Friday, July 29, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta 8 (iii)




Di sebuah rumah banglo..


“Mak macam mana ni?takkan kita nak biarkan je?” tanya Izzah Zahirah.


“Dah tu mak nak buat apa lagi?dah ayah kamu yang buat keputusan..” jawab Pn Kamilah sedikit tinggi nadanya. Bengang dengan keputusan suaminya.


“Mak pujuk la ayah..malu kita mak dengan Datuk Hassan..” ujur Izzah Zahirah lagi.


“Kamu aje lah yang pergi cakap dengan ayah kamu..mak dah berbuih cakap dengan dia tapi dia tetap dengan keputusannya..” beritahu Pn Kamilah.


“Ish! Zafran ni pun satu..entah kenapa last minute macam ni buat hal pula dia..” rungut Izzah Zahirah. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.


“Haa! Zah ada rancangan..” ujur Izzah Zahirah sambil tersenyum dengan muslihatnya. Pn Kamilah memandang anaknya dengan perassan ingin tahu.


“Apa dia?” tanya Pn Kamilah.


“Biar dia kawin..lepas tu kita akan buat perempuan tu sendiri yang tinggalkan rumah ni..baru dia tahu..” ujur Izzah Zahirah sambil tersenyum jahat. Begitu juga Pn Kamilah yang tersenyum senang dengan rancangan anak sulungnya itu.



*****



Farah Adibah dan Wadi Sufyan sedang sibuk memilih baju untuk perkahwinan mereka, manakala Irsyad Zafran serta Irdina Safiyah hanya duduk melihat catalog sahaja. Sesekali Wadi Sufyan memerhatikan Irdina Safiyah. Cemburu melihat Irdina Safiyah duduk bersama rakannya itu.


“Abang..” panggil Farah Adibah. Wadi Sufyan masih lagi leka memerhati Irdina Safiyah. Farah Adibah melihat sama apa yang diperhatikan oleh Wadi Sufyan. Irdina Safiyah! Hatinya dijentik rasa cemburu.


“Abang!” panggilnya sekali lagi dengan kuat menyebabkan Wadi Sufyan terkejut.


“Apa dia?” tanya Wadi Sufyan sedikit mengeluh. Ah! Macam mana boleh kantoi ne!


“Abang ni..Diba ajak abang datang sini tengok baju..bukannya tengok orang..dari tadi Diba panggil abang..abang buat tak tahu je..abang ni kenapa haa!!” marah Farah Adibah.


“Ok!sorry salah abang..” Wadi Sufyan mengeluh.


“Sorry..sorry..tu je yang abang tahu..Diba ne dah macam tunggul je abang buat..apa yang Diba cakap abang buat tak tahu je..” marah Farah Adibah lagi lalu memandang tajam ke arah Irdina Safiyah yang sedang bercakap dengan Irsyad Zafran. Dengan pantas langkahnya dituju ke arah Irdina Safiyah. Wadi Sufyan pelik melihat Farah Adibah.


“Fiyah..awak tengok la abang sepupu awak ni..” rungut Farah Adibah pada Irdina Safiyah. Terkejut Irdina Safiyah dengan teguran itu.


“Kenapa?” tanya Irdina Safiyah lalu memandang Farah Adibah dan Wadi Sufyan.


“Dia buat Diba macam tunggul je..Fiyah tolong la nasihatkan dia..kita orang dah tak banyak masa lagi ni..banyak benda nak kena settle..ne baju pengantin pun belum lagi settle..” rungut Farah Adibah. Berkerut kening Wadi Sufyan mendengarnya. ‘Apa perempuan ne..merungut je keje dia..ingat aku nak sangat kahwin dengan kau..’ rungut Wadi Sufyan dalam hati.


“Diba..awak sabar la ok..dia penat tu kut..” ujur Irdina Safiyah malas mahu masuk campur. ‘Nak tolong dia nanti hati aku jugak yang sakit..’ rungut hati Irdina Safiyah


“Fiyah..tolong la saya..cuba awak cakap sikit dengan abang sepupu awak tu..” pujuk Farah Adibah. Irsyad Zafran hanya membuat halnya sendiri, malas mahu masuk campur.


“Yela..yela..” jawab Irdina Safiyah. ‘Ish!leceh betul la..abang ni pun satu..saja nak susahkan aku!’


“Abang tak baik tau buat Diba macam ni..kesian dia..” Irdina Safiyah berkata pada Wadi Sufyan. Wadi Sufyan hanya merenung Irdina Safiyah.


“Abang buat apa?abang penat la..sorry k..” ucap Wadi Sufyan. Irdina Safiyah tak tahu mahu cakap apa lagi.


“Tak pela..Fiyah balik dulu la ye..Abang dengan Diba mesti banyak benda nak buat..Fiyah tak nak ganggu..ok la..bye..” Irdina Safiyah meminta diri tetapi di halang oleh Farah Adibah.


“Fiyah..awak janganlah balik dulu..Diba nak minta pendapat awak boleh..please..please..” pujuk Farah Adibah. Irdina Safiyah mengeluh lalu menganggukkan kepalanya.


Irdina Safiyah terpaksa mengikut langkah Farah Adibah. Wadi Sufyan pula hanya diam mengikut langkah mereka. Irsyad Zafran yang sedang duduk di kerusi itu tergelak kecil melihat muka Irdina Safiyah yang terpaksa itu.


‘Padan muka kau!’ ucap Irsyad Zafran dalam hati.


“Fiyah..awak cuba try baju ni..” pinta Farah Adibah.


“Eh! Tak nak la..awak jela yang pakai..Fiyah lambat lagi..” jawab Irdina Safiyah.


“Ala..Fiyah..please..saya nak tengok kalau baju ne cantik ke tidak bila dipakai..please..” pujuk Farah Adibah. Rimas Irdina Safiyah dibuatnya. Menyesal pula dia kerana mengikut Farah Adibah. Nak tak nak Irdina Safiyah mengambil juga baju yang diberikan oleh Farah Adibah itu.


“Pergi la try cepat..nanti Diba suruh diorang touch up skali ok..” ujur Farah Adibah. Sejurus itu Farah Adibah terus mendapatkan pekerja di butik itu. Irdina Safiyah perasan yang Irsyad Zafran sedang mentertawakannya. Sakit hatinya melihat Irsyad Zafran.


“Fiyah..kenapa tak pergi tukar baju lagi ni..ish! dah..dah cepat pergi..” tegur Farah Adibah tiba-tiba dan terus menolak Irdina Safiyah masuk ke bilik persalinan.


Sedang Irdina Safiyah bersiap, Farah Adibah dan Wadi Sufyan sibuk memilih baju untuk pengantin lelaki pula. Farah Adibah mencapai sehelai baju kot berwarna hitam.


“Abang..cuba try baju ne..” ujur Farah Adibah.


“La..abang pun kena try juga ke?” tanya Wadi Sufyan.


“Yela..dah cepat..cepat..Diba nak tengok..kena tak dengan abang..” pinta Farah Adibah. Wadi Sufyan hanya menurut sahaja dan terus melangkah ke bilik persalinan lelaki.




1 comment: