Wednesday, March 30, 2011

Andai Itu Takdir Untukku 11 (iii)




“Isya..” panggil Jue. Ketika itu mereka sedang makan di KFC. Jue yang ajak tadi, katanya mengidam nak makan ayam goring KFC..Macam-macam Jue ni..macam orang mengandung pula nak mengidam bagai.


“Apa dia?” jawab Isya yang ketika itu sedang menyedut air pepsi.


“Tengok tu..” beritahu Jue sambil menunjukkan arah belakang Isya dengan muncungnya. Ketika Isya menoleh memandang ke belakang Jue dengan pantasnya mencilok cheesy wedges milik Isya dengan selambanya..hehe


“Tengok apanya Jue?” tanya Isya dan seketika kemudian dia perasan Jue hanya tersengih sambil menyuap cheesy wedges ke dalam mulutnya.


“Kurang asam kau Jue..kau cilok aku punya cheesy wedges..aku tak kira..aku nak kau beli lagi..” ugut Isya. ‘Huh! Dah la cheesy wedges tu favorite aku..boleh pula dia cilok..dia punya dah licin..dia cilok aku punya..kurang asam betul kawan aku ni..’bebel Isya.


“Ala..kedekut la kau ni..” jawab Jue.


“Banyak la kau punya kedekut..dah lah kau pau aku tadi..ni cilok akunya pula..ni tak adil..mana aci..” ujur Isya.


“Aci dekat estet la..mana ada dekat sini Sya oii..” jawab Jue dengan selamba mencilok lagi cheesy wedges Isya. Makin besar biji mata Isya melihatnya.


“Hai..pasal makan pun nak gaduh ke?” tegur seseorang. Serentak mereka melihat gerangan suara itu.


“Eh! Dani..macam mana boleh ada dekat sini?” tanya Isya. Dani hanya tersenyum mendengar pertanyaan dari buah hatinya itu.


“Dani cari barang dengan Ibu and angah..angah nak makan KFC..lupa dah?kan tadi Dani dah bagi tahu..lupa la tu..” beritahu Dani.


“Heheh..lupa la sayang..mana diorang?” tanya Isya sambil tersenyum. Jue yang melihat hanya tersenyum melihat gelagat rakannya itu.


“Pergi tandas sekejap..sekejap ya Dani nak order makan..” ujur Dani lalu melangkah pergi ke kaunter.


“Sya..aku tengok Dani baru aku teringat..kau tak story lagikan dengan aku..” ujur Jue. Isya yang mendengar hanya tersengih. ‘Alamak! Minah ni ingat pula..’ getus Isya.


“Ala kau ni..ok la..macam ni..hari tu..dia lamar aku..and dia kata minggu depan family dia datang rumah nak merisik..” cerita Isya ringkas. Jue kelihatan tak puas hati dengan cara Isya bercerita.


“What? Apa ni main tenung-tenung? Betul la aku cakap..kau nak aku cakap macam mana lagi?” tanya Isya sebaik melihat muka tak puas hati Jue.


“Ceritalah dari ‘A’ sampai ‘Z’..ne kau cerita ‘A’ lepas tu langkah ke ‘S’ lepas tu terus ‘Z’..sabar jela..kalo yang tu aku pun tahu..apa la kau ni..orang tanya betul-betul dia main-main pula..” rungut Jue. Isya tertawa saja mendengar rakannya membebel. Comel!


“Tengok tu..gelakkan aku pula..” rungut Jue sekali lagi.


“Ala..comel la kau membebel Jue..serius..” jawab Isya sambil membesarkan matanya memandang Jue. Jue buat tak tahu saja tanda protes.


“Ala..yela..ok macam ni..cerita ni tak ada la romantik macam cerita lain..siap bagi bunga bagai kan..siap melutut-lutut bagai kan..siap ada yang SURPRISE..macam Man Raja Lawak ajuk Eric tu..hahah..tapi tiba tang story aku je long ranger je..dia pakai bedal je..kita orang keluar makan..lepas tu lepak-lepak dekat pantai and then dia terus lamar aku..dia just tanya ‘sayang kita kawin jom’..mula-mula aku ingat dia saja je gurau-gurau..sekali dia keluar cincin bagai..aku apa lagi..bisu kejap..” terang Isya.


“Hahah..kau ni..boleh pula masukkan part raja lawak tu..sabar jela..then bila korang nak tunang?tahun ni juga ke?aku tak sabar nak makan nasi minyak korang ni..” usik Jue.


“Ewah..ewah..tah-tah kita orang merasa nasi minyak kau dulu tak Jue..” sampuk Dani tiba-tiba. Isya hanya tergelak sebaik melihat muka Jue yang sudah bertukar warna tu. Betul la kan..confirm-confirm dia kawin dulu..aku ne family Dani datang merisik pun belum..si Jue ni pula dah bertunang dah pun..


Dani mengambil tempat bersebelahan Isya. Seketika kemudian muncul pula Pn Kamsiah dengan Asyfa Dayana di meja mereka. Seronok mereka berbual. Sesekali Isya terkena usikan dari Dayana, Pn Kamsiah dan Jue. Jue apa tumpang sekaki lah.


‘Bukan selalu dapat mengusik si Isya ni..selalunya dia saja yang mengusik aku..’ getus hati Jue


“Isya..nanti beritahu ibu kamu..Mak cik nak datang rumah minggu depan..” ujur Pn Kamsiah. Isya hanya menganggukkan kepalanya.


“Isya..kamu jangan tak tahu..Dani ni dah angau..hari-hari termenung lepas tu sengih sorang-sorang..dah macam orang GILA la..ish! takut angah..” beritahu Dayana. Dengan pantas lengan Dayana ditampar oleh Dani.


“Aduh! Sakitlah!” marah Dayana. Isya tersenyum cuma melihat mereka.


“Ish! Dekat sini pun nak bergaduh budak-budak ni..dah-dah cepat..nak pergi cari barang lagi ni..Isya ikut mak cik sekali ya...” ujur Pn Kamsiah mengajak Isya sekali. Isya serbasalah. Dekat rumah kerjanya berlambak lagi tak siap. Dah la kena submit isnin..tak pasal-pasal singa kat office tu mengaum lagi.


“Isya kena hantar Jue balik mak cik..” jawab Isya. Jue terus saja membesarkan matanya. Ish! Petik nama aku pula minah ni..


“Ala..Jue pun ikut sekali la ya..mak cik nak luangkan masa dengan bakal menantu sekejap..boleh cari cincin tunang sekali kan..” pujuk Pn Kamsiah sambil tersenyum. Beria-ia dia ingin mengajak Isya. Pertama kali berkenalan dengan Isya dahulu hati tuanya terus terpikat dengan tingkah laku dan segalanya tentang Isya. Pandai mengambil hatinya.


Isya serbasalah dengan permintaan Pn Kamsiah. Nak tak nak dia terpaksa juga menurut. Nampaknya kena berjaga sampai lewat malam la ni..



*****




2 comments:

  1. Isha n Dani sgt swett... Seronok ^^

    ReplyDelete
  2. btl..btl..btl..
    isya n dani..diorg mmg sgt sweet..
    ;)

    ReplyDelete