisyah terkejut dengan kehadiran Azhar.


“Ye aku..hahaha” jawab Azhar sambil tertawa puas.


“Abang..lepaskan Aisyah bang..” rayu Aisyah pada Azhar. Azhar yang mendengar rayuan Aisyah semakin galak ketawanya.


“Lepaskan?? Tak akan sama sekali..” tegas bunyinya. Sejurus itu Azhar mencumbui Aisyah dengan kasar, Aisyah meronta-ronta minta dilepaskan tetapi tidak berdaya. Ya allah..tolong..Entah dari mana Asiyah mendapat kekuatan segera ditendangnya Azhar. Azhar menjerit kesakitan. Aisyah ingin melarikan diri tetapi Azhar bertindak pantas dengan menarik lengan Aisyah kasar.


Aisyah terdorong ke dalam dakapan Azhar. Azhar tersenyum sinis. Dengan pantas juga Aisyah mengigit lengan Azhar dengan kuat, kerana sakit yang amat sangat Azhar menolak Aisyah sehingga terjatuh. Aisyah mengambil peluang melarikan diri ke dalam bilik lalu menguncikan diri di dalam bilik.



*****



Di dalam bilik Arsyad keresahan. Kenapa malam ni resah semacam kena aku asyik ingatkan dia je?? Ish! Tak boleh jadi ni..Arsyad tidak duduk diam kehulu kehilir dia berjalan. Ah! Baik aku pergi jumpa dia. Baru beberapa langkah Arsyad berhenti.


“Gila apa aku ni..dah jam berapa nak jumpa dia, tak boleh tunggu esok ke Arsyad oii..” Arsyad berkata sendirian. Arsyad duduk di hujung katil. Fikirannya masih lagi resah memikirkan Aisyah. Ah! Tak boleh jadi ni..aku mesti jumpa dia malam ni jugak!! Segera dia mengatur langkah.



*****



Tukk!! Tukkkkk!! Tuukkkkk!!


Pintu bilik diketuk dengan kuat. Azhar mencuba sehabis dayanya untuk membuka pintu bilik itu. Aisyah di dalam bilik ketakutan. Azhar cuba merempuh pintu kayu itu dengan kuat. Akhirnya..


Dumm!!


Pintu bilik terhempas kuat akibat dirempuh oleh Azhar. Azhar tersenyum sinis melihat Aisyah yang sedang duduk di satu sudut sambil memeluk lutut.


“Mana kau nak lari??kau tak terlepas dari aku..hahah” Azhar segera menghampiri Aisyah. Aisyah bangun untuk melarikan diri tetapi sempat titahan oleh Azhar.


“Abang..lepaskan Aisyah..jangan buat Aisyah macam ni bang..Aisyah rayu kat abang..tolong lepaskan Aisyah..” rayu Aisyah bersungguh-sungguh dengan sendunya. Azhar yang mendengar rayuan Aisyah ketawa besar.


“Kau ingat aku cair dengan rayuan kau tu??eh! boleh jalan la..kau milik aku!!” sejurus lepas menghabiskan kata-katanya Azhar menolak Aisyah ke atas katil dengan kasar. Azhar mencumbui Aisyah dengan kasar. Aisyah cuba untuk melepaskan diri tetapi apa la daya jika di bandingkan dengan tanaga seorang lelaki.


“Abang..tolong lepaskan Aisyah..” rayu Aisyah lagi dalam sendu. Azhar tidak mempedulikan rayuan Aisyah, ditariknya baju Aisyah hingga terkoyak dilengan. Aisyah terkejut lalu menjerit.


"Tolong!!” jerit Aisyah dengan kuat. Azhar segera menekup mulut Aisyah.


“Diam! Kau melawan ye..” kata Azhar. Aisyah yang kesakitan masih lagi cuba melepaskan diri. Kerana sakit hati dengan kelakuan Azhar diludahnya muka Azhar.


Panggg!!


Azhar menampar Aisyah.


“Kau melawan ya..” kata Azhar lalu menarik lagi baju Aisyah hingga terkoyak menampakkan separuh tubuh badannya. Aisyah menagis semahunya kerana diperlakukan seperti binatang.


“TOLONG!!” jerit Aisyah dengan kuat.


Ketika itu Arsyad yang baru sampai di perkarangan rumah peninggalan orang tua Aisyah lalu terdengar suara meminta tolong. Macam kenal suara tu..Ya allah..Aisyah!! Dengan pantas Arsyad mengatur langkah memasuki rumah itu.



*****



Bbuukkkkkk!!


Satu tumbukan hinggap di muka Azhar. Aisyah segera bangun sambil memeluk tubuh. Abang Arsyad??macam mana boleh ada dekat sini?? Hati Aisyah tertanya-tanya sebaik sahaja melihat wajah pemilik yang mnyelamatkannya dari menjadi mangsa nafsu setan Azhar.


“Azhar!!apa kau buat ni?!kau dah hilang akal ke?!” marah Arsyad. Siapa tak marah kalau melihat kejadian tadi. Lagi-lagi orang yang kita sayang.


“Kau peduli apa..Aisyah aku punya!” laung Azhar sambil tersenyum sinis memandang Aisyah. Arsyad yang sakit hati terus terusan membelasahi abangnya itu. Azhar berjaya melepaskan dirinya. Arsyad kejar tetapi tidak berjaya. Arsyad mendapatkan Aisyah yang sedang menangis. Di ambilkan selimut untuk menutupi tubuh Aisyah yang separuh terdedah.Arsyad mengeluh, dipeluknya Aisyah bagi menenangkan buah hatinya itu.


Tak sampai 10 minit pintu rumah Aisyah diketuk. Arsyad bangun untuk melihat gerangannya. Terkejut bukan kepalang bila Imam, ketua kampung serta orang-orang kampung datang menyerbu dan menuduh mereka melakukan maksiat, sedangkan perkara sebaliknya yang berlaku. Aisyah yang mendengar terkejut dan jatuh ke lantai sambil menagis semahunya. Ya allah! Dugaan apakah yang kau berikan ini.


Akibat dari kejadian itu, Arsyad dan Aisyah melangsungkan perkahwinan. Azhar tak puas hati bila Arsyad berkahwin dengan Aisyah, lalu menghasut maknya.



****



“Aisyah!” panggil Datuk Arsyad. Datin Aisyah tersentak mendengar suara yang menegurnya. Segera disapu air mata yang menggalir itu.


“Aisyah menangis?” tanya Datuk Arsyad lagi sambil menghampiri Datin Aisyah. Datin Aisyah merenung suaminya.


“Abang..” panggil Datin Aisyah lembut. Datuk Arsyad memandang ke arah isterinya.


“Nape ni? Urm..” tanya Datuk Arsyad.


“Apa salah Aisyah bang?” sayu saja nada suara Datin Aisyah bertanya. Datuk Arsyad hanya mengeluh.


“Aisyah tak salah apa-apa pun..sabar la..” pujuk Datuk Arsyad. Datin Aisyah hanya mengeluh, sampai bila dia harus bersabar.



*****







p/s : aiara mntk maaf ssgt2 kat sume..sowi coz lmbt pos..huuhuh..bz ckit lately ni..dengan mak bru kuar sepital..dekat 3 mggu dekat icu..

alhamdulillah chat dh sekarang..so ne aira bg n3 bru..xtau la best ke x..pape comment ye..syg korang sume..

No comments:

Post a Comment